Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Alhamdulillah.. Muadz dah setahun membesar dengan susu ibu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni muadz genap setahun menyusu dengan susu ibu. Walaupun masa awal-awal dulu ada juga campur tapi lepas tu fully breastfeed. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberi peluang untukku menyusukan anakku. Harapnya dapat teruskan sehingga 2 tahun.

Sekarang ni susu masih cukup untuk bekalan muadz tapi cukup2 je la untuk sehari. Jadi, saya gunakan juga frozen EBM dan gantikan lebihannya untuk menjadikan frozen EBM. supaya bekalan frozen EBM tak terputus. sebab ada je hari-hari yang merudum sebab emosi tak stabil ke dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini masih ada reflex down. Bila muadz tengah menyusu dan tiba2 lepas memang susu memancut2 sampai kena muka dia. sampai kawan pun ada yang terkejut. anak dah dekat setahun tapi susu masih memancut-mancut. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.

Kalau ikut, saya yang kurang disiplin dalam mengepam ni susu sure dah banyak kurang. sebabnya hujung minggu tak pam. pastu orang biasa pam pagi2, saya takde la rajin nak bangun semata-mata untuk pam. huhu. kalau ada mc atau cuti yang ada muadz sekali pun tak pam juga. isyk.. isykk...

Tapi alhamdulillah, nasib baik ada Shaklee. Sangat membantu amik Shaklee. Bukan sahaja menambahkan susu tetapi juga menyihatkan dan mencergaskan badan. Tapi of coursela, asas penyusuan kena khatam dan kena buat.

Alhamdulillah, dapat istiqamah untuk pam semasa di tempat kerja pada masa lebih kurang sama setiap hari. Penting tau, pam kena konsisten. Sepatutnya kena kosongkan B setiap 3 jam tapi saya pam 3 kali je di pejabat sebab kerja tak boleh selalu lari dari meja. Dan saya juga minum air yang sangat banyak. Sentiasa penuh botol air atas meja. InsyaAllah, minum lebih 3 liter air masak sehari. Dan yang paling penting sekali berdoa, bertawakkal dan dekatkan diri dengan Allah. Sebab Dialah Pemberi Rezeki.  Masa pam saya gunakan untuk baca Mathurat, Baca Al-Quran serta tafsir dan hafaz Al-Quran. Kadang-kadang, gunakan juga untuk bergayut dengan suami atau telefon orang2 penting. hehe.

Harapnya dapat meneruskan journey menyusukan muadz sehingga usia 2 tahun.

p/s - muadz dah pandai merajuk sekarang. kalau ummi marah, lari kat ayah. kalau ayah marah lari kat ummi. pastu buat muka sedih macam nak nangis. Adui.. tak sampai ati nak marah jadinya..

[+/-] Read more...

Tuesday, February 8, 2011

Teruja...

Assalamualaikum...

Jumaat lepas sempat melawat seorang sahabat yang baru lahirkan baby. Sangat comel. Baby dia lahir 2.6kg, kurang sket dari Muadz dulu. Masa pergi tu tak bagi muadz duduk dekat dengan baby sebab dia tak sihat. tak mau jangkitkan kat baby. Dia baru lahir. imunity system masih low.

Sangat terharu bila dia kata selalu baca blog pasal breastfeeding. Teruja bila ramai kawan-kawan dah buka mata dan mula berazam nak fullt breastfeeding. Alhamdulillah. Walaupun blog ni kadang-kadang bengong-bengong pening-pening cerita pasal apa ntah tapi ada juga boleh membantu orang. huhuh.

Untuk lebih bermanfaat pasal baby and breastfeeding, please do visit my other blog di http://hanisamin.com/blog. InsyaAllah kat situ macam ilmiah sket. kat sini macam personal sket. tu yang kadang-kadang mengarut je lebih.

Semoga dengan bertambahnya ibu-ibu yang menyusukan bayi, bayi-bayi ini pun akan membesar dan kembali kepada fitrah Islam sebenar. Tapi yang penting selain menyusukan dengan susu ibu kenalah diajar juga dengan fitrah Islam. Kalau tidak, tak bermakna pun.

[+/-] Read more...

Monday, November 22, 2010

Air Alfalfa

Assalamualaikum..

Weekend lepas pegi membeli air alfalfa. Dah pernah nampak. Teringin pula nak try lepas baca entry kak mieja kat sini dan sini, teringin nak cuba.

so beli la air di bawah ni.


first time buat tak reti sangat, terlebih letak kordial. so terasa macam minum perasa & pewarna pandan. kuat betul bau pandan dia. bila sampai tekak terasa macam makan vitamin alfalfa. kembang tekak sekejap.

kali kedua buat kurangkan kordial dan buat tawar sket. Alhamdulillah, boleh telan walaupun memang rasa pelik sket. tapi boleh la telan, rasa manis-manis. kesannya? tak tau la lagi.

hasil sedikit merudum sebab jadual pam kadang-kadang kelam-kabut. lepas tu masa weekend pun muadz menyusu main-main. huhuh. lepas ni masa weekend pun kena pam juga. bawa pam ke mana-mana. insyaAllah.

[+/-] Read more...

Thursday, October 28, 2010

6 bulan exclusive breasfeeding

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam Muadz dah genap 6 bulan exclusive breastfeeding. boleh kira exclusive ke? selain dari masa awal-awal Muadz minum susu formula sket, lepas tu semua alhamdulillah, minum susu ibu sepenuhnya.

Hari tu macam beriya nak bagi dia makan tapi macam tak sempat pula. so maybe lambat sket la muadz start makan. (sudu muadz pun takde lagi :P ) kat rumah memang takde sudu plastik so kena juga beli sudu untuk muadz.

semalam muadz asyik nak menyusu je. bila lepas je mengamuk. ingat lepas maghrib nak masak, lepas isyak ayah dia balik surau boleh terus makan. tapi tak boleh nak lepas langsung. ummi nak pegi toilet pun dia meraung makin lama makin kuat.

mula-mula terfikir, muadz ni tak cukup susu ke? B pun dua-dua dah agak lembik. kemudian terfikir, growth spurt? menurut kellymom, growth spurt adalah keadaan di mana baby menyusu lebih banyak dari biasa, dan biasa lebih banyak meragam dari biasa. keadaan ini akan berlanjutan untuk beberapa ketika sebelum baby kembali normal. kadang-kadang 2-3 hari, tapi ada juga yang sampai berminggu-minggu.

hmm...mungkin juga muadz mengalami growth spurt kot. lepas ayahnya balik baru ummi bersilat masak di dapur. makan sekejap muadz dah berbunyi lagi. ajak main dengan ayah pun tak nak. last-last pukul 10 ummi dah angkut muadz naik baring atas katil. tak larat nak duduk lama-lama.

ingatkan bila dah baring tu dia senang sket tidur tapi sama juga, bila cabut je terus menangis. tengah malam banyak kali bangun menyusu. bangun pagi, ummi dah sakit belakang. huhuhu. sekarang ni kat taska pun minum 6x3oz. dulu boleh simpan stok kadang-kadang sampai 10oz. sekarang ni kadang-kadang 3oz je untuk simpan stok. alhamdulillah, ada la juga dari takde langsung.

[+/-] Read more...

Wednesday, September 1, 2010

Kiosk Shaklee and Me: Menyusu Bukan Semudah A, B dan C

Kiosk Shaklee and Me: Menyusu Bukan Semudah A, B dan C

Siapa kata menyusu itu senang? Bagi saya ia senang sebab tidak perlu membawa pelbagai alatan perang seperti susu tepung, termos, air masak, botol susu, bakul dan macam-macam lagi tapi ia akan menjadi susah dan sukar jika si ibu tidak punya ilmu untuk menyusukan. dan juga tidak mempunyai keyakinan untuk menyusu di tempat-tempat awam. Kenapa saya berkata sedemikian, kerana rata-rata customer yang saya jumpa especially ibu-ibu baru kekurangan ilmu dan akhirnya bila umur bayi tidak sampai pun 6 bulan susu sudah mulai merundum atau mulai kelihatan sedikit. Macam saya sendiri, semasa mengandungkan anak kedua, Aisyah Humaira' saya berniat untuk memberi Aisyah susu badan tapi tidak sedikit pun terdetik di hati saya untuk mencari ilmu tentang penyusuan kerana saya ingat menyusu itu senang, just selak dan menyusu tapi bila melahirkannya....owhhh banyak yang perlu saya gali dan lengkapi diri ini.

Zaman sekarang bukan seperti dahulu, zaman sekarang ibu-ibu perlu ada pengetahuan asas tentang penyusuan. Kena tahu apa itu hormon prolaktin, oksitoksin, prinsip mengosongkan payudara, bagaimana penyimpanan EBM, bagaimana penggunaan EBM, tempoh penggunaan EBM, pemilihan breastpump yang sesuai dan sebagainya. Tanpa pengetahuan ini ibu-ibu akan mudah putus asa. Ibu-ibu juga perlu ada semangat perjuangan yang kuat, perlu tabah, perlu sabar, perlu tahu bagaimana nak educate keluarga agar perjalanan penyusuan itu dipermudahkan dan apabila kita ditimpa masalah, kita ada tempat untuk bersandar, tempat untuk mencari kekuatan semula. Jangan ingat 2 tahun itu sepanjang masa kita akan senang. Kita akan diduga berbagai-bagai ujian dan halangan oleh itu doa dan solat perlu kita jaga agar perjalangan kita tidak sukar.

Mengimbas kisah saya dahulu, saya mula serius mengepam apabila usia Aisyah menjejaki 2 bulan. Pam yang mula-mula dan paling mahal saya beli ialah Spectra 3 di mana punya double-pumping. Pertama kali dapat pam elektrik saya sungguh teruja hinggakan pada usia 4 bulan saya dapat buat 60++ stok hingga saya terpaksa membeli deep freezer. Setiap hari saya akan berusaha untuk membuat 3 sesi pengepaman di pejabat di mana paling banyak yang pernah saya buat ialah 20oz sehari. Walaupun hasil pengepaman saya tidak semeriah macam orang lain tapi saya bersyukur kerana saya mampu menyediakan amount yang diperlukan oleh Aisyah dan saya bangga kerana Aisyah chubby kerana hasil susu badan saya! Pada ketika Aisyah berusia 5 bulan lebih bermulalah episod ngeri saya iaitu Aisyah mengalami growth spurt (peralihan bulan di mana bayi minum dengan banyak lebih dari biasa selama 2 minggu atau lebih atau kurang). Pernahlah saya bekalkan Aisyah 8 botol yang berisi 3.5oz dan juga 4oz. Masa itu ia amatlah menguji semangat dan perasaan saya, saya gigih untuk mengepam dan gigih untuk tidak mulakan solid food seawal 5 bulan. Akhirnya saya berjaya harungi semua itu.

Saya seringkali juga mendapat sakit puting susu, semasa pantang saya demam oleh kerana bengkak susu dan puting susu saya mula menjadi kemerah-merahan hingga kalau tersentuh pun saya akan menjerit kesakitan. Ini berlaku kerana saya tidak punya knowledge. Semua itu saya alami sehinggalah Aisyah berusia 1 tahun, saya terkena mastitis. Waktu itu semangat saya memang down hinggalah ia membawa sesuatu benda yang saya sendiri sangat kesalkan hingga kini tapi saya rasa terlambat untuk saya bangkit semula kerana semangat saya sendiri semakin pudar. Jangan tanya MENGAPA dan biarlah saya simpan sendiri. Cuma ingin saya berkongsi pada ibu-ibu semua, untuk menjadi seorang ibu tidak semudah A, B dan C juga apatah lagi jika kita menyusu. Kita perlukan 200% semangat, kekuatan, motivasi, impian agar perjalanan penyusuan kita dapat disudahkan hingga 2 tahun. Bagi ibu yang tidak berjaya, usah dikesalkan kerana kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.

Komen saya
memang ilmu tu sangat penting. kadang-kadang bila dengar ada ibu yang tak berjaya disebabkan sesuatu, rasa nak share apa yang saya baca. tapi takut orang kata saya ni takde pengalaman, senang la cakap. Yelah, anak pun baru 4 bulan. masih panjang lagi perjalanan penyusuan Muadz. Mungkin kalau hadapi saya sendiri akan blur tak tau nak buat apa tapi insyaAllah saya tau nak rujuk kat mana dan saya tau macam saya pernah dengar isu ni.

macam masa awal-awal menyusu. saya cuba praktikkan pastikan badan bayi mengiring, mulut buka besar, dagu baby kena B tapi cara pegang saya still tak betul bila pegang belah kiri. bila belah kanan ok sket. dah la sebelum kiri puting tenggelam sikit. lagi sukar. siap minta tolong ibu yang menjadi peer counselor untuk datang tengok cara saya pegang. masa dia tengok tu macam ok tapi kadang-kadang macam tak ok.

alhamdulillah lepas saya beli bantal menyusu saya boleh menyusukan dengan baik. mungkin sebab saya tak pandai pegang dan tangan cepat lenguh. sekarang dah tak perlu bantal menyusu sebab muadz pun dah tau cara menyusu dengan betul. tapi kalau lenguh guna juga bantal tu.

Kesimpulannya, ilmu dan usaha tu memang sangat penting... tak lupa juga WAJIB doa dan tawakkal ye.

[+/-] Read more...

Monday, August 16, 2010

Susu kurang di bulan puasa?

Assalamualaikum...

Tentu ramai ibu yang risau kalau susu kurang di bulan puasa. sebelum ni takde la nak fikir sangat pun. tapi selepas beberapa hari puasa, ada nampak effect sikit bergantung pada cara pemakanan masa sahur. So pemakanan sangatlah penting untuk wanita yang menyusukan anak.

Sabtu lepas terlepas waktu sahur, bangun je dengar azan tapi tawakkal aje la. bila dah petang-petang tu memang terasa kekeringan. Muadz pula asyik nak menyusu. agaknya dia tak puas kot sebab susu tak banyak. sebab sehari sebelum tu, hasil pam di waktu petang memang sangat kurang berbanding selalu. by 6.30 saya dah start rasa seram-sejuk dan pening-pening. rasa sayang nak berbuka sebab lagi sikit je lagi. by pukul 7 badan dah menggigil sikit. bila bangun je dari duduk rasa macam nak pitam sikit. masa tu memang berdoa je semoga Allah kuatkan diri ini. Alhamdulillah berjaya juga habiskan puasa. berbuka terus makan 2 biji kurma dan minum Shaklee ESP+PD dan air masak yang agak banyak. kemudian, solat maghrib dan makan nasi.

Target tahun ni nak puasa penuh. Tahun lepas tinggal sehari sebab rasa tak larat sangat masa akhir-akhir puasa tu. masa tu tengah mengandungkan Muadz. Di bulan puasa ni juga untuk ibu yang menyusu kena berjaga ye. Elakkan minum ais kerana ia boleh mengurangkan lagi produksi anda.

Ramai je saya dengar ada orang yang berhenti menyusu kerana susu dah kering. Baby tak puas menyusu. Selalu beranggapan orang yang boleh menyusu penuh 2 tahun ni adalah orang yang memang dikurniakan susu yang banyak. Itu mungkin juga salah satu faktor. Memang ada orang yang Allah kurniakan kemudahan dan ada yang diberi sedikit kesusahan tetapi yakinlah semuanya supaya kita berusaha dan bergantung penuh pada Allah.

Alhamdulillah, setakat hari ini susu masih dalam kategori banyak. Saya tidak mahu membandingkan dengan orang lain. Memang ada orang yang boleh dapat 15 oz untuk satu sesi mengepam. Bagi saya, kalau dalam sehari tu saya dapat simpan untuk stok, maknanya susu saya dah lebih dari yang anak saya perlukan. Dan itulah rezeki untuk dia. Tetapi tak bermakna saya tak berbuat apa-apa. Saya sentiasa simpan dalam kepala bahawa susu dihasilkan by demand. semakin banyak kali kita menyusu/mengepam semakin banyak hasil yang akan dikeluarkan.

Bagi saya, menyusukan bayi bukan sahaja bersifat nature tapi perlukan ilmu pengetahuan. Apa sebab susu boleh banyak, apa sebab susu boleh kurang. Semuanya perlu dipelajari. Saya akui, saya agak kurang mengepam bila bayi ada bersama dan ia boleh menyebabkan susu berkurangan. tapi saya cuba pastikan muadz akan minum sebanyak yang boleh. biar dia minum sampai puas, sampai dia yang lepaskan sendiri.

Selain tu, bagi saya isu pemakanan sangatlah penting. saya sentiasa set dalam otak apa pemakanan yang boleh banyakkan susu dan kurangkan susu. Air gas dan ais memang a big NO! dari segi kesihatan pun memang tak elok kan. (tapi ada juga terlepas minum air sejuk sekali dua. :P )penat membebel dengan hubby pasal air gas dan ais ni tapi bila kat luar atau dengan family dia berleluasa la dia. satu je ayat saya, badan awak, pandai-pandai la jaga, saya dah bagi nasihat. (ops...terbebel kat sini plak. :P ) Antara makanan yang membanyakkan susu yang saya amalkan ialah kurma, lobak putih (tapi sekarang dah tak jumpa pula).

kadang-kadang rasa sedih dengan ibu menyusu yang tak dapat menyusukan penuh tapi dah berusaha. tapi lebih sedih kalau dia tak dapat menyusukan penuh sebab kurangnya ilmu ibu tu sendiri. saya nak share atau tegur pun saya baru ada anak sorang itupun baru 3 bulan. saya tau saya masih belum pun 6 bulan menyusukan muadz, so cabaran bila bayi dah mula makan tu saya belum rasa. tapi saya rasa sangat sangat penting untuk ibu-ibu ni mencari gali ilmu dan mengamalkan. dalam islam pun memang sarankan kita untuk cari ilmu sebanyak-banyaknya kan.

Nak tau corak pemakanan untuk ibu menyusu di bulan puasa boleh refer sini. Kat situ ada cara untuk orang yang mengamalkan Shaklee dan yang tidak.

Saya amalkan Shaklee tapi nak telan banyak sangat vitamin malam tu kadang2 rasa macam nak terkeluar. sebab dah minum air banyak sangat kot so perut dah penuh. disebabkan saya masih tak sihat sepenuhnya saya masih makan vit c 2 biji. so masa berbuka saya amik vit c dan alfalfa. nak tidur baru ambil vit B dan multivitamin. itu pun dah rasa macam tak larat je nak telan. huhu. tak tau la macam mana orang yang boleh ambil banyak-banyak. tapi nak maintain susu punya pasal, insyaAllah, saya akan cuba berusaha sebaik mungkin.

[+/-] Read more...

Friday, July 30, 2010

BF mendekatkan diri dengan Allah?

Assalamualaikum...

Percaya tak breastfeeding boleh mendekatkan diri dengan Allah? Melalui pengalaman orang lain dan saya sendiri, BF memang boleh mendekatkan diri dengan Allah. Terutama konsep usaha dan tawakkal tu. Terutama bila susu merudum dan stok susu tak banyak.

masa awal-awal menyusukan Muadz kepala saya selalu berserabut dengan pelbagai benda yang nak kena buat. Alamak, baju tak basuh lagi, pinggan tak cuci lagi, baju tak gosok lagi dan macam-macam lagi la. masa menyusu dah tentu tak boleh nak buat kerja-kerja rumah tu. Masa mengepam di office pula, tak boleh nak buat kerja sebab jauh dari tempat.

Tapi saya fikir masa inilah masa rehat saya. jadi, semasa menyusu direct kadang-kadang saya bercakap dengan muadz, kadang-kadang saya mengaji dan berzikir. Masa mengepam pula, saya gunakan untuk berkhalwat dengan Allah. Masa itulah saya membaca mathurat, mengaji dan menghafaz. Alhamdulillah, masa tersebut diisi dengan baik. berbanding saya duduk depan PC ni, macam-macam benda nak dibuatnya. :P

Baca blog ibu-ibu lain pun, keyakinan pada rezeki Allah tu memang sangat kuat. setiap hari berusaha pam, makan makanan untuk tambah susu, ambil suplement dan tawakkal pada rezeki yang anaknya dapat untuk hari tersebut. indah kan. Lebih indah kalau dalam benda lain semua pun kita buat sungguh-sungguh kerana Allah dan tawakkal kepadanya.

Dengan breastfeeding juga salah satu cara kita bersyukur iaitu dengan menggunakan apa yang Allah dah kurniakan dengan sebaik-baiknya. sama juga macam anggota badan yang lain kena guna sebaik-baiknya pada jalan yang benar. Itulah konsep bersyukur. yelah, tubuh badan kita ni kan barang pinjaman. dah pinjam barang orang kenalah jaga elok-elok. takkan nak rosakkan pula.

Apa-apa pun semuanya berbalik kepada niat.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Niat menyusukan anak sebab nak bagi yang terbaik untuk anak, nak anak bijak etc tu dah cantik tapi lebih cantik kalau kita ikhlaskan hati kerana nak dapat redha Allah. InsyaAllah, sama-sama perbaiki niat. Usaha dan tawakkal sebaik mungkin. Semoga ini menjadi tarbiyah untuk kita terus mendekati Allah sepanjang masa, bukan masa breastfeed period aje ye... :)

Last blogged at ~Derap Langkah Sebuah Perjalanan ~ : Palestine..oh..Palestine...
Last blogged at Meniti Hari : Shaklee menguruskan badan?

[+/-] Read more...

Thursday, July 8, 2010

Baby muntah banyak

Assalamualaikum...

Semalam baby muntah banyak sangat. Sampai tersembur dan berketul-ketul. habis baju dia, baju saya dan ring sling. Malam tadi dia macam susah nak tidur. Bila letak je terjaga dan merengek. hubby pula takde. kalau tak boleh tolong jaga ataupun jemurkan kain. masa tu tengah nak jemur kain.

Jadi saya masukkan dia dalam ring sling dan sambung menjemur. agaknya kejap tertunduk, kejap berdiri dan berjalan sana sini, dia pun pening dan muntah. baru juga lepas menyusu masa tu. tapi susu yang keluar tu berketul-ketul, macam susu lama. Kesian sangat kat dia.

Sebenarnya ni bukan kali pertama. Dia memang cepat muntah kalau tak burp betul-betul. kadang kalau dah burp pun still muntah. Tapi dia memang susah sangat nak burp. kadang dekat nak sejam baru burp. hubby pun beri cadangan supaya cari kot-kot ada sebab-sebab tertentu.

Hasil pencarian di susuibu.com
baby muntah
anak muntah2
baby selalu muntah
bayi muntah atau muak lepas breastfeeding

Antara sebab-sebab baby muntah :
1) tak sendawa
2) minum terlalu banyak
3) alah kepada protein susu lembu

Kesimpulan dari bacaan-bacaan tersebut, rasanya 2 sebab yang atas tu maybe juga. sebab kadan-kadang baru lepas menyusu setengah jam dia mencari-cari nak susu lagi. risau juga dia overfeed tapi kalau tak bagi merengek dan abis semua benda dia isap. Baby memang biasa muntah sebab perut dia kecil. bila dah dalam 4-6 bulan baru akan ok sikit. Asalkan berat dia naik insyaAllah ok. tapi kalau lepas 6 bulan pun still muntah kena bawa jumpa doktor.

Yang no 3 tu tak kot sebab saya dah tak minum susu. dulu minum susu baby macam tak sedap perut, so terus stopkan sekejap. maybe lepas dia 4 bulan boleh minum susu balik kot.

Antara info menarik:
Menurut investigation saya (investigate lah plak)..Baby muak or muntah after breastfeeding walaupun dah disendawakan because terlalu kenyang. overload. Lepas dia minum...lepas sendawakan (our paed kata kalau bf tak yah sendawakan pun tak pe) jgn angkat baby ...jgn ajak dia main lg..bg dia rest kejap....Lagi satu jgn tekan perut dia..almaklumlah perut tgh penuh....kalau dia sendiri yg meniarap etc tu...tak pe...

Ini apa yg saya tgk berlaku kat baby sayalah...

InsyaAllah tak risau sangat lepas ni. tapi memang kena berjaga-jaga. Baby saya memang kena burpkan walaupun fully BF. perut banyak angin agaknya sebab masa saya mengandung hari tu memang banyak sangat angin dalam badan. Cuma nak kena bersabar untuk burpkan dia. Takpe, bersabar sikit je lagi. Baby cepat besar. nanti kita dah tak dapat nikmati masa ni lagi.

[+/-] Read more...

Monday, May 31, 2010

menyusu setiap 2 jam

Assalamualaikum..

sepatutnya kena susukan baby setiap 2jam. tapi kalau baby tak tidur-tidur pastu by the time dapat tidur, 2 jam lepas tu nak kacau pula? macam kesian la pulak.

dah 2 malam baby muadz tak boleh tidur. tak tau la kenapa. bila susukan tidur, bila letak je terus buka mata. besar pula tu. lepas tu nak tidur balik dah susah. kadang-kadang biar je dia main sorang, bila penat dia merengek la. then susukan lagi. pastu terjaga lagi. macam tu la berulang-ulang. sampai dah lama-lama dia dah penat sangat agaknya. bila letak je terus nangis. dah dukung pujuk-pujuk pun terus nangis. paling lama pun dia tidur sejam itupun sekali je.

semalam, kul 1.30 petang baru dia dapat tidur dengan lena akhirnya dari 12 malam tak tidur lena. jam 3.30 tu nak kejut dia untuk susu rasa macam kesian sangat. tapi kejut juga. dia bangun mamai dan menyusu sekejap je kemudian lena balik. memang sejak lahir dia agak susah nak tidur. susu 4-5 round baru tidur lena. kadang sampai 3 jam baru lena. tapi tak pernah lagi lama macam ni.

hari ni pun sama. malam tadi start kul 11 mula la dia tak boleh nak tidur. time ummi dia nak tidur la dia bangun. akhirnya kul 12.30 petang tadi baru dia tidur lena. kalau malam ni macam tu juga, esok nak bawa gi klinik la.

lagi satu dia suka teran macam ada benda tak lepas. semua orang kata baby memang suka teran sebab nak besar. tapi dia meneran macam tersiksa, pastu mula nangis. bila dapat berak atau burp baru dia macam lega. tapi nak tunggu keluar tu lama sangat. 2-3 jam dia meneran tu. tapi najis dia ok je. macam mana nak tau bayi yang menyusu susu ibu sembelit ye?

[+/-] Read more...

Tuesday, May 25, 2010

Anak manja?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...baby dah 4 minggu. Mak selalu pesan supaya anak tak manja, antaranya :

1) jangan asyik angkat/dukung baby, nanti dia tak mau letak
2) jangan asyik tidurkan dengan susu, nanti takde susu tak boleh tido
3) kadang2 kena biar baby tido sorang (monitor dari jauh)
4) jangan terus angkat bila nangis, try pujuk2 atau tepuk2 dulu

hari ni try bagi baby minum pakai botol. pagi2 lepas mandi dah meraung kelaparan. so terus bagi susu yang dipam pagi-pagi tu. mula-mula 2oz habis, dia still meraung lagi. so try tambah lagi satu 1oz. eh, banyaknya anakku minum. lepas tu dia dah tak meraung tapi merengek-rengek manja. pastu cari-cari B. last-last sebab kesian bagi juga. takut juga dia overfeed. bagi B sekejap je mata layu dan terus tido.

alamak, camna ummi nak pergi kerja nanti ni. takpe, nanti kita train lagi ye. setakat ni pam paling banyak pun dapat 3 oz je untuk sebelah. ingatkan tu dah banyak. rupanya tengok orang lain lagi banyak. huhuh. sikitnya susuku kalau macam tu. 3oz tu pun masa B penuh sangat.

maybe sebab saya ni tak sabar kot. nak pam 20 minit tu terasa lama sangat. pastu by 20 minit tu B mesti dah sakit sket. so max memang pam 20 minit je. huhuhu. nak kena gigih lagi ni.

p/s - tak sabar nak balik rumah sendiri. dah rasa cam beku dan tepu duduk sini. patutnya pantang untuk berehat tapi rasa macam badan makin lemah bila dah rehat lama sangat.

[+/-] Read more...

Monday, March 29, 2010

SGM : Managing Myths in Breastfeeding

Assalamualaikum...

Minggu lepas janji nak cerita sesuatu yang dinanti-nanti, kan. Sebenarnya, saya dah dapat Medela Fressstyle breastpump yang dibeli. Untuk cerita lanjut, klik sini. Untuk kali ni nak cerita tentang pengalaman pergi ke Support Group Meeting susuibu.com.

Alhamdulillah, semalam sempat join SGM yang diadakan oleh susuibu.com. Ini pertama kali saya join gathering yang memang tak kenal seorang pun. Dalam forum pun takdelah join sangat. Yelah, pengalaman takde lagi, harap ilmu je yang macam dah penuh dalam kepala ni. Kami sampai agak lewat, dalam jam 9.30 pagi, acara sepatutnya start jam 9 pagi.

Mula-mula sebab tak tahu di mana tempatnya kami pusing je satu tasik tu naik kereta, cuba-cuba cari kalau ada orang berkumpul ramai-ramai pakai baju purple. Takde pula no telefon sesiapa sebab memang tak kenal sesiapa. hehe. Bila dah jumpa, masing-masing malu-malu kucing nak keluar kereta. Rasa cam nak ajak balik pun ada masa tu tapi hubby kata ni makanan banyak-banyak siapa nak makan. So dengan muka tebal pergi letak makanan di tempat makanan dan masuk ke satu group. Ada 3 group semua, nampak group hujung sekali macam sikit orang, jadi bagi salam dan duduk.

Dapat sama group dengan Pn Zatul. Tengok-tengok nama semua orang (yang ditampal) ramai juga nama-nama yang biasa nampak di forum macam lovebaby, Nuha, habibah, ayu, hayatie. Oh, macam ni rupa orangnya. Ada la juga sembang sikit-sikit tapi macam agak segan juga sebab semua orang dah ada anak. Hubby pula terus menuju ke tempat duduk suami-suami. Hubby jenis senang sikit nak masuk dengan orang so macam tak risau sangat pasal dia. Saya je la yang agak berat mulut nak start conversation. Lagipun tak tau nak mencelah masa bila.

Banyak juga mitos-mitos yang dibincangkan. Kebanyakkannya memang saya pernah baca di forum tapi dari secara realnya yang saya pernah dengar tak banyak sangat pun. Mungkin sebab dalam family belum ada yang memang fully breastfeed. biasa lepas pantang dah campur, kadang-kadang bagi susu formula kadang-kadang bagi direct breastfeeding. Cuma yang pernah dengar belah kanan makanan, belah kiri air dan tak semua orang yang ada keluar susu. kadang-kadang susu tak keluar langsung.

rupa-rupanya baru tahu yang susu ni ada fore milk dan hind milk. hmm..tak reti nak explain, cari-cari blog nak link tak jumpa pula. kalau ada nanti saya addkan. Yang penting dalam susu tu memang dah ada susu cair dan susu pekat untuk bagi baby kenyang dan menghilangkan dahaga. So bagi baby sebelah B je pun takpe, yang penting sampai betul-betul kosong supaya baby dapat khasiat. Macam-macam lagi mitos yang dikongsi.

saya sendiri tak pasti cabaran saya nanti. tapi mak mertua hari tu ada tengok TV, dia cerita penyusuan susu ibu untuk ibu bekerja. Alhamdulillah, dia dah dapat info tu. Hubby pun ada cerita kami pergi kelas susu ibu. Untuk family sendiri...hmm...dah ada beritahu nak fully breastfeed dan dah beli pump tapi tak pastilah kalau baby asyik nangis nanti macam mana. Kalau baby baik je insyaAllah takde masalah. Enjoy gambar dulu jap...




Alhamdulillah, makanan banyak betul, sedap-sedap pula tu. Sempat juga bersembang dengan beberapa orang ibu dan sempat ambil no phone Pn Zatul. Manalah tau kalau ada masalah masa dalam pantang. Semasa makan ada penerangan tentang babywearing. Macam menarik juga tapi paling murah pun RM150. Erk...takpelah, nanti dulu. Masa berbincang takde gambar pula, tak sempat nak pass kamera. Hubby pula macam tengah seronok bersembang.

Seterusnya kami terus ke Babyjaya Sale. Banyak juga barang-barang dia yang murah-murah. Kurang daripada budget. Terus beli benda yang dah ada dalam senarai.



Inilah hasilnya.


Alhamdulillah, beg emergency pun dah siap. Cuma tinggal nak beli set bersalin aje. InsyaAllah gaji bulan ni boleh la beli Set Bersalin.

Last blogged at ~Derap Langkah Sebuah Perjalanan ~ : Pembinaan Baitul Muslim
Last blogged at Meniti Hari : Dah dapat Pump

[+/-] Read more...

Tuesday, March 23, 2010

Graf tumbesaran bayi yang minum susu ibu

Assalamualaikum...

Tadi tengok dalam folder baby di komputer jumpa graf tumbesaran bayi yang minum susu ibu. Saya memang letakkan semua info berkaitan bayi dalam satu folder. Yelah, anak pertamalah katakan. Banyak info yang perlu dicari. Sudah tentu, kadang-kala apa yang berlaku tak sama seperti info yang kita dapat tapi sekurang-kurangnya kita dah ada panduan. Bila tengok orang sekeliling teringat balik info yang dibaca.

Saje nak share carta ni, boleh refer graf ni. Sebab kadar pembesaran bayi yang minum susu formula dan susu ibu tak sama. Kalau ada sesiapa yang fully breastfeed dan doktor kata anaknya kurang berat badan, boleh la cuba refer carta ni. Print dan tunjuk pula kat doktor.



Growth chart for breastfeeding baby.


Last blogged at ~Derap Langkah Sebuah Perjalanan ~ : Aurah Muslimah
Last blogged at Meniti Hari : 20 Mitos Penyusuan Susu Ibu

[+/-] Read more...

Friday, March 12, 2010

blog ibu-ibu menyusu

Assalamualaikum...

kebelakangan ni agak takde cerita nak update di blog sebab sibuk membaca blog orang. Banyak betul blog-blog ibu yang menyusukan anak saya terjah. Alhamdulillah, banyak juga belajar cara pengurusan EBM, cara menyusu dan juga cabaran-cabaran yang ibu-ibu ni hadapi. Ingat nak letak semua kat bloglist tapi macam banyak sangat la pula. So saya jadikan blog http://mamayangcekal.blogspot.com/ sebagai reference. Minta izin ye tuan punya blog kalau ada terbaca entry ni.

Kat side bar dia ada blog ibu-ibu menyusu, senang sket nak tengok update dan kalau ada berita-berita menarik. Banyak yang boleh belajar dari ibu-ibu yang dah berpengalaman ni. Tuan punya blog tu juga salah seorang moderator di susuibu.com. Tak berani lagi nak berkenal-kenalan atau tinggal komen. InsyaAllah, nanti bila baby dah lahir sure banyak lagi nak kena belajar. Nanti boleh la refer orang-orang yang dah berpengalaman ni.

Harapnya mereka sudilah melayan saya. :)

[+/-] Read more...

Friday, February 19, 2010

Breastfeeding plan

Assalamualaikum..




My breastfeeding plan


Alhamdulillah, siap juga plan ni. Ingat nak buat semalam tapi lupa nak bawa kertasnya pula. Sebenarnya kertas ni dapat masa pergi kelas penyusuan susu ibu hari tu. Dah tulis dan bagi pada hubby untuk bincang. Saje type in balik dan letak di blog supaya boleh jadi motivasi diri di kemudian hari. Mana tau, bila banyak cabaran tiba-tiba rasa nak stop breastfeed boleh tengok benda ni.

kalau tengok hope for the baby to macam berat je kan. Takde la berat sangat. Yang penting impian/cita-cita, kemudian usaha. Bila dah set target baru la senang nak usaha kan. Ummi dan ayah tak harap pun baby jadi ustaz, bukan title ustaz tu yang penting sebab itu hanya dari segi sijil dan panggilan. Yang lebih penting, benar-benar menjadi hamba Allah dari segi iman dan amal.

Bukan berat untuk baby je, lebih berat lagi untuk ummi dan ayah la. Huhuhu. Dah tentu la kena usaha keras untuk mendidik baby. Nanti tak pasal-pasal plak anak cakap masa kat akhirat, “mak ayah saya bercita-cita je tapi tak didik pun saya betul-betul.” Masa tu mana nak letak muka.

Jadi, ummi dan ayah pun kena berusaha untuk menjadi the best mu’min supaya anak-anak jadi the best mu’min juga. Tapi, akhirnya segala hasil terpulang pada Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan bertawakkal.

[+/-] Read more...

Monday, February 15, 2010

Kelas antenatal di HKL

Assalamualaikum...

Selepas 4 hari bercuti, hari ni agak liat sikit nak pergi kerja. Dah la semua orang pun tengah cuti Chinese New Year. Lagi la semangat nak bekerja tu kurang. Tiba-tiba pagi tadi dapat call bertubi-tubi pula. Tak sempat nak update satu-satu. Ok, enough pasal kerja.



Pamphlet yang dapat masa kelas untuk tajuk-tajuk yang dibincangkan.


Seperti yang dijanjikan, nak cerita tentang kelas antenatal yang saya pergi. Ada 5 orang perempuan mengandung yang hadir bersama 3 orang suami (salah seorang tu hubby saya la). Saya rasa mengandung dan penjagaan baby sejak dari dalam kandungan hingga lahir bukan tanggungjawab ibu sahaja, jadi ayah pun perlu ambil maklumat ye.

Ada beberapa maklumat yang dikongsi tapi semuanya secara ringkas, mungkin sebab masa yang agak suntuk. Kelas start jam 9.30 pagi, terlewat sedikit dari jadual. Mula-mula diceritakan tentang breastfeed. Hospital Kuala Lumpur adalah salah satu hospital rakan bayi dan father friendly. Botol susu baby adalah benda yang dilarang keras untuk dibawa di hospital. Tapi cara penerangannya untuk ibu yang tak faham dan tak tau sangat tentang susu ibu ni tak merasakan kepentingan dan urgencynya untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Yup, saya memang merasakan urgency untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. FM is the last option setelah saya faham pelbagai perkara tentang susu ibu dan susu formula.

Ada juga dipromosikan buku penyusuan susu ibu untuk ibu yang bekerja. Tapi kena beli sendiri. Alhamdulillah, saya dah ada 2 buku tu. Satu memang beli, satu lagi dapat free masa ikut kelas susu ibu di seri kembangan yang lepas. Yang saya nampak, hanya seorang yang beriya-iya bertanya pasal susu ibu ni. Yang lain nampak macam tak berminat atau mungkin malu. Wallahua'lam. Masa break pun nampak seorang ni yang beriya tengok buku yang dipromosikan tu.

Saya pernah juga terdengar/terbaca ada ibu yang mengadu di'paksa' beri susu pada baby walaupun dia berulang kali kata takde susu atau sakit ketika menyusu. Sayangnya, mungkin tidak diterangkan/diajar dengan betul. dan memang ada setengah nurse yang hanya tahu marah dan arah tapi tidak mengajar dan explain. Mungkin tak semua ye. Ada setengah sahaja. Masa kakak saya melahirkan anak sulung, dia langsung tidak diajar untuk menyusukan atau tentang penjagaan baby. Tiba-tiba nurse tanya, dah susukan baby ke belum? Barulah kakak saya terkial-kial ambil baby, dengan menahan sakit sebab katil agak tinggi. susah nak turun. takde bantuan pun.

Kemudian, kami diterangkan proses semasa kelahiran. Apa yang doktor akan buat dan apa yang doktor nak kami buat dan apa yang dilarang buat masa proses kelahiran. Disebabkan hospital ni father friendly, memang digalakkan ayah membantu ibu semasa di labor room. Tapi sila jangan mengacau doktor dengan ambil gambar atau sibuk-sibuk nak tengok masa baby keluar ye. Bantu ibu aje. Oh, kamera adalah dilarang sama sekali dilabor room.

Selain itu, diterangkan juga tentang perancangan keluarga. Ini adalah supaya ibu cepat recover sebab kalau cepat sangat mengandung semula, ibu mungkin akan menghadapi masalah. Selepas itu, acara paling best sekali iaitu exersice. sebabnya dapat baring. :)) Encik hubby, dapat duduk di sebelah sahaja. Tak boleh baring ye. Best sebab dapat belajar practical dan doktor memang tengok sama ada kita buat tu betul atau salah.

Masa baring tu hubby betulkan sket tudung dan baju supaya kelihatan lebih sopan. Terasa perut saya sorang je yang kecik sket sebab orang lain dah 8 bulan. Selalu rasa bangga dan seronok bila hubby tegur atau betulkan pakaian, sebab nampak dia menjaga aurat isteri dia. Tak tau nak cakap camna tapi selalu rasa berbunga-bunga je hati bila dia tegur tentang pemakaian atau betulkan pakaian. :x Ok, out of topic.

Lepas habis, kami pergi mothly check-up pula dan shopping lagi :p . Entry lain la pula cerita pasal check-up ye. Macam dah panjang sangat je membebel.

p/s- terlupa pula. nurse bagi nasihat, lepas keluar hospital, bila dah sampai rumah tu minta hubby beri rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan yang terdekat. nanti nurse akan datang rumah untuk pantau kesihatan ibu dan anak. kalau ada masalah pasal breastfeed pun boleh tanya. Kalau tak bersalin hospital kerajaan pun takpe. yang oenting kena ada rekod kesihatan ibu dan anak masa mengandung dan delivery.

[+/-] Read more...

Wednesday, February 10, 2010

Birth plan

Assalamualaikum...

Nak share salah satu tips yang dapat masa kelas susu ibu hari tu. Dr Ning kata walaupun hospital tu rakan bayi tapi tak semua staff yang faham dan sokong sepenuhnya. Dia sendiri pernah dengar dan disindir oleh rakan-rakan sekerja.

Yang penting, beritahu pada doktor birth plan kita. Beritahu kita nak bayi diberi pada kita sebaik lahir dan nak menyusukan. Kalau nak natural birth, tak nak induce pun beritahu juga. Minta juga supaya baby boleh room-in supaya senang nak menyusukan. kalau boleh tulis satu birth plan untuk bagi pada doktor. Tapi tak semestinya setiap kali check-up doktor yang sama kan? Dah masa masuk labor room tu pun maybe doktor lain.

Dr Ning kata beritahu je kat semua doktor yang kita jumpa. memang kena usaha lebih sikit dan buat muka tebal sikit. Tapi kita nak yang terbaik untuk anak kita kan. Masa dalam labor room pun beritahu lagi kat staff kat situ supaya bagi baby sebaik keluar. Kalau bayi tiada masalah, tak sepatutnya bayi tak boleh diberi pada ibu. Walaupun yang melahirkan secara c-zer. Ada ditayangkan video ibu yang tengah dijahit yang bersalin secara normal atau c-zer sambil menyusukan anak.

InsyaAllah, saya akan bersalin di hospital swasta, tak buat lagi birth plan ni. huhuhu. Esok nak pergi check-up. Harap-harap la takde masalah dengan hospital dan doktor nanti. Owh, tak lupa juga, dengan baby. Nasib baik juga hubby ikut kelas tu. At least, time kita tak sedar diri masa tengah sakit ke masa dalam labor room ke, boleh la dia tolong cakapkan. Even kalau ibu pengsan pun still boleh menyusukan baby, sebab susu still boleh keluar.

Mari kita cuba membuat birth plan...

[+/-] Read more...

Monday, February 8, 2010

Kelas Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...sudah 28 minggu membawa seorang hamba Allah di dalam perut.(Baby, nanti dah keluar jangan lupa janji dengan Allah masa di alam roh ye.)

Sabtu lepas berkesempatan hadir ke kelas penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh susuibu.com di Seri Kembangan. Kelas start pukul 9.30 pagi. Ada 2 perempuan mengandung dan 2 couple(termasuk saya). so total up ada 6 orang je. Tapi lagi senang nak tanya. kelas yang patutnya abis jam 12.30, habis jam 1 lebih sebab banyak betul benda yang ditanya dan dibincangkan.

Sangat seronok kelas ni. Lebih-lebih lagi dengan gaya Pn Rita yang sangat bersemangat. Hubby pun kata tak boring dan dia kata banyak benda baru yang dia tau. Alhamdulillah...boleh la dia support kalau ada masalah nanti.

Antara benda menarik yang nak share sket adalah bila Pn Rita cerita macam mana proses susu formula dibuat. Awalnya Pn Rita bercerita tentang struktur penghadaman manusia dan haiwan. Mestilah berbeza kan. Jadi susu lembu dah custom made untuk anak dia, susu ibu pun begitu. Antara seorang ibu dengan ibu yang lain pun kandungan detailsnya ada sedikit berbeza sebab dah di'custom made'kan untuk baby dia sendiri. Dah tentulah Allah tahu yang terbaik sebab dia yang menciptakan kita kan. Untuk bayi kita yang terbaik adalah
  1. susu ibu dari ibu kandung
  2. susu simpan(EBM) dari ibu kandung
  3. susu dari ibu susuan(ibu lain)
  4. formula milk
memang formula milk tu tak boleh nak dibandingkan dari segi khasiat dan kesesuaian berbanding susu ibu. tapi tak bermaksud tak boleh bagi but as a last option. kalau yang tiga2 sebelum tu memang dah takde. dalam apa jua pun mestilah kita nak yang terbaik kan dan kita akan berusaha ke arah itu. So same case as this one. Cuba sedaya upaya yang boleh sebelum pergi ke option seterusnya.

Ops, lupa pulak. ingat nak cerita proses buat susu formula tadi. Pn Rita kata dari maklumat dan research yang dia dapat ada dua cara untuk dapatkan susu lembu dengan hasil yang banyak. Satu dengan mengasingkan ibu lembu dan anaknya dan dipasangkan audio bunyi anaknya menangis untuk merangsang pengeluaran susu lembu. Kesian dia. Dah la dipisahkan dengan anaknya, manusia sesuka hati mengambil sepenuh-penuh hak anaknya dan tak diberikan langsung. Memang Allah jadikan susu haiwan salah satunya untuk minuman manusia juga tapi janganlah sampai menidakkan hak anaknya.

Satu lagi cara dengan cucuk hormon. Jadi br*ast lembu akan jadi bengkak dan sakit. Wallahu'alam. saya belum pernah mengalami bengkak susu tapi dari forum dan pembacaan, sangatlah sakit bila bengkak susu ni berlaku. so bayangkanlah benda yang sama pada lembu.

Banyak lagi khasiat, kepentingan dan lain-lain yang diceritakan tapi rasanya kalau nak cerita kat sini tak habis semuanya. Lebih penting bila dengar gaya penyampai yang penuh semangat secara tak langsung kita pun jadi semangat. Tak sama dengan membaca walaupun dah banyak sangat baca sampai kadang-kadang rasa dah tepu otak. Bila la nak applikasikan ni.

Sebelum ni ada yang kata bila dah 6-7 bulan ada sedikit colostrum keluar. Ada la juga try urut tapi takde apa pun. Rupanya cara urut tak betul. Balik kelas try buat, eh ada keluar sikit. Alhamdulillah. Moga baby boleh menyusu tanpa masalah.

Terima kasih Pn Rita dan Dr Ning yang banyak beri tips dan semangat. Memang tak rasa rugi langsung pergi kelas tu.


Bersama Pn Rita Rahayu(kiri), Dr Ning(kanan) dan dummy baby. (Do I look pregnant?)


Tengok lagi 3 orang ibu lain yang hadir semua perut besar macam dah sarat sangat je. Terasa macam keciknya lagi perutku. Baru 7 bulan. Yang lain semua bukan anak first. Lagi pula bila ditutup dengan tudung, lagi la tak nampak macam mengandung. Semalam ada jumpa junior yang baru jumpa. Dia kata,"Akak ni nampak macam dah kawin la." Hehehe. Memang dah kawen pun dik oii. Bila cakap due akhir bulan 4 dan angkat sket tudung baru dia kata eh, dah besar perut. :D


Dapat free babybook ni...


Habis kelas tu kami singgah kedai susu ibu di tingkat bawah sempat membeli botol kecil untuk simpan EBM nanti. Kemudian kami ke FobulousMom pula sebab ada flea market. Ada banyak barang secondhand dan baru yang elok-elok. Sempat beli 2 baju baby dan 2 set baju baby untuk bagi hadiah pada kawan-kawan yang bakal melahirkan juga. Dan sempat juga beli 3 nursing bra sebab semua barangan di fobulousmom ada 15% sale. :D

[+/-] Read more...

Friday, January 8, 2010

Perjumpaan kumpulan susu ibu dan babywearing

Assalamualaikum..

Hari ni terjumpa iklan tentang Gathering Kumpulan Sokongan Susu Ibu Ratuhati.com + babywearing. Teringin sangat nak pergi. InsyaAllah untuk kelas susu ibu, plan nak pergi awal bulan February di susuibu.com. Tapi tak salah pun kalau tambah ilmu banyak-banyak kan. Tak pasti tarikh tu free atau tidak. Harap-harap dapat men'free'kan diri. Tapi kena tengok priority dulu. Sesiapa yang nak pergi silalah. Saya sertakan maklumatnya.

Ratuhati.com akan menganjurkan perjumpaan pertama Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Ratuhati.com. Perbincangan mengenainya di forum. Semua ahli dan bukan ahli dijemput hadir.

Aktivitinya adalah breastfeeding talk & sharing.
Amyshazz atau Aishah, Kaunselor Laktasi akan bersama dengan kita. Masa ni kita boleh tanya soalan tentang breastfeeding. Sangat sesuai untuk semua, terutamanya ibu mengandung dan yang sedang menyusukan anak. Anak dara pun boleh.

Juga akan diselitkan selingan demonstrasi babywearing daripada Malaysian Babywearer (wakil: charantya atau shida). Siapa yang ada masalah dengan sling yang dibeli dipersilakan datang untuk bertanya soalan.

Tarikh : 23 Januari 2010
Masa : 9.00 - 11 pagi
Tempat: FRIM, Kepong, Kuala Lumpur
Bayaran: RM10 Dewasa, RM5 kanak-kanak umur atas dua tahun
Makanan: Catering. Menu akan diberitahu kemudian.

PENDAFTARAN

Untuk pendaftaran,

1. MELALUI EMAIL

boleh email kepada pentadbir@ratuhati.com

Subjek: Saya mahu daftar Perjumpaan Pertama Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Ratuhati.com

Nama:
Peserta: (Berapa orang - D= Dewasa, K=Kanak-kanak)Contoh:
Nama: Asniza (ummi)
Peserta: 2 D, 2K

2. MELALUI FACEBOOK

Atau boleh terus daftar di Facebook.

PELABURAN

Yuran penyertaan boleh dibayar terus kepada akaun berikut:

Akaun: Maybank
No akaun: 162106958791
Nama: Asniza Kamarul


PROMOSI
Bantu kami promosi event ini
Email/ Cetak dan edarkan.
ratuhati.com/includes/pdf/FlyerSGMSIRH.pdf

Saya tolong pastekan juga flyers untuk mudah tengok.


[+/-] Read more...

Wednesday, November 25, 2009

Breastmilk vs Formula Milk

Assalamualaikum...

Ada baca di forum dan beberapa artikel yang membandingkan BF dan FM. Bagi saya, mungkin tak perlu membandingkan secara melampau seperti anak yang BF kurus kering, tak cukup khasiat atau anak yang FM anak susuan lembu. Sampai sekarang pun dah tentu kita masih minum susu lembu kan.

Yang penting kita tahu apa yang terbaik untuk diberikan pada anak kita. InsyaAllah apa yang Allah dah kurniakan itulah yang terbaik. Semua itu nikmat dari Allah. Susu ibu, kesihatan, kepandaian dan lain-lainnya semuanya adalah nikmat dari Allah. Kalau Allah nak tarik, bila-bila masa pun boleh.

Dalam adik-beradik saya, tiada yang sepenuhnya menyusu ibu kerana ibu bekerja. Mungkin pada masa tu belum ada maklumat tentang pam dan sebagainya. Melihat kepada kakak saya sendiri, anaknya betul-betul berhenti menyusu badan pada anaknya berusia 2 tahun lebih. Tapi campur dengan susu formula. Biasanya masa anak nak tidur, atau bila anak merengek baru dia bagi susu ibu.

Jadi rasanya masyarakat kita bukanlah tak tau kelebihan susu ibu ni tapi mungkin sebab dah biasa dengan susu formula dan nampak benda tu lebih mudah sebab semua orang buat. Sama juga macam benda lain. Sekarang ni amalan bercouple tu dah jadi biasa. Siapa yang takde couple tu yang nampak pelik sedangkan dalam Islam sendiri pergaulan antara lelaki dan perempuan tu memang kena dijaga betul. Memang sukar untuk mengubah kebiasaan dalam masyarakat kita. Tapi kalau kita berusaha insyaAllah Allah akan bantu kita. Kerana yang dinilai adalah usaha bukannya hasil.

Saya pun tak berani nak cakap banyak kerana belum ada pengalaman menyusu anak. Entah bagaimana rezeki yang Allah tentukan untuk saya masih belum tahu. Tapi insyaAllah saya akan cuba berusaha sedaya yang boleh sebelum berserah.

Semoga urusan ini dipermudahkan.

p/s - saya ada survey-survey keperluan untuk dalam pantang. ada yang kata tak perlu beli set bersalin sebab bukan semua yang akan digunakan. Apa yang penting untuk kegunaan pantang selain bengkung ye....

[+/-] Read more...

Wednesday, November 4, 2009

Tips banyakkan susu

Assalamualaikum...

Bila baca-baca kat susuibu.com, risau juga bila ramai yang mengalami masalah menyusukan baby. Ada mommies yang dah buat preparation sejak mengandung. InsyaAllah nak cuba juga cara-cara ni. Moga Allah permudahkan urusan penyusuan bayi. Kalau boleh memang nak breastfeed baby 100%. Dah memang tak terfikir langsung nak beli formula milk(FM) tapi risau juga kalau tiba-tiba susu takde tapi takde preparation langsung sebagai back-up. Apa-apa pun, insyaAllah, kita cuba dulu cara di bawah :

  1. Paling penting iaitu mind-set. Always think positive to breastfeed baby.

  2. Niat dari awal untuk breastfeed 100%

  3. Minum air barli, longan kering, soya dan air zam-zam

  4. Bersihkan n*pple dgn air suam

  5. urut B utk stimulate

  6. urut daripada bahu kita sampai la ke B sebab urat2 yg mengeluarkan susu ada kat situ

  7. urut2 n cuci2 B ngan minyak baby

  8. urut2 b n cuci2 b ngan minyak bb

  9. bacalah 'ya matin' 70kali(al-matin ialah nama ALLAH dlm asmaul husna), dan tiup pada segelas air kosong dan minum air tu

  10. banyakan baca surah al-hujurat

  11. menyusukan newborn baby 1 hour after deliver



InsyaAllah kalau jumpa lagi akan tambah lagi. Terima kasih untuk sahabat-sahabat di susuibu.com. Banyak ilmu tentang susu ibu ni dapat. Tak lupa kredit for my friend yang mula memperkenalkan saya tentang ilmu dan semangat untuk beri susu ibu ni secara tak langsung. start berazam nak BF baby bila start baca blog dia walaupun masa tu tak kawen lagi.:P

Benda-benda di atas tu apa yang boleh dibuat dalam tempoh mengandung. Untuk lepas bersalin pun ada macam-macam juga. nanti lepas bersalin bila saya try baru saya beritahu ye.

[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License