Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Dia. Show all posts
Showing posts with label Dia. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Motivasi seorang isteri

Assalamualaikum..

Lama betul tak update blog ni. sekarang ni kat office agak busy. jadi memang kelam-kabut nak buat banyak benda. buat apa yang termampu aje la. hari ni terjumpa satu entry yang menarik. Buat motivasi seorang isteri. Besar pahala jadi isteri solehah tau.

Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
Komen : Bukannya suami tak boleh ambil air sendiri tapi kadang-kadang dia nak bermanja juga.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
Komen : alamak.. kadang-kadang tak sempat nak masak. huhu

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
Komen : InsyaAllah, semoga dapat menambah umat Nabi Muhammad s.a.w yang berkualiti

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
komen : insyaAllah. Akan berusaha menggembirakan hati suami.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
komen : Nak buat apa-apa pun kena ada redha suami...

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Komen: Insya Allah... Amin

(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)

Terima kasih Kak Hana yang sudi berkongsi. Semoga kita sama-sama dapat menjadi isteri yang solehah dan terbaik untuk suami masing-masing. Amiin

[+/-] Read more...

Wednesday, August 4, 2010

Ayah in sling

Assalamualaikum...

Selalu entri pasal Muadz, kali ni pasal ayah Muadz pula. Sabtu lepas hubby request nak try sling sebab ummi dah asyik sakit bahu. Nak-nak pula bila Muadz tak nak duduk diam. Mula-mula try pakai kat rumah dulu.


Dua lelaki istimewa dalam hidupku


Kemudian kami ke The Store. Sepanjang jalan Muadz duduk diam je dalam sling tu. Tak aci betul. Masa dekat nak balik siap tersengguk-sengguk sebab mengantuk. Kalau kat ummi, bila mengantuk je mesti mengamuk dan pukul-pukul ummi. Ayah pun sengih je bila ummi jeles. Takpelah, lain kali ayah la bawa Muadz pula.


Cubaan kedua


Cubaan kedua ni pula masa makan malam kat luar beramai-ramai dengan family. Sekali-sekala makan ramai-ramai kat luar tak best la kalau ada yang tak dapat makan sebab kena pegang baby kan. So sekali lagi, ayah pakai sling sambil makan. Alhamdulillah, Muadz baik je duduk dengan ayah. Kalau tak duduk dengan ayah pun baik juga. :D

Esoknya terus Muadz demam pagi-pagi. Tapi masa tu ok lagi, batuk dan selsema sikit-sikit aje. Cuma badan panas. Tapi dah nampak dia takde mood. Tampal cool fever, petang tu panas dah surut. Muadz pun dah boleh sembang-sembang dan main. Petang tu singgah klinik, suhu tak tinggi pun, kira tak demam pun.

Tapi malam tu badan dia macam panas sket dan dia dah mula meragam. Dah start muntah-muntah. Tapi lepas dia muntah tu dia macam lega sikit. Dah boleh senyum. Ni dah dua malam asyik meragam. Asyik meraung sampai dah nak terkeluar anak tekak, sampai biru muka, risau betul. Bila bagi susu sekejap-sekejap lepas dan menangis. agaknya susah nak minum kot sebab hidung tersumbat. Cikgu dia kata siang dia ok cuma merengek sikit-sikit je. agaknya sebab malam sejuk kot. hidung lagi tersumbat.

bila nak sedut hidung tak bagi pula. sama ada dia akan tolak tangan kita(kuat juga dia tolak tau), pusing-pusingkan kepala atau menjerit menangis sekuat hati. Semalam ingat nak MC tapi pagi-pagi dia macam ok. Hasil perahan pun kurang semalam sebab asyik risau. Semalam petang selsema macam dah kurang sikit tapi bila malam teruk balik. pagi tadi macam dia dah boleh sembang sikit-sikit tapi bila sampai taska dia buat muka 'derk' dia balik. orang tegur ke bye-bye ke tak layan pun. selalu dia senyum-senyum tak pun kerut-kerut dahi.

jumaat ni kalau tak elok juga nak ambil nutriferon. Harap-harap Muadz cepat sembuh.

p/s - peti ais dah banyak kosong sekarang. Sebab saya letak semua yang bulan 7 punya di peti ais rumah mak. rumah mak ada deep freezer. lepas ni boleh buat stok banyak-banyak, penuhkan peti ais lagi.

[+/-] Read more...

Thursday, April 15, 2010

Redha suami

Assalamualaikum...

Nak share artikel dari sini.

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seorang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.

Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.

Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Bila baca rtikel ni, terfikir adakah tidur malamku diiringi redha suami?

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Bila seorang suami mengajak isterinya ke pelaminan (untuk melakukan hubungan badan) lalu menolak untuk datang sehingga semalaman ia (suami) marah, maka malaikat akan melaknatnya (isteri) hingga pagi hari.” (Muttafaqun ‘alaih, ini lafazh al-Bukhari) sedangkan lafazh Muslim, “…maka Dzat Yang berada di langit akan murka terhadapnya (isteri) hingga ia (suami) rela terhadapnya.”

Walaupun dalam hadis tu secara directnya adalah bila isteri menolak permintaan bersama tetapi antara pengajaran lain yang boleh diambil ialah suami tidur dalam keadaan marah terhadap isteri.

Selama ni agaknya entah berapa kali hubby tidur dalam keadaan berkecil hati atau marah pada saya ye? Itu belum lagi buat hubby kecil hati masa tak tidur. Kebelakangan ni selalu sangat cepat mengantuk, kadang-kadang dah masuk tidur sebelum sempat ucap selamat malam pada hubby pun. Agak-agak ada tak dia rasa kecil hati ye? Walaupun dia selalu cakap takde apa-apa tapi masih ada tak tinggal sesuatu dalam hatinya?

Rasa takut sangat bila fikir tidur dalam keadaan dilaknat malaikat. Kalau Allah cabut nyawa bila-bila masa adakah masa tu diri ini dalam keadaan diredhai atau dilaknati?

Muhasabah diri sebentar....

[+/-] Read more...

Tuesday, November 3, 2009

Poligami

Assalamualaikum...

Baru terbaca entry panas kat sini. Baca blog lain yang link ke sana dan punca tuan punya blog tulis tu kerana kisah panggilan hangit yang ada juga dalam blog tersebut. Rasanya mana-mana perempuan pun mesti emo bila cerita pasal isu ini.

Ramai yang menyalahkan lelaki. Saya tak kata nak side mana-mana. memang ada setengah tu yang GATAL je lebih. kata nak ikut sunnah tapi ikut sunnah bila nikah je, lepas tu tanggungjawab semua dah lupa sunnah. dah lupa apa yang Allah ajar dalam Quran. Sibuk mengikut sunnah yang satu sedangkan kewajipan lain banyak yang lalai.

Tapi ada juga yang berpunca dari isteri juga. Kadang-kadang lepas dah beranak-pinak layanan pada suami tu dah diabaikan. Dan bila ditegur suami sibuk memberi alasan anak-anak. sedangkan anak-anak tu kan anugerah, nikmat yang tak terkata hebatnya. bukan sebagai alasan perosak rumahtangga.

Saya tak mahu komen banyak sebab usia perkahwinan kami pun tak sampai setahun pun lagi. anak pun masih dalam proses. tak tau kalau kehidupan kami berubah banyak lepas ni. Masa mengandung ni pun dah banyak juga yang berubah. yang kadang-kadang menyebabkan saya rasa sangat down sebab saya tak menjalankan tanggungjawab seorang isteri dengan baik.

Bagi saya memang dari awal perkahwinan (ke sebelum kawin ye?) saya dah cakap kat dia, kalau dia nak cari lain selain saya syarat pertama saya adalah orang itu mesti lebih baik dari saya dan boleh bersama-sama dengannya ke syurga. bukan saya nak kata saya ni dah cukup baik. saya tahu saya masih banyak kekurangan dan kelemahan. jadi, kalau memang dia boleh tunjukkan pada saya orang yang memang sifatnya yang tak boleh saya perbaiki diri saya untuk cuba menjadi sebaik itu, insyaAllah saya akan terima. Tapi saya tak pasti sama ada saya akan terima untuk bermadu atau tidak. Mungkin saya akan minta dilepaskan. Tapi sekurang-kurangnya saya cuba untuk redha sebab ada yang lebih baik. Mungkin saya belum cukup kuat untuk menerima ganjaran payung emas.

Saya juga katakan pada dia kalau boleh saya nak berkenalan dengan orang itu. Dan harap orang itu dapat bersama-sama dengannya ke syurga. Mungkin saya bukan pasangan yang dipilih Allah untuk bersama-sama dengannya di syurga. kalau ada orang lain yang Allah pilih insyaAllah saya cuba redha.

Oh, emosi saya kebelakangan ni agak terganggu. menjadi agak sensitif. Pernah masa awal mengandung dulu saya tanya pada dia, dia nak kawen lain tak? sebab saya rasa saya tak dapat berikan yang terbaik untuk dia. saya rasa saya tak usaha sehabis baik untuk menjadi isteri yang terbaik untuk dia. macam banyak benda yang sepatutnya saya buat tapi saya abaikan. mungkin itu hanya emosi saya. masa saya tanya tu memang dia agak marah sebab saya tanya soalan yang bukan-bukan. masa depan? wallahua'lam. kami tak dapat menjangka.

p/s - harap tiada yang salah faham. maksud saya terbaik tak semestinya perfect sebab perfect tu sifat Allah tapi sebaik yang semampu seorang manusia. terbaik saya mungkin tak sama dengan terbaik anda. setiap orang ada sifat yang terbaik yang tersendiri.
p/s - saya ni sangat jeles orangnya. kalau boleh saya nak suami saya, saya punya sorang. Kalau ditakdirkan sama-sama masuk syurga, saya nak menjadi ketua bidadarinya, biar tiada bidadari lain yang boleh melawan saya.

[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License