Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Friday, January 7, 2011

supplement..oh..supplement...

Assalamualaikum..

Semua orang sibuk tulis pasal supplement nak tulis juga la. Supplement ni apa ye? supplement ni makanan tambahan ataupun vitamin-vitamin yang berlambak kat farmasi tu. Saya dulu sangatlah tak suka vitamin-vitamin ni hatta vitamin C yang masa kecil dulu isap macam gula-gula tu.

Sebab beranggapan vitamin=ubat. So takkan seumur hidup nak makan ubat kan. Tak nak la macam tu. tapi bila dah kerja dan kawen, asyik rasa letih. yelah, seharian kerja, balik rumah sibuk urusan rumah, belum lagi campur dengan urusan lain-lain lagi. so, ada seorang sahabat cadangkan ambil multivitamin untuk bagi lebih tenaga. ataupun spirulina untuk kewanitaan.

dari situ start la ambil multivitamin. bila mengandung, dapat plak lagi supplement yang pelbagai. asid folic la, kalsium la, iron la. masa tu tak pikir apa, telan aje la. untuk kesejahteraan diri dan baby dalam kandungan. ada juga orang cadangkan amik omega untuk otak baby. tapi tak terbeli plak. huhuhu. takpe, insyaAllah Muadz anak yang bijak.

bila menyusu ada baca tentang vitamin-vitamin ni dan saya mulalah amalkan ambil vitamin Shaklee. sebabnya ada alfalfa iaitu salah satu benda yang boleh banyakkan susu. Actually, banyak je makanan yang boleh banyakkan susu. Yang lain tu saya ambil juga. kalau siapa tak nak amik kapsul alfalfa ni pun, nak beli yang fresh dari pasar pun boleh. Boleh refer sini. Blog akak ni banyak resipi makanan penambah susu yag fresh.

Tapi bagi saya yang agak busy ni (kononnya), memang tak mampu la nak rajin-rajin masak. Ayam beli seekor pun kadang dekat sebulan lebih baru habis. Kat malaysia ni kalau tak sempat masak, kedai kan banyak. huhuhu. sungguh la tak healthy.

bila dah start makan supplemen saya pun banyak membaca pasal supplemen ni. saya percaya apa-apa yang kita buat pun perlu ada ilmu. sama juga dengan penyusuan, perlu baca membaca untuk berjaya dan refer pakar laktasi. Ada pakar tersendiri. Even doktor pun maybe ada yang takde ilmu sangat tentang susu ibu sebab bukan kepakarannya di situ.

begitu juga supplement. nak tahu lanjut, cari pakar farmasi atau pakar nutritions. barulah faham apa supplement tu sebenarnya. pemakanan kita hari ni bukannya sihat sangat. banyak sangat kandungan gula dan garam. tu yang baru umur 30 lebih dah sakit sana sini. memang pun semakin maju sesebuah negara semakin kurang khasiat makanan sebab semuanya nak cepat dan pantas. beli makanan dalam tin, beli makanan frozen. belum lagi masuk fast food. tapi setiap orang berbeza. Ada je yang memang menjaga makanan dan memang betul-betul pastikan dapat makanan seimbang seperti piramid makanan.


Kita adalah apa yang kita makan. Maka, anak kita pun tentulah apa yang mereka makan. memang tak semua vitamin yang kita makan masuk dalam susu ibu, ada yang menyerap masuk dan ada yang tidak. tapi harapnya ia akan turut membantu. kalau tak buat apalah ibu-ibu sibuk makan omega untuk anak. Hebatnya Allah jadikan manusia ni, saling berkait rapat antara satu sama lain. Tapi saya juga menjaga makanan Muadz. Alhamdulillah, hingga kini dia masuk belum makan makanan yang bergaram atau bergula.

Saya bukan yang terbaik tetapi saya cuba yang terbaik melaksanakan hak-hak yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Ya, saya memang tamak. segala ilmu pun saya nak dapat sebab ilmu yang Allah turunkan kat bumi ni sangatlah sikit. Jadi kena la kumpulkan banyak-banyak untuk diamalkan. Ilmu agama nak, ilmu business nak, ilmu keluarga islam nak, ilmu didik anak nak, ilmu penyusuan nak, ilmu supplement pun nak. semua ilmu pun nak. sebab orang yang beramal dengan ilmu lebih baik dari orang yang tak beramal tanpa ilmu. Semoga semua ilmu ini dapat membantu saya di akhirat kelak. Yang penting, niat kena betul...

p/s - bagi saya tak perlu nak kata orang ni tak betul, orang ni tak tau. tapi apa usaha kita untuk bagi orang tau. selalu dengar orang kata penat dengar macam-macam isu sosial sekarang ni, penat dengar orang buat macam ni, macam tu. tapi apa usaha kita untuk memperbaiki keadaan. walau pun usaha yang sedikit tapi bukan itu yang Allah pandang. Allah pandang usaha kita. sama macam isu boikot. memang tak nampak kesan tapi Allah bukan tanya hasil, tapi Allah tanya usaha. So, jom usaha perbaiki keadaan ummah.

[+/-] Read more...

Monday, December 27, 2010

Soya boleh membanyakkan susu?

Assalamualaikum...

Salah satu makanan yang boleh membanyakkan susu adalah soya atau sumber protein yang lain. Sebab tu bila ambil ESP Shaklee pun dapat membantu membanyakkan susu. Tak percaya boleh tengok entry saya di sini. tapi kadang-kadang asyik minum soya suam sahaja pun boring juga kan.

Apa kata kita cuba buat taufufah pula? Taufufah pun salah satu sumber protein tau sebab ianya berasal dari soya. Boleh buat special macam kat hotel sket. Kalau berjaya boleh buat business. Mana nak dapat resipi banyak-banyak? Boleh klik banner di bawah.



Yang lagi best, bukan sekadar diajar tapi diberi pula starter kit sedikit bahan-bahan untuk masak yang akan dipos ke rumah. Wah..wah..wah.. memang best. Kalau pergi pasar malam mesti beli taufufah kan. sekarang boleh la cuba buat sendiri pula. Yang lebih penting suami dan anak-anak makan air tangan kita sendiri.

Letih nak buat sendiri? Takpe, dalam ebook tu diajar pula cara mudah buat taufufah. Saya pun rasa macam nak beli juga la. Sampai nak buat business tu mungkin tak, tapi best juga kalau dapat buat sendiri kat rumah kan. Hari-hari nak makan pun boleh.

nak jadikan makanan untuk baby pun boleh sebab taufufah kan lembut. tapi untuk baby bawah setahun buat tawar tanpa garam dan gula ye. kalau dah lepas setahun pun kalau boleh kurangkan juga penggunaan garam dan gula.

Nak cuba, klik banner di atas tu ye.

p/s - untuk ibu menyusu, kurangkan ais ye kerana ais boleh mengurangkan susu.

[+/-] Read more...

Monday, December 20, 2010

addicted to chocolate

Assalamualaikum..

Lately ni sangat addicted to chocolate. Agaknya sebab dah perasan diri kurus kot, tu yang suka ati je makan coklat. Dulu memang pun suka coklat. Masa belajar dulu, dalam peti ais mesti ada stok coklat. lepas makan nasi makan coklat sket.

Sekarang ni bila dah start makan coklat terus addicted balik. Lepas makan asyik cari coklat je. huhuhu. buncit la ini macam. suka coklat yang ada biskut dalam dia. macam time out tu. ataupun kit kat tapi kit kat dah boikot sebab barangan nestle.

macam mana nak stop makan coklat ni... kalau dah kenyang pun still boleh sumbat coklat. macam ada perut kedua plak. huhuhu.

isyk.. apa la yang saya mengarut ni.

[+/-] Read more...

Friday, April 2, 2010

The Manhattan Fish Market

Assalamualaikum...

Hari Isnin lepas pergi dating dengan hubby makan di The Manhattan Fish Market di MidValley. Sebenarnya, teringin nak makan lepas tengok satu blog ni. tak ingat blog siapa, agaknya tengah blog hoping masa tu kot. Nampak macam best je. Then suarakan pada hubby, "Bang, bila-bila nanti kita makan kat The Manhattan Fish Market nak tak?" Dia pun tanya ada kat mana kedai tu. Yang paling dekat di Mid Valley.

Saya bukanlah jenis yang suka meminta, kalau tak dapat pun ok je. Dan memang tak terfikir pun nak makan dalam masa terdekat. Tiba-tiba, isnin petang tu hubby call suruh ke Mid Valley sebab dia ada kerja, kena pulang lambat sedikit. (Office hubby dekat dengan Mid Valley). Dia terus cadangkan kami makan di The Manhattan Fish Market. Terkejut juga masa tu tapi hubby kata sebab saya dah sebut, baik makan sebelum bersalin. Saya ni memang jenis mencuba makanan, nampak benda macam pelik dan menarik sikit suka nak cuba. Hubby pula jenis kurang sikit mencuba. Dia suka makan benda yang dia biasa makan.

Sebenarnya nak letak gambar yang kami ambil tapi photoshop ada masalah sedikit. bila photoshop dah ok lupa pula bawa card reader. #-o Dengan belas ihsan Mr Google, saya letak aje la gambar yang kami makan hari tu. Nanti saya tukar ye. Lebih special sebab saya dapat bunga dan coklat. @};-

Maaf tuan punya gambar, saya pinjam ye.


Ambil set untuk 2 orang tapi memang tak habis makan. Bakinya kami bungkus buat makan malam esok harinya. Kira set untuk 2 orang ni, kalau kami boleh makan untuk 4 orang. :)) Alhamdulillah, dapat juga jimat untuk sehari makan. :P

Memang sedap. Ada nasi dan lauk. Tapi untuk mereka yang suka pedas mesti rasa tak puas makan. Paling best ikan dia memang rasa fresh dan tepungnya pun rangup. Saya tak pandai membuat review makanan la. Abaikan saje lah. Terima kasih buat hubby tercinta yang sudi layan kerenah bininya ni.

*updated*




Dapat hadiah coklat :)





The Manhattan Fish Market





Minum milk shake


Last blogged at Meniti Hari : Set Bersalin NR

[+/-] Read more...

Tuesday, December 29, 2009

kejang@cramp semasa mengandung

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni hampir tiap-tiap malam saya mengalami kejang di betis dan tapak kaki. Kalau kejang tu memang tak boleh bergerak, nak menjerit pun tak keluar suara sebab sakit sangat. Jadi hubby hanya tau saya kejang keesokan harinya. Tapi itupun nak jalan masih sakit juga lagi terutama bila kejang di betis.

Ada baca dalam majalah bahawa kejang ni adalah disebabkan kurangnya kalsium. Masa mengandung memang perlukan banyak kalsium sebab baby pun perlukan kalsium yang banyak untuk pembentukan tulang-tulangnya.

Saya akui, sejak mengandung memang sangat kurang minum susu. Entah kenapa, tak boleh nak masuk susu dalam tekak. Masa first trimester memang kalau minum akan muntah tapi selepas itu pun masih tekak terasa payau lepas minum susu. Tapi kadang-kadang paksa diri juga. Anmum yang dibeli masa awal mengandung tak habis lagi sampai sekarang sedangkan kandungannya taklah sebanyak mana. Kalau minum hari-hari tak sampai sebulan boleh habis sebab beli pack kecil. Tapi punyalah payah nak telan.

Ubat kalsium yang doktor bagi pun susah nak telan. Pernah sekali lepas telan ubat tu muntah, habis nasi dan ubat semua keluar sekali. setiap kali nak telan ubat mesti perlukan mujahadah yang sangat kuat.

Akhirnya, weekend lepas masa di rumah mak mertua tanya akak ipar apa yang dia buat bila alami kejang. Dia kata dulu dia hari-hari kejang tapi lepas minum susu kambing hi-goat alhamdulillah tak kejang dah. saya pun cubalah satu peket. Sedap. Memang senang nak telan. tepung dia pun lembut dan sangat mudah larut dalam air. keesokan harinya terus kami cari dan beli. Harap-harap dapat mengurangkan kejang lepas ni.



Harga sekotak RM36 sebab bukan ahli. Beli di kedai yang banyak jual jamu-jamu atau barang-barang bersalin tu je. dalam tu ada 15 peket. Amboi, sejak mengandung ni asyik makan benda mahal je. hari tu ada yang kata baby ni high standard ni. yelah nak oii..kopak la ummi ngan ayah nanti. Masa first trimester memang selalu tak lalu makan tapi bila makan kat restoran cam JM beriyani tu boleh pula telan. Air pula boleh telan jus epal fresh dan jus oren fresh aje. lepas dah tak mabuk baru ok sket minum air lain. itupun selalu juga tak berselera nak makan. tapi bila makan makanan mahal ok la pula. Amboi, memilih plak anak ummi ni ye. Takpelah, bak kata hubby duit boleh dicari. Yang penting, anak ummi dan ayah ni jadi penegak agama Allah. Ummi dan ayah dah invest macam-macam ni, dah banyak kemudahan diberi, takde alasan tak boleh jadi seorang hamba Allah yang baik, ok. (melainkan kalau ummi dan ayah tak didik betul-betul. ops...). semoga Allah membantu kami mendidik anak kami untuk mencapai redha Allah. Amiin.

Selain itu, hubby juga ada ambil satu krim water base yang panas untuk mengurut dari ayahnya. Minyak angin tu memang best. sampai pagi terasa hangatnya tapi masa mula-mula letak rasa sejuk. dan disebabkan ia water base takdelah rasa berminyak. Lagi best bila ada tukang urut. memang rasa lega sangat kaki. lepas kena urut 2 malam berturut-turut, kaki dah tak rasa lenguh. mula-mula segan juga nak kena urut. (ada ke orang segan dengan suami sendiri??) tapi dah dia beria nak urut, biar aje la. Urut kaki aje tau.

[+/-] Read more...

Wednesday, November 18, 2009

Sembelit semasa mengandung

Assalamualaikum..

Dari bahan pembacaan memang masalah ni adalah masalah biasa untuk ibu-ibu yang mengandung. Saya ada masalah sukar untuk membuang sebelum mengandung. Saya kena pastikan saya makan sayur hijau setiap hari supaya tidak bermasalah. Alhamdulillah, semasa mengandung saya tidak pula menghadapi masalah. (Mungkin belum lagi. harap-harap tak la). Semasa mengandung ni memang saya sangat tak gemar makan sayur hijau. entah kenapa, jadi tak lalu. kalau makan pun sikit-sikit je.

Tapi nak berkongsi tips untuk ibu-ibu di luar kalau ada yang menghadapi masalah ni. Cuba makan pisang dan minum air masak. Sebelum kawin saya ada amalkan banana diet. Cara diet ni mudah iaitu breakfast dengan pisang dan air masak. nak makan pisang berapa biji pun takpe. tapi kena minum air masak sahaja. lepas 2-3 jam baru boleh makan/minum benda lain. Alhamdulillah memang ada kesan walaupun lambat sedikit. Dan hasilnya sistem pelawasan saya juga berjalan lancar.

Ok, back to the topik. beberapa minggu lepas pun saya hampir mengalami masalah sembelit tapi sekarang ni petang-petang saya selalu beli pisang dan minum dengan air masak. beli pisang tu sebab lapar sebenarnya. dan macam dah tak lalu asyik makan biskut dan roti. jadi makan la pisang.

Alhamdulillah, kadang-kadang sampai 2 kali pergi membuang. Kalau sesiapa yang ada masalah sembelit mungkin boleh cuba cara ni. Siapa yang dah try, care to comment?

[+/-] Read more...

Monday, November 16, 2009

makanan jepun

Assalamualaikum..

Jumaat lepas kami ke One Utama(OU) lepas balik kerja. Sebab ada nak membeli-belah sedikit. Dah boring asyik pergi Giant, Kota Damansara jadi request dengan hubby nak pegi OU yang memang on the way nak balik rumah pun. Dalam hati dah berkira-kira nak makan makanan jepun. Rasa nak makan nasi jepun tapi nak cuba cari kat food court je. Kalau kat kedai teppayaki yang selalu ada tu dia pakai beras malaysia.

Mula-mula cakap dengan hubby nak cari kat food court je. kalau takde tak payah la. Tapi hubby beria juga nak cari restoran jepun sebab dia kata saya dah asyik sebut dari awal mengandung. Takut mengidam sebab asyik tak lalu makan je. Kot-kot ada benda yang nak makan tapi tak dapat.

So kami pun mulakan pengembaraan cari kedai makanan jepun. Kat situ memang banyak betul restoran jepun, cuma kena tengok betul-betul la. Kami buat keputusan cari restoran yang paling dekat dengan tempat kami berdiri masa tu. So nampaklah kedai Sakae Sushi, tengok pula kat luar ada promotion dengan harga yang agak murah. Terus mata bersinar-sinar.

Tengok-tengok sket, hubby kata ada seorang pekerja perempuan pakai tudung dalam tu, pastu ada tulis no pork serve. So yakin tawakkaltu a'lallah, kami pun masuk. rupa-rupanya set yang murah tu sampai pukul 6 aje. takpelah. Tengok pula sushi yang banyak berpusing-pusing kat merah, waaahhh. sangat teruja. Hari tu ada baca sushi tak berapa elok untuk ibu mengandung sebab dia raw. Tapi kak long kata ada kawan dia ok je, siap makan banyak lagi. Hubby plak kata makan la sket, nanti mengidam plak.

So kami pun order satu set nasi dan set unagi(belut) dan tempura tambah satu nasi. Hubby kata takut dia tak lalu makan, so amik satu set aje la. unagi tu memang favourite saya di jepun, malah hubby pun dah kena pengaruh. hehehe. Dalam set tu ada juga chawan mushi(desert macam tau foo fa sket) dan miso shiru(soup).

Mesti boring baca je tak tengok gambar kan. Meh tayang sket gambar setnya.



erm..maaf agak kurang rajin edit gambar dan label. sebab PC baru ni office belum install photoshop. dalam mangkuk nasi tu ada tempura labu dan unagi yang dah dipotong kecil. lepas tu sempat sambar 3 pinggan sushi. saya agak kurang berminat sushi yang masak kecuali unagi, memang dari kat jepun, tak berapa suka sushi yang dibalut dengan seaweed. sebab biasanya dalamnya adalah sayur atau telur. Kami makan satu pinggan sushi salmon bakar, unagi dan salmon mentah. hubby makan satu je salmon bakar. yang lain dia tak lalu. ops...gambar sushi tak sempat nak ambil. dah selamat telan. Rekod paling banyak makan sushi di jepun adalah 13 pinggan. dan saya sangat suka wasabi. biasa kalau pegi kedai sushi akan minta wasabi lebih sampai mamat jepun pun dok terpandang-pandang.

Tapi wasabi yang ada di restoran tu tak berapa pedas. saya rasa saya dah letak agak banyak tapi tak terasa apa-apa. sebiji-sebiji saya ikut macam masa kat jepun, minum air teh hijau. Tapi dia guna dalam uncang, jadi rasanya agak mild sedikit.



Rasa sangat puas dapat makan makanan jepun. Hubby pun kata dah lama tak tengok saya makan dengan bersemangat. hehe. Selalu asyik tak semangat je nak makan sebab tak lalu. Rindu kat makanan jepun kot. Pernah sekali hampir tiap-tiap minggu pegi kedai sushi (yang murah je la, 105yen sepinggan) sampai dah nak muak dah.





Oh...rindu jepun.. (masa kat Jepun sibuk nak balik, dah balik sibuk nak ke sana pula. Manusia...manusia.. tak pernah puas denan apa yang ada...)

[+/-] Read more...

Tuesday, October 13, 2009

asam kurangkan mual?

Assalamualaikum..

Ramai yang beri pendapat bila rasa mual makan asam. Boleh kurangkan rasa mual. Tapi saya ni lain pula kes. Memang hilangkan mual sekejap. Lepas tu muntah angin tak berenti. Kesimpulannya, mungkin saya memang tak sesuai makan asam walaupun sikit je. Lain orang lain ragam kan. Tak tahu nak makan apa lagi yang boleh kurangkan mual.

Semalam makan kueh teow kung fu. Kata orang, makan benda bersup berselera sikit. Boleh la makan. Tapi cepat dia masuk, cepat juga dia keluar. Nampaknya tak berkesan juga untuk saya. Harapnya selepas 3 bulan ni, saya kembali normal. Ada juga orang yang tak kembali normal kan.

p/s - sekadar bebelan kosong...

[+/-] Read more...

Thursday, September 17, 2009

JM beriyani house

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Semalam dapat berbuka di JM beriyani House di Giant Kota Damansara. Tak tau la mengidam ke apa tapi memang beberapa kali pernah sebut kat hubby nak makan nasi beriyani tapi hubby kurang berminat. Jadi, tak pergilah. Lagipun kami memang kurang gemar makanan mamak. First nampak tu masa kat kedai mamak.

Satu hari jalan-jalan di Giant ternampak kedai beriyani tu ada juga sebut, eh, ada kedai nasi beriyani kat sini. Selalu nampak kedai tu macam penuh tapi tak aware nama kedai. Yang perasan ada beriyani.

Rabu lepas entah angin apa tiba-tiba rasa teringin sangat nak makan. Lagipun memang nak ke Giant untuk beli sedikit barang. Seperti biasa kami bercadang makan kurma dan solat dulu sebelum berbuka. Tapi sebelum berbuka tu lalu kedai tu dia tulis Full House. Tengok nama kedai JM Beriyani House. Macam glamour je nama kedai ni. Ingatkan lepas solat orang dah kurang boleh la makan, sekali dia kata makanan dah habis. Aisey... takpelah, lepas raya je la. Banyak masa lagi.

Semalam bagi email kat pakcik yang berada di Abu Dhabi. Dia ada cerita kat sana asyik makan nasi beriyani dan dia dah la tak berapa suka. Terus keinginan nak makan nasi beriyani datang balik dan terus search nombor telefon JM Beriyani House. Kemudian, terus bagi kat hubby nombor telefon dan minta dia booking untuk berbuka semalam juga.

Jadi semalam ke Giant Kota Damansara lagi. Alhamdulillah dapat makan nasi beriyani kambing. Memang full house. Rupanya memang dia ambil order untuk orang yang booking sahaja. Jadi siapa yang tak booking tu memang tak dapat la. Mungkin sebab bulan puasa kot dia buat macam tu. Famous betul restoran ni rupanya. Hubby pun suka sebab bukan kedai mamak tapi kedai melayu.

Then, baru teringat rasa pernah nampak entry buffet beriyani. Betul rupanya JM Beriyani House tapi kat Bangi. Situ besar sikit restorannya. Semalam makan berselera betul. Hubby kata dah lama tak nampak makan macam tu. Lepas makan tu pula terus rasa lega, tak rasa nak muntah. Adakah saya mengidam sebenarnya?

Hubby kata maybe mengidam kot sebab makan benda lain semua tak puas. Makan ni terus bersemangat. Ingat nak bungkus beriyani gam untuk sahur tapi takut tak elok sebab beriyani gam dah campur lauk sekali. Memang sangat berpuas hati dan sangat sedap. Lain kali boleh pergi lagi.


hubby's beriyani gam ayam


my beriyani kambing

[+/-] Read more...

Tuesday, September 8, 2009

Laksam...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...setelah lama 'mengidam' laksam akhirnya semalam dapat juga makan di rumah mak. Semalam berbuka puasa di rumah mak, ahad malam dah berbuka puasa di rumah mak mertua. Mak macam tau-tau je, terus tanya nak laksam? Rindu betul nak makan laksam.



Inilah rupanya laksam. Terlupa nak ambil gambar sebab dah lapar masa berbuka semalam. Terus masuk mangkuk dan makan je. Yang ni adalah ihsan dari encik Yahoo. Ada lagi satu bungkus tak habis. Rugi pula tak ambil bawa balik. Tapi nanti nak kena bawa ke office pula sebab pagi tadi lepas sahur terus dari rumah mak ke office.

Dulu masa kecik-kecik opah selalu buat. sekarang ni opah dah tak larat dah. Jarang pula tu nak jumpa kat kedai. Laksa banyak la. Semalam dapat juga makan laksam. Pernah sekali ada jual di office tapi lepas tu dah takde pula. Tak mendapat sambutan kot.

Hubby pula semalam first time makan laksam. Dia kata macam ok tapi nampak macam tak berapa suka. Hubby memang suka makan nasi putih dan lauk je. Saya pula jenis suka mencuba pelbagai jenis makanan. Terasa rindu nak makan makanan jepun tapi kalau ajak hubby mesti dia tak suka.

[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License