Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pumping. Show all posts
Showing posts with label Pumping. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Tiada alasan untuk tidak menyusu

Assalamualaikum..

dah lama nak cerita ni tapi asyik bertangguh. Alhamdulillah, weekend lepas diberi peluang ikut perkhemahan pemuda IKRAM. Rasa seronok dan teruja nak pergi sebab dah lama tak ikut perkhemahan. Last masa pregnant muadz tapi tak mencabar sangat. Kali ni katanya perlukan kekuatan fizikal. Nak bawa Islam bukan hanya perlu kekuatan rohani, kekuatan ilmu dan kekuatan ibadah tetapi juga kekuatan fizikal. Kalau tiba-tiba jadi macam bosnia kena serang dulu tu, mana pemuda-pemuda yang konon bawa Islam ni nak lari? Kenalah berjuang kan. Ataupun kalau kena ke Palestin bantu saudara di sana ke? So memang maklum kekuatan fizikal penting untuk tarbiyyah.

Cuma risau tentang Muadz dan penyusuan. Muadz dah tentulah tak boleh join. Takkan ummi buat aktiviti lasak Muadz nak join. Jadi, minta tolong hubby jagakan Muadz di sebuah hotel berdekatan. supaya senang nak calling kalau ada apa-apa masalah dan senang juga nak ambil susu yang diperah. tapi risau juga takut tak sempat perah susu.

Akhirnya bulatkan tekad dan bertawakkal kepada Allah. Yang penting dah usaha, selebihnya bergantung penuh pada Allah. Memang banyak ujian dan tarbiyyah dari Allah sepanjang kem cuma kali ni saya nak cerita macam mana saya meneruskan usaha penyusuan. Dari awal dah sewakan bilik untuk hubby dan muadz di sebuah hotel yang ada peti ais kecil. bawa juga bekal susu dari rumah takut tak cukup.

Kem bermula dari Jumaat malam. Habis aktiviti dalam pukul 2. Dalam ngantuk-ngantuk nak tidur tu tekadkan semangat pam sekejap. Of course la bawa Medela FS untuk memudahkan kerja. huhu. Pagi esoknya ada aktiviti memanjat gunung. Lepas solat subuh dan sambil makan-makan tu pam juga sekejap. sebelum pegi memanjat sempat lagi hubby datang amik susu yang dah diperah. Panjat gunung tu ambil masa 3 jam untuk sampai ke checkpoint terakhir. memang mencabar memanjat.

masa tu teringat masa panjat gunung fuji dulu. masa tu saya dah give up tapi ada seorang akak tolong bawakan beg dan pimpin tangan saya. dia asyik bagi semangat dan kata 'zikir, Hanis, zikir' dan terus sebut Allah, Allah. Alhamdulillah, kali ni saya diberi kekuatan untuk bantu sahabat lain dan saya buat seperti yang kakak tu buat pada saya.

Dalam pada camping pun saya tak lupa asas penyusuan iaitu kerapkan pam, minum air yang banyak dan doa. saya buat apa yang saya terdaya. saya bawa air botol besar memanjat gunung yang adakalanya curam. Alhamdulillah, akhirnya sampai ke checkpoint terakhir. kami diminta masak makanan, mandi dan solat. orang lain sibuk hidupkan api saya pergi pam sekejap. tapi perah pakai tangan je jadi tak banyak sangat hasil. lagipun, saya pasti tak dapat bagi muadz minum sebab by the time turun dan nak bagi susu pun dah basi. lepas makan dan mandi sungai (best betul mandi sungai terasa macam masih muda remaja. :P ) sementara tunggu untuk solat, saya pam lagi sekali. tak peduli apa orang kata, hak kepada anak perlu ditunaikan kerana ia termasuk juga hak kepada Allah.

perjalanan turun ambil masa 3 jam juga. turun lagi perit dari naik rupanya sebab kaki asyik kena brek. sampai ada sahabat yang tercabut kedua-dua tapak kasut. Alhamdulillah, sampai je ke bilik penginapan terus pam lagi sampai kosong. kali ni guna medela FS. Oh, sebagai persediaan selain minum air masak yang banyak, saya juga bawa kurma dan vitamin sebagai penguat semangat dan milk booster.

malam tu ada aktiviti lagi tapi kali ni sebelum tidur saya tak larat nak pam sebab penat sangat. pagi esoknya memang penuh sangat sampai banjir. orang lain bangun qiam, saya bangun mengepam. tak kisah la tak dapat bagi muadz susu tu pun asalkan saya pam supaya otak mendapat signal saya masih perlukan banyak susu untuk anak saya.

Akhirnya tibalah hari terakhir. Sementara menunggu upacara penutup sempat lagi saya pergi mengepam. nasib baik pengerusi pemuda IKRAM tu datang lambat. sempat saya pam 20 minit. Alhamdulillah. Saya cerita di sini bukan nak tunjuk saya hebat tapi bagi saya kita perlu berusaha..berusaha...dan berusaha... Cari ilmu sana sini supaya dapat diamalkan sepenuhnya. selepas penat berusaha jangan lupa bertawakkal, tawakkal dan tawakkal. segala apa pun semuanya perlu bergantung kepada Allah. Kalau Allah kata dah tiada rezeki untuk anak saya, tak kiralah walau macam mana saya berusaha pun, walau banyak mana supplemen atau milk booster saya ambil pun tetap takkan ada. memang saya belajar pergantungan kepada Allah tu sangat penting.

lepas camping tu tiba-tiba rasa sakit bila muadz menyusu. rupanya tepi puting tu dah luka. Mungkin sebab saya pam dengan kuat sebab nak cepat dan banyak hasil pengeluaran. Tapi itu tidak menghalang saya. Saya sapu krim sebelum dan selepas menyusukan muadz atau mengepam. Alhamdulillah, hari ni dah beransur pulih.

Walau pun saya merancang macam-macam tetapi macam-macam juga yang jadi lain daripada yang dirancang. Tetapi yakinlah bahawa Allah sebaik-baik perancang dan pembuat keputusan.

[+/-] Read more...

Thursday, December 9, 2010

Pam dalam kereta

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, 3 hari ni (Rabu-Jumaat) dapat pam 4 kali sehari. Sebabnya, hubby ada kursus berdekatan tempat kerja, jadi dia kata dia nak hantar dan ambil saya selama 3 hari. Jadi, boleh la saya pam dalam kereta masa on the way pergi dan balik.

Sekarang ni dapat pam 3 kali je, pagi-pagi tak sempat pam(tu la, sape suruh keluar rumah lambat X( ).balik pula, terpaksa pulang lewat sedikit debab pam dulu di surau. Jadi dalam pukul 6 lebih sikit baru sampai rumah.

3 hari ni boleh la sampai rumah awal sikit. Rindu Muadz. Lepas solat asar boleh terus berangkat pulang. huhu. boleh la buat banyak sikit kerja rumah (kononnya :P ). Harapnya banyak sikit hasil pam dan boleh buat stok lebih sikit.

Selain tu, harap dapat rapatkan hubungan suami isteri. Sekarang ni pergi kerja asing-asing, bersembang pun dah kurang. Malam masa dah tidur, sambil menyusu muadz mesti saya terus belayar sekali. huhu.

[+/-] Read more...

Monday, November 22, 2010

Air Alfalfa

Assalamualaikum..

Weekend lepas pegi membeli air alfalfa. Dah pernah nampak. Teringin pula nak try lepas baca entry kak mieja kat sini dan sini, teringin nak cuba.

so beli la air di bawah ni.


first time buat tak reti sangat, terlebih letak kordial. so terasa macam minum perasa & pewarna pandan. kuat betul bau pandan dia. bila sampai tekak terasa macam makan vitamin alfalfa. kembang tekak sekejap.

kali kedua buat kurangkan kordial dan buat tawar sket. Alhamdulillah, boleh telan walaupun memang rasa pelik sket. tapi boleh la telan, rasa manis-manis. kesannya? tak tau la lagi.

hasil sedikit merudum sebab jadual pam kadang-kadang kelam-kabut. lepas tu masa weekend pun muadz menyusu main-main. huhuh. lepas ni masa weekend pun kena pam juga. bawa pam ke mana-mana. insyaAllah.

[+/-] Read more...

Wednesday, August 11, 2010

Mengepam di meja


Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua. banyak betul ujian buat saya di hari pertama puasa ni. Semoga ianya dapat menambah pahala. Tadi,ada hal sedikit, tak dapat nak pam waktu biasa iaitu 10.45 pagi. dalam jam 11.15 baru dapat melarikan diri. tengok-tengok bilik di tingkat 4 tu penuh pula. Saya pun tinggalkan beg dan pergi ke bank dan kutip parcel di mailroom sekejap dan naik balik. berharap ada kekosongan tapi penuh juga.

takut lama menunggu, saya pun naik atas balik. tengok pantry kosong, saya kunci dan pasang pam kemudian balik ke meja (sambil cover dada dengan beg). duduk dan on pam. ada la bunyi sket2 tapi biarlah. buat tak tau je buat kerja cam biasa. orang belakang ni dah la lelaki. ATL pula asyik jalan-jalan kat sini sebab ada budak baru dari team belakang ni yang panggil.

Dah siap tu dengan berhati-hati buka. terasa macam messy sket sebab tak boleh nak tengok. so susu yang kat Bshield tu ada tumpah sket. cepat-cepat simpan semua benda dalam beg. hasil memang banyak sebab masa pam tu terlambat sket kot. hasil 2.30 petang ni kurang plak. tapi total tengok cam biasa je. Alhamdulillah... susu ok, saya je yang kurang ok.

tadi ATL kata saya nampak pucat. saya cakap sebab selsema. Pagi tadi pula, tak sempat minum air sangat. sempat makan nasi, kurma sebiji dan oligo separuh cawan, tiba-tiba dah azan. ingatkan subuh jam 6 pagi rupanya 5.53 pagi. jam kat rumah pula lambat 5 minit. memang terasa agak kekeringan juga la bila dah petang-petang ni. takpe, takde orang yang mati kering lagi sebab puasa.

semoga ia dapat menguji kesabaran diri. Jom aim supaya ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan tahun lepas walaupun ujian mungkin bertambah.


update gambar latest Muadz. Bolatnya anak ummi dan ayah ni. huhu.

[+/-] Read more...

Friday, July 23, 2010

Medela Hands-free kit vs hands-free pumping bra

Assalamualaikum..

Sebelum ni ada cerita sedikit tentang hands-free kit medela ni. Tapi tak review banyak sangat. Sebenarnya selain rasa leceh nak pakai tali-tali tu, saya rasa macam tak ketat. bila bergerak dia mudah tertanggal. memang tak boleh bergerak banyak. Itu antara sebab lain saya beli hands-free pumping bra tu.



Medela hands-free kit


Tapi hari tu saya tengok blog seorang ni, dia siap boleh dukung anak kat belakang dan berjalan sambil pam lagi. dia kata dia guna Medela FS juga. Jadi, Isnin hari tu, mengambil kesempatan bercuti saya check balik buku-buku medela saya. rupanya saya yang salah pasang. saya klip bukan di bawah bra tetapi de bahagian tepi. jadi, bawah B-shield tu jadi terangkat sedikit la. Dalam buku tu memang tiada cara klip, tapi saya tengok balik gambar yang menjadi hiasan kulit buku tu.

Bila diklip tali kanan kiri tu di bawah bra baru la melekat betul. berjalan-jalan, lipat kain, gosok kain, jemur kain pun tak bergerak langsung. cuma kalau tunduk terlebih sangat mungkin susu akan tumpah sebab botol tu terbalik kan.



Inilah cara pakai yang betul.


Jadi kalau nak bandingkan keduanya, untuk pergerakan yang lebih selamat, saya lebih suka pada medela hands-free kit. cuma kelemahannya adalah mengambil masa nak pakai. tapi bila dah biasa insyaAllah mudah aje.

Di office saya masih guna hands-free pumping bra sebab lebih cepat. saya pun tak bergerak banyak setelah guna bilik menyusu sebab belakang dah tak sakit. ada kerusi yang selesa. Alhamdulillah, cuma masa pam off atau stimulation phase memang kena berhati-hati sedikit supaya B-shield tak bergerak dan lari dari kedudukan yang sepatutnya. bila dah masuk fasa meneyedut dah ok.

[+/-] Read more...

Monday, July 12, 2010

Bilik Menyusu dan Shaklee

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sejak minggu lepas dah dapat access ke tingkat 4, di mana di dalam tu ada bilik untuk mengepam. sangat seronok sebab dekat. dapat jimat masa sikit. dan biliknya pun agak privacy, jadi tak perlu nak cover2 sangat, yang mana tambah melambatkan lagi.

kenapa saya sangat berkira dengan masa? sebab kerja saya kena sentiasa berada di meja sendiri. bila ada di meja baru ada kerja masuk. lagi lama saya hilang, lagi kurangla kerja saya tapi orang lain terpaksa terima banyak kerja untuk menggantikan saya. jadi, saya rasa tak seronok. sebab kerja pun amanah, menyusukan anak pun amanah juga yang paling penting amanah untuk menjadi khalifah di bumi Allah ini. kalau boleh, saya nak buat yang terbaik untuk semuanya. Tak tau la rekod saya macam mana sejak saya guna bilik tu. harapnya menepati kriteria yang diberikan.

Hari tu dah berjanji dengan leader akan cuba buat yang terbaik untuk nak dapat access tingkat 4 tu. kalau still tak buat yang terbaik, tak tau la. huhuhu. saya terfikir kalau kerja biasa kan senang. asal kerja siap ok. tak perlu time constrain. InsyaAllah akan bertukar juga nanti sebab sekarang kerja kontrak, mestila nak cari kerja tetap kan. Walau bagaimanapun, saya dah sedikit tenang berbanding masa awal-awal masuk kerja. masa tu memang agak kelam-kabut. sekarang ni cuba bertenang supaya tak memberi kesan kepada hasil pengeluaran.

Oh ye, nak cerita tentang tempat mengepam yang sangat best ni. Siap ada peti ais kecik khas untuk ibu menyusu. sangat menarik ok.



Bilik mengepam




Bahagian dalam. Ops, bergegar plak.





Siap ada peti ais


Selain itu saya juga telah membeli Shaklee trial pack dari GenkiMomma. Memang dah lama nak beli tapi asyik bertangguh. Antara sebab beli dari GM ni sebab senang nak dapat. Jalan beberapa langkah je dah boleh dapat. :)) So boleh la bayar secara Cash On Delivery. Delivery ke? Lagi satu, sebab dialah saya mula mendapat info tentang susu ibu. Saya mula membaca blognya (dah ditutup) sebelum berkahwin lagi (tapi dah dekat nak kawin), sejak dari tu saya mula berazam nak full breastfeed anak saya. dari situ saya baca macam mana nak simpan perah dan simpan susu, jenis-jenis pam dan sebagainya.

Sejak tu juga pergi melawat susuibu.com dan menambah ilmu. So, memang berterima kasih la dengan GenkiMomma ni. Tapi tak try makan pun lagi. hehehe. nak habiskan dulu multivitamin yang ada. InsyaAllah by next week boleh la try. Kenapa nak try Shaklee? Sebab saya rasa saya perlukan supplement untuk menjadi bionic woman. hehehe. Dah la weekend dan malam selalu takde kat rumah. Kalau tak makan supplement, memang rasa tak bermaya je. Tapi...mampukah istiqamah?

Ada baca di sini better ambil malam. Tapi kalau malam tak sure la boleh istiqamah ke tak. kalau kat rumah selalu je lupa. selalu kalau weekend mesti hubby ingatkan dah makan ubat ke belum (vitamin pun dia panggil ubat gak.) InsyaAllah, harap-harap ok.

Memang jika ada yang bertanya, pada waktu bilakah terbaik untuk mengambil vitamin, ibu akan menjawab ibu mengambil waktu malam kerana sel badan akan rejuvenate sewaktu kita sedang tidur namun ibu sentiasa memastikan pengambilan air adalah sekurang2nya 2 liter sebelum ibu tidur. Sehingga kini sudah menjadi amalan bagi ibu walau tidak menyusu lagi. alhamdulillah.

harap-harap dapat istiqamah kali ni...

[+/-] Read more...

Friday, July 9, 2010

Pam dalam kereta dan demam

Assalamualaikum...

Selama 3 hari yang lepas suami ada kursus, jadi saya memandu ke kereta. Jadi sesi mengepam pagi-pagi pun terlepas. Dulu pam dalam kereta tapi hubby yang memandu. Masa hari pertama hubby kursus(selasa) lepas, sempat pakai pam dan try pam di tempat duduk. Pam letak dalam beg dan zip, nak bagi kurang sket bunyinya. Dah habis tu, pegi bilik kecik untuk keluarkan pam dan simpan susu. kemudian tanya akak sebelah ada dengar bunyi tak. dia kata dengar juga tapi tak kuat sangat. huhuhu. Orang row belakang ni dah la lelaki. nasib baik ada seorang je masa tu. esoknya dan semalam tak sempat sebab sampai pun dah lambat sikit. tak sempat nak pakai. lagipun ramai la pula lelaki di barisan belakang. Sebelum ada yang bertanya, bunyi apa tu. baiklah jangan buat isu. tak best betul tempat open-space ni.

Semalam, ingat masa balik nak try pam sambil memandu tiba-tiba terbaca entry ini. Terus cancel plan nak buat macam tu. Yelah, kalau mengepam sure takleh nak pakai tali pinggang keledar, mungkin tak fokus dan boleh membahayakan diri. Saya dah la jarang memandu, jadi agak kekok sedikit memandu.

Hari ni alhamdulillah, dapat mengepam kembali semasa perjalanan ke office. hasil pun alhamdulillah. pam 10 minit je jadi dapat dalam 5oz. Alhamdulillah. Saya beli hands-free pumping bra untuk memudahkan dan mempercepatkan pemakaian pam. (Saya rasa macam saya banyak membazir dalam barangan untuk keperluan baby ni. huhu. :P ) Saya rasa tali-tali medela tu agak mengambil masa untuk pakai. setiap kali mesti kena adjust. tetapi kekurangan pumping bra ni pula bila botol agak penuh dan berat dia akan ke bawah sedikit. breastshield pun macam tertarik ke bawah dan menyebabkan sakit sikit. tapi memang mudah nak pakai dan buka pam. kadang-kadang saya pakai juga tali tu clip atas sahaja supaya dia tak tertarik ke bawah.

Cerita tentang Muadz pula. Malam tadi hidung dia tersumbat lagi. Rasa hampir tiap-tiap malam hidung dia tersumbat tapi semalam macam teruk sikit sampai dia nak menyusu pun tak boleh sebab susah nak bernafas dan akhirnya muntah dengan banyaknya. kesiannya anakku. Hari tu masa jumpa doktor dia kata kalau hidung tersumbat memang akan muntah sebab baby susah nak telan. maknanya susu tu tak masuk dalam perut dia la kan, mesti dia lapar.

Lepas tu pakaikan cool fever dan ubat hidung untuk cairkan hingus. lepas dia dan saya tukar baju baru dia macam ok sket. tapi bila letak je dalam baby cot merengek lagi. terus angkat dan letak atas katil dan dia terus tertidur. agaknya saje nak dekat dengan ummi dan ayah kot sebab tengah tak berapa sihat. pagi tadi langsung dia tak bangun masa nak hantar ke taska. tukarkan diapers pun dia menggeliat sekejap kemudian tidur balik. on the way ke taska cuba juga bagi susu, nasib baik dia minum. hidung dah ok sikit pagi ni. tengah malam je selalu bermasalah. agaknya sebab sejuk kot.

Ayahnya pula semalam sakit kepala dan muntah. rasa macam petanda nak start demam. ummi pun dah start sakit tekak dan sakit kepala. Hari tu ayah kata, 'ummi cepatla selsema, boleh bagi antibodi kat baby.' Sabar je la. harap-harap malam ni dia ok.
kesian sangat tengok dia semalam. sampai ayah pun terkejut dan terus bangun. ummi yang dah macam nak nangis terus cover line. :p

[+/-] Read more...

Thursday, July 1, 2010

Muadzku sayang

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah dua bulan lebih anakku rupanya. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dah boleh membiasakan diri menjadi ibu. Kadang-kadang tidur malam sambil duduk pun dah tak terasa penat tapi lepas tu sakit badan la. saya tak pandai nak susukan sambil baring. mesti akan rasa sakit sangat. baby pun tak selesa sebab hidung dia selalu tertutup. dah adjust macam-macam cara tapi tak berjaya. akhirnya, biarla susu sambil duduk. kadang-kadang saya yang tertidur dulu, dia tak tidur pun. ni hubby yang cakap. saya memang dah tak sedar apa.

dulu mak pun selalu pesan, tak payah la susukan baring. nanti dia dah biasa asyik nak susu sambil baring je. kalau tak baring tak nak susu. hmm...tak tau la kebenarannya. tapi memang kalau boleh tak nak biasakan dia tidur dengan kami atas katil. kalau saya jaga biasa saya akan masukkan dia balik dalam baby cot. selain dari menjadi ibu, saya masih perlu menjadi isteri. jadi kena la jaga juga kan.

nasib baik juga dah beli bantal menyusu, jadi kalau saya tertidur pun saya tak risau dia jatuh atau tidur dalam keadaan tak selesa. masa dalam pantang di rumah mak dulu pernah tidur duduk dan baby hampir nak jatuh. kepala dia mendongak dah. nasib baik sedar. tapi hubby kata dia dah seronok tidur atas riba pula, tak nak kena letak. ala, baby kecik lagi, kasi can la. nanti kita ajar dia sama-sama.

muadz sekarang dah pandai nak sembang. bila keluar suara tu siap dengan tangan kaki gerak-gerak sekali. excited nak cerita. tapi tak lama sebab mesti dia sedu. kenapa ye? pastu dia akan marah sebab tengah cakap sedu. bila susukan, dia terus tertidur pula.

stok susu, alhamdulillah masih banyak. kalau kat rumah selalu juga terlepas masa mengepam. takut juga production kurang. setakat ni belum makan supplement apa-apa sebab takut badan dah terbiasa. nanti kalau production down dah tak berkesan pula. cuma memang amalkan banyak minum air masak, minum jus kurma dan makan makanan yang boleh banyakkan susu. sekarang ni muadz minum 4x3oz di taska. di antara tu ada juga 1oz. sekarang ni sekali pam dapat dalam 10oz lebih kurang. 2 kali pam kat office pun alhamdulillah, cukup untuk hantar ke taska. tak perlu guna stok beku.

saje nak mengabadikan moment ni. bila down nanti boleh la tengok balik kan.



Stok 29 June 2010


Last blogged at Meniti Hari : Shopping dalam pantang

[+/-] Read more...

Wednesday, June 30, 2010

Jadual mengepam

Assalamualaikum..

haih, awal-awal pagi dah mengeluh. huhu. jadual mengepam saya masih kelam-kabut. saya tak tau macam mana nak membahagikan masa dengan lebih effective. sebelum start kerja, plan nak pam dalam kereta masa on the way ke office, then kul 10.45 terus beli makanan utk rehat, kul 2 terus sekali solat zohor dan masa on the way balik dalam kereta. hakikatnya takla semudah yang dirancang. sebab saya rasa proses memasang dan membuka medela ni pun dah ambil masa yang agak lama.

semalam alhamdulillah, sempat pam 10 min dalam kereta. perjalanan dari rumah ke office lebih kurang 15-20 min saja. hari ni, saya dah siap-siap pasang dengan tali semua cuma tinggal nak pasang kat badan sahaja. tapi tali yang nak sangkut kat baju dalam tu buat hal pula. asyik jatuh je. kena adjust banyak kali. bila on pam, tak menyedut plak. mungkin sebab longgar sket, saya try pegang pakai tangan pun tak boleh. mungkin saya duduk tak betul. malas nak pikir panjang sebab masa tu lagi sikit je pun dah nak sampai office, saya give up mengepam dalam kereta. dah la susah sikit sebab nak kena sorok-sorok. akhirnya, pagi-pagi lagi dah tension.

saya rasa macam agak susah guna tali yang nak lekat kat baju dalam tu sebab pam macam tak berapa stabil. hari tu pernah susu tumpah dari corong bila saya bergerak. mungkin saya yang tak pandai pakai kot.

alhamdulillah, setakat ni susu masih banyak tapi saya takut bila kurang mengepam jadi kurang pula susu. biasa kalau tak pam pagi mesti dalam pukul 9 baju saya dah basah walaupun pakai breastpad. hari-hari berazam nak bangun pam pukul 5.30 tapi tak larat la pulak. kadang-kadang baby bangun pukul 5, susukan dia dengan saya tertidur sekali.

bila ada bersama baby memang saya tak sempat nak mengepam. paling lama pun 10 minit. melainkan kalau masa tu ramai orang nak layan dia dan dia dibawa jauh dari saya. Muadz ni jeles juga dengan pam. walaupun baru lepas menyusu bila tengok/dengar saya pam, lama sikit mula la dia berbunyi. terjelir-jelir lidah macam lapar. bila bagi B gelojoh dia nak minum, macam nak cakap 'this is mine'. hehehe. kelakarlah muadz ni.

[+/-] Read more...

Monday, June 28, 2010

First day at work

Assalamualaikum..

Hari ni hari pertama bekerja setelah bercuti panjang. seperti yang dijangka, email memang beratus-ratus. sampai 300++, banyak betul update. tapi menurut rakan sekerja, tak banyak sangat update yang baru. adala juga sikit-sikit. yang lain tu banyak isu semasa, yang mana bila dah lepas tarikh tu email tersebut boleh didelete. email yahoo nasib baik ada buka juga sikit-sikit. tapi itu pun ada 200++ lagi email yang tak dibaca. huh, pindah rumah baru ni wajib pasang internet kat rumah. (alasan.. :p )

Alhamdulillah, masih ingat lagi macam mana cara nak bekerja walaupun masa mula-mula buka PC tu macam kekok sket. tak ingat nak kena buka application mana. huhu. cuma masalah nak manage time for pumping sket je. plan asal nak pam dalam kereta masa on the way pergi kerja. tapi pagi tadi sangat kelam-kabut sebab terbangun lambat. pastu nak kena hantar baby dulu. so memang agak membengkak juga la. sepatutnya plan nak pegi pam jam 10.45 dan terus beli makanan untuk lunch sebab lunch hour jam 11-12. tapi jam 9 dah rasa tak selesa, pegi toilet tengok bukan setakat breastpad dengan baju dalam pun dah basah lencun. nasib baik tak tembus baju. nak pam second session jam 2 plak, tiba-tiba assistant team leader bagi msg suruh balik cepat sket sebab dah pegi lama sangat. aduh, sampai ATL bagi msg. memang keam-kabut la. sempat pam 7 minit je.

terasa macam agak terkejar-kejar sikit hari ni. tak biasa lagi kot. nak pasang pam tu pun agak ambil masa juga. bila jumpa, semua tanya, nak pergi mana bawa beg besar. hehehe. ingatkan beg medela tu nak jadikan handbag tapi macam dah penuh je. so terpaksa la bawa 2 beg. harap-harapnya lepas ni boleh stabil sket. bila dah expert nanti maybe cepat sket pakai pam kot.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan breastfeedingku. Mengharapkan dapat beri yang terbaik buat si kecil, dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Kalau keluar lama-lama pun kesian teman sekerja. hari ni kami berdua je. Walaupun dia faham tapi tak nak la ambil kesempatan, kalau lama-lama mesti tension bila asyik kita je yang banyak kerja. Tanggungjawab tu satu amanah juga. Anak pun amanah juga. Jadi, nak kena jaga setiap amanah yang diberikan.

[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License