Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Story to remember. Show all posts
Showing posts with label Story to remember. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

Memperalatkan Allah untuk mendapatkan dunia?

Assalamualaikum...

Entry di bawah ni 2 minggu lepas punya cerita sebenarnya. Tapi terlupa nak publish. Tgk2 ada dalam draft. Baru nak share..

----------------------------------------------------

Semalam, berjumpa seorang sahabat dan sangat tertarik dengan kata-katanya, "Kita sepatutnya memperalatkan dunia untuk mendapatkan Allah, bukannya memperalatkan Allah untuk mendapatkan dunia."

Ya, sangat betul. Tersentak hati bila mendengar kata-kata itu. Sekarang ni ramai yang memperalatkan Allah untuk mendapatkan dunia. Bagaimana tu? cuba fikir-fikir balik. Masa bila kita ingat Allah? Masa dekat nak exam, masa tu lah kita tingkatkan amal ibadat dan mendekati Allah. Masa sakit, masa tulah berdoa bersungguh-sungguh. Masa nak dapatkan sesuatu, tekun beribadah tetapi untuk apa? Adakah hanya untuk mendapatkan kejayaan dunia, kesihatan, gaji besar, duit banyak? Lalu untuk apa?

Kadang-kadang diri sendiri pun terleka. Ibadat menjadi rutin harian tanpa roh di dalamnya. Maka, apakah nilainya ibadat itu? Setiap hari keluar bekerja, untuk dapat duit yang duit itu digunakan untuk barang-barang untuk keluar bekerja seperti baju, duit minyak, beg etc. Jadi, apa bezanya kita dengan mereka yang tidak beriman? Cuma kerana kita meluangkan sedikit masa untuk Allah?

Memang Allah suka dengar hambaNya berdoa. Malah, Allah yang Maha Pengasih akan memakbulkan permintaan hamba-hambaNya.Tapi kena ingat bahawa, Allah tidak menjadikan manusia dengan sia-sia.

persoalan yang kena sentiasa ada dalam minda kita iaitu dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi, apa tujuan hidup di muka bumi?

Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama[485] mereka sebagai main-main dan senda gurau[486], dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. (Surah Al-An'am : 70)

Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam diri ini...

[+/-] Read more...

Wednesday, September 22, 2010

Raya 2010

Assalamualaikum...

Walaupun dah start kerja dari minggu lepas tapi baru nak update pasal raya. sebab nak habiskan raya kedua-dua belah dulu. Alhamdulillah, tahun ni dapat cuti pada raya pertama. Tahun ni giliran keluarga suami. Jadi Rabu malam kami dah pulang ke KL, rumah mak. Khamis hubby still kerja, tak boleh cuti. tapi bos bagi balik half-day. lepas hubby balik terus kami ke klinik sebab muadz dari pagi asyik muntah je lepas minum. bukan sikit banyak pula tu. saya pula asyik batuk yang masih tak berhenti. bila malam, makin teruk jadinya.

pagi raya tu berkejar juga nak siap cepat-cepat sebab nak pergi solat raya. Memang dah niat dalam hati nak bawa muadz solat raya. bagi dia tengok solat raya pula. bukan senang dapat peluang ni. setahun sekali je. tahun depan entah dapat cuti entah tidak. ditakdirkan Allah dalam kelam-kabut pakaikan baju muadz dapat sms dari hubby kata dah nak start solat raya. terus siapkan muadz sikit lagi. masa tu hujan renyai. dalam hati, takpelah, tak dapat solat raya bagi muadz dengar khutbah raya.

Saya pun ambil payung, masukkan muadz dalam sling dan berjalan ke surau di belakang rumah. ditakdirkan Allah orang lelaki solat sampai kat luar surau. saya pun tak berani la nak masuk apa lagi menuju ke tangga. dah la tak biasa ke surau tu. rasanya sekali je dulu masa solat terawikh. saya pun patah balik dengan sedih hati. entahlah tak tau kenapa sedih sangat. rasa cam nak nangis je. mungkin mengenangkan sebab susah dapat peluang solat raya kot. mungkin juga mengenangkan niat memperkenalkan anak dengan solat aidilfitri dan surau tak tercapai kot. entahlah... tahun depan belum tentu dapat cuti raya. raya haji pun tak tau la dapat cuti ke tak. setakat ni dah 2 tahun raya haji tak cuti. hubby sure tak rajin nak bawa muadz gi surau. :(

balik tu tengok orang solat raya dan dengar khutbah raya dalam tv je. MIL kata ada je ruang kosong jalan untuk naik tangga tu. dia pusing-pusing juga cari saya. takpelah, dah ditakdirkan Allah begitu. saya dah cuba sedaya-upaya. Bila semua orang dah balik solat kami pun bergambar, bersalam-salaman dan makan. Kemudian kami bergerak ke jengka. round rumah sepupu mak dan makcik pakcik mak. Malamnya kami tidur di rumah abang abah. Esoknya pula ke temerloh dan janda baik. memang puas memusing saudara-mara. dapat juga kenal ramai saudara belah keluarga hubby ni.


Jumaat malam lepas pula, kami pulang ke Shah Alam lepas balik kerja. Ingat nak terus ke klinik tapi ada pakcik nak datang rumah. Pakcik saya ni kerja di Dubai, jarang balik Malaysia, so nak jumpakan Muadz dengan Tok Chik dan Mak Long Ainaa (yang tak habis-habis mengaku kakak :P ). Pagi esoknya baru ke klinik sebab batuk yang tak habis ni. tapi alhamdulillah dah makin kurang. Doktor kata mungkin berjangkit-jangkit antara saya dan Muadz sebab tu lambat habisnya.

Sabtu malam, acara beraya di rumah sendiri. Memang dah pesan awal-awal supaya semua bawa baju raya. Baju ni baju semasa abang kawen hari tu sebab tu semua sama je kecuali abang dan kakak ipar yang kena beli baju baru. Muadz pula pakai baju abang haikal yang baru dijumpai. Dah seminggu raya baru pakai baju melayu. hehe. tapi Muadz pakai baju tu kejap je sebab dah berpeluh. buka je baju tengok badan dia dah ada ruam sket.

malam tu sesi bergambar, salam-salam dan makan raya. saje je buat gempak. sedangkan dah malam-malam. huhu. sambil tu sambut birthday adik yang bongsu. beriya makan malam sambil pakai baju raya. esoknya buat makan omputih pula. makan spaghetti, garlic bread dan mushroom soup. punya la banyak makanan kat rumah tu.



Alhamdulillah, sangat gembira raya kali ni. Harapnya dapat memuaskan hati kedua-dua keluarga. Tahun depan Muadz boleh lah makan raya ye sebab dah setahun lebih. Tahun ni asyik makan sampul duit raya je. huhu.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.


Abu Muadz, Ummu Muadz dan Muadz.

[+/-] Read more...

Tuesday, September 7, 2010

mastitis? breast abscess?

Assalamualaikum...

Khamis malam yang lepas suara saya mula menghilang sedikit demi sedikit. tapi tak sakit tekak pun. esoknya(jumaat) pagi tu bangun sahur rasa perit sangat tekak. telan air liur pun sakit. suara memang sangat susah nak keluar. ingat nak ambil MC. sepatutnya kena call tapi suara susah nak keluar. so plan pergi je la jumpa leader. ditakdirkan Allah bila sampai tu ada seorang lagi dah ambil MC pula. so dia tak kasi saya balik. dia kata tak perlu jawab phone, just buat kerja lain.

hmm...macam tak membantu sangatla pun. lama-lama saya kepeningan, badan plak dah mengigil sket-sket. tak boleh tahan ni. try tanya leader lagi boleh tak balik, kalau tak pun bagi saya tidur kat surau. memang kesian kat seorang member yang terpaksa kerja sorang-sorang tapi memang rasa tak larat. akhirnya leader lepaskan juga balik. terus ke klinik di sebelah, demam agak tinggi jugak!

balik rumah tu terus buka puasa, minum air sikit. tapi rasa tak larat nak makan. so terus tidur. nasib baik hubby memang ambil cuti hari tu. lepas dia balik solat jumaat, dia kejut suruh makan juga dan makan ubat. makanlah juga sikit.

esoknya rasa macam dah ok sikit so sambung puasa. tapi still rasa macam demam. disebabkan puasa dan tak minum air, tekak sakit balik dan dah mula batuk pula. petang tu saya message dua orang kakak yang pernah mengalami mastitis dan breast abscess sebab B terasa panas dan berdenyut-denyut. saya cuba mandi air panas dan picit, keluar macam biasa. tak macam tersumbat pun.

menurut Kak A yang mengalami breast abscess, dia tak demam pun cuma sakit kat B. Kerasa dan panas. Pam & direct feed pun masih keras & sakit. Kak B yang alami mastitis pula kata dia demam biasa tapi panas tinggi dan menggigil. Nak tau mastitis atau tak B rasa panas, merah, tegang sakit. hmm...B tak rasa keras pun. lepas menyusu macam biasa je kembali surut. try tanya kak ngah(doktor) pula dia kata breast abscess tu nanah, macam ada ketulan sket. mastitis tu jangkitan kuman. biasa kalau ada nipple crack, menyusu tak betul atau tak habis. hmm...selalu juga saya tak menyusu habis sebab tengah jalan muadz tidur pastu tak pam pula tu.

tapi kalau dari tanda-tanda tu macam bukan. jumaat pagi saya dikejutkan dengan berita kematian seorang sahabat. memang sangat terkejut dan sangat sedih. hubby pulang je dari kelas terus kami bersiap dan ke kuala kubu baru, kampung arwah. Alhamdulillah, sempat menatap dan cium arwah buat kali terakhir. Al-Fatihah buat sahabatku. Moga dirimu tenang di sana.

Malam tu suara saya kembali hilang. agaknya sebab banyak nangis kot. huhu. dah risau dah. macam mana nak kerja. takde suara tak boleh kerja la sebab kerja saya menggunakan suara. kerja saya yang penting kena ada telefon, pc dan internet.so saya ke klinik yang sama sekali lagi untuk check balik. doktor check satu badan kot-kot ada tanda-tanda sakit lain. huhu. Alhamdulillah, ok je.

Hari ni walaupun suara belum betul-betul baik tapi paksa diri juga datang kerja. Duduk depan pc ni ada la pening sikit-sikit tapi masih boleh bertahan. nak bercakap kena menjerit sket baru keluar suara. huhu. Ditarik nikmat suara buat seketika....

p/s-hubby tanya takpe ke bawa baby ziarah jenazah. hmm..bagi family saya takde apa-apa halangan. InsyaAllah, Allah yang melindungi. bukan nak cakap besar tapi kita kan kena berlindung dengan Allah bukannya dengan benda ghaib yang lain. Sepanjang perjalanan saya bersembang cerita dengan muadz, kawan ummi dah pergi jumpa Allah balik. kita sama-sama doakan untuk dia ye. Muadz pandang je muka ummi. huhu.

- oh ye, terima kasih kepada kedua-dua orang akak ni yang sudi melayan saya tatkala seluruh umat Islam sedang sibuk menantikan masa berbuka puasa.

[+/-] Read more...

Thursday, January 28, 2010

Seutas gelang Zamrud - kisah sedih

Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari. Hari ini anak anaknya Sukinah dan Rosli siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu… malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.

Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.

Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang penuh ceria.

“Assalamualaikum. …..” kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.

“Abang! Walaikumsalam. ..” senyumnya melebar melihat Fadley dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Sapura. “Terperanjat Pura!Bila abang masuk? Pura tak dengar bunyi pintu dibuka pun?”. “Saje aje. Nak suprisekan Pura!” Fadley membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin Fadley beli “perfume” yang baru dari Penang , fikir Sapura.

“Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?” “By air…” ringkas jawapan Fadley. “Habis kereta abang?”. “Pada Mat Noor…” jawab Fadley. “Oh patutlah..” Sapura hanya menganggukkan kepala.

Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin rakan kongsi mereka yang ke empat. “Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu….” tanya Sapura.

Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jeffri, rakan baik suaminya itu yang masih membujang. “Nanti dia datang…… .” ujar Fadley. “Mana budak budak Pura…?” tanya Fadley. ” Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu….main basikal satu hari.” “Basikal?” tanya Fadley.

“Hah ah.. ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..” jawab Sapura sambil meletakkan milo ais kegemaran Fadley di depannya. “Abang laparlah..belum makan. Pura masak apa?”. “Ah…. Pura masak lauk favourite abanglah…” senyuman Sapura melerek. “Kari kapitan?” teka Fadley. ” Apa lagi……” “Bagus jugak tu… Pura siapkan makan. Abang nak tengok budak budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang….”. “Habis dengan lamanya tak rindu ke?” usik Sapura. “Tersangatlah rindu…..” jawab Fadley lalu mengucup dahi isterinya lagi. Sapura tersenyum melihat Fadley berlalu. Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Fadley yang penyayang.

Fadley terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Fadley merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu Fadley fikirkan. Dia tahu.. Sapura seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Sapura dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. Sapura masuk ke bilik anak anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Fadley menyeka airmata. Sapura hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Fadley menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Sapura walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Sapura. “Bang…. kenapa ni…?” Fadley mengangkat muka memandang Sapura.

“Pura…kalau apa apa jadi pada abang.. Pura jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya.. .” ujar Fadley lembut. “Eh….apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Pura dah siapkan tue”. Pura janji dengan abang dulu….” rayu Fadley. Sapura merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadley hari ini. Tidak pernah seingatnya Fadley berperangai pelik seperti ini. “Yalah…Pura janji. akhirnya Sapura bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi. “Pura…abang ada belikan Pura sesuatu….” ujar Fadley sambil menyeluk poket seluarnya.

“Eh……gelang zamrud….” senyum Sapura tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan. “Pura ingat tak gelang nie?”. Gembira benar hati Fadley melihat keriangan di wajah Sapura. “Ingat!!!!!” Sapura mengerutkan dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu. “Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Pura suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit nak belikan Pura. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan belikan juga gelang tu untuk Pura.

Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli….”. Terpegun Sapura mendengar cerita Fadley Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Fadley masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang Fadley selama ini sudah cukup buatnya. “Terima kasih bang….” Sapura memeluk suaminya.

“Happy seventh anniversary sayang….I love you…”. bisik Fadley ke telinga Sapura. “I love you too..” balas Sapura. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. “Jeffri agaknya tu….” bisik Fadley. “Tak pa. Biar Pura yang buka pintu….” Sapura bangun melepaskan pelukannya. “Pura….”Fadley menyambar tangan Sapura. “I love you…very very much…..” Fadley mengucup tangan Sapura.. penuh kasih. “Me too..” jawab Sapura pendek.

Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka.. terpacullah wajah Jeffri dengan rambut yang kusut masai. “Hai..Jeffri. Apa kena dengan kamu? Selalunya “smart” memanjang. Hari ni lain macam aje?” usik Sapura. Jeffri hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa.

“Puraa…can you please sit down..”, pinta Jeffri. Sapura mengerut dahi. Apa kena dengan si Jeffri ni agaknya? detik hatinya.. “Please…I have something very important to tell you…” pinta Jeffri lagi. Sapura semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jeffri tertunduk.

Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. “Pura…apa pun yang Jeffri nak sampaikan ni.. Jeffri nak Pura sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang…” perlahan ayat yang keluar dari mulut Jeffri. “Apa yang you merepek ni Jeffri?”. Teka teki terus bermain di benak Sapura. “Pura……. Fadley… …Fadley kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Pura…” tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jeffri. Sapura tertawa kecil.

Sandiwara apa pulak yang Jeffri lakonkan nie..mengarut betul? Fadley kan ada di rumahnya tika dan saat ini. “Apa ni Jeffri…kalau nak bergurau pun biarlah bertempat… ” balas Sapura. “I’m serious Pura…..Jeffri yang saksikan sendiri.. “Sapura terpegun. Mana mungkin Jeffri berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya, gurauan apakah ini..gumamnya sendiri… “Jeffri….. apa yang Jeffri repekkan ni…Fadley kan dah balik.

Dia ada dekat bilik anak I.. I baru berbual dengan dia” ….”Apa? Fadley dah balik?” terbeliak mata Jeffri. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Fadley di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Fadley dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Bukit Merah tadi. Dan setelah jenazah Fadley dibawa ke hospital dengan diikuti Mat Noor dan Awang Sabaruddin, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Fadley. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Sapura sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah menelefon Mat Noor untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadley pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Fadley pulang ke rumah?

“Jeffri…you dengar tak apa Pura cakap? Fadley dah balik…” Sapura mengejutkan Jeffri dari lamunannya. “Pura….Jeffri tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jeffri sendiri yang melihat kejadian itu. Fadley meninggal di pangkuan Jeffri… “Bohong…Fadley dah balik…Nanti biar Pura panggil dia….”

Sapura semakin binggung. Apa tujuan Jeffri ..bercerita yang bukan-bukan padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Fadley tiada di situ. Ah! Tentu Fadley di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Fadley. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Fadley mungkin ke sana . Tiada juga.

Akhirnya setelah penat mencari.. Sapura terduduk di ruang makan. Disamping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Jeffri sampaikan? Mimpikah dia? Jeffri hanya memerhati gerak geri Sapura. Pilu hatinya melihat Sapura berlari ke sana sini mencari Fadley yang dikatakan sudah pulang. “Pura…arwahnya mengamanatkan sesuatu…” Jeffri menghulurkan kotak berwarna merah. Sapura hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.

Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Sapura. “Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jeffri pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu…tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga” sayu je suara yang keluar dari mulut Jeffri. Sapura memandang Jeffri. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadley.

Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. “Ini ke Jatt?” tanyanya perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadley membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Fadley menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Sapura. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Sapura?.

Apakah benar keterangan Sapura bahawa Fadley sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Sapura? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Sapura hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.

Kalau benar Fadley sudah tiada….sebagaimana kata Jatt.. siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Sapura menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Sapura masih mengharap akan kepulangan Fadley.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Fadley tiba di rumah.. barulah Sapura yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya…

Sumber : http://otakhijauhomeschool.blogspot.com/2010/01/kisah-renungan-kisah-sedih-seutas.html
--------------------------------------------------------------------

Sedihnya baca kisah ni. Hampir menitik air mata kat office ni. Rasa kalau takde orang sure dah berjurai-jurai. Suamiku dah la tengah outstation ke Johor. First time tidur sorang-sorang di rumah tu malam tadi. Malam ni baru dapat jumpa semula. Sebelum ni masa dia masuk hospital balik rumah mak. Terasa sangat sunyi... Semoga dia selamat dalam perjalanan dan selamat semuanya. Sedihnya bila tak dapat menghabiskan detik-detik terakhir bersama. Kalau boleh, biarlah saat nyawa ditarik kami ada di sisi masing-masing.

Mati itu pasti tapi lebih ramai yang bersedia untuk sesuatu yang tidak pasti (Read : masa depan/masa tua) berbanding sesuatu yang pasti....

[+/-] Read more...

Wednesday, November 11, 2009

Kemalangan di Tadika

Assalamualaikum..

Jummat yang lalu, anak buah hubby, Fareez (anak kakak hubby), jatuh almari di tadika. Menurut cikgunya dia panjat almari yang agak tinggi untuk ambil permainan yang diletakkan di atasnya. sebelum panjat almari dia terpaksa panjat benda lain dulu. Jadi agak boleh bayangkan ke tinggi almari untuk budak 5 tahun? Rasanya mungkin dia jatuh muka dulu sebab mukanya agak teruk. Mata lebam.

Jumaat malam kami pergi makan, sepanjang malam dia tidur. Doktor klinik kata kalau dia muntah terus bawa ke hospital sebab takut ada kerosakan bahagian dalaman. Sebaik kami habis makan, dia bangun dan muntah. Terus mak ayahnya bawa ke hospital dan ditahan di hospital. Petang semalam baru dapat tahu result ada pendarahan dalam otak dan darah beku belakang mata.

Hubby pegi hospital semalam, agak teruk rupa anak buahnya tu. Mata yang lebam dah bertukar menjadi hitam hampir menutupi sebelah mata dengan muka yang luka2. Mak mertua dan ayah mertua pun terus menangis tengok keadaan cucunya itu. Cucu yang seorang ni memang rapat dengan mak abah sebab 3 tahun mak jaga masa dia kecil dulu. hubby dan acu(adik hubby yang bongsu) pun memang rapat dengan dia. Sampai dia pernah kata cita-cita dia nak jadi ayah chik(hubby). Mak abah(PIL) pun dipanggil mak abah bukan atuk nenek. tapi kalau ada sedara dia yang panggil mak abah dia marah pula.

Acu yang tengah belajar di utara tak diberitahu keadaan sebenar sebab dia ada exam minggu depan. tak nak dia risau pula. kami pun kalau tak ke hospital tak tau keadaan seteruk itu sebab akak tak bercerita sangat. Akak memang bercadang nak tukarkan tadika tahun depan sebab sebelum masuk tadika tu anaknya pandai mengeja, masuk tadika jadi tak pandai pula. dan memang cikgu di situ agak memanjakan budak2. dari budak susah menangis Fareez tu jadi manja dan mudah menangis. Tapi benda dah nak jadi. Malas nak menyalahkan sesiapa tapi ada beberapa kemusykilan.

Takde ke sesiapa yang perasan budak tu panjat almari. kata cikgu dah beritahu jangan main kat situ. Untuk budak lelaki 5 tahun yang tengah lasak, cukup ke sekadar beritahu? Takde ke sesiapa yang pergi ambil atau paling kurang cuba tengok dan berjaga2 supaya kalau jatuh sempat tangkap.

Kenapa mainan diletakkan di tempat yang tinggi. Kalau benda2 merbahaya logik la juga. Bukan ke permainan untuk budak2 main. letak la di tempat yang mudah diambil. kalau betul nak sorokkan, sorokkan di tempat yang budak tak nampak/tak tau.

semasa kejadian mungkin cikgu agak menggelabah (semua cikgu muda2) dan tak hantar ke klinik. Cikgu telefon akak dan tanya macam mana. nasib baik juga tanya, dapatlah hantar ke klinik awal juga. baru semalam guru besar(tuan punya tadika) tahu tentang kejadian. cikgu-cikgu tak beritahu ke benda yang besar macam ni. Doktor pun ada buat report polis sebab kejadian berlaku di tadika. sepatutnya beritahulah tuan tadika sebab apa-apa dia yang akan ditanya juga.

Kejadian dah pun berlaku. Yang penting apa solutionnya selepas ini. Harapnya tak effect mata dan otak Fareez sehingga besar. Dia kata kadang2 dia nampak double vision. harapnya mana-mana tadika pun selepas ini lebih berhati-hati. kanak-kanak yang sedang lasak memang susah nak dijaga tapi berhati-hatilah. ambil langkah berjaga-jaga. jangan disebabkan kecuaian, anak orang menjadi mangsa.

Rasulullah sendiri suruh berusaha dulu sebelum bertawakkal. Rasulullah pernah marah seorang sahabat yang tidak mahu menambat unta kerana katanya Allah akan menjaga untanya. Tapi Rasulullah suruh tambat kerana itu salah satu usaha, kalau dah ditambat kemas2 masih hilang, maka redhalah.

Sebelum ni pun pernah baca kes bayi tercekik susu di taska. Bayi diberi minum susu dalam botol dalam buai dengan keadaan di bedung, manakala pengasuh pegi buat kerja2 lain. bila dah disumbat macam tu, bayi nak menangis pun tak boleh. bila check memang penuh susu dalam jantung bayi.

Risau pula bila tahu berita-berita macam ni. Kena check betul2 dulu taska atau tadika sebelum hantar anak nanti. Ya Allah, peliharalah keluarga kami. Janganlah Kau uji kami sesuatu yang kami tidak mampu.

[+/-] Read more...

Tuesday, September 1, 2009

Iftar jamaie

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam dapat iftar jamaie dengan kawan-kawan beramai-ramai. Kawan-kawan ramai yang bujang, jadi sekali-kala jadi 'bujang' sekejap lah. Disebabkan semalam cuti pulang jadi office jalan pun tak jam. Yup, saya bekerja di hari merdeka dan juga cuti-cuti am yang lain. Disebabkan kerja kami yang tidak mengikut waktu Malaysia ini. Tiada gaji lebih cuma dapatlah cuti tambahan untuk lain kali. Cuti tahunan dah la sikit. Jadi terpaksa kerja masa cuti untuk menambah lagi bilangan cuti.

Alhamdulillah, raya tahun ni dapat beraya sebab terkena dengan cuti Jepun. Dapatlah bercuti lama sikit. Tahun lepas kena bergilir untuk bekerja di hari raya pertama dan raya kedua. (Tapi saya belum mengalami sebab belum start kerja. Cuma masa raya haji kena bekerja.) Tahun ni, raya haji pun insyaAllah saya bekerja juga.

Ops, terkeluar topik pula. Semalam, pulang je dari kerja terus menuju ke rumah sahabat di Bangi. Sebelum tu sempat singgah Pasar Ramadhan. Sangat excited di situ sebab itulah Pasar Ramadhan kami yang pertama untuk puasa tahun ini. Yang dekat-dekat rumah macam takde pun. Tak tau la kalau ada di tempat-tempat yang tersembunyi. Sebelum ni berkejar untuk balik dan memasak je. masak pun benda yang simple. Berbuka dengan nasi dan lauk. Hubby pula jenis tak makan banyak lauk. Jadi, Ramadhan kami sama aje macam bulan-bulan lain.

Alhamdulillah, itulah juga yang disarankan kan. Makan seadanya. Nanti beli banyak-banyak tak habis pula. Di pasar Ramadhan semalam ada la juga beli beberapa lauk untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Tengok-tengok masing-masing bawa macam-macam lauk juga. Dan tuan rumah pun ada masak. Sampai ada 4 jenis ayam sekali makan. Ada ayam percik, ayam masak kicap, ayam golek madu dan ayam masak pedas. Subhanallah, rezeki Ramadhan orang kata.

Semua orang berebut-rebut nak bagi orang puasa makanan berbuka. Salah satu benda yang insyaAllah banyak pahalanya. Ada hadis tentang beri orang puasa makanan berbuka tapi tak ingat. Dan ada penyakit 'M' untuk mencari. Siapa yang tahu boleh la kongsi ye.

Oh ye, Selamat Hari Merdeka. Semoga jiwa dan minda kita juga merdeka dari anasir-anasir penjajah dan bebas dari perhambaan sesama manusia dan perhambaan kepada dunia.

[+/-] Read more...

Monday, August 3, 2009

just a little

Two teenagers asked their father if they could go to the theater to watch a movie that all their friends had seen. After reading some reviews about the movie on the Internet, he denied their request.

"Ah dad, why not?" they complained. "It's rated PG-13, and we're both older than thirteen!"

Dad replied: "Because that movie contains nudity and portrays immorality as being normal and acceptable behavior."

"But dad, those are just very small parts of the movie! That's what our friends who've seen it have told us. The movie is two hours long and those scenes are just a few minutes of the total film! It's based on a true story and good triumphs over evil, and there are other redeeming themes like courage and self-sacrifice. Even the movie review websites say that!"


"My answer is 'no,' and that is my final answer. You are welcome to stay home tonight, invite some of your friends over, and watch one of the good videos we have in our home collection. But you will no go and watch that film. End of discussion."

The two teenagers walked dejectedly into the family room and slumped down on the couch. As they sulked, they were surprised to hear the sounds of their father preparing something in the kitchen. They soon recognized the wonderful aroma of brownies baking in the oven, and one of the teenagers said to the other, "Dad must be feeling guilty, and now he's going to try to make it up to us with some fresh brownies. Maybe we can soften him with lots of praise when he brings them out to us and persuade him to let us go to that movie after all."

The teens were not disappointed. Soon their father appeared with a plate of warm brownies, which he offered to his kids. They each took one. Then their father said, "before you eat, I want to tell you something: I love you both so much."
The teenagers smiled at each other with knowing glances. Dad was softening. "That is why I've made these brownies with the very best ingredients. I've made them from scratch. Most of the ingredients are even organic; the best organic flour, the best free-range eggs, the best organic sugar, premium vanilla and chocolate." The brownies looked mouth-watering, and the teens began to become a little impatient with their dad's long speech.

"But I want to be perfectly honest with you. There is one ingredient I added that is not usually found in brownies. I got that ingredient from our own back yard. But you needn't worry, because I only added the tiniest bit of that ingredient to your brownies. The amount of the portion is practically insignificant. So go ahead, take a bite and let me know what you think?

"Dad, would you mind telling us what that mystery ingredient is before we eat?"

"Why? The portion I added was so small, just a teaspoonful. You won't even taste it."

"Come on, dad; just tell us what that ingredient is?"

"Don't worry! It is organic, jus like the other ingredients. "

"Dad!"

"Well, OK, if you insist. That secret ingredient is organic .... dog poop."

Both teens instantly dropped their brownies back on the plate and began inspecting their fingers with horror.

"Dad! Why did you do that? You've tortured us by making us smell those brownies cooking for the last half hour, and now you tell us that you added dog poop! We can't eat these brownies!"

"Why not? The amount of dog poop is very small compared to the rest of the ingredients. It won't hurt you. It's been cooked right along with the other ingredients. . You won't even taste it. It has the same consistency as the brownies. Go ahead and eat!"

"No, Dad ... Never!"

"And that is the same reason I won't allow you to go watch that movie." You won't tolerate a little dog poop in your brownies, so why shouldyou tolerate a little immorality in your movies?

We pray that Allah (SWT) will not lead us unto temptation, so how can we in good conscience entertain ourselves with something that will imprint a sinful image in our minds that will lead us into temptation long after we first see it?"

Remember, we become de-sensitized a little bit at a time; it is the small and minimal sins that we forget the most.


[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License