Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pantang. Show all posts
Showing posts with label Pantang. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

Pantang tak cukup hari?

Assalamualaikum..

Sabtu ni insyaAllah, saya akan pulang ke rumah sewa. bermulalah kehidupan bertiga. ingatkan dah cukup 44 hari. rupanya sabtu ni baru 38 hari. hari jumaat ni dah tempah untuk urut terakhir dah. macam mana la boleh tersilap kira.

takpelah, sambung berpantang kat rumah. lagipun next week mak dan ayah kena ke luar negara untuk ikut kursus. so sama je. memang kena tinggal sendiri pun. better duduk rumah sendiri. hubby pun mesti lebih selesa. tapi dah plan dengan hubby hari ahad tu nak gi shopping barang-barang rumah. dah bosan lama sangat terperap kat rumah. InsyaAllah, harapnya takde apa-apa.

cuma, kat rumah nanti takde internet. tak boleh la nak cari-cari info atau baca-baca blog tentang penyusuan. nak update blog pun dah tentula tidak. ada broadband tapi kadang-kadang ada line, kadang-kadang takde. harap-harap dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan bertiga.

[+/-] Read more...

Wednesday, May 26, 2010

Pumping...

Assalamualaikum..

Hari ni bangun lewat sikit. Kul 8 baru bangun. biasa kul 5 baby bangun menyusu, lepas tu terus umminya dah takleh nak tido. Ni case malam tadi baby tak boleh nak tido la ni. Kul 2am baby bangun nangis. tengok-tengok baju dia dah basah. Isyk..banyak betul buang air sampai kena baju.

So tukarkan baju dia dan susukan. lepas dah susu pun mata dia terbuka luas lagi. bagi dia burp sekejap, tengok gaya macam tak nak tido je so baringkan je dia. sampai dia dah boring main sorang-sorang start la merengek. dukung pun still merengek, cari-cari B lagi. bagi susu lagi pun tak tido juga. ada sekali tu masa menyusu dah tido, bila letak je terus mata terbuka luas dan merengek. aduuii..

akhirnya sampai kul 4.30 berulang-ulang menyusu bangun menyusu bangun sampai dia dah penat agaknya, terus dia tertido. tu yang lajak sampai kul 8. baby pulak kul 9 baru dia bangun. itu pun lepas kena kacau-kacau sket. before tu ummi settle mandi dan makan dulu.

Bangun tu B rasa sakit sangat sebab dah penuh. masa mandi pun menitik-nitik. lepas mandi dan makan try kejut baby, baby tak nak bangun. so dalam kul 8.30 tu mula proses mengepam. Alhamdulillah, sebelah dapat 4oz sebelah lagi 4 1/2oz. agaknya sebab pam sambil surf internet kot so macam tak tengok sangat hasil tu. ada juga baca kalau asyik tengok memang keluar sikit. lepas baby mandi, macam semalam bagi susu yang baru perah tu pakai botol. mula2 dia macam mamai nak tido dah. lepas burp 2 kali tiba-tiba mata terbuka luas plak dan merengek-rengek cari B. try juga pujuk-pujuk dan tepuk-tepuk tapi tak berkesan. last-last bagi juga B.

Alamak baby, camna time ummi kerja nanti ni. tapi kalau orang lain pegang boleh pula tido tanpa B. hmm...kena bagi orang lain yang tidurkan kot.

p/s - baru tau EBM tu kena letak dalam peti ais biasa dulu baru masuk freezer. sebelum ni terus masuk freezer je sebab nak jadikan stok. lepas ni kena betulkan balik cara handle EBM.

[+/-] Read more...

Tuesday, May 25, 2010

Anak manja?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...baby dah 4 minggu. Mak selalu pesan supaya anak tak manja, antaranya :

1) jangan asyik angkat/dukung baby, nanti dia tak mau letak
2) jangan asyik tidurkan dengan susu, nanti takde susu tak boleh tido
3) kadang2 kena biar baby tido sorang (monitor dari jauh)
4) jangan terus angkat bila nangis, try pujuk2 atau tepuk2 dulu

hari ni try bagi baby minum pakai botol. pagi2 lepas mandi dah meraung kelaparan. so terus bagi susu yang dipam pagi-pagi tu. mula-mula 2oz habis, dia still meraung lagi. so try tambah lagi satu 1oz. eh, banyaknya anakku minum. lepas tu dia dah tak meraung tapi merengek-rengek manja. pastu cari-cari B. last-last sebab kesian bagi juga. takut juga dia overfeed. bagi B sekejap je mata layu dan terus tido.

alamak, camna ummi nak pergi kerja nanti ni. takpe, nanti kita train lagi ye. setakat ni pam paling banyak pun dapat 3 oz je untuk sebelah. ingatkan tu dah banyak. rupanya tengok orang lain lagi banyak. huhuh. sikitnya susuku kalau macam tu. 3oz tu pun masa B penuh sangat.

maybe sebab saya ni tak sabar kot. nak pam 20 minit tu terasa lama sangat. pastu by 20 minit tu B mesti dah sakit sket. so max memang pam 20 minit je. huhuhu. nak kena gigih lagi ni.

p/s - tak sabar nak balik rumah sendiri. dah rasa cam beku dan tepu duduk sini. patutnya pantang untuk berehat tapi rasa macam badan makin lemah bila dah rehat lama sangat.

[+/-] Read more...

Thursday, May 20, 2010

Majalah Pa&Ma

Assalamualaikum...

baru dapat majalah Pa&Ma keluaran Jun yang dilanggan. topik menarik kali ni adalah tentang saat-saat nak bersalin. bulan depan pula ada cerita tentang amalam berpantang. isyk...terlambat satu keluaran betul la PaMa ni. bila keluar topik dan terlepas pula. hmm...takpe la.

sekarang ni alhamdulillah, baby dah kurang meragam di waktu malam. dia bangun menyusu kemudian tidur balik. masa tukar diapers pun sempat senyum-senyum lagi. tapi siang semalam dia meragam pula. ngantuk tapi macam tahan mata untuk tidur. bila menyusu tidur sekejap pastu nangis balik. bila letak nangis. last2 ummi surrender tok mak yang dukung bawa dia jalan2. senyap sekejap. pastu nangis balik. cuba susukan lagi, kali ni baru tidur lena sikit. dia pun penat agaknya.

nanti dah balik rumah sendiri ummi kena layan baby sorang-sorang la. petang baru ayah balik. takpe, insyaAllah kita cuba sama-sama ye. there are still a lot to learn about you, baby.

p/s - tak sabar nak balik rumah sendiri untuk start kehidupan bertiga but means, more cabaran and i have to have a lot more patient. Ya Allah, berikanlah diriku kekuatan.

[+/-] Read more...

Thursday, May 13, 2010

berpantang sendirian

Assalamualaikum..

hari ni saya berpantang sendirian. Hubby start kerja hari ni. mak pula out-station dari semalam. kalau tak ada juga orang nak tolong masakkan dan mandikan baby. semalam ada hubby jadi tak terasa sangat. adik yang baru lepas spm tu pula pegi hospital buat medical check-up. jadi, memang sorang-sorang dengan babyla hari ni. mak kata dah 2 minggu, should be dah ok. tapi jangan buat kerja berat-berat takut peranakan jatuh balik.

dari malam tadi dah beberapa kali baby muntah. tak nak tidur dan asyik nak susu. bila asyik minum over-load agaknya, terus muntah. dan dari malam tadi juga dia macam meneran-neran. sakit perut ke? hmm...saya ada salah makan ke? rasa makan benda biasa-biasa aje.

maybe sebab start makan pil pythonatal NR tu dari kelmarin kot. so hari ni stop sekejap makan pil tu. untuk saya yang susah membuang memang best juga la pil tu. tapi part perut memulas-mulas tu yang tak tahan. sebelum ni makan ubat yang doktor bagi tapi dah habis ubat tu. kita tengok dulu sepanjang hari ni macam mana.

oh, hari ni hari jadi ayah muadz. sorrylah, tak dapat nak beli hadiah atau celebrate. ayah dah la asyik kena tidur kat bawah sebab ummi dan baby conquer katil. takpe, nanti balik rumah kita baby ada katil sendiri. dah tak kacau katil ummi ngan ayah lagi(ye ke?).

[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License