Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Muadz. Show all posts
Showing posts with label Muadz. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Cucuk 1 tahun

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, isnin lepas muadz dah pergi injection untuk 1 tahun. Setiap kali muadz kena cucuk, ummi yang nervous terlebih. Muadz cool aje. masa nak kena cucuk dan baringkan muadz dia dok pandang kiri kanan. doktor kata pegang bahu dia kuat2 ye, kuat dia ni.

bila kena cucuk mula la nangis tapi sebaik je jarum tu keluar dari kaki dia terus dia senyap. haih, memang hero la anak ummi ni. Alhamdulillah, setakat ni kena cucuk nangis mesti kejap je. Demam pun takde. Alhamdulillah.

Rasa sekejap je masa berlalu. Tengok2 gambar muadz dulu, rasa cepatnya muadz membesar. dulu pandai baring je, pastu pandai golek2 je, pastu mengesot2 sekarang dah sibuk nak berdiri dan lepas tangan sambil imbangkan badan. bila muadz dah berjalan, makin ligat la pula ummi dan ayah nak mengejar.

Tapi dari sejak lahir, muadz ni memang suka senyum. Alhamdulillah. walaupun banyak dugaan dan cabaran menjadi ibu but you are still my precious. semoga Muadz membesar jadi anak yang soleh dan musleh ya.

Sekarang ni kadang2 rajin juga muadz ni kena marah sebab tak dengar cakap. huhu. tak nak marah tapi kadang tu geram. bila marah pandai pula dia duduk diam. bukan ummi dan ayah saja2 nak marah tau tapi kena ajar dari kecil mana yang boleh dan mana tak boleh.

I can drive on 1 year old

[+/-] Read more...

Wednesday, April 27, 2011

Alhamdulillah.. Muadz dah setahun membesar dengan susu ibu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni muadz genap setahun menyusu dengan susu ibu. Walaupun masa awal-awal dulu ada juga campur tapi lepas tu fully breastfeed. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberi peluang untukku menyusukan anakku. Harapnya dapat teruskan sehingga 2 tahun.

Sekarang ni susu masih cukup untuk bekalan muadz tapi cukup2 je la untuk sehari. Jadi, saya gunakan juga frozen EBM dan gantikan lebihannya untuk menjadikan frozen EBM. supaya bekalan frozen EBM tak terputus. sebab ada je hari-hari yang merudum sebab emosi tak stabil ke dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini masih ada reflex down. Bila muadz tengah menyusu dan tiba2 lepas memang susu memancut2 sampai kena muka dia. sampai kawan pun ada yang terkejut. anak dah dekat setahun tapi susu masih memancut-mancut. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.

Kalau ikut, saya yang kurang disiplin dalam mengepam ni susu sure dah banyak kurang. sebabnya hujung minggu tak pam. pastu orang biasa pam pagi2, saya takde la rajin nak bangun semata-mata untuk pam. huhu. kalau ada mc atau cuti yang ada muadz sekali pun tak pam juga. isyk.. isykk...

Tapi alhamdulillah, nasib baik ada Shaklee. Sangat membantu amik Shaklee. Bukan sahaja menambahkan susu tetapi juga menyihatkan dan mencergaskan badan. Tapi of coursela, asas penyusuan kena khatam dan kena buat.

Alhamdulillah, dapat istiqamah untuk pam semasa di tempat kerja pada masa lebih kurang sama setiap hari. Penting tau, pam kena konsisten. Sepatutnya kena kosongkan B setiap 3 jam tapi saya pam 3 kali je di pejabat sebab kerja tak boleh selalu lari dari meja. Dan saya juga minum air yang sangat banyak. Sentiasa penuh botol air atas meja. InsyaAllah, minum lebih 3 liter air masak sehari. Dan yang paling penting sekali berdoa, bertawakkal dan dekatkan diri dengan Allah. Sebab Dialah Pemberi Rezeki.  Masa pam saya gunakan untuk baca Mathurat, Baca Al-Quran serta tafsir dan hafaz Al-Quran. Kadang-kadang, gunakan juga untuk bergayut dengan suami atau telefon orang2 penting. hehe.

Harapnya dapat meneruskan journey menyusukan muadz sehingga usia 2 tahun.

p/s - muadz dah pandai merajuk sekarang. kalau ummi marah, lari kat ayah. kalau ayah marah lari kat ummi. pastu buat muka sedih macam nak nangis. Adui.. tak sampai ati nak marah jadinya..

[+/-] Read more...

Thursday, March 31, 2011

Cakap dulu atau jalan dulu

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog. Sejak jepun mengalami bencana alam, kami di office ni pun menjadi sedikit huru-hara. tak sempat nak buat benda lain. Bila ada masa terluang, ada je benda lain yang nak kena buat. jadinya memang tak sempat nak update blog.

Alhamdulillah, hari ni ada masa free lebih sket. huhu. Alhamdulillah? sabo je la, time keje buat benda lain. tapi, kalau tengah free time takpela kan, daripada mengganggu orang lain. sebenarnya makin lama dah rasa makin tak semangat nak kerja. banyak betul faktor-faktor dalaman dan luaran yang makin lama bila pergi kerja je jadi rasa tak seronok.

Siap cakap dengan hubby, ok tak kalau akhir tahun ni nak berenti kerja. Hubby kata, yakin ke boleh survive? Sekarang ni pun business macam tak menjadi. Ye la, tak fokus betul2 macam mana nak menjadi. Tapi kalau berhenti kerja akan fokus ke? nanti serabut pikir nak kemas rumah plak. huhu. InsyaAllah kena kuatkan semangat. Tapi sekarang ni kena kuatkan semangat untuk pegi kerja dulu. huhuhu.

ops.. terbebel plak. dah lama tak update pasal muadz. Alhamdulillah, akhir bulan depan Muadz akan berusia setahun. Alhamdulillah, dapat menyusukan muadz sepenuhnya dengan susu ibu.sekarang ni muadz makin aktif. asyik nak pegang berpaut dan berdiri je. mulut pun dah bising sket. entah apa yang dicakapnya. yang paling dia suka berpaut pada ummila. tak kira la ummi tengah baring ke duduk ke diri ke, suka je datang berpaut berdiri dan panjat2 ummi. kalau tgh main pun, ummi tegur sket je terus datang merangkak nak memanjat ummi.

hari tu saje sembang2 dengan hubby, main teka2. agak2 muadz mula berjalan dulu atau bercakap dulu. hubby kata bercakap, tapi saya rasa macam berjalan. sebab dia lagi aktif nak berdiri dan tolak2 benda. mulut kadang2 je bising. pendiam macam ummi dia kot. :P tapi ceria macam ayah :)

tapi sekarang, baru merangkak je pun dah tak larat nak mengejar. abis semua benda dikutip dan masuk mulut. dulu boleh solat sambil dukung muadz, sekarang dia dah tak mau. sibuk nak explore sana sini. kalau dukung pun boleh satu rakaat je, bila ummi letak untuk sujud dia dah ke mana2. sambil dukung tu boleh plak ketuk kepala ummila, korek mulut ummi la, nasib baik tak tergelak.

2 hari ni muadz asyik tak lena tidur malam. bila bangun, bagi susu pun tak mau. dok golek2 atas ummi sambil merengek. tapi mengantuk. agaknya panas kot. badan dia mmg berpeluh2. hmm..rumah kami memang panas sket. kesian muadz. semalam tidur terbalik kaki dan kepala sebab nak bagi kepala dekat dengan kipas. lepas tu baru dia tidur. itupun pantang ummi bangun dia pun bangun. ada six sense agaknya.

dah lama tak upload gambar muadz. ni gambar muadz dari facebook ayah. (sila abaikan background)




[+/-] Read more...

Monday, January 31, 2011

Masuk gas lagi...

Assalamualaikum...

Jummat malam lepas Muadz tak boleh tidur. Asyik meragam. Automatik umminya pun tak boleh nak tidur la. Badan panas sikit. Asyik batuk dan macam hidung tersumbat. dia menangis sampai penat, akhirnya bila ayah dukung dan tepuk2 baru dia tidur. Ummi yang tengah mengantuk dan nak kena bangun awal esoknya, dah separuh tension dan nak mengamuk. huhu. Tapi, kesian juga kat dia. Yelah, dia tak selesa.

Pagi esoknya, keluar rumah awal terus ke Pakar Pedriatik Adek di Seksyen 9, Shah Alam. Sebelum ni pun dah pergi ke sana juga. Ramai yang suggest klinik ni sebab memang best. Bila masuk jumpa doktor, ada background ayat-ayat al-Quran dipasangkan. Rasa sangat tenang. Adakah fikrah kami sama? Dalam bilik rawatan tu juga ada mainan untuk kanak-kanak. Takde la mengadap doktor je.

Di ruangan menunggu pun ada tempat main untuk kanak-kanak. Ada juga bilik menyusu dan tempat untuk tukar lampin baby. Memang sangat child friendly. Nama pun klinik pakar kanak-kanak. Tak teringat plak nak ambil gambar klinik sebab asyik risau ke Muadz.

Masuk tu doktor check dan dia kata lebih teruk dari hari tu. Doktor tanya dia ada demam tak? saya beritahu ada demam 2 hari tapi dah ok sebab saya lap2kan badan dia. Doktor kata mungkin ini virus yang berbeza sebab ada demam. Check tekak, sangat merah.

Doktor minta beri gas dan tunggu di luar. Kemudian masuk dan diberi makan ubat yang sangat tak sedap. Masa tu Muadz muntah sikit, ada keluar kahak. Kemudian, lama sikit bagi gas lagi. Kemudian baru doktor check. Ada perubahan.

Sekali lagi kena bawa balik mesin masukkan gas tu untuk bagi gas kat rumah. kali ni punyalah susah nak bagi dia gas tu. asyik memberontak. Sepatutnya kena dua orang untuk bagi gas tu, sorang pegang baby, sorang pegang benda nak letak kat hidung. Tapi sebab ayah muadz ada kelas terpaksa buat sorang2. lagilah susah dengan muadz yang meronta-ronta.

Sangat susah hati. Kecik-kecik lagi dah kena banyak makan ubat. Tau, antibiotik tak elok untuk baby. Tapi risau kalau dia tak sihat. Dulu2 selalu juga tak ikut cakap doktor dalam bagi ubat. Sampai keadaan Muadz jadi worst dan doktor suruh masuk wad. Tak nak sampai Muadz kena masuk wad. tapi tak tau nak buat camna. Hari ni masa follow-up, doktor cadangkan ambil pneumococoal jab. Sebab baby bawah 1tahun memang mudah berjangkit. Lagi2 duduk kat taska. Kalau kat rumah ok lagi.

Hmm...nanti akan fikirkan..

p/s - agaknya muadz ikut ummi, jenis yang antibodi tak kuat. dulu doktor kata antibodi ummi tak kuat, sebab tu cepat berjangkit kalau ada orang sakit. Tapi sekarang, alhamdulillah dah ok sket. agaknya sebab selalu amik Vit C.

[+/-] Read more...

Thursday, January 27, 2011

selsema yang tak berakhir...

Assalamualaikum...

Baru je sehari berhentikan ubat Muadz. semalam masa ambil muadz tengok hidung dia berair balik. Lepas tu mula batuk. Rasa badan pun panas. so malam tadi agak meragam juga la dia. Ujian sungguh...

memang kebelakangan ni virus demam selsema ni berleluasa. bukan je pada kanak-kanak tapi juga orang dewasa. di office dah ada berita 4 orang dijangkiti H1N1. Jadi, jaga kesihatan ya kawan-kawan semua. Harap-harap muadz tidak sampai ke situ.

tengok kawan-kawan di taska dia pun berair je hidung. alamak, macam mana nak baik ni. asyik berjangkit-jangkit. masa ni rasa macam bestnya kalau boleh duduk rumah jaga anak sendiri. Tak payah dia menjangkiti atau dijangkiti orang lain. Tapi hakikatnya.....
InsyaAllah.. berusaha menuju ke arah itu.

Tak nak hantar ke taska, urusan kerja perlu dilaksanakan. tak bagi budak lain ke taska, lagi la kejam. kot2 anak sendiri yang bawa virus tu ke orang lain. huhuhu. Takpelah. tawakkal kepada Allah. penyakit tu Allah yang beri. tentu ada hikmah di sebaliknya. Kalau semua orang berpenyakit tapi kalau Allah tak izinkan kita dijangkiti tentu tak kena sakit kan.

Penyakit tu juga membuang dosa-dosa kecil. Agaknya ummi dan ayah muadz banyak sangat dosa-dosa kecil yang degil, perlu dibuang. perlu diingatkan selalu supaya kembali bersemangat melaksanakan tanggungjawab muslim sebagai khalifah dan ubudiyyah (beribadat).

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

[+/-] Read more...

Tuesday, January 25, 2011

Gambar Muadz dalam PaMa Feb 2011

Assalamualaikum..

Muka Muadz masuk majalah Pa&Ma Feb 2011! excited plak. Lambat sket update sebab majalahnya sampai kat rumah mak. so weekend ari tu baru dapat selak dan tengok. huhuhu.





Cover majalah Pa&Ma Feb 2011






Gambar yang dihantar


Dalam PaMa gambar dah kena potong kecil. ni gambar asal. masa ni Muadz baru satu hari. kat hospital lagi. Tapi gambarnya keluar masa Muadz dah nak masuk 9 bulan dah pun. huhuhu. Masa ni ummi tembam lagi. Ayah kata pipi sama tinggi dengan hidung. (sabo je la). You were so small. Ummi takut nak pegang. And now...





Muadz 8 bulan


You are so strong, healthy, active and chubby. Sampai tak larat ummi dan ayah nak stopkan muadz buat apa-apa. you learn very fast. Ummi pun dah kurus sket. :P

Semoga anak ummi membesar dengan sihat dan kuat. Oh, tak lupa, semoga jadi anak yang soleh dan musleh, ok.

[+/-] Read more...

Wednesday, January 19, 2011

Kelam-kabut....

Assalamualaikum....

Semalam dan kelmarin sedikit kelam-kabut. Sabtu ahad ok je. Muadz memang dah batuk2 dari 2 minggu lepas. Ingat dalam minggu ni nak ke klinik pakar di shah alam. tiba2 pagi isnin tengok mata dia banyak sangat tahi mata sampai dia tak boleh buka mata. Nangis-nangis dia. Tahi hidung pun banyak. Hijau plak tu. dan hidung dia pun macam tersumbat.

So pagi tu EL dan bawa ke klinik pakar tu terus. Nasib baik juga, rupanya klinik tu buka 9-5 je. ingat nak pegi malam. pegi check dan inform doktor dia dah demam on and off 2 minggu. doktor suruh masukkan gas dan siap bagi bawa balik alat kecil untuk masukkan gas tu. kena buat kat rumah setiap 6 jam. Masa kat klinik menjerit-jerit dia nangis masa masukkan gas tu. umminya pun ikut sedih sekali. selalu takde pun macam tu. agaknya nurse tu tekan kuat sangat kot kat hidung dia. huhu. bila buat kat rumah ok je. dia duduk je diam-diam.

Cuma masa nak makan ubat memang mengamuk. tapi lepas dah habis telan tu ok je. pastu, doktor suruh datang lagi esoknya untuk follow-up. jadi terpaksa la cuti juga semalam. kali ni ayahnya pun cuti juga. nak tau perkembangan anak. doktor kata kahar dia pekat sangat. lepas dah masukkan gas satu hari dah cair sikit. Alhamdulillah. Doktor suruh continue ubat je kali ni. Sabtu ni kena pegi lagi untuk check-up. Harapnya muadz ok. tahi mata dah takde dah pagi tadi.

Nasib baik juga ayah muadz cuti juga semalam. tiba2 HR call kena datang ambil document. Nak buat camna, pegi juga la. Terpaksa muadz dan ayahnya lepak kat surau. huhuhu. naik segan ayahnya semua oragn bertanya. yelah, kat office tiba2 ada baby plak.

tapi semalam muadz memang sangat aktif. dah ok sket agaknya. habis satu rumah dia explore. itu belum boleh merangkak dan berjalan. baru mengesot je. tapi punyala laju. kejap je dah hilang. habis rumah dari hujung ke hujung dia pegi sambil ummi lipat baju. harapnya muadz bertambah baik.

p/s - blog lain ada yang buat schedule update. so kadang2 tak datang office tapi blog terupdate tu bukan maknanya saya duduk depan pc. tapi dah schedule awal2. huhuhu.

My breastfeeding plan
Last blogged at ~Derap Langkah Sebuah Perjalanan ~ : Bagaimana anda selepas usrah Last blogged at Meniti Hari : Peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu

[+/-] Read more...

Thursday, January 6, 2011

Perkembangan Muadz @ 8 bulan

Assalamualaikum...

Dah lama tak cerita perkembangan Muadz. Alhamdulillah, Muadz dah 8 bulan. Dah banyak akal, yang buatkan ummi geram. Kadang rasa nak gigit je pipi tembam tu. Muadz @ 8 bulan.

1. Suka tiup-tiup. Entah apa yang ditiupkan entah.
2. Suka membebel sebut mama..mama... bila ummi sebut 'ummi' dia sengih-sengih.
3. kadang-kadang sebut yaayaa.. aik.. ayah boleh pula sebut. :P
4. dah pandai mengesot macam askar. laju juga.
5. bila nangis panggil maamaa..maamaa.. sambil mengesot datang.
6. suka mencapai segala apa yang ada berdekatan. curious to know and learn everything. :D
7. pantang dipanggil nama, mesti tersebut lebar. kalau tengah nangis pun boleh stop kejap sengih pastu sambung balik. hehehe.
8. menyusu sambil tangan menggagau nak capai benda. kalau ummi tengah sambil makan, suka capai nasi ummi. geram betul.

Muadz tengah demam, dah seminggu. Agaknya demam nak tumbuh gigi tapi tak nampak pun lagi giginya. sekarang bertambah dengan batuk dan selsema pula. Anak ummi nak membesar ye.


[+/-] Read more...

Thursday, December 16, 2010

Muadz sembelit?

Assalamualaikum...

Malam semalam bawa Muadz ke klinik sebab dia dah 3 hari tak membuang. Hari tu dia ada macam meneran-neran. so macam risau juga la. Elok je ayah start enjin, Muadz membuang pula. Sabo je la. Tau-tau je.

Alhamdulillah, najis kuning hijau dan pekat. Agaknya sebab makan bayam kot pagi tu. tu yang hijau tu. Sebelum pergi tu masa makan malam bagi dia minum air zamzam sket. Mula-mula nak bagi dia minum air masak tapi hubby kata bagi air zamzam la. letak air zamzam dalam botol dan bagi dia.

First time tengok Muadz pegang botol sendiri. Comel. heheh. hubby ada amik gambar guna phone tapi tak boleh transfer pula. baru ingat nak upload. Cikgu dia memang ada bagitau dia dah boleh pegang botol sendiri. Masa menyusu pun kadang2 dia pegang B dua tangan macam pegang botol. Tapi dia ni kurang minum air masak sket cikgu kata. Semalam bagi pun minum sikit je dah buang botol tu.

Tapi bawa juga pergi jumpa doktor sebab ada nak tanya benda lain juga. Sebelum ni memang ada baca kat susuibu.com, bayi yang menyusu susu ibu jarang sembelit. Tapi sebab muadz dah makan, so agak risau la sket. takut ada makanan yang tak serasi. Biasa dia membuang hari-hari. Doktor kata selagi najis dia tak berketul-ketul macam najis kambing tu, dia ok. Memang najis dia akan pekat sket sebab dah ada makan. kena banyakkan sket minum air.

Pastu check juga sebab dekat kemaluan dia ada merah-merah. Doktor kata tu mungkin alergik sebab lambat tukar pampers. Doktor bagi ubat untuk sapu. Pagi-pagi biasa sebelum ke taska memang saya akan tukarkan pampers dia. Dulu pernah sekali saya bagi pampers 4 keping kat taska(taska lama pakai dalam 4-5 keping sehari), tapi tengok dia pakai 2 keping je. Takkan lepas mandi pagi sampai ke petang tak tukar-tukar. Lepas mandi je baru tukar ke? tengah hari tak tukar?

Saya pesan kat taska minta tukar setiap 3-4 jam walaupun tak penuh. Tapi sekarang dah bagi satu plastik besar pampers terus, dah tak monitor sehari dia pakai berapa banyak. Sebab ada pernah case terlupa letak pampers. terpaksa pinjam pampers orang lain. huhuhu.

Hubby kata cukup muadz setahun tukar taska lain la. hmm...harap-harap sebelum tu takde apa-apa yang merbahaya berlaku pada muadz. nak mencari taska satu hal la pula.


Muadz 1 bulan - so small



Muadz 7 bulan - I can drive


[+/-] Read more...

Wednesday, December 15, 2010

Muadz meragam

Assalamualaikum..

Semalam, sepanjang malam sampai ke pagi ni muadz meragam. tak tahulah kenapa. Masa ambil dari taska semalam, cikgu dia kata dia baru bangun. nampak macam baru lepas nangis. muadz memang kadang-kadang bangun tido terus nangis. tapi biasanya lepas tu dah ok. tapi semalam masam je muka, langsung tak nak senyum. letak je dalam car-seat kat kereta terus menangis. terus cepat-cepat pergi kat tempat memandu dan pujuk dia.

sambil drive tu ajak dia baca doa naik kenderaan macam biasa, baru dia diam. tapi still masam. muka pandang luar je. (aik..macam style ummi merajuk je :P ) sampai depan rumah cakap dengan muadz, bagitahu dia ummi keluar sekejap buka pagar ye. sekejap aje. pergi buka pagar bila datang balik dia tengah menangis lagi. bila nampak ummi baru diam.

dah selamat parking kereta, keluar nak pegi ambil dia, itu pun dia dah nangis. aduhai, kenapa ni sayang? apa yang tak kena? tak lena tidur ke? dukung dan bawa dia jalan-jalan depan rumah sekejap sampai hubby sampai rumah. baru bawa dia masuk dan bawa masuk beg semua. bila letak mula-mula dia ok main. so saya pun terus ke dapur, memulakan proses memasak.

Malam semalam takde ke mana, jadi memang dah plan nak masak dan nak bagi peluang hubby pegi surau. Tapi, muadz tak nak tinggal sorang. bila hubby berdiri je terus dia nangis. bagi dia main mainan, bila dah leka tu hubby pergi naik mandi dan bersiap. Tapi sekejap je dah nangis balik. saya pun susukan dia sekejap. dapat je susu terus pejam mata. hmm...ngantuk sangat la tu kalau dah terus pejam mata. susukan dia sekejap sampai dia terlena. bila dah lena saya bangun ambil wudhu' untuk solat maghrib, dia dah bangun menangis pula.

Jadi, solat sambil dukung dia. Alhamdulillah, mungkin sebab dah dibiasakan dari kecil, kalau orang solat muadz ok je. dukung untuk dua rakaat, tengok dia macam ok, masa lepas sujud rakaat kedua dan nak bangun ke rakaat ketiga tu saya letak je dia kat bawah. Alhamdulillah, dia ok main golek-golek. tengok dia leka lepas solat tu terus ke dapur meneruskan kerja-kerja memotong dan menyediakan bahan. belum start masak lagi. huhu. baru basuh beras dah berbunyi pula.

jadinya, potong sayur sambil dukung muadz la. nasib sayur tu boleh patah-patahkan aje daun dia. bila hubby balik, hubby jaga muadz baru boleh masak. masa tu dah siap bahan-bahan, yang lain campakkan aje masuk kuali. buat masak sup ayam, sayur goreng dan masak bubur muadz untuk bekal hari ni. hubby request masak nugget, langsung terlupa. huhuhu. masak lebih sket untuk sahur hari ni.

lepas makan, hubby ke surau lagi untuk isyak. lepas isyak ada program sket di surau katanya. disebabkan muadz tak nak juga main sorang, saya pakai sling dan dukung dia sambil basuh baju dan basuh pinggan. pastu siapkan susu untuk bekal ke taska.

kemudian sambung susukan dia lagi. lama pula tu dia mengempeng. bila lepas je nangis. sampai pukul 12, hubby suruh naik atas tidur terus. naik atas masa gosok gigi dia nangis lagi. lepas tu terus susukan dia sambil tidur. pagi tadi jam 5.45 dah terjaga, tapi Muadz pun terbangun juga. Ingat nak kejut hubby bangun sahur, tapi sure dia tak nak bangun sebab dah nak subuh. so biar je la.

Sekali lagi, lama betul muadz mengempeng, tak nak lepas. bila lepas je mengamuk. sekarang ni muadz kalau mengamuk dah pandai hentak-hentak kaki. kalau tengah meniarap dia akan pusing untuk nak hendak kaki. huhu. sabo je la. jadinya pagi tadi sampai pukul 6.45 baru dia nak lepas. lewat la ummi bersiap dan nak ke kerja. ingat nak gosok baju malam tadi pun tak sempat, kelam-kabut gosok baju. harapnya hari ni dapat puasa sampai habis, sebab langsung tak sahur. malam tadi makan awal pula tu.

hmm..dah 3-4 hari muadz tak buang air besar. pastu kadang-kadang macam meneran dan kerap kentut. sembelit ke ye? tengok dekat kemaluan dia ada merah-merah pula tu. ingat malam ni nak try bawa ke klinik la. tgk macam mana...

p/s - jom puasa sunat 9 & 10 muharram

[+/-] Read more...

Tuesday, November 16, 2010

Salam aidiladha

Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama tak update blog. sedikit terkejar-kejar dengan pelbagai benda. Hari ni baru macam ok sikit. Agaknya sebab dah dekat nak raya kot, jadi semua pun slow down. Oh ye, selamat hari raya aidiladha pada semua. semoga Hari raya Qurban ni bukan sahaja ingat nak makan daging Qurban tetapi juga mengingatkan kita dengan pengorbanan Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail a.s. Semoga kita juga berjaya mendidik diri dan keluarga supaya sanggup mengorbankan harta, jiwa, nafsu, masa dan lain-lain untuk Allah dan agama yang tercinta ini.

Bukan senang seorang ibu nak didik anak tanpa suami di sisi. Bukan sekadar mendidik menjadi insan yang baik tetapi sampai sanggup menjadi korban kepada ayahnya kerana itu perintah Allah. sedangkan nabi ismail masa tu masih muda remaja. dah la tak jumpa ayah dia langsung, tiba-tiba datang nak sembelih pula. tapi apa kata nabi ismail? Laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. betapa hebatnya seorang ibu menanam iman pada anaknya sehingga bukan sahaja tidak membenci ayahnya tetapi taat pada perintah Allah.

InsyaAllah, sama-samalah kita berusaha menjadi insan yang baik dan ibu yang baik. bukan sahaja baik di sisi manusia tetapi yang lebih penting baik di sisi Allah.

Alhamdulillah, Muadz pada 6 bulan setengah dan boleh bergolek dan berpusing tapi masih pada satu arah. sebelah kiri dia pusing, tangan tak reti nak betulkan. tapi kalau sebelah kanan, sekejap je tiba-tiba dah hilang kat tempat lain. semalam, tiba-tiba dah ada bawah bouncer pastu menjerit sebab tersepit. Ya Allah, macam mana la boleh masuk bawah bouncer pula. Ummi dan ayah kena lebih berhati-hati lagi lepas ni.

Pelancaran ebook Rahsia Tangisan Bayi pun berjalan lancar. Alhamdulillah.Sesiapa yang nak tolong promosi sambil menambah pendapatan boleh la mendaftar di http://rahsiatangisanbayi.com/member. Sesiapa yang beli dari link kita, kita akan dapat komisen 50%.
Ops, terlupa, ada juga diadakan Cabaran Affiliate di sini, di mana siapa yang buat jualan yang tinggi boleh dapat bonus.

Okla, selamat menjalani ibadah Qurban.

[+/-] Read more...

Thursday, November 11, 2010

Pelancaran Rahsia Tangisan Bayi

Assalamualaikum..

Dengan lafaz bismillah, saya melancarkan ebook Rahsia Tangisan Bayi. Sila klik untuk maklumat lebih lanjut. Yang saya paling teruja adalah sebab Muadz jadi model. hehehe. Terpaksa dera dia sikit untuk jadi model. :P


Semoga sesiapa yang membeli buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Oh ye, siapa yang nak daftar affiliate pun boleh juga. Tolong promosi dan akan dapat komisen 50%.
Boleh daftar affiliate di sini. Bahan-bahan promosi dah ada disediakan pun.

---------------------------------------
Sedikit tentang ebook ini

Dulu kalau anak saya menangis, tension juga dibuatnya. Tapi bila dah dapat mengenalpasti bentuk-bentuk tangisan anak saya, jadi seronok pulak sebab saya dah mula faham apa yang anak saya nak setiap kali dia menangis. Mula-mula tu memang keliru jugak, tapi lepas beberapa kali dengar dengan teliti, memang benar, bayi berkomunikasi dengan kita melalui tangisannya.

Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibu akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.

Kalaulah seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik ini telah diaplikasikan oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+ bangsa seluruh dunia.

9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.

70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.

2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.


[+/-] Read more...

Thursday, October 28, 2010

6 bulan exclusive breasfeeding

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam Muadz dah genap 6 bulan exclusive breastfeeding. boleh kira exclusive ke? selain dari masa awal-awal Muadz minum susu formula sket, lepas tu semua alhamdulillah, minum susu ibu sepenuhnya.

Hari tu macam beriya nak bagi dia makan tapi macam tak sempat pula. so maybe lambat sket la muadz start makan. (sudu muadz pun takde lagi :P ) kat rumah memang takde sudu plastik so kena juga beli sudu untuk muadz.

semalam muadz asyik nak menyusu je. bila lepas je mengamuk. ingat lepas maghrib nak masak, lepas isyak ayah dia balik surau boleh terus makan. tapi tak boleh nak lepas langsung. ummi nak pegi toilet pun dia meraung makin lama makin kuat.

mula-mula terfikir, muadz ni tak cukup susu ke? B pun dua-dua dah agak lembik. kemudian terfikir, growth spurt? menurut kellymom, growth spurt adalah keadaan di mana baby menyusu lebih banyak dari biasa, dan biasa lebih banyak meragam dari biasa. keadaan ini akan berlanjutan untuk beberapa ketika sebelum baby kembali normal. kadang-kadang 2-3 hari, tapi ada juga yang sampai berminggu-minggu.

hmm...mungkin juga muadz mengalami growth spurt kot. lepas ayahnya balik baru ummi bersilat masak di dapur. makan sekejap muadz dah berbunyi lagi. ajak main dengan ayah pun tak nak. last-last pukul 10 ummi dah angkut muadz naik baring atas katil. tak larat nak duduk lama-lama.

ingatkan bila dah baring tu dia senang sket tidur tapi sama juga, bila cabut je terus menangis. tengah malam banyak kali bangun menyusu. bangun pagi, ummi dah sakit belakang. huhuhu. sekarang ni kat taska pun minum 6x3oz. dulu boleh simpan stok kadang-kadang sampai 10oz. sekarang ni kadang-kadang 3oz je untuk simpan stok. alhamdulillah, ada la juga dari takde langsung.

[+/-] Read more...

Monday, October 25, 2010

Kawan-kawan Muadz

Assalamualaikum...

Semalam, kawan-kawan Muadz datang. Ada Khaulah, Jannah dan Abdullah. Dua lelaki dua perempuan. Hehe. Yang lelaki cool aje, yang perempuan yang banyak berbunyi. Yang lain semua dah boleh pusing. Jannah, yang paling muda (4 bulan) pun dah boleh pusing. macam mana ni, Muadz? hehe. takpelah, anak ummi nak jalan terus kan? :P

Alamak, again gambar dalam kamera hubby. Tak best betul la. Tak boleh nak upload gambar terus. cerita dah nak basi baru gambar nak sampai. Sebelum ni pakai kamera saya, dan kamera tu sentiasa dalam handbag. Tu la, siapa suruh tak nak ambil gambar guna kamera sendiri.

Oklah, back to the story. Muadz seronok main sampai lewat. mengekek ketawa. mainan sendiri dah boring. ambil mainan orang lain pula. lepas semua orang dah balik barulah dia mengamuk penat. Aduhai anak ummi.

Apa lagi, kelam-kabut tukarkan diapers dia, ambil wudhu' dan susukan. sekejap je dia dah tidur. penat sangat la tu. tiba-tiba jam 1 pagi dia bangun menangis meraung-raung. bagi susu pun tak mau. Saya dah risau dah. Takut dia kejang sebab pernah sekali dia menangis teruk sangat sampai badan kejang dan bibir biru. nasib baik masa tu mak ada.

Saya kejutkan hubby dan minta dia ambil air zamzam kat bawah. bacakan selawat sikit dan sapu muka dia. Tak jalan juga. diam sekejap je sebab penat kemudian sambung lagi. pujuk-pujuk dia sambil zikir kemudian cuba offer susu lagi. alhamdulillah, dia minum dengan laju. dah penat sangat agaknya.

sebab tu la orang tua-tua tak bagi anak main dan gelak beriya sangat agaknya. takut penat dan tak boleh tidur malam. alhamdulillah, pagi tadi muadz dah bangun dengan ceria. insyaAllah, takde apa-apa.


Aktiviti terbaru Muadz. Pegang stokin, pusing ke kanan ke kiri sambil main air liur.

[+/-] Read more...

Tuesday, October 19, 2010

Perkembangan Muadz.. 5.5bulan

Assalamualaikum..

Rasa macam dah lama pula tak cerita perkembangan Muadz. Alhamdulillah, Muadz dah 5 bulan setengah dan semakin aktif. asyik nak main je. Kadang tengah menyusu pun boleh stop nak main sekejap atau sembang-sembang sekejap lepas tu sambung balik. Comel je tengok. Kadang-kadang ummi dengan ayah tengah bersembang dia pun menyampuk sekali pastu senyum-senyum.

Masih belum boleh pusing sepenuhnya, sikit-sikit je. tapi suka angkat kaki dan pegang kaki sendiri. sambil pegang kaki tu pusing ke kanan ke kiri. duduk dah boleh sikit tapi still kena support. suka juga membebel sorang-sorang.

kalau buat muka comel tu geram je ummi dengan ayah. rasa nak geget pipi tu. Gambar terbaru Muadz ada dalam kamera ayah. jadi lambat la sket nak upload ke apa sebab lambat nak sampai kat ummi. Kalau kena marah dia senyap je dan buat muka takde perasaan. langsung tak nak senyum atau bercakap. huhu.

Hari tu tengok gusi muadz dan macam ada white spot. maybe nak tumbuh gigi kot tapi tak tau la bila nak keluarnya. sekarang ni lebih suka main benda yang ummi dan ayah pegang berbanding mainan sendiri.

Hari ni first time ummi bawa kereta sendiri ke office. Letak Muadz dalam car-seat, dia tak nak baring, asyik angkat kepala nak bangun. Pastu bila ummi duduk tempat driver dia tengok je. Bila explain kat dia ummi kena drive sekarang ni, Muadz duduk kat car-seat ye. Dia pun sengih. InsyaAllah dia faham kot.

Semoga anak ummi membesar menjadi insan yang soleh dan bijak ye.

p/s - malam ni kalau dapat ambil gambar dari kemara ayah, esok boleh upload.

[+/-] Read more...

Thursday, October 7, 2010

Muadz bin Jabal

Assalamualaikum...

Nama Muadz ni ayah yang pilih. Ummi kata kat ayah ummi nama ada Muhammad, nama sahabat dan ada huruf Z. Ummi memang suka dengar nama orang yang ada huruf Z sejak kecil. tak tau la kenapa. Nama ayah pun ada huruf Z. Jadi, ayah pun pilih Muadz. Ummi terus teringatkan sahabat Rasulullah, Muadz bin Jabal. Jadilah Muhammad Muadz. Semoga Muadz dapat mencontohi sikap Muhammad, Rasul Allah dan Muadz bin Jabal ye.

Ummi nak letakkan kisah Muadz bin Jabal supaya bila besar nanti Muadz boleh baca dan contohi sikap dia. Ops, oklah..oklah...nanti ummi dan ayah cerita juga. Tapi untuk revision Muadz baca kat sini ye. Dulu masa Muadz 3 bulan ayah pernah juga cerita tapi version lain. Mesti Muadz tak ingat dah. Takpe, kita kumpulkan banyak-banyak kisah Muadz bin Jabal ni supaya kita lebih kenal siapa dia. Barulah kita boleh contohi dia kan.

Muaz bin Jabal

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: ” Impikanlah” Seorang pemuda berkata: ” Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Omar berkata lagi: “Impikanlah”. Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Omar berkata lagi: “Impikanlah”. Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin” Omarpun berkata: “Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.

Beliau merupakan seorang sahabat nabi yang memiliki banyak keutamaan, beliau termasuk salah satu yang orang yang mengumpulkan Al-Qur'an di masa Rasulullah, salah satu yang pernah memberi fatwa di zaman Nabi. Beliau merupakan hamba shalih yang tunduk kepada Allah dan menyeru kepada manusia. Rasulullah pernah mengutusnya dakwah ke Yaman. Beliau juga termasuk Immamu Fuqaha, pemimpin para fakih, kanzul Ulama gudangnya Ilmu. Seorang pemuda yang penyabar, dermawan, murah hati, lapang dada, dan tingi budi pekertinya.

Muadz bin Jabal atau biasa disebut sebagai Abu Abdirahman, beliau termasuk dalam golongan bangsawan yang taat kepada Allah, berbadan tinggi, cakep, putih bersih, besar kelopak matanya, putih mengkilat giginya, berambut pendek lagi keriting, berbudi bahasa dan manis tuturnya serta cerdas dan cemerlang otaknya. Beliau termasuk dalam kelompok Anshar As-Sabiqunal Awwalun (yang pertama masuk islam). Beliau masuk islam umur 18 tahun dan sudah ikut perang Badar pada umur 20 tahun.

Tentang ilmunya Umar bin Khatab pernah berkata, Barangsiapa yang ingin bertanyaa tentang Al-Qur'an hendaknya ia datang kepada Ubay bin Kaab, dan barang siapa yang ingin tanya tentang hukum halal dan haram, hendaknya ia datang kepada Mu'adz bin Jabal. Dan barang siapa yang ingin bertanya tentang harta hendaknya ia datang kepadaku. Sesungguhnya Allah menjadikanku tukang penyimpan (baitulmal).

Demikianlah memang Muadz bin Jabal merupakan orang yang diketahui paling paham halal haram, dan beliau sering dimintai untuk berfatwa. Sebagaimana dikatakan oleh Syakr bin Hausyab, Bila para sahabat Rasulullah berbicara dan diantaranya ada Mu'adz bin Jabal, maka mereka akan minta pendapat kepada Mu'adz disebabkan kewibawaannya.

Kecermelangan otak Mu'adz diakui oleh banyak orang, Kecemerlangan inilah yang menjadikan Rasulullah memuji Mu'adz, Rasulullah bersabda,

Umatku yang paling tahu akan yang halal dan yang haram ialah Mu'adz bin jabal.

Mu'adz adalah pemimpin ulama yang paling depan.

Kematian Mu'adz bin Jabal akibat terkena serangan penyakit tha'un, yaitu penyakit kusta pada jari telunjuknya. Beliau terkena penyakit ini justru bahagia bahkan mendo'akan agar seluruh keluarganya mendapat penyakit ini, beliau berkata, Ya Allah, jadikanlah bagian keluarga Mu'adz yang banyak (dari penyakit tha'un tersebut). Akhirnya dua putrinya meninggal dan dikuburkan dalam satu lahat. Kemudian putranya Abdurrahman juga tertimpa tha'un juga. Keluarga Mu'adz akhirnya meninggal semua dan pada pekan tersebut juga Mu'adz meninggal.

Kenapa Mu'adz bisa seperti itu? Karena beliau pernah mendengar dari riwayat Rasulullah bahwa penyakit tha'un sesungguhnya adalah rahmat dari Allah dan do'a Nabi serta wafatnya orang-orang shalih sebelumnya. Beginilah tanda keikhlasan manusia terbaik umamt ini.

Usia meninggalnya Mu'adz 33 tahun, atau ada yang mengatakan 34 usia yang masih sangat muda pada tahun 18 Hijriyah pada pemerintahan Umar bin Khatab.

Ibu Muadz yang bernama Ummu Manee' pun antara orang Madinah yang awal masuk Islam dan terlibat sekali dengan baiah bersama Rasulullah.

Harapnya ummi pun boleh jadi kuat seperti Ummu Manee'.

p/s - Isnin lepas Muadz dah pergi injection untuk 5 bulan. Alhamdulillah.

[+/-] Read more...

Monday, October 4, 2010

Terkesan di hati...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, demam muadz dah kebah tapi masih meragam kadang-kala. Benar, sakit itu adalah ujian dan peringatan dari Allah. Mungkin kerana saya selalu bersikap sambil lewa dengan Allah, maka Dia cuba mengingatkan saya kembali. semenjak ada baby ni memang hubungan dengan Allah agak sedikit berkurangan. Selalu menggunakan anak dan masa sebagai alasan. Sedangkan Allah berfirman

“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Astaghfirullah. Tugas utama sebagai khalifah dan beribadah kepada Allah sering-kali di letakkan di tangga kedua. Sedangkan itulah yang sepatutnya menjadi kerja utama.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.

Hari yang sama, saya ditarbiyah oleh Allah melalui 2 orang sahabat. Satu melalui entri blog, satu lagi melalui email. Kedua-duanya menyampaikan secara umum tapi menusuk ke dalam kalbu saya. Alhamdulillah, dah lama mencari pemangkin semangat. Berharap dari ustaz-ustaz tapi agaknya saya sudah terlampau lali. Akhirnya diberi melalui 2 orang sahabat yang saya hormati. sesungguhnya tarbiyah Allah sangat cantik.

Allah menjadikan manusia kerana 2 tujuan, tak cukup kalau buat salah satu sahaja. Sekadar membuat kerja khalifah tapi kurang dari segi ibadah. Lalu dari mana kita nak dapatkan bekalan. Sedangkan ibadah adalah pemberi kekuatan untuk menjalankan tugas khalifah.

Semalam, saya terpaksa bekerja. Muadz terpaksa ditinggalkan dengan tok maknya. Badannya dah tak panas. Pulang dari kerja mak saya kata Muadz menangis semahu-mahunya, tak nak minum langsung. minum sikit je kemudian menangis lagi. masuk kereta baru dia diam dan tidur. Penat menangis agaknya. Saya ambil dia dan susukan dalam keadaan mamai. Alhamdulillah, dia minum.

Sejak Khamis dia asyik meragam dan menangis kuat-kuat. Malam tadi sekali lagi dia tak mau minum. Kali ni secara direct. Asyik menangis. Bila dia diam, letak je puting tepi mulut terus meraung lagi. Ya Allah, betul-betul menguji ummi dan ayah. Hari ni dah la kena keluar awal sebab office dah jauh.

Agaknya Muadz merajuk kena tinggal semalam. Semalam agak tergesa-gesa. Tak sempat salam dan cium Muadz sebelum ke pejabat. Maafkan ummi ye, sayang. Pagi tadi pun bangun tak nak senyum langsung. Buat muka malas layan.

Masa terdesak ni lah biasanya baru kita sibuk nak ingat Allah. Agaknya Allah rindu mendengar suaraku, suara yang tulus ikhlas dari hati yang disertai perasaan rindu dan cinta kepadaNya. Bukan sekadar rutin harian.

Benar kata orang, semakin kita cuba meninggalkan dunia, dunia akan mengejar kita sehingga kita tenggelam dalam dunia. Ya Allah, kuatkanlah diri ini.

Ya Muqallibal qulub, thabbit qalbi 'ala dii nik. Ya Allah, Tuhan yang memegang hati ini, tetapkanlah hati ini di jalanMu.

[+/-] Read more...

Friday, October 1, 2010

Duduk Taska asyik demam?

Assalamualaikum...

Semalam Muadz demam lagi. Hmm...dah lama asyik tak sihat je Muadz. Rasanya boleh la kata sebulan sekali mesti ada tak sihat. Orang kata duduk taska memang macam tu. Agaknya baru sihat tapi ada orang yang tak sihat, terus berjangkit balik. Dah tu pula start hantar Muadz dari 2 bulan. Agaknya antibodi dia belum cukup kuat.

Pagi semalam dah rasa macam panas sikit tapi ingat ok lagi kot. Bila ambil je dari taska rasa badan dia panas betul. Cikgu dia pun kata asyik mengamuk je semalam. Termometer dah hilang la pula. tak boleh nak check suhu. Malam tadi cuma tampal kool fever baby. Tak lama sangat kool fever tu dah kering, tak mau lekat.

Kali ni bukan Muadz sorang je tak sihat, ayah dia pun demam sekali. Katanya start pagi semalam juga sakit tekak. Malam tadi berkelubung dengan selimut. Rasa sengal-sengal badan katanya. Yang si ayah ok lagi la, boleh kontrol diri sendiri. Muadz ni menangis aje la. Nangis pun macam tak bermaya. Sedih je dengar.

Malam tadi lap-lap sikit kepala, leher, ketiak dan peha dia. Nak kurangkan sikit suhu. Sepatutnya malam tadi nak keluar. Tengok dua-dua pun tak sihat, tak jadi la. Muadz pun asyik merengek. Agaknya dia pun rsa sengal-sengal badan juga kot. Menyusu pun merengek.

last-last susukan dia sambil baring, letak tangan kat kepala dia dan usap-usap. dia pula pegang tangan ummi baru dia tutup mata dan akhirnya tertidur. Alhamdulillah. tapi banyak kali juga dia terjaga malam tadi. Pagi tadi rasa badan dia panas sikit tapi dia dah boleh senyum-senyum.

Pesan kat cikgu dia kalau panas sangat minta call. Hari ni tak boleh EL sebab esok nak pindah office nak kena kemas barang-barang. tapi kalau panas sangat ambil half day kot. Pesan juga dengan cikgu dia supaya lap-lap dia dan bagi susu kerap sikit. Biar dia buang air besar. Kot boleh kurang sket suhu.

Rasanya ada ubat yang masukkan kat punggung untuk baby tu kan? Ubat apa ye namanya? Masa bila boleh pakai ubat tu ye? Ingat nak beli la untuk standby kat rumah. Semoga anak ummi cepat sembuh ye.

Ingat ari ni nak pergi injection untuk 5 bulan. Kena tangguh la nampaknya.

*update*
- search tadi, ada dapat info ni..


kalau tak clear boleh klik untuk besarkan. ops...tuan punya nama bagi kebenaran tak ye? kalau tak bagi, sila beritahu ye. saya removekan. :)

p/s - cancel nak beli ubat punggung tu. huhu.

[+/-] Read more...

Wednesday, August 18, 2010

Perkembangan Muadz : Muadz bergolek

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, Muadz dah 3 bulan 3 minggu 1 hari. semalam, buat pertama kalinya Muadz bergolek. Biasa memang letakkan dia baring telentang. sebelum ni dia dah mengiring sikit-sikit tapi belum pusing sepenuhnya. mungkin dia senang mengiring sebab dah biasa tidur mengiring dari kecil.

masa baby lagi mak suruh iringkan sikit baby dan letak bantal di belakang badannya supaya kalau dia muntah, tak tersedak. tapi sebenarnya cara yang betul membaringkan bayi adalah telentang dengan kepala ditinggikan dari badan ye. boleh search cara baringkan bayi dengan betul.

beberapa hari ni bila letak je muadz, dia sibuk angkat kepala dan kaki macam nak bangun. isyk...nak bangun gi mana tu sayang... pagi semalam sementara kami bersiap, kemas beg muadz, kemas beg pam, tengok-tengok dia dah tiarap sambil sengih-sengih. bila dia bangun pun kami tak sedar. nasib baik tak bergolek ke tepi katil.

malam semalam pula lepas basuh pinggan, masuk bilik dia dah tiarap lagi. ayah dia ada kat sebelah masa tu. masa tu mulut dia dah bising sebab lapar. ummi lambat. ayah kata kali ni dengan bantuan sebab tangan dia tersepit.

Alhamdulillah. lepas ni kena lebih berhati-hati. tak boleh letak muadz tepi katil. macam ni muadz kena tidur kat babycot la. bila la muadz nak belajar tidur kat baby cot ni. car seat pun dah lama tak duduk sebab muadz suka nak menyusu dalam kereta. membesar dengan kuat dan sihat ye, sayang.

gambar takde la pulak. sebab dua-dua kali tu tengah sibuk bersiap-siap.

[+/-] Read more...

Monday, August 9, 2010

Alhamdulillah, Muadz kembali aktif

Assalamualaikum...

Khamis dan Jumaat lepas saya dapat MC sebab keadaan Muadz yang semakin merisaukan. Rabu malam tu dia nampak macam ok, dah senyum-senyum tapi tengah malam tu dia asyik mengamuk. nak minum tak boleh, hidung tersumbat. Badan pun panas balik. jadi, esok paginya kami membuat keputusan ambil MC dan bawa Muadz ke klinik. Siap dua-dua sekali amik MC, hehe.

Ditakdirkan Allah klinik yang kami biasa pergi tu tutup, walaupun masa tu dah pukul 9 lebih. kami pun pusing-pusing cari klinik. dah la tak biasa familiar dengan area TTDI dan damansara tu. jumpa klinik takde doktor kanak-kanak/bayi pula. jumpa klinik kanak-kanak, tutup pula. memang tension dibuatnya. kemudian teringat ada sebuah poliklinik dekat-dekat mutiara damansara (kot?). Alhamdulillah, klinik tu buka dan boleh rawat bayi. masa tu jam pun dah pukul 11. punyala lama cari klinik.

Doktor ni memang nampak dia check sungguh-sungguh. siap suruh buka barut dan check 2-3 kali. doktor sebelum ni setakat dengar dari luar baju je. lepas check muka doktor tu macam serius je, dia tanya muadz minum ok tak? saya pun cakap la memang kurang menyusu. asyik tidur je. bila menyusu pun asyik lepaskan sebab hidung tersumbat dan lepas minum muntah. doktor pun angguk-angguk.

Pastu perbualan selanjutnya :
Doktor : I think dia kena masuk wad la. Paru-paru dia dah ada infection yang sebelah kiri. banyak sangat kahak dalam paru-paru dia. batuk pun boleh dengar.
Masa tu terus blur sekejap dan rasa nak nangis.
Doktor : husband you mana?
Saya : ada kat luar.
Doktor : panggil dia masuk.
Saya pun call hubby suruh masuk.
Doktor : I think your baby kena masuk wad sebab paru-paru dia dah ada infection. sekarang dia memang tak nak minum sebab attention dia untuk bernafas sahaja.
kami pun berpandangan.
Hubby : ada cara lain tak?
Doktor : I boleh bagi gas but he will be okay for awhile only. kalau masuk wad, nurse akan bagi gas every 4 hours. bagi kahak dia cair, so that dia boleh bernafas.
Saya : kalau try bagi gas lepas tu monitor dulu boleh tak?
Doktor : Ok. Kita try bagi gas dan I akan bagi ubat dan antibiotik. memang kena antibiotik sebab dah ada infection. If not ok, esok you datang balik I bagi refer letter ke hospital. Tapi kalau you nampak dia tak boleh bernafas, tak perlu tunggu esok. terus datang. You nak datang lagi malam ni bagi gas lagi pun ok.

So kami pun bagi Muadz gas. Lepas tu doktor check sekali lagi. tepuk-tepuk belakang Muadz. Doktor suruh kami selalu tepuk-tepuk belakang badan Muadz kat bahagian paru-paru untuk cair dan longgarkan kahak. Doktor juga suruh sedut hingus muadz pakai mulut tak payah pakai nostril. kami dua-dua agak geli sebenarnya. tu yang tak pernah buat. tapi saya gagahkan juga hati dan sedut. tapi tak berapa reti so tak sampai masuk mulut. sampai hujung hidung dia terus lap pakai tisu aje.

Balik tu bagi Muadz makan ubat. meraung-raung dia tak suka makan ubat. dah la ada 4 jenis ubat. Ubat selsema, antibiotik, cairkan kahak dan ubat pernafasan (untuk bagi ruang udara pada paru-paru). kesian sangat dia. tapi terpaksa bagi ubat. lepas tu dia menyusu sekejap dan tidur. Call kak ngah tanya, kebetulan masa call tu Muadz batuk agak panjang. kak ngah kata macam teruk je. memang kena masuk wad kot. Sedihnya rasa hati masa tu. Sebelum ni nak cuba elakkan bagi baby makan ubat banyak sangat, so selalu tak bagi ubat ikut masa. tak pasal-pasal kena ambil antibotik.

tengah hari tu balik je dari klinik, terus saya ambil nutriferon dan PD+ESP sebelum bagi dia makan ubat dan menyusu. bila tanya GM rupanya kalau ambil nutriferon dan tak payah ambil vit lain. pagi tu saya dah ambil 2 biji vit c dan 2 biji alfalfa. huhu, punya la risau nak anak sihat punya pasal.

lepas dia bangun tidur terus dia gelak-gelak dan boleh bersembang. Subhanallah, seronok betul masa tu. tapi kami still bercadang nak bawa jumpa doktor malam tu untuk bagi gas. sebab biasa dia tersumbat masa malam. petang tu juga dia menyusu dengan banyak dan nampak bersemangat. malam tu jumpa doktor, doktor pun terkejut. A lot improvement, dia kata. tapi bagi juga gas malam tu. doktor kata you tak payah datang dah la. just continue bagi ubat, sedut hingus dan tepuk belakang dia. Alhamdulillah. Segala puji bagimu, Ya Allah. Dengan izin dan kurniaan Allah, saya percaya nutriferon, ESP+PD dan segala vit yang saya makan tu turut membantu menyihatkan baby.

hari jumaat Muadz bertambah baik. Kami tak hantar dia ke nursery sebab nak monitor. sabtu dan ahad, alhamdulillah, his back to normal. cuma kadang-kadang je batuk. so kami continue bagi antibiotik dan ubat cair kahak sahaja. kembali la rutin tak sempat nak mengepam bila ada muadz. tidur sekejap terjaga pastu tak boleh dengar bunyi pam, mulut dia pun mengisap dan merengek. nak buat kerja lain pun kena berlari-lari sebab dia tak boleh kena tinggal. tak payah dukung pun takpe, nak orang main dan sembang dengan dia je. walau apa pun masih suka muadz yang begini sebab dia sihat.

malam ni nak bawa jumpa doktor tu lagi nak minta dia check dan kalau ok nak minta inject untuk 3 bulan. dah lebih seminggu dah ni. harapnya muadz bertambah baik. saya makan nutriferon tu dua peket sahaja, khamis dan jumaat. selepas tu continue dengan vit c 2 biji sampai dia betul-betul sihat.

Ya Allah, peliharalah keluarga kami.

[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License