Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Sentiasa maafkan orang lain & jaga wudhu

Assalamualaikum...

Mak saya selalu pesan supaya sentiasa berada dalam keadaan berwudhu. Jaga wudhu sebab wudhu boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang kadang mungkin kita tak perasan. Tapi saya ni sangat susah nak jaga wudhu. huhu..

Kalau kat office macam mana pula. Takkan setiap kali pegi toilet nak ambil wudhu. Dah la kerap gi toilet sebab banyak minum air. Takpe la, buat semampu yang boleh. Sebab tu cuba buat extra work, ie. solat sunat, mengaji, puasa sunat etc. Kalau kita buat extra work mesti bos sayang kan, kalau tolong mak kat rumah lebih-lebih sket mesti mak sayang. Abis tu takkan tak nak Allah sayang kot. So buat je la extra lebih-lebih sket.

Tapi sebelum tidur memang saya amalkan berwudhu. Tapi kalau muadz meragam tu kadang tak sempat juga. Hari tu siap saya ambilkan wudhu untuk dia sekali sebelum tidur. hehehe. dia tengok aje. Nanti dah besar ambil wudhu sendiri ya, nak. Sebelum tidur biasa masa gosok gigi pun akan bawa dia dan bagi berus gigi dia. Sama-sama gosok gigi. Saya masukkan berus gigi dalam mulut dia pun tengok dan ikut. Comel je.

Lagi satu, supaya jiwa sentiasa tenang, amalkan sebelum tidur maafkan semua orang, tak kira la salah kita atau salah dia. Kenapa? Sebab di akhirat nanti, orang yang kita tak maafkan akan datang dan pegang kaki kita untuk minta maaf. Selama mana tak maafkan dia, selama itulah dia akan pegang kaki kita. Dah la hari akhirat tu nanti panas terik, tentulah nak cepat-cepat ditimbang dan masuk syurga(insyaAllah). Tapi bila adanya orang-orang ni akan melambatkan proses kita ditimbang. jadi, baiklah kita maafkan je orang-orang lain di dunia supaya lebih mudah dihisab di akhirat nanti.

Masa yang sama, jangan lupa juga minta maaf kalau ada buat salah kat orang. Minta maaf dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Tapi kalau orang dah tak nak maafkan. Tu antara dia dan Allah. At least kita dah cuba yang terbaik. Abis tu kalau kita mengumpat artis-artis tu macam mana pula nak minta maaf. huhu. bukan senang nak jumpa diorang minta maaf. Lagi senang kalau kita tak payah mengumpat. Kan senang cerita. huhu.

Bila hati tenang, diri tenang, semua benda pun menjadi positif. Kalau diuji pun insyaAllah akan menjadi positif. Sebab kita tahu, Allah uji untuk bagi kita naik pangkat menjadi lebih tabah, maka lebih susahlah ujiannya.

Mari mempositifkan diri!

[+/-] Read more...

Monday, January 31, 2011

Masuk gas lagi...

Assalamualaikum...

Jummat malam lepas Muadz tak boleh tidur. Asyik meragam. Automatik umminya pun tak boleh nak tidur la. Badan panas sikit. Asyik batuk dan macam hidung tersumbat. dia menangis sampai penat, akhirnya bila ayah dukung dan tepuk2 baru dia tidur. Ummi yang tengah mengantuk dan nak kena bangun awal esoknya, dah separuh tension dan nak mengamuk. huhu. Tapi, kesian juga kat dia. Yelah, dia tak selesa.

Pagi esoknya, keluar rumah awal terus ke Pakar Pedriatik Adek di Seksyen 9, Shah Alam. Sebelum ni pun dah pergi ke sana juga. Ramai yang suggest klinik ni sebab memang best. Bila masuk jumpa doktor, ada background ayat-ayat al-Quran dipasangkan. Rasa sangat tenang. Adakah fikrah kami sama? Dalam bilik rawatan tu juga ada mainan untuk kanak-kanak. Takde la mengadap doktor je.

Di ruangan menunggu pun ada tempat main untuk kanak-kanak. Ada juga bilik menyusu dan tempat untuk tukar lampin baby. Memang sangat child friendly. Nama pun klinik pakar kanak-kanak. Tak teringat plak nak ambil gambar klinik sebab asyik risau ke Muadz.

Masuk tu doktor check dan dia kata lebih teruk dari hari tu. Doktor tanya dia ada demam tak? saya beritahu ada demam 2 hari tapi dah ok sebab saya lap2kan badan dia. Doktor kata mungkin ini virus yang berbeza sebab ada demam. Check tekak, sangat merah.

Doktor minta beri gas dan tunggu di luar. Kemudian masuk dan diberi makan ubat yang sangat tak sedap. Masa tu Muadz muntah sikit, ada keluar kahak. Kemudian, lama sikit bagi gas lagi. Kemudian baru doktor check. Ada perubahan.

Sekali lagi kena bawa balik mesin masukkan gas tu untuk bagi gas kat rumah. kali ni punyalah susah nak bagi dia gas tu. asyik memberontak. Sepatutnya kena dua orang untuk bagi gas tu, sorang pegang baby, sorang pegang benda nak letak kat hidung. Tapi sebab ayah muadz ada kelas terpaksa buat sorang2. lagilah susah dengan muadz yang meronta-ronta.

Sangat susah hati. Kecik-kecik lagi dah kena banyak makan ubat. Tau, antibiotik tak elok untuk baby. Tapi risau kalau dia tak sihat. Dulu2 selalu juga tak ikut cakap doktor dalam bagi ubat. Sampai keadaan Muadz jadi worst dan doktor suruh masuk wad. Tak nak sampai Muadz kena masuk wad. tapi tak tau nak buat camna. Hari ni masa follow-up, doktor cadangkan ambil pneumococoal jab. Sebab baby bawah 1tahun memang mudah berjangkit. Lagi2 duduk kat taska. Kalau kat rumah ok lagi.

Hmm...nanti akan fikirkan..

p/s - agaknya muadz ikut ummi, jenis yang antibodi tak kuat. dulu doktor kata antibodi ummi tak kuat, sebab tu cepat berjangkit kalau ada orang sakit. Tapi sekarang, alhamdulillah dah ok sket. agaknya sebab selalu amik Vit C.

[+/-] Read more...

Thursday, January 27, 2011

selsema yang tak berakhir...

Assalamualaikum...

Baru je sehari berhentikan ubat Muadz. semalam masa ambil muadz tengok hidung dia berair balik. Lepas tu mula batuk. Rasa badan pun panas. so malam tadi agak meragam juga la dia. Ujian sungguh...

memang kebelakangan ni virus demam selsema ni berleluasa. bukan je pada kanak-kanak tapi juga orang dewasa. di office dah ada berita 4 orang dijangkiti H1N1. Jadi, jaga kesihatan ya kawan-kawan semua. Harap-harap muadz tidak sampai ke situ.

tengok kawan-kawan di taska dia pun berair je hidung. alamak, macam mana nak baik ni. asyik berjangkit-jangkit. masa ni rasa macam bestnya kalau boleh duduk rumah jaga anak sendiri. Tak payah dia menjangkiti atau dijangkiti orang lain. Tapi hakikatnya.....
InsyaAllah.. berusaha menuju ke arah itu.

Tak nak hantar ke taska, urusan kerja perlu dilaksanakan. tak bagi budak lain ke taska, lagi la kejam. kot2 anak sendiri yang bawa virus tu ke orang lain. huhuhu. Takpelah. tawakkal kepada Allah. penyakit tu Allah yang beri. tentu ada hikmah di sebaliknya. Kalau semua orang berpenyakit tapi kalau Allah tak izinkan kita dijangkiti tentu tak kena sakit kan.

Penyakit tu juga membuang dosa-dosa kecil. Agaknya ummi dan ayah muadz banyak sangat dosa-dosa kecil yang degil, perlu dibuang. perlu diingatkan selalu supaya kembali bersemangat melaksanakan tanggungjawab muslim sebagai khalifah dan ubudiyyah (beribadat).

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

[+/-] Read more...

Monday, January 24, 2011

Viral infection..

Assalamualaikum...

Isnin dan selasa lepas Muadz kena viral Infection yang agak teruk. Hari Jumaat, ummi dan ayah Muadz pula yang tumbang. huhuhu.

Khamis malam tu tengah malam tiba2 dengar hubby bangun dan muntah kat toilet. Tanya dia ok ke? tapi dia tak dengar (Suara saya sangat halus masa tengah mengantuk atau di pagi-pagi hari. Rasa dah cakap kuat tapi orang tak dengar juga.) Tengok dia tarik selimut dan kelubung. Hmm.. demam kot. biasa kalau demam mesti hubby muntah.

Lama sket saya plak bangun muntah. Tapi keluar angin dan air je. Masa tu rasa macam perut masuk angin kot. sebab malam makan sikit. tapi rasa tegang sangat perut. tak lama lagi lepas tu hubby pergi muntah lagi sekali. pagi tu badan hubby memang panas. Saya plak dok sakit perut. Dah siap mandi, pakai baju nak pergi kerja tapi rasa perut tegang je. tak boleh diri tegak2. kena bongkok sket. last-last kami pun amik MC. ingatkan nak hantar muadz ke taska dan pegi klinik tapi sangatlah tak larat. pagi tu bangun dan tidur berulang-ulang kali je. bila minum je apa-apa, muntah balik. dua-dua orang pun sama. pastu asyik buang air besar. hubby sampai dah keluar air je.

Muadz seronok je la dia main-main. Dia dah ok sket. dok explore rumah sementara ummi dan ayahnya terbaring kat ruang tamu. dia main-main, tengok ummi jauh kedek-kedek datang balik. Adui, ni belum pandai merangkak atau berjalan lagi. mengesot macam askar je. kesian muadz, tak terjaga sangat. pagi tu ummi larat lap2 kan muadz je.

Tengah hari tu gagahkan juga diri untuk beli lunch. sebab takut perut lagi masuk angin. Hubby kata demam macam dah kurang tapi still pening dan sengal2 badan. kesian kat hubby, so pegi keluar kejap beli makanan. beli nasi satu setengah dan lauk. Yang setengah bungkus tu je habis makan dua orang. dua-dua tak larat.

petang tu macam dah ok sket, so kul 2 pegi la klinik. mula2 nak pegi klinik yang dekat je, tengok2 duit tak cukup. terpaksa pegi ATM jauh sket ambil duit dulu baru patah balik. doktor kata macam kena viral infection. kena hati-hati dengan baby. terus cakap dia la yang bagi virus kat kami ni. huhuhu. petang tu dah macam ok sket tapi still cam tak berapa lalu nak makan. Pastu asyik keluar angin je.

pagi esoknya ke klinik pakar untuk muadz untuk follow-up. doktor kata muadz dah bertambah baik. ada sikit je lagi kahak. antibiotik last ambil hari ni. Alhamdulillah. Oh, sabtu tu juga kenduri aqiqah anak buah, Afnan Darwisyah. nasib baik kami dah ok sket. tapi still rasa tegang perut sket2. Alhamdulillah..semoga penyakit yang datang membersihkan dosa-dosa kecil kami sekeluarga.

p/s - oh, muka muadz dan ummi muadz masuk PaMa. Part baby baru lahir. Hantar masa muadz lahir, sekarang dah 9 bulan pun. huhuhu. nantila..buat entry lain untuk itu. :P

[+/-] Read more...

Wednesday, January 19, 2011

Kelam-kabut....

Assalamualaikum....

Semalam dan kelmarin sedikit kelam-kabut. Sabtu ahad ok je. Muadz memang dah batuk2 dari 2 minggu lepas. Ingat dalam minggu ni nak ke klinik pakar di shah alam. tiba2 pagi isnin tengok mata dia banyak sangat tahi mata sampai dia tak boleh buka mata. Nangis-nangis dia. Tahi hidung pun banyak. Hijau plak tu. dan hidung dia pun macam tersumbat.

So pagi tu EL dan bawa ke klinik pakar tu terus. Nasib baik juga, rupanya klinik tu buka 9-5 je. ingat nak pegi malam. pegi check dan inform doktor dia dah demam on and off 2 minggu. doktor suruh masukkan gas dan siap bagi bawa balik alat kecil untuk masukkan gas tu. kena buat kat rumah setiap 6 jam. Masa kat klinik menjerit-jerit dia nangis masa masukkan gas tu. umminya pun ikut sedih sekali. selalu takde pun macam tu. agaknya nurse tu tekan kuat sangat kot kat hidung dia. huhu. bila buat kat rumah ok je. dia duduk je diam-diam.

Cuma masa nak makan ubat memang mengamuk. tapi lepas dah habis telan tu ok je. pastu, doktor suruh datang lagi esoknya untuk follow-up. jadi terpaksa la cuti juga semalam. kali ni ayahnya pun cuti juga. nak tau perkembangan anak. doktor kata kahar dia pekat sangat. lepas dah masukkan gas satu hari dah cair sikit. Alhamdulillah. Doktor suruh continue ubat je kali ni. Sabtu ni kena pegi lagi untuk check-up. Harapnya muadz ok. tahi mata dah takde dah pagi tadi.

Nasib baik juga ayah muadz cuti juga semalam. tiba2 HR call kena datang ambil document. Nak buat camna, pegi juga la. Terpaksa muadz dan ayahnya lepak kat surau. huhuhu. naik segan ayahnya semua oragn bertanya. yelah, kat office tiba2 ada baby plak.

tapi semalam muadz memang sangat aktif. dah ok sket agaknya. habis satu rumah dia explore. itu belum boleh merangkak dan berjalan. baru mengesot je. tapi punyala laju. kejap je dah hilang. habis rumah dari hujung ke hujung dia pegi sambil ummi lipat baju. harapnya muadz bertambah baik.

p/s - blog lain ada yang buat schedule update. so kadang2 tak datang office tapi blog terupdate tu bukan maknanya saya duduk depan pc. tapi dah schedule awal2. huhuhu.

My breastfeeding plan
Last blogged at ~Derap Langkah Sebuah Perjalanan ~ : Bagaimana anda selepas usrah Last blogged at Meniti Hari : Peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu

[+/-] Read more...

Friday, January 7, 2011

supplement..oh..supplement...

Assalamualaikum..

Semua orang sibuk tulis pasal supplement nak tulis juga la. Supplement ni apa ye? supplement ni makanan tambahan ataupun vitamin-vitamin yang berlambak kat farmasi tu. Saya dulu sangatlah tak suka vitamin-vitamin ni hatta vitamin C yang masa kecil dulu isap macam gula-gula tu.

Sebab beranggapan vitamin=ubat. So takkan seumur hidup nak makan ubat kan. Tak nak la macam tu. tapi bila dah kerja dan kawen, asyik rasa letih. yelah, seharian kerja, balik rumah sibuk urusan rumah, belum lagi campur dengan urusan lain-lain lagi. so, ada seorang sahabat cadangkan ambil multivitamin untuk bagi lebih tenaga. ataupun spirulina untuk kewanitaan.

dari situ start la ambil multivitamin. bila mengandung, dapat plak lagi supplement yang pelbagai. asid folic la, kalsium la, iron la. masa tu tak pikir apa, telan aje la. untuk kesejahteraan diri dan baby dalam kandungan. ada juga orang cadangkan amik omega untuk otak baby. tapi tak terbeli plak. huhuhu. takpe, insyaAllah Muadz anak yang bijak.

bila menyusu ada baca tentang vitamin-vitamin ni dan saya mulalah amalkan ambil vitamin Shaklee. sebabnya ada alfalfa iaitu salah satu benda yang boleh banyakkan susu. Actually, banyak je makanan yang boleh banyakkan susu. Yang lain tu saya ambil juga. kalau siapa tak nak amik kapsul alfalfa ni pun, nak beli yang fresh dari pasar pun boleh. Boleh refer sini. Blog akak ni banyak resipi makanan penambah susu yag fresh.

Tapi bagi saya yang agak busy ni (kononnya), memang tak mampu la nak rajin-rajin masak. Ayam beli seekor pun kadang dekat sebulan lebih baru habis. Kat malaysia ni kalau tak sempat masak, kedai kan banyak. huhuhu. sungguh la tak healthy.

bila dah start makan supplemen saya pun banyak membaca pasal supplemen ni. saya percaya apa-apa yang kita buat pun perlu ada ilmu. sama juga dengan penyusuan, perlu baca membaca untuk berjaya dan refer pakar laktasi. Ada pakar tersendiri. Even doktor pun maybe ada yang takde ilmu sangat tentang susu ibu sebab bukan kepakarannya di situ.

begitu juga supplement. nak tahu lanjut, cari pakar farmasi atau pakar nutritions. barulah faham apa supplement tu sebenarnya. pemakanan kita hari ni bukannya sihat sangat. banyak sangat kandungan gula dan garam. tu yang baru umur 30 lebih dah sakit sana sini. memang pun semakin maju sesebuah negara semakin kurang khasiat makanan sebab semuanya nak cepat dan pantas. beli makanan dalam tin, beli makanan frozen. belum lagi masuk fast food. tapi setiap orang berbeza. Ada je yang memang menjaga makanan dan memang betul-betul pastikan dapat makanan seimbang seperti piramid makanan.


Kita adalah apa yang kita makan. Maka, anak kita pun tentulah apa yang mereka makan. memang tak semua vitamin yang kita makan masuk dalam susu ibu, ada yang menyerap masuk dan ada yang tidak. tapi harapnya ia akan turut membantu. kalau tak buat apalah ibu-ibu sibuk makan omega untuk anak. Hebatnya Allah jadikan manusia ni, saling berkait rapat antara satu sama lain. Tapi saya juga menjaga makanan Muadz. Alhamdulillah, hingga kini dia masuk belum makan makanan yang bergaram atau bergula.

Saya bukan yang terbaik tetapi saya cuba yang terbaik melaksanakan hak-hak yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Ya, saya memang tamak. segala ilmu pun saya nak dapat sebab ilmu yang Allah turunkan kat bumi ni sangatlah sikit. Jadi kena la kumpulkan banyak-banyak untuk diamalkan. Ilmu agama nak, ilmu business nak, ilmu keluarga islam nak, ilmu didik anak nak, ilmu penyusuan nak, ilmu supplement pun nak. semua ilmu pun nak. sebab orang yang beramal dengan ilmu lebih baik dari orang yang tak beramal tanpa ilmu. Semoga semua ilmu ini dapat membantu saya di akhirat kelak. Yang penting, niat kena betul...

p/s - bagi saya tak perlu nak kata orang ni tak betul, orang ni tak tau. tapi apa usaha kita untuk bagi orang tau. selalu dengar orang kata penat dengar macam-macam isu sosial sekarang ni, penat dengar orang buat macam ni, macam tu. tapi apa usaha kita untuk memperbaiki keadaan. walau pun usaha yang sedikit tapi bukan itu yang Allah pandang. Allah pandang usaha kita. sama macam isu boikot. memang tak nampak kesan tapi Allah bukan tanya hasil, tapi Allah tanya usaha. So, jom usaha perbaiki keadaan ummah.

[+/-] Read more...

Wednesday, December 29, 2010

Gigi nak tumbuh..

Assalamualaikum..

Gigi Muadz nak tumbuh dah ke? Hmm..tak tau la. Tapi yang pasti gigi bongsu ummi muadz yang nak tumbuh. hehehe. sakit betul gusi bawah kanan dan kiri. dua-dua belah pula tu. selalu macam tu, bila nak tumbuh semua gigi tumbuh sekali.

Orang lain ada yang dah buang dah pun gigi bongsu, saya baru nak tumbuh yang pertama. huhuhu. orang tunggu anak tumbuh gigi, saya tunggu diri sendiri. uwaa..sakit. sekarang ni muadz tengah demam. agaknya muadz demam sebab ummi nak tumbuh gigi? ada kaitan ke? huhuhu.

Saya ni memang kategory lambat tumbuh gigi. Dulu masa tingkatan 3 kot kalau tak silap, tiba-tiba sakit gigi. bila pergi jumpa doktor gigi rupa-rupanya gigi susu saya ada lagi beberapa belas. Yang menyebabkan sakit sebab gigi kekal menolak-nolak dari bawah tak boleh keluar. Gigi susu tu langsung tak goyang. Jadi, doktor terpaksa cabut.

Lepas tu beberapa kali berulang-alik ke dentist untuk cabut gigi sebab berturut-turut gigi baru keluar. ada yang keluar ke belakang. sampai sekarang pun ada satu gigi yang berlapis sebab tak pergi cabut. sekarang ni dah bermasalah sebab asyik ada makanan tersekat kat situ. bila ntah nak cabutnya.

Tapi buat masa ni tengah sakit gusi sebab gigi bongsu nak keluar. adoi.. cepat la keluar. huhu.

[+/-] Read more...

Wednesday, December 15, 2010

Muadz meragam

Assalamualaikum..

Semalam, sepanjang malam sampai ke pagi ni muadz meragam. tak tahulah kenapa. Masa ambil dari taska semalam, cikgu dia kata dia baru bangun. nampak macam baru lepas nangis. muadz memang kadang-kadang bangun tido terus nangis. tapi biasanya lepas tu dah ok. tapi semalam masam je muka, langsung tak nak senyum. letak je dalam car-seat kat kereta terus menangis. terus cepat-cepat pergi kat tempat memandu dan pujuk dia.

sambil drive tu ajak dia baca doa naik kenderaan macam biasa, baru dia diam. tapi still masam. muka pandang luar je. (aik..macam style ummi merajuk je :P ) sampai depan rumah cakap dengan muadz, bagitahu dia ummi keluar sekejap buka pagar ye. sekejap aje. pergi buka pagar bila datang balik dia tengah menangis lagi. bila nampak ummi baru diam.

dah selamat parking kereta, keluar nak pegi ambil dia, itu pun dia dah nangis. aduhai, kenapa ni sayang? apa yang tak kena? tak lena tidur ke? dukung dan bawa dia jalan-jalan depan rumah sekejap sampai hubby sampai rumah. baru bawa dia masuk dan bawa masuk beg semua. bila letak mula-mula dia ok main. so saya pun terus ke dapur, memulakan proses memasak.

Malam semalam takde ke mana, jadi memang dah plan nak masak dan nak bagi peluang hubby pegi surau. Tapi, muadz tak nak tinggal sorang. bila hubby berdiri je terus dia nangis. bagi dia main mainan, bila dah leka tu hubby pergi naik mandi dan bersiap. Tapi sekejap je dah nangis balik. saya pun susukan dia sekejap. dapat je susu terus pejam mata. hmm...ngantuk sangat la tu kalau dah terus pejam mata. susukan dia sekejap sampai dia terlena. bila dah lena saya bangun ambil wudhu' untuk solat maghrib, dia dah bangun menangis pula.

Jadi, solat sambil dukung dia. Alhamdulillah, mungkin sebab dah dibiasakan dari kecil, kalau orang solat muadz ok je. dukung untuk dua rakaat, tengok dia macam ok, masa lepas sujud rakaat kedua dan nak bangun ke rakaat ketiga tu saya letak je dia kat bawah. Alhamdulillah, dia ok main golek-golek. tengok dia leka lepas solat tu terus ke dapur meneruskan kerja-kerja memotong dan menyediakan bahan. belum start masak lagi. huhu. baru basuh beras dah berbunyi pula.

jadinya, potong sayur sambil dukung muadz la. nasib sayur tu boleh patah-patahkan aje daun dia. bila hubby balik, hubby jaga muadz baru boleh masak. masa tu dah siap bahan-bahan, yang lain campakkan aje masuk kuali. buat masak sup ayam, sayur goreng dan masak bubur muadz untuk bekal hari ni. hubby request masak nugget, langsung terlupa. huhuhu. masak lebih sket untuk sahur hari ni.

lepas makan, hubby ke surau lagi untuk isyak. lepas isyak ada program sket di surau katanya. disebabkan muadz tak nak juga main sorang, saya pakai sling dan dukung dia sambil basuh baju dan basuh pinggan. pastu siapkan susu untuk bekal ke taska.

kemudian sambung susukan dia lagi. lama pula tu dia mengempeng. bila lepas je nangis. sampai pukul 12, hubby suruh naik atas tidur terus. naik atas masa gosok gigi dia nangis lagi. lepas tu terus susukan dia sambil tidur. pagi tadi jam 5.45 dah terjaga, tapi Muadz pun terbangun juga. Ingat nak kejut hubby bangun sahur, tapi sure dia tak nak bangun sebab dah nak subuh. so biar je la.

Sekali lagi, lama betul muadz mengempeng, tak nak lepas. bila lepas je mengamuk. sekarang ni muadz kalau mengamuk dah pandai hentak-hentak kaki. kalau tengah meniarap dia akan pusing untuk nak hendak kaki. huhu. sabo je la. jadinya pagi tadi sampai pukul 6.45 baru dia nak lepas. lewat la ummi bersiap dan nak ke kerja. ingat nak gosok baju malam tadi pun tak sempat, kelam-kabut gosok baju. harapnya hari ni dapat puasa sampai habis, sebab langsung tak sahur. malam tadi makan awal pula tu.

hmm..dah 3-4 hari muadz tak buang air besar. pastu kadang-kadang macam meneran dan kerap kentut. sembelit ke ye? tengok dekat kemaluan dia ada merah-merah pula tu. ingat malam ni nak try bawa ke klinik la. tgk macam mana...

p/s - jom puasa sunat 9 & 10 muharram

[+/-] Read more...

Tuesday, November 30, 2010

SGM susu ibu

Assalamualaikum...

Tajuk macam nak cerita pasal SGM tapi sebenarnya tak pergi pun. Al-kisahnya, memang nak sangat pegi memandangkan hujung minggu tu tiada apa program, dah beli barang sikit-sikit untuk bawa, tapi ditakdirkan Allah sabtu malam selsema teruk sampai dua-dua belah hidung dan telinga tersumbat. memang susah sangat nak bernapas. sapu minyak angin kat hidung dan telan ubat selsema sebiji.

tiba-tiba malam tu rasa sejuk sangat sampai menggigil. badan plak rasa sengal-sengal. kepala pula berat, rasa macam nak pengsan pun ada. sebelum tidur terus telan 2 biji panadol dan tidur. esok paginya kepala still sakit. lepas solat terus sambung tidur, cakap dengan hubby tak larat la nak pegi.

jadi, sepanjang hari tidur je kat rumah. bangun untuk solat dan makan sikit. itu pun tak lalu makan sangat. nasib baik hubby ada untuk jaga muadz. bila muadz merengek lapar, menyusu dan tidur sama-sama ummi. hehe.

petang tu hubby ajak gi klinik. Susah betul nak cari klinik yang boleh guna ING card. nasib baik jumpa tapi agak ramai orang. hari isnin(semalam) dapat MC. Semalam still sakit kepala sikit-sikit tapi demam dah kurang sket.

hari ni kat office, kadang ok kadang macam pening sket. hmm...harapnya SGM bulan depan dapat join. rasa macam perlukan sokong kawan-kawan yang fully breastfeed dan nak kongsi-kongsi pengalaman juga.

[+/-] Read more...

Tuesday, October 19, 2010

Kurus sangat?

Assalamualaikum...

Lately ni ramai plak kata kurus sangat. taklah kurus sangat sebenarnya. still belum underweight. biasa mestila orang suka kan bila cakap kurus. tapi reaksi semua orang macam kurus yang tak sihat. macam kering sangat la saya ni(siap ada yang cakap makan cengkung. Ye ke?). aduhai..

ahad lepas kena angin+gastrik. sabtu malam tu dah makan lewat. tengah hari sabtu pun makan lewat juga. lewat sangat dari time biasa makan. lepas tu start petang ahad sampai ke malam asyik muntah sampai 7-8 kali. sampai dah takde apa nak keluar. minum air, muntah air tu balik. dicampur dengan buang air besar yang juga dah sampai takde apa nak keluar.

berdiri je rasa nak muntah. sampai solat isyak pun solat duduk.memang tak larat sangat nak bergerak. baring je kat katil. muadz pun terpaksa la main sorang-sorang. bila dia boring dia pun tendang ummi. bila ummi kata, ummi tak sihat la sayang. dia pegang tangan ummi, senyum dan sambung main. hubby takde kat rumah, ada urusan lain. nasib baik rumah mak tak berapa jauh. malam tu juga mak datang, bawa cereal dan roti. mak suruh isi perut juga. masa tu muadz dah tidur kat atas.

turun je bawa buka pintu, terus pegi toilet dan muntah. mak letak minyak angin kat belakang sambil urut-urut. lama sket, muntah lagi. muntah angin plak. lepas tu baru minum cereal dan makan roti sket. kemudian terbaring, sebab kalau duduk rasa nak muntah.

mak kata badan kering agaknya, asyik perah susu banyak sangat. (sebab dia tengok stok susu banyak sangat.) dia kata perah apa yang muadz nak minum je dah la. tapi saya explain kat dia kalau tak perah sampai habis nanti lama-lama susu kurang dan tak cukup nak susukan sampai 2 tahun. kemudian, dia pesan suruh jaga makan. sebab tengah menyusu anak. perlukan tenaga yang mencukupi. kalau tak kering je nanti. :P

dari segi tu memang saya akui. Saya agak kurang makan. Pagi makan kuih 3 ketul, tengah hari biasa makan nasi separuh. Saya juga agak kurang minum air manis, asyik minum air masak je sebab nak cukupkan 3 liter sehari. huhuhu. kalau dah minum air lain, saya kurang sikit minum air masak sebab tu tak minum air manis. Jadi, mungkin badan saya kekurangan gula.

Sebelum ni ada juga minum air kurma, lepas kordial tu dah habis minum ESP+PD shaklee. lepas yang itu pun dah habis memang asyik minum air masak je pagi, tengah hari dan petang. kadang-kadang je sekali sehari minum air coklat.

mak kata tengah menyusu anak ni tak payah la nak diet-diet. saya tak diet pun tapi mungkin sebab dah terbiasa makan sikit. lagipun saya makan lambat. jadi kalau nasi banyak, lagi lambat la saya makan. dah la sekarang ni kena makan cepat. dulu lunch boleh kat meja sendiri sambil buat kerja (kadang-kadang kerja lain.) saya mengunyah agak lama sebab saya akan pastikan makanan lumat. jadi kadang-kadang sejam baru habis makan (campur baca blog orang, baca email dll). kalau pay-attention kat makan je maybe dalam setengah jam boleh habis. (lama kan?)

tapi sekarang ni kena makan kat pantry, jadi saya kena makan secepat mungkin. kalau tak orang lain tak boleh nak pergi rehat. jadi selalu juga perut rasa tak selesa sebab tak kunyah betul-betul. jadi perut kena bekerja keras sket la nak hancurkan makanan. untuk orang yang dah biasa mungkin takde masalah. saya dah dibiasakan kunyah betul-betul. kalau ikut sunnah pun kunyah 44 kali kan.

lepas ni kena pastikan makan betul-betul dan ikut timing. dan kena ambil makanan yang berkhasiat. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih nak tambah vitamin. tapi vitamin tu sekadar supplement. still kena makan makanan yang berkhasiat.

[+/-] Read more...

Friday, October 1, 2010

Duduk Taska asyik demam?

Assalamualaikum...

Semalam Muadz demam lagi. Hmm...dah lama asyik tak sihat je Muadz. Rasanya boleh la kata sebulan sekali mesti ada tak sihat. Orang kata duduk taska memang macam tu. Agaknya baru sihat tapi ada orang yang tak sihat, terus berjangkit balik. Dah tu pula start hantar Muadz dari 2 bulan. Agaknya antibodi dia belum cukup kuat.

Pagi semalam dah rasa macam panas sikit tapi ingat ok lagi kot. Bila ambil je dari taska rasa badan dia panas betul. Cikgu dia pun kata asyik mengamuk je semalam. Termometer dah hilang la pula. tak boleh nak check suhu. Malam tadi cuma tampal kool fever baby. Tak lama sangat kool fever tu dah kering, tak mau lekat.

Kali ni bukan Muadz sorang je tak sihat, ayah dia pun demam sekali. Katanya start pagi semalam juga sakit tekak. Malam tadi berkelubung dengan selimut. Rasa sengal-sengal badan katanya. Yang si ayah ok lagi la, boleh kontrol diri sendiri. Muadz ni menangis aje la. Nangis pun macam tak bermaya. Sedih je dengar.

Malam tadi lap-lap sikit kepala, leher, ketiak dan peha dia. Nak kurangkan sikit suhu. Sepatutnya malam tadi nak keluar. Tengok dua-dua pun tak sihat, tak jadi la. Muadz pun asyik merengek. Agaknya dia pun rsa sengal-sengal badan juga kot. Menyusu pun merengek.

last-last susukan dia sambil baring, letak tangan kat kepala dia dan usap-usap. dia pula pegang tangan ummi baru dia tutup mata dan akhirnya tertidur. Alhamdulillah. tapi banyak kali juga dia terjaga malam tadi. Pagi tadi rasa badan dia panas sikit tapi dia dah boleh senyum-senyum.

Pesan kat cikgu dia kalau panas sangat minta call. Hari ni tak boleh EL sebab esok nak pindah office nak kena kemas barang-barang. tapi kalau panas sangat ambil half day kot. Pesan juga dengan cikgu dia supaya lap-lap dia dan bagi susu kerap sikit. Biar dia buang air besar. Kot boleh kurang sket suhu.

Rasanya ada ubat yang masukkan kat punggung untuk baby tu kan? Ubat apa ye namanya? Masa bila boleh pakai ubat tu ye? Ingat nak beli la untuk standby kat rumah. Semoga anak ummi cepat sembuh ye.

Ingat ari ni nak pergi injection untuk 5 bulan. Kena tangguh la nampaknya.

*update*
- search tadi, ada dapat info ni..


kalau tak clear boleh klik untuk besarkan. ops...tuan punya nama bagi kebenaran tak ye? kalau tak bagi, sila beritahu ye. saya removekan. :)

p/s - cancel nak beli ubat punggung tu. huhu.

[+/-] Read more...

Friday, September 17, 2010

Bekerja di Hari Malaysia

Assalamualaikum...

Semalam saya bekerja di Hari Malaysia. Biasalah tu. Saya memang selalu kerja di Malaysian public holiday. Cuma masalahnya ialah bila saya tak ingat orang lain cuti. Malam sebelum tu baru teringat nak call taska Muadz tanya boleh jaga Muadz ke tak. huhu. Nasib baik cikgu dia ok tapi kena extra charge. tak kisah la. yang penting ada orang nak jaga muadz. takkan nak bawa dia gi office plak. tak jadi kerja jawabnya.

semalam ditakdirkan Allah terpaksa kerja sorang pula tu. Sorang memang ambil cuti, seorang lagi EL. memang hari ini dalam sejarah. sampai dah pening-pening tengok pc dan bertambah la sakit tekak. sampai rasa nak termuntah pun ada. hari ni still pening dan rasa nak termuntah. huhuhu. ni baru sekali. orang lain camna la agaknya. huhuu.

Ada juga beberapa orang yang kata nak datang rumah dan ajak datang rumah. tapi maaflah ye, saya bekerja. Dan disebabkan tak ingat public holiday juga saya tak membuat preparation awal. biasa akan bawa bekal atau beli siap-siap sebab kedai memang semua tutup. kali ni tak ingat langsung. pagi tu baru teringat, tak beli apa-apa untuk breakfast dan lunch. tak larat pulak nak puasa sebab asyik batuk.

nasib baik dalam locker ada biskut. malam biskut aje la, pagi, tengah hari dan petang. balik rumah tu memang macam nak pengsan. dengan sakit kepala mengadap pc dan jawab phone, pastu perut dah masuk angin. balik tu makan sket mee goreng yang hubby masak untuk lunch dia(thank you, hubby!), rehat kejap sambil golek2 dengan muadz baru ada tenaga balik. huhuhu.

dah dekat 2 minggu sakit tekak, batuk, selsema dan pening. kadang-kadang demam. sampai muadz pun dah berjangkit. malam ni nak ke klinik untuk kali keempat. entry raya, nanti la ye. nak edit2 gambar sket dulu.

p/s - lately ni hasil pam berkurangan. sebab kurang pam masa raya, pastu campur dengan tak sihat, jadi mood pun kurang. vitamin pun dah kurang istiqamah sebab banyak sangat ubat nak kena makan. huhu.

[+/-] Read more...

Monday, September 13, 2010

Demam yang tak kebah...

Assalamualaikum..

Saya dah mula bekerja di raya keempat ni. hubby pun dah start kerja. so muadz pun terpaksa la juga ke sekolah. Alhamdulillah, sakit tekak dah berkurangan tapi batuk makin menjadi-jadi. demam pun kejap naik kejap turun.

hari ni, pagi-pagi lagi dah sakit kepala. masuk office yang sejuk ni terasa badan makin panas dan kepala berpusing. tapi tak boleh nak cuti dah. dah banyak sangat amik cuti. lagipun kesian orang lain nak bercuti. so, bersabar je la.

khamis lepas sempat ke klinik sekali lagi. doktor bagi antibiotik jenis lain pula. antibiotik baru je habis pagi tadi tapi batuk tak juga kurang. makin teruk bila malam atau bila sejuk.

semalam, muadz pula dah start batuk dan selsema. alamak, dah berjangkit la ni. tak larat nak tengok PC lama-lama. nanti la sambung lain kali untuk entry raya ye.

[+/-] Read more...

Tuesday, September 7, 2010

mastitis? breast abscess?

Assalamualaikum...

Khamis malam yang lepas suara saya mula menghilang sedikit demi sedikit. tapi tak sakit tekak pun. esoknya(jumaat) pagi tu bangun sahur rasa perit sangat tekak. telan air liur pun sakit. suara memang sangat susah nak keluar. ingat nak ambil MC. sepatutnya kena call tapi suara susah nak keluar. so plan pergi je la jumpa leader. ditakdirkan Allah bila sampai tu ada seorang lagi dah ambil MC pula. so dia tak kasi saya balik. dia kata tak perlu jawab phone, just buat kerja lain.

hmm...macam tak membantu sangatla pun. lama-lama saya kepeningan, badan plak dah mengigil sket-sket. tak boleh tahan ni. try tanya leader lagi boleh tak balik, kalau tak pun bagi saya tidur kat surau. memang kesian kat seorang member yang terpaksa kerja sorang-sorang tapi memang rasa tak larat. akhirnya leader lepaskan juga balik. terus ke klinik di sebelah, demam agak tinggi jugak!

balik rumah tu terus buka puasa, minum air sikit. tapi rasa tak larat nak makan. so terus tidur. nasib baik hubby memang ambil cuti hari tu. lepas dia balik solat jumaat, dia kejut suruh makan juga dan makan ubat. makanlah juga sikit.

esoknya rasa macam dah ok sikit so sambung puasa. tapi still rasa macam demam. disebabkan puasa dan tak minum air, tekak sakit balik dan dah mula batuk pula. petang tu saya message dua orang kakak yang pernah mengalami mastitis dan breast abscess sebab B terasa panas dan berdenyut-denyut. saya cuba mandi air panas dan picit, keluar macam biasa. tak macam tersumbat pun.

menurut Kak A yang mengalami breast abscess, dia tak demam pun cuma sakit kat B. Kerasa dan panas. Pam & direct feed pun masih keras & sakit. Kak B yang alami mastitis pula kata dia demam biasa tapi panas tinggi dan menggigil. Nak tau mastitis atau tak B rasa panas, merah, tegang sakit. hmm...B tak rasa keras pun. lepas menyusu macam biasa je kembali surut. try tanya kak ngah(doktor) pula dia kata breast abscess tu nanah, macam ada ketulan sket. mastitis tu jangkitan kuman. biasa kalau ada nipple crack, menyusu tak betul atau tak habis. hmm...selalu juga saya tak menyusu habis sebab tengah jalan muadz tidur pastu tak pam pula tu.

tapi kalau dari tanda-tanda tu macam bukan. jumaat pagi saya dikejutkan dengan berita kematian seorang sahabat. memang sangat terkejut dan sangat sedih. hubby pulang je dari kelas terus kami bersiap dan ke kuala kubu baru, kampung arwah. Alhamdulillah, sempat menatap dan cium arwah buat kali terakhir. Al-Fatihah buat sahabatku. Moga dirimu tenang di sana.

Malam tu suara saya kembali hilang. agaknya sebab banyak nangis kot. huhu. dah risau dah. macam mana nak kerja. takde suara tak boleh kerja la sebab kerja saya menggunakan suara. kerja saya yang penting kena ada telefon, pc dan internet.so saya ke klinik yang sama sekali lagi untuk check balik. doktor check satu badan kot-kot ada tanda-tanda sakit lain. huhu. Alhamdulillah, ok je.

Hari ni walaupun suara belum betul-betul baik tapi paksa diri juga datang kerja. Duduk depan pc ni ada la pening sikit-sikit tapi masih boleh bertahan. nak bercakap kena menjerit sket baru keluar suara. huhu. Ditarik nikmat suara buat seketika....

p/s-hubby tanya takpe ke bawa baby ziarah jenazah. hmm..bagi family saya takde apa-apa halangan. InsyaAllah, Allah yang melindungi. bukan nak cakap besar tapi kita kan kena berlindung dengan Allah bukannya dengan benda ghaib yang lain. Sepanjang perjalanan saya bersembang cerita dengan muadz, kawan ummi dah pergi jumpa Allah balik. kita sama-sama doakan untuk dia ye. Muadz pandang je muka ummi. huhu.

- oh ye, terima kasih kepada kedua-dua orang akak ni yang sudi melayan saya tatkala seluruh umat Islam sedang sibuk menantikan masa berbuka puasa.

[+/-] Read more...

Friday, August 13, 2010

Selsema teruk

Assalamualaikum..

Baru 2 hari selsema hidung dah melecet dan merah-merah. sakit betul. ujian di bulan puasa. huhu. hari ni suara pula dah bertukar menjadi sengau. sakit kepala tak hilang lagi. tapi selsema macam dah berkurangan.


gambar hiasan


semalam sebab tak tahan sangat makan ubat selsema sebelum tidur. lepas tu memang pengsan sampai terlewat sikit bangun sahur. Muadz pula dah mengamuk lapar. Terpaksa la makan sambil susukan dia. Pagi ni still pening dan dah ada batuk sikit-sikit.

Nak share mutabaah amal untuk bulan Ramadhan ni. Supaya kita dapat sama-sama boost untuk capai yang terbaik ramadhan kali ini. bukan boost susu je tapi lebih penting boost amalan tau.


Boleh klik gambar di atas untuk download borang ni. Siapa yang tak boleh download dan nak borang ni sila tinggalkan email di komen ye. nanti saya emailkan.

Carta ini bukan untuk mengira-ngira jumlah pahala, tetapi mengira tahap istiqamah/konsistensi kita di bulan Ramadhan. Semoga carta ini dapat membantu kita mencapai Ramadhan terbaik tahun ini, insya-Allah.

[+/-] Read more...

Tuesday, August 10, 2010

Muadz dah sihat, ummi pula...

Assalamualaikum..

Semalam bawa Muadz pergi klinik lagi. Bawa jumpa doktor yang sama sebab nak confirm betul dah sihat dan tak perlu makan ubat, sambil tu boleh inject untuk 3 bulan sekali. Alhamdulillah, doktor kata stop semua ubat, antibiotik esok(hari ni) last. lepas tu tak payah dah. Alhamdulillah.

So kami pun proceed minta doktor bagi injection untuk 3 bulan. dah terlewat seminggu lebih dah sebab Muadz tak sihat. Alhamdulillah, sekali lagi Muadz tak nangis pun kena inject. seronok sengih-sengih nak main je. Setakat ni setiap kali inject Muadz ok je. cuma masa inject untuk sebulan dia nangis kejap. nangis terkejut sebab kena inject time dia tidur. dah tu, penat ummi dengan nurse kejutkan, siap basuh muka pun tak nak bangun. cucuk je la. bangun nangis kejap lepas tu tidur balik. lawak betul la Muadz ni. harap-harap dia tak demam balik.

tapi start malam tadi ummi dan ayah dah start sakit tekak. pagi ni hidung dah start berair. kepala pun macam berat je. aduh, dah berjangkit dekat ummi pula. free nutriferon ari tu ada tinggal 2 batang lagi. so kami ambil sorang satu, hari ni minum air nutriferon. ummi plak bawa bekal performance drink dalam botol mineral ke office.

aduh, duduk dalam air-cond ni makin menjadi-jadi pula selsema. ayah la ni, sibuk suruh ummi selsema supaya boleh bagi antibodi kat Muadz. Ummi dah la cepat berjangkit kalau selsema lepas tu susah nak baik pula tu. sampai merah-merah hidung melecet pun tak baik-baik juga. nak beli trial pack nutriferon tu macam mahal la pula...

[+/-] Read more...

Wednesday, August 4, 2010

Ayah in sling

Assalamualaikum...

Selalu entri pasal Muadz, kali ni pasal ayah Muadz pula. Sabtu lepas hubby request nak try sling sebab ummi dah asyik sakit bahu. Nak-nak pula bila Muadz tak nak duduk diam. Mula-mula try pakai kat rumah dulu.


Dua lelaki istimewa dalam hidupku


Kemudian kami ke The Store. Sepanjang jalan Muadz duduk diam je dalam sling tu. Tak aci betul. Masa dekat nak balik siap tersengguk-sengguk sebab mengantuk. Kalau kat ummi, bila mengantuk je mesti mengamuk dan pukul-pukul ummi. Ayah pun sengih je bila ummi jeles. Takpelah, lain kali ayah la bawa Muadz pula.


Cubaan kedua


Cubaan kedua ni pula masa makan malam kat luar beramai-ramai dengan family. Sekali-sekala makan ramai-ramai kat luar tak best la kalau ada yang tak dapat makan sebab kena pegang baby kan. So sekali lagi, ayah pakai sling sambil makan. Alhamdulillah, Muadz baik je duduk dengan ayah. Kalau tak duduk dengan ayah pun baik juga. :D

Esoknya terus Muadz demam pagi-pagi. Tapi masa tu ok lagi, batuk dan selsema sikit-sikit aje. Cuma badan panas. Tapi dah nampak dia takde mood. Tampal cool fever, petang tu panas dah surut. Muadz pun dah boleh sembang-sembang dan main. Petang tu singgah klinik, suhu tak tinggi pun, kira tak demam pun.

Tapi malam tu badan dia macam panas sket dan dia dah mula meragam. Dah start muntah-muntah. Tapi lepas dia muntah tu dia macam lega sikit. Dah boleh senyum. Ni dah dua malam asyik meragam. Asyik meraung sampai dah nak terkeluar anak tekak, sampai biru muka, risau betul. Bila bagi susu sekejap-sekejap lepas dan menangis. agaknya susah nak minum kot sebab hidung tersumbat. Cikgu dia kata siang dia ok cuma merengek sikit-sikit je. agaknya sebab malam sejuk kot. hidung lagi tersumbat.

bila nak sedut hidung tak bagi pula. sama ada dia akan tolak tangan kita(kuat juga dia tolak tau), pusing-pusingkan kepala atau menjerit menangis sekuat hati. Semalam ingat nak MC tapi pagi-pagi dia macam ok. Hasil perahan pun kurang semalam sebab asyik risau. Semalam petang selsema macam dah kurang sikit tapi bila malam teruk balik. pagi tadi macam dia dah boleh sembang sikit-sikit tapi bila sampai taska dia buat muka 'derk' dia balik. orang tegur ke bye-bye ke tak layan pun. selalu dia senyum-senyum tak pun kerut-kerut dahi.

jumaat ni kalau tak elok juga nak ambil nutriferon. Harap-harap Muadz cepat sembuh.

p/s - peti ais dah banyak kosong sekarang. Sebab saya letak semua yang bulan 7 punya di peti ais rumah mak. rumah mak ada deep freezer. lepas ni boleh buat stok banyak-banyak, penuhkan peti ais lagi.

[+/-] Read more...

Friday, July 9, 2010

Pam dalam kereta dan demam

Assalamualaikum...

Selama 3 hari yang lepas suami ada kursus, jadi saya memandu ke kereta. Jadi sesi mengepam pagi-pagi pun terlepas. Dulu pam dalam kereta tapi hubby yang memandu. Masa hari pertama hubby kursus(selasa) lepas, sempat pakai pam dan try pam di tempat duduk. Pam letak dalam beg dan zip, nak bagi kurang sket bunyinya. Dah habis tu, pegi bilik kecik untuk keluarkan pam dan simpan susu. kemudian tanya akak sebelah ada dengar bunyi tak. dia kata dengar juga tapi tak kuat sangat. huhuhu. Orang row belakang ni dah la lelaki. nasib baik ada seorang je masa tu. esoknya dan semalam tak sempat sebab sampai pun dah lambat sikit. tak sempat nak pakai. lagipun ramai la pula lelaki di barisan belakang. Sebelum ada yang bertanya, bunyi apa tu. baiklah jangan buat isu. tak best betul tempat open-space ni.

Semalam, ingat masa balik nak try pam sambil memandu tiba-tiba terbaca entry ini. Terus cancel plan nak buat macam tu. Yelah, kalau mengepam sure takleh nak pakai tali pinggang keledar, mungkin tak fokus dan boleh membahayakan diri. Saya dah la jarang memandu, jadi agak kekok sedikit memandu.

Hari ni alhamdulillah, dapat mengepam kembali semasa perjalanan ke office. hasil pun alhamdulillah. pam 10 minit je jadi dapat dalam 5oz. Alhamdulillah. Saya beli hands-free pumping bra untuk memudahkan dan mempercepatkan pemakaian pam. (Saya rasa macam saya banyak membazir dalam barangan untuk keperluan baby ni. huhu. :P ) Saya rasa tali-tali medela tu agak mengambil masa untuk pakai. setiap kali mesti kena adjust. tetapi kekurangan pumping bra ni pula bila botol agak penuh dan berat dia akan ke bawah sedikit. breastshield pun macam tertarik ke bawah dan menyebabkan sakit sikit. tapi memang mudah nak pakai dan buka pam. kadang-kadang saya pakai juga tali tu clip atas sahaja supaya dia tak tertarik ke bawah.

Cerita tentang Muadz pula. Malam tadi hidung dia tersumbat lagi. Rasa hampir tiap-tiap malam hidung dia tersumbat tapi semalam macam teruk sikit sampai dia nak menyusu pun tak boleh sebab susah nak bernafas dan akhirnya muntah dengan banyaknya. kesiannya anakku. Hari tu masa jumpa doktor dia kata kalau hidung tersumbat memang akan muntah sebab baby susah nak telan. maknanya susu tu tak masuk dalam perut dia la kan, mesti dia lapar.

Lepas tu pakaikan cool fever dan ubat hidung untuk cairkan hingus. lepas dia dan saya tukar baju baru dia macam ok sket. tapi bila letak je dalam baby cot merengek lagi. terus angkat dan letak atas katil dan dia terus tertidur. agaknya saje nak dekat dengan ummi dan ayah kot sebab tengah tak berapa sihat. pagi tadi langsung dia tak bangun masa nak hantar ke taska. tukarkan diapers pun dia menggeliat sekejap kemudian tidur balik. on the way ke taska cuba juga bagi susu, nasib baik dia minum. hidung dah ok sikit pagi ni. tengah malam je selalu bermasalah. agaknya sebab sejuk kot.

Ayahnya pula semalam sakit kepala dan muntah. rasa macam petanda nak start demam. ummi pun dah start sakit tekak dan sakit kepala. Hari tu ayah kata, 'ummi cepatla selsema, boleh bagi antibodi kat baby.' Sabar je la. harap-harap malam ni dia ok.
kesian sangat tengok dia semalam. sampai ayah pun terkejut dan terus bangun. ummi yang dah macam nak nangis terus cover line. :p

[+/-] Read more...

Thursday, July 8, 2010

Baby muntah banyak

Assalamualaikum...

Semalam baby muntah banyak sangat. Sampai tersembur dan berketul-ketul. habis baju dia, baju saya dan ring sling. Malam tadi dia macam susah nak tidur. Bila letak je terjaga dan merengek. hubby pula takde. kalau tak boleh tolong jaga ataupun jemurkan kain. masa tu tengah nak jemur kain.

Jadi saya masukkan dia dalam ring sling dan sambung menjemur. agaknya kejap tertunduk, kejap berdiri dan berjalan sana sini, dia pun pening dan muntah. baru juga lepas menyusu masa tu. tapi susu yang keluar tu berketul-ketul, macam susu lama. Kesian sangat kat dia.

Sebenarnya ni bukan kali pertama. Dia memang cepat muntah kalau tak burp betul-betul. kadang kalau dah burp pun still muntah. Tapi dia memang susah sangat nak burp. kadang dekat nak sejam baru burp. hubby pun beri cadangan supaya cari kot-kot ada sebab-sebab tertentu.

Hasil pencarian di susuibu.com
baby muntah
anak muntah2
baby selalu muntah
bayi muntah atau muak lepas breastfeeding

Antara sebab-sebab baby muntah :
1) tak sendawa
2) minum terlalu banyak
3) alah kepada protein susu lembu

Kesimpulan dari bacaan-bacaan tersebut, rasanya 2 sebab yang atas tu maybe juga. sebab kadan-kadang baru lepas menyusu setengah jam dia mencari-cari nak susu lagi. risau juga dia overfeed tapi kalau tak bagi merengek dan abis semua benda dia isap. Baby memang biasa muntah sebab perut dia kecil. bila dah dalam 4-6 bulan baru akan ok sikit. Asalkan berat dia naik insyaAllah ok. tapi kalau lepas 6 bulan pun still muntah kena bawa jumpa doktor.

Yang no 3 tu tak kot sebab saya dah tak minum susu. dulu minum susu baby macam tak sedap perut, so terus stopkan sekejap. maybe lepas dia 4 bulan boleh minum susu balik kot.

Antara info menarik:
Menurut investigation saya (investigate lah plak)..Baby muak or muntah after breastfeeding walaupun dah disendawakan because terlalu kenyang. overload. Lepas dia minum...lepas sendawakan (our paed kata kalau bf tak yah sendawakan pun tak pe) jgn angkat baby ...jgn ajak dia main lg..bg dia rest kejap....Lagi satu jgn tekan perut dia..almaklumlah perut tgh penuh....kalau dia sendiri yg meniarap etc tu...tak pe...

Ini apa yg saya tgk berlaku kat baby sayalah...

InsyaAllah tak risau sangat lepas ni. tapi memang kena berjaga-jaga. Baby saya memang kena burpkan walaupun fully BF. perut banyak angin agaknya sebab masa saya mengandung hari tu memang banyak sangat angin dalam badan. Cuma nak kena bersabar untuk burpkan dia. Takpe, bersabar sikit je lagi. Baby cepat besar. nanti kita dah tak dapat nikmati masa ni lagi.

[+/-] Read more...

Tuesday, March 23, 2010

Graf tumbesaran bayi yang minum susu ibu

Assalamualaikum...

Tadi tengok dalam folder baby di komputer jumpa graf tumbesaran bayi yang minum susu ibu. Saya memang letakkan semua info berkaitan bayi dalam satu folder. Yelah, anak pertamalah katakan. Banyak info yang perlu dicari. Sudah tentu, kadang-kala apa yang berlaku tak sama seperti info yang kita dapat tapi sekurang-kurangnya kita dah ada panduan. Bila tengok orang sekeliling teringat balik info yang dibaca.

Saje nak share carta ni, boleh refer graf ni. Sebab kadar pembesaran bayi yang minum susu formula dan susu ibu tak sama. Kalau ada sesiapa yang fully breastfeed dan doktor kata anaknya kurang berat badan, boleh la cuba refer carta ni. Print dan tunjuk pula kat doktor.



Growth chart for breastfeeding baby.


Last blogged at ~Derap Langkah Sebuah Perjalanan ~ : Aurah Muslimah
Last blogged at Meniti Hari : 20 Mitos Penyusuan Susu Ibu

[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License