Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Motivasi pagi : menjadi insan positif

Assalamualaikum..

Seperti biasa, pagi-pagi dengar motivasi pagi di IKIM.fm. Setiap pagi jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi. Semoga menjadi insan yang lebih bermotivasi. Hari ini menceritakan bagaimana untuk menjadi insan positif.

Kata penceramah, biasanya manusia ini akan menyimpan elemen negatif dalam minda. Kalau pagi-pagi jalan jem, pastu tak jumpa parking etc, balik rumah tidur. benda tu akan disimpan di dalam minda luar sedar dan terpahat dalam minda manusia. Jadi, bagaimana nak menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini kan.

Manusia ni terdiri dari 2 elemen iaitu fizikal (luaran) dan spiritual (dalaman). Biasanya manusia menganalisa sesuatu menggunakan luaran. Apabila luaran tak betul, akan effect terus dalaman dan menjadikan kita insan negatif.

Sebagai contoh, kita berjanji dengan kawan jam 2 tapi jam 4 baru dia sampai. Sementara menunggu tu, kita akan tak senang duduk dan merasakan semua orang pandang kita. Itu adalah pengaruh luaran. Disebabkan pengaruh itu menjadikan kita menjadi marah dan geram. Jadi, bila kawan kita datang dengan wajah baik dan minta maaf segala pun, kita akan jadi marah.

Berbeza jika kita menganalisa sesuatu dari spiritual dahulu. Kita akan bermula dengan bersangka baik. Oh, dengan syarat spiritual kena baiklah ye. Caranya, mudah aje, dekatkan diri dengan Allah. Bila kita mula bersangka baik, kita akan berikan 1001 alasan untuk sahabat kita tu. Contoh, mungkin dia ada kecemasan di rumah, mungkin dia tersekat dalam jem. Alhamdulillah dia lambat, boleh ambil masa untuk baca buku. Alhamdulillah, dia lambat, masa ni la nak ambil masa untuk berzikir dan menghafal. etc.. etc... Bila spiritual tenang, fizikal kita pun akan tenang. Tubuh akan menjadi relaks dan takde la nak sakit-sakit kepala.

Even sesama muslim kita memang kena lindungi muslim yang lain. Kita kena beri 1001 alasan kepada muslim yang lain sebelum kata dia tu jahat. Apa lagi kalau dianya seorang mukmin. Lagi la kena lindungi. Dalam sirah sendiri Allah ada menegur tentang isu ini, di mana peristiwa Saidatina Aisyah r.a difitnah dengan seorang sahabat. Alamak, panjang la pula nak cerita kisah ni.

Takpe la, kalau rajin buat entry yang lain. Tapi dari kisah tu, orang Islam terbahagi kepada 3 golongan, golongan yang tidak percaya, golongan yang percaya dan golongan yang tunggu dan lihat(atas pagar). Allah menegur 2 golongan terakhir tu kerana tidak mempercayai mukmin yang lain. Bukan bermakna percaya semborono tetapi bila dengar berita tak baik, kita sediakan dulu 1001 alasan untuk dia.

Walaupun orang tu memang dah disahkan perogol dan dihukum di tali gantung. Memang jahat dan teruk. Lagi pula yang rogol dan bunuh kanak-kanak. Tetapi mungkin sebab dia takde kesedaran Islam yang betul. Mungkin Imannya tidak dididik dengan betul lalu membesar jadi macam tu. Habis tu, siapa yang salah. Kitalah! Orang yang sedar tapi tak nak buat apa-apa. huhu.

Jadi, nak buat apa? Kenalah bantu membetulkan masyarakat. Benda paling kecik dan senang, didik anak-anak kita supaya mereka membesar menjadi insan yang baik dan BERIMAN. Selain tu, jadi contoh yang baik (mengikut neraca Islam) untuk orang-orang sekeliling. Kalau semua orang buat, Insya Allah, tak mustahil suatu hari nanti masyarakat kita akan menjadi masyarakat yang hebat dan aman. Macam masa zaman Ummayyah, yang kalau rumah tak kunci pun takde pencuri sebab aman damai.

Bilalah nak capai zaman kegemilangan tu kembali ye? 8-> Sempat tak, nak merasai? Kalau tak sempat, agak-agak sempat tak anak-anak dan cucu-cucuku merasai? Apalagi kena mula dari sekarang la, yang penting dari diri sendiri dan alirkan ke sekeliling. huhuhu.

[+/-] Read more...

Thursday, February 10, 2011

Didik diri untuk didik anak

Assalamualaikum...

Minggu ni banyak dengar topik keibubapaan di IKIM. Yang memang selalu ditekankan adalah ibu bapa adalah contoh anak-anak. Ramai ibu bapa yang komplen, anak mereka degil la, anak mereka suka jerit-jerit, anak mereka tak hormat orang. Tapi sebenarnya anak-anak belajar dari apa yang mereka nampak.

Sebelum membetulkan anak, apa kata kita muhasabah diri dan cuba betulkan diri sendiri sebelum membetulkan anak-anak. Sebagai contoh, ada tak bila anak nakal kita menjerit-jerit pada dia. Bagi anak bila ibu menjerit, mungkin mereka berpendapat itu caranya untuk memberitahu sesuatu. maka dia pun akan menjerit bila meminta sesuatu pada ibunya. Actions speak louder than word.

Kita sendiri lebih mudah mencontohi sikap orang lain berbanding apa yang diperkatakan. saya pernah dengar kanak-kanak cakap "Dengar tak adik cakap ni! Telinga takde ke?" Anak-anak tentulah belajar dari persekitaran untuk cakap macam tu kan.

Satu lagi, kata-kata tu doa. Kalau asyik cakap anak nakal, anak degil, maka itulah yang kita doakan untuk anak-anak. Apa salahnya cakap benda yang baik kepada anak. Ia juga membentuk sikap positif anak-anak bila ibu bapa sering bercakap perkara positif.

Berbanding cakap "Jangan lari!" cuba ubah kepada "Jalan perlahan-lahan. " Walaupun nampak simple tapi kita sebenarnya terlalu banyak menggunakan perkataan negatif dalam hidup ini. Dan secara tak langsung membentuk pemikiran negatif.

Kadang-kadang ibu bapa mungkin tidak mengajar tetapi cikgu atau kawan di taska yang mengajar. Jadi, pentingnya peranan ibu bapa untuk mengajar semula di rumah. Tegur anak dengan elok dan berhemah.

Jom kita muhasabah diri. Bagaimana kita berbual dengan orang yang lebih tua? Bagaimana kita berbual dengan anak-anak? Bagaimana kita berbual dengan suami? Semuanya akan disimpan dan dicontohi oleh anak-anak. Jadi, sebelum betulkan anak-anak, kita cuba betulkan diri dulu.

[+/-] Read more...

Friday, November 26, 2010

Natural and healthy parenting

Assalamualaikum...

Terasa entry sebelum ni agak berbaur emosi dan kucar-kacir sedikit. jadi saya bercadang untuk delete entry tersebut dan tulis entry baru.

Walau pun saya ibu muda yang baru ada seorang anak dan masih banyak cabaran sebagai seorang ibu yang belum saya lalui tetapi saya suka mencari dan belajar bagaimana untuk menjadi seorang ibu. tentunya ibu yang terbaik untuk anaknya.(semua anak pun mesti rasa ibunya yang terbaikkan?)

Ibu saya yang membesarkan kami 6 beradik tanpa buaian, walker dan puting kosong. cuma adik saya yang bongsu tidur dalam buai itupun tak lama. lepas buaian runtuh dan adik jatuh buai, terus dia dah tak tidur dalam buaian. masa tu pakai buaian pasang jenis yang macam portable tu. Alhamdulillah, masa tu saya ada di tempat kejadian, jadi saya sempat sambut adik dan dia tak jatuh ke lantai (masa tu baru darjah 2 :P Nasib baik tak kena timpa dengan besi buaian). tapi dia nangis juga sebab terkejut.

ibu saya pun memang support breastfeeding cuma dia tak fully breastfeeding. mungkin sebab masa tu masih belum ada pengetahuan tentang pam masa bekerja. jadi, masa baby baru lahir memang dia suruh juga cuba susukan baby. dia la juga yang ajar saya nak pegang baby sambil menyusu masa di hospital. :x

Mungkin itu salah satu faktor saya tak mahu memperkenalkan 3 benda tersebut kepada anak saya. lagi pula bila makin banyak membaca dan makin banyak tahu keburukan benda-benda tersebut, saya jadi makin takut. memang kita tak boleh menghalang apa yang berlaku. kalau Allah dah takdirkan sedemikian tetapi Allah suruh kita berusaha. Prevent is better than cure.

Mungkin kerana saya suka surf internet yang berkaitan dengan saya, jadi, banyak ilmu yang saya perolehi. Ilmu boleh diperolehi dari 4 benda kan, iaitu membaca, lihat orang sekeliling, perbualan dengan orang sekeliling dan pengalaman sendiri. Alhamdulillah, dengan sedikit pengetahuan yang saya perolehi, saya berusaha untuk mendidik dan membesarkan anak saya secara natural, healthy dan islamic.

Sebab tu walaupun anak saya masih belum pandai bercakap tapi sebenarnya bayi 0-2 tahun daya serapan mereka sangat tinggi. mereka belajar dengan melihat dan mendengar dari segala yang ada disekeliling. sebab itu saya cuba sebaik mungkin memilih persekitaran yang baik untuk dia. dan saya memang berusaha bersungguh-sungguh supaya dia dapat membesar dan menyambung perjuangan Rasulullah.

Bila hubby beritahu dia nampak buaian di taska, saya mula rasa tak sedap hati dan terus telefon taska. kata mereka itu untuk budak lain. Setahu saya kalau ikut JKM memang tak membenarkan buaian. Walker tak pasti pula. Kata pemilik taska dia sedang dalam proses memohon. Semalam, hubby beritahu pula dia nampak Muadz dalam walker. Kali ni memang dia nampak itu Muadz. Masa saya ambil Muadz, penjaga dia ada kata sekarang dah susah nak letak muadz sebab dia asyik nak bergolek-golek. (Bukankah itu satu langkah pembelajaran untuk bayi?)

walaupun kedua-dua pengasuh masih muda dan belum berkahwin tetapi saya diberitahu mereka ada ikut kursus untuk taska yang dianjurkan JKM. Bila jadi macam ni saya mula ragu-ragu dan risau. memang banyak kali tengok pampers muadz dipakaikan tak berapa betul tapi saya buat-buat tak nampak je. dan ada beberapa perkara yang saya agak ragu-ragu dan tak puas hati tapi saya cuba tolerate supaya tidak dikatakan ibu cerewet. entah kenapa, saya memandang 3 perkara (buaian, walker dan puting kosong) tu adalah perkara yang besar. mungkin sebab banyak baca kesan negatif penggunaannya kot.

Terfikir nak tukarkan taska tapi wajarkah? Takut kalau makin worst macam mana? Tadi nak call pemilik taska tapi tak dapat. hmm..susah juga kalau pemilik tak berada di taska. Saya tahu sebaik-baiknya bila ibu sendiri yang jaga dan didik anak-anak. InsyaAllah, saya sedang berusaha ke arah itu. Doakan saya. Tapi sementara itu, apa solution yang ada ye?

Ya Allah, bantulah kami mendidik anak-anak kami.

[+/-] Read more...

Thursday, November 11, 2010

Pelancaran Rahsia Tangisan Bayi

Assalamualaikum..

Dengan lafaz bismillah, saya melancarkan ebook Rahsia Tangisan Bayi. Sila klik untuk maklumat lebih lanjut. Yang saya paling teruja adalah sebab Muadz jadi model. hehehe. Terpaksa dera dia sikit untuk jadi model. :P


Semoga sesiapa yang membeli buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Oh ye, siapa yang nak daftar affiliate pun boleh juga. Tolong promosi dan akan dapat komisen 50%.
Boleh daftar affiliate di sini. Bahan-bahan promosi dah ada disediakan pun.

---------------------------------------
Sedikit tentang ebook ini

Dulu kalau anak saya menangis, tension juga dibuatnya. Tapi bila dah dapat mengenalpasti bentuk-bentuk tangisan anak saya, jadi seronok pulak sebab saya dah mula faham apa yang anak saya nak setiap kali dia menangis. Mula-mula tu memang keliru jugak, tapi lepas beberapa kali dengar dengan teliti, memang benar, bayi berkomunikasi dengan kita melalui tangisannya.

Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibu akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.

Kalaulah seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik ini telah diaplikasikan oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+ bangsa seluruh dunia.

9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.

70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.

2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.


[+/-] Read more...

Monday, February 15, 2010

Kelas antenatal di HKL

Assalamualaikum...

Selepas 4 hari bercuti, hari ni agak liat sikit nak pergi kerja. Dah la semua orang pun tengah cuti Chinese New Year. Lagi la semangat nak bekerja tu kurang. Tiba-tiba pagi tadi dapat call bertubi-tubi pula. Tak sempat nak update satu-satu. Ok, enough pasal kerja.



Pamphlet yang dapat masa kelas untuk tajuk-tajuk yang dibincangkan.


Seperti yang dijanjikan, nak cerita tentang kelas antenatal yang saya pergi. Ada 5 orang perempuan mengandung yang hadir bersama 3 orang suami (salah seorang tu hubby saya la). Saya rasa mengandung dan penjagaan baby sejak dari dalam kandungan hingga lahir bukan tanggungjawab ibu sahaja, jadi ayah pun perlu ambil maklumat ye.

Ada beberapa maklumat yang dikongsi tapi semuanya secara ringkas, mungkin sebab masa yang agak suntuk. Kelas start jam 9.30 pagi, terlewat sedikit dari jadual. Mula-mula diceritakan tentang breastfeed. Hospital Kuala Lumpur adalah salah satu hospital rakan bayi dan father friendly. Botol susu baby adalah benda yang dilarang keras untuk dibawa di hospital. Tapi cara penerangannya untuk ibu yang tak faham dan tak tau sangat tentang susu ibu ni tak merasakan kepentingan dan urgencynya untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Yup, saya memang merasakan urgency untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. FM is the last option setelah saya faham pelbagai perkara tentang susu ibu dan susu formula.

Ada juga dipromosikan buku penyusuan susu ibu untuk ibu yang bekerja. Tapi kena beli sendiri. Alhamdulillah, saya dah ada 2 buku tu. Satu memang beli, satu lagi dapat free masa ikut kelas susu ibu di seri kembangan yang lepas. Yang saya nampak, hanya seorang yang beriya-iya bertanya pasal susu ibu ni. Yang lain nampak macam tak berminat atau mungkin malu. Wallahua'lam. Masa break pun nampak seorang ni yang beriya tengok buku yang dipromosikan tu.

Saya pernah juga terdengar/terbaca ada ibu yang mengadu di'paksa' beri susu pada baby walaupun dia berulang kali kata takde susu atau sakit ketika menyusu. Sayangnya, mungkin tidak diterangkan/diajar dengan betul. dan memang ada setengah nurse yang hanya tahu marah dan arah tapi tidak mengajar dan explain. Mungkin tak semua ye. Ada setengah sahaja. Masa kakak saya melahirkan anak sulung, dia langsung tidak diajar untuk menyusukan atau tentang penjagaan baby. Tiba-tiba nurse tanya, dah susukan baby ke belum? Barulah kakak saya terkial-kial ambil baby, dengan menahan sakit sebab katil agak tinggi. susah nak turun. takde bantuan pun.

Kemudian, kami diterangkan proses semasa kelahiran. Apa yang doktor akan buat dan apa yang doktor nak kami buat dan apa yang dilarang buat masa proses kelahiran. Disebabkan hospital ni father friendly, memang digalakkan ayah membantu ibu semasa di labor room. Tapi sila jangan mengacau doktor dengan ambil gambar atau sibuk-sibuk nak tengok masa baby keluar ye. Bantu ibu aje. Oh, kamera adalah dilarang sama sekali dilabor room.

Selain itu, diterangkan juga tentang perancangan keluarga. Ini adalah supaya ibu cepat recover sebab kalau cepat sangat mengandung semula, ibu mungkin akan menghadapi masalah. Selepas itu, acara paling best sekali iaitu exersice. sebabnya dapat baring. :)) Encik hubby, dapat duduk di sebelah sahaja. Tak boleh baring ye. Best sebab dapat belajar practical dan doktor memang tengok sama ada kita buat tu betul atau salah.

Masa baring tu hubby betulkan sket tudung dan baju supaya kelihatan lebih sopan. Terasa perut saya sorang je yang kecik sket sebab orang lain dah 8 bulan. Selalu rasa bangga dan seronok bila hubby tegur atau betulkan pakaian, sebab nampak dia menjaga aurat isteri dia. Tak tau nak cakap camna tapi selalu rasa berbunga-bunga je hati bila dia tegur tentang pemakaian atau betulkan pakaian. :x Ok, out of topic.

Lepas habis, kami pergi mothly check-up pula dan shopping lagi :p . Entry lain la pula cerita pasal check-up ye. Macam dah panjang sangat je membebel.

p/s- terlupa pula. nurse bagi nasihat, lepas keluar hospital, bila dah sampai rumah tu minta hubby beri rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan yang terdekat. nanti nurse akan datang rumah untuk pantau kesihatan ibu dan anak. kalau ada masalah pasal breastfeed pun boleh tanya. Kalau tak bersalin hospital kerajaan pun takpe. yang oenting kena ada rekod kesihatan ibu dan anak masa mengandung dan delivery.

[+/-] Read more...

Monday, February 8, 2010

Kelas Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...sudah 28 minggu membawa seorang hamba Allah di dalam perut.(Baby, nanti dah keluar jangan lupa janji dengan Allah masa di alam roh ye.)

Sabtu lepas berkesempatan hadir ke kelas penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh susuibu.com di Seri Kembangan. Kelas start pukul 9.30 pagi. Ada 2 perempuan mengandung dan 2 couple(termasuk saya). so total up ada 6 orang je. Tapi lagi senang nak tanya. kelas yang patutnya abis jam 12.30, habis jam 1 lebih sebab banyak betul benda yang ditanya dan dibincangkan.

Sangat seronok kelas ni. Lebih-lebih lagi dengan gaya Pn Rita yang sangat bersemangat. Hubby pun kata tak boring dan dia kata banyak benda baru yang dia tau. Alhamdulillah...boleh la dia support kalau ada masalah nanti.

Antara benda menarik yang nak share sket adalah bila Pn Rita cerita macam mana proses susu formula dibuat. Awalnya Pn Rita bercerita tentang struktur penghadaman manusia dan haiwan. Mestilah berbeza kan. Jadi susu lembu dah custom made untuk anak dia, susu ibu pun begitu. Antara seorang ibu dengan ibu yang lain pun kandungan detailsnya ada sedikit berbeza sebab dah di'custom made'kan untuk baby dia sendiri. Dah tentulah Allah tahu yang terbaik sebab dia yang menciptakan kita kan. Untuk bayi kita yang terbaik adalah
  1. susu ibu dari ibu kandung
  2. susu simpan(EBM) dari ibu kandung
  3. susu dari ibu susuan(ibu lain)
  4. formula milk
memang formula milk tu tak boleh nak dibandingkan dari segi khasiat dan kesesuaian berbanding susu ibu. tapi tak bermaksud tak boleh bagi but as a last option. kalau yang tiga2 sebelum tu memang dah takde. dalam apa jua pun mestilah kita nak yang terbaik kan dan kita akan berusaha ke arah itu. So same case as this one. Cuba sedaya upaya yang boleh sebelum pergi ke option seterusnya.

Ops, lupa pulak. ingat nak cerita proses buat susu formula tadi. Pn Rita kata dari maklumat dan research yang dia dapat ada dua cara untuk dapatkan susu lembu dengan hasil yang banyak. Satu dengan mengasingkan ibu lembu dan anaknya dan dipasangkan audio bunyi anaknya menangis untuk merangsang pengeluaran susu lembu. Kesian dia. Dah la dipisahkan dengan anaknya, manusia sesuka hati mengambil sepenuh-penuh hak anaknya dan tak diberikan langsung. Memang Allah jadikan susu haiwan salah satunya untuk minuman manusia juga tapi janganlah sampai menidakkan hak anaknya.

Satu lagi cara dengan cucuk hormon. Jadi br*ast lembu akan jadi bengkak dan sakit. Wallahu'alam. saya belum pernah mengalami bengkak susu tapi dari forum dan pembacaan, sangatlah sakit bila bengkak susu ni berlaku. so bayangkanlah benda yang sama pada lembu.

Banyak lagi khasiat, kepentingan dan lain-lain yang diceritakan tapi rasanya kalau nak cerita kat sini tak habis semuanya. Lebih penting bila dengar gaya penyampai yang penuh semangat secara tak langsung kita pun jadi semangat. Tak sama dengan membaca walaupun dah banyak sangat baca sampai kadang-kadang rasa dah tepu otak. Bila la nak applikasikan ni.

Sebelum ni ada yang kata bila dah 6-7 bulan ada sedikit colostrum keluar. Ada la juga try urut tapi takde apa pun. Rupanya cara urut tak betul. Balik kelas try buat, eh ada keluar sikit. Alhamdulillah. Moga baby boleh menyusu tanpa masalah.

Terima kasih Pn Rita dan Dr Ning yang banyak beri tips dan semangat. Memang tak rasa rugi langsung pergi kelas tu.


Bersama Pn Rita Rahayu(kiri), Dr Ning(kanan) dan dummy baby. (Do I look pregnant?)


Tengok lagi 3 orang ibu lain yang hadir semua perut besar macam dah sarat sangat je. Terasa macam keciknya lagi perutku. Baru 7 bulan. Yang lain semua bukan anak first. Lagi pula bila ditutup dengan tudung, lagi la tak nampak macam mengandung. Semalam ada jumpa junior yang baru jumpa. Dia kata,"Akak ni nampak macam dah kawin la." Hehehe. Memang dah kawen pun dik oii. Bila cakap due akhir bulan 4 dan angkat sket tudung baru dia kata eh, dah besar perut. :D


Dapat free babybook ni...


Habis kelas tu kami singgah kedai susu ibu di tingkat bawah sempat membeli botol kecil untuk simpan EBM nanti. Kemudian kami ke FobulousMom pula sebab ada flea market. Ada banyak barang secondhand dan baru yang elok-elok. Sempat beli 2 baju baby dan 2 set baju baby untuk bagi hadiah pada kawan-kawan yang bakal melahirkan juga. Dan sempat juga beli 3 nursing bra sebab semua barangan di fobulousmom ada 15% sale. :D

[+/-] Read more...

Tuesday, January 12, 2010

Kelas antenatal

Assalamualaikum...

Sekarang ni tengah sibuk-sibuk juga mencari kelas antenatal. Takut kalau lambat-lambat sangat ada masalah pula. Kebetulan pula bulan depan memang plan nak ambil cuti 11 hari bulan (cuti paksa rela sebab japan holiday :P ). Jadi ingat kalau boleh memang masa tu nak pergi kelas antenatal. hasil search kat internet hospital kerajaan biasanya akan buat weekdays. Jadi, hari tu sibuk la mengumpul nama-nama hospital yang berdekatan dan mana-mana maklumat yang ada.

Nak share sama-sama kat sini. Mana tau ada yang memang tengah mencari ke. Untuk tempat swasta ada yang berbayar. Cubalah hubungi hospital-hospital di bawah ni ye.

1) Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
Hubungi Unit Pendidikan Kesihatan
+603 - 8947 5555
Kelas Antenatal (Ibu Mengandung)
Isnin & Khamis
10.00pagi - 11.00pagi
http://hserdang.moh.gov.my/

2) HOSPITAL KUALA LUMPUR
Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel: 603-26155555 Fax: 603-26989845

3) Hospital Putrajaya
Tel:03-83124200

4) Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara,
Pandan Mewah,
68000 Ampang
No. Telefon : 03-42896000

5) Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
No. Telefon : 03-8736 3333
http://hkjg.moh.gov.my

6) Hospital Pantai Cheras (PHC)
masa : 2.00 - 5.30 ptg
03-91322022

7) PPUM – RM50 (couple)
8) Pantai Medical Center, Bangsar – RM200 (couple)
9) Hospital Pakat An-Nur Bangi
Obstetrics & Gynaecology Clinic
603-8925 0020

Tadi, tiba-tiba mendapat panggilan dari hospital KL tanya boleh datang tak kelas antenatal khamis ni. khamis ni? :-O mana la nak sempat. katanya kelas diadakan setiap 2 minggu sekali hari khamis. try check, alhamdulillah 11 feb ada kelas.

maklumat kelas yang saya dapat:
  • masa : 9.00pagi~12 tengah hari
  • tempat : klinik ibu bersalin
  • bayaran : percuma
  • subjek : breastfeed, proses bersalin, cara bernafas, senaman
  • dicadangkan pakai seluar supaya senang senaman


Thanks to my lovely hubby :x yang tolong callkan dan bagi contact number pada orang hospital KL. maklumlah, isteri dia ni susah sket nak calling-calling time kerja. Semalam try call hospital serdang tapi dia tengah busy dan macam tak nak layan. Alhamdulillah, akhirnya dah dapat tempat dan maklumat.

InsyaAllah lepas dah ikuti kelas ni saya akan cuba share ye.

[+/-] Read more...

Wednesday, December 23, 2009

survey-survey..

Assalamualaikum...

Sepanjang mengandung ni macam-macam yang saya survey. Yelah, first time nak menjadi seorang ibu. Banyak benda yang nak kena belajar. Dulu sibuk survey macam mana nak BF baby. Pastu macam mana nak pump pula. Then, survey harga pump dan pump yang bagus. Then, survey amalan masa mengandung. Then, survey cara didik anak. Then, survey barangan baby. Maternity wears. Then, survey persiapan baby yang diperlukan. Set bersalin pun dah survey juga. Sekarang ni pula sibuk survey diapers. 8-|

Tapi setakat ni yang dah invest Breastpump aje. Hubby pun sampai dah penat asyik pegi kedai barangan baby tapi tak beli pun. Nak beli sekarang macam cepat sangat je. Try tanya-tanya kak long ada lagi barang dia yang elok. Maybe pinjam dia punya barang sikit. Hubby kata 'penat je survey harga. Last-last amik kak long punya.' :P

Pening juga banyak benda nak survey tapi dalam survey tu alhamdulillah banyak ilmu yang dapat. InsyaAllah nak try bagi baby pakai Cloth Diapers tapi hubby macam tak berapa setuju. Sebab baju kami berdua pun kadang-kadang tak sempat nak basuh (banyak tanggungjawab lebih penting yang memerlukan perhatian :-$ Bukan sebab malas ye). Nak tambah lagi benda yang kena penjagaan rapi lagi la susah. hehehe.

Oh, sekarang tengah survey juga babysitter atau daycare yang berdekatan. Kadang-kadang bila baca berita rasa takut je nak hantar baby. Rasa macam nak jaga sendiri je. Tapi kemalangan kat mana-mana pun boleh berlaku. Cuma kita kena juga la berhati-hati. InsyaAllah, bila kita dah usaha dan letakkan sepenuh pengharapan pada Allah, Allah akan jaga keluarga kita. Impian memang nak jadi housewife tapi risau juga kalau jadi housewife nanti makin malas. Dan amalan pun makin kurang.

Manusia ni kadang-kadang bila diberi masa yang banyak dia lupa. Tapi bila kita terkejar-kejar masa tu la fikir bestnya kalau ada masa lebih, boleh buat macam-macam. Hubby pun kata ekonomi family tak stabil lagi untuk dia support sorang-sorang. So insyaAllah akan cuba sebaik yang boleh. Teringat mak kata, dia kerja sampai sekarang alhamdulillah anak dia 6 orang jadi manusia. Bukan kerja atau tidak tu yang penting tapi pergantungan kita pada Allah.

Yang penting kita tau apa yang terbaik buat kita dan keluarga dan kita dah usaha sebaik yang boleh. Semalam ada terbaca dalam satu forum ada seorang ni tulis 'Ibu bekerja punca anak derhaka'. Amboi..amboi..ikut sedap mulut je. x-( lepas tu memang kena la dengan mommies yang ada dalam tu. Saya tak masuk campur. sekadar baca. :)

Ops..macam keluar topik je. Ok, back to the topic. Dalam banyak-banyak benda yang disurvey tu ada beberapa yang dah take note untuk beli. Maybe tunggu bulan 1 atau 2 nanti kot. Sekarang ni banyak end year sale tapi macam awal sangat je nak membeli. Semoga dipermudahkan segala urusan...

[+/-] Read more...

Thursday, December 17, 2009

Tips kebahagiaan rumahtangga

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam dapat berjumpa seorang yang memang banyak membantu diri ini. Beliau juga adalah salah seorang idola saya. Semalam beliau sempat memberikan tips kebahagiaan rumahtangga, cara bagaimana untuk kita membentuk keluarga seperti yang diharapkan. Ilmu tak baik simpan sorang-sorang kan. Jom kita share sama.

  1. Mulakan hari dengan bacaan ayat Quran. Lepas solat subuh tu kalau boleh baca sikit Al-Quran. At least satu muka pun takpe. Kalau yang sedang mengandung usap-usap perut dan kejut baby, bagi baby dengar sekali. Semoga bila dia besar nanti dia amalkan juga. Oh, bukan berhenti setakat baca, cuba baca maknanya sekali dan perhatikan apakah perintah Allah yang masih belum kita buat dan larangan Allah yang masih kita buat. InsyaAllah kita cuba perbaiki diri dengan buat sedikit demi sedikit.
  2. Banyakkan berwudhu. Kalau boleh sentiasa ada dalam keadaan wudhu. (Mak dulu pun selalu pesan. Selalu amik wudhu. Tapi kadang-kadang bila ingat je buat. :P ) Sebab dengan berwudhu tu boleh menghilangkan dosa-dosa kecil. So lagi banyak kali kita berwudhu lagi banyak la dosa yang gugur. Sambil wudhu tu, doa sekali semoga diampunkan dosa.
  3. Sebelum tidur amalkan buat solat taubat 2 rakaat disamping mengampunkan kesalahan semua orang sama ada yang kita sedar atau tidak. Sebelum tidur cuba bersihkan diri dari sebarang dosa dengan buat solat sunat taubat. Selain tu, maafkan juga kesalahan orang lain yang kita tahu atau tidak untuk mempercepatkan kita dihitung di akhirat kelak. sebab kalau ada orang buat dosa dengan kita yang kita tak maafkan, di akhirat nanti orang tu akan datang dan minta maaf pada kita. makin ramai orang yang kita tak maafkan makin berderet la orang datang.
  4. Sebelum tidur niatkan dalam hati dan bayangkan macam mana keluarga yang kita impikan. Anak-anak yang bagaimana, pasangan yang bagaimana. Pasang niat untuk bentuk keluarga seperti yang diimpikan. Bila hari-hari kita bayangkan, insyaAllah keazaman kita untuk ke arah itu akan lebih tinggi. Contoh, kita bayangkan kita didik anak sebelum tidur gosok gigi dan berwudhu, salam mak ayah, baca doa tidur baru tidur.
  5. Amalkan solat dhuha. Solat dhuha ni banyak kebaikannya. Pernah dengar solat dhuha 2 rakaat sama dengan satu malam qiamullail. Tapi tak sure source dia. nanti la cari balik betul ke tak benda tu. Tapi yang penting kita cuba buat. kalau tak boleh buat masa kerja, cuba buat masa weekend.
  6. Amalkan qiamullail. Masa ni la kita nak berkhalwat dengan Allah. Nak ngadu sungguh-sungguh, nak minta sungguh-sungguh. Takde orang pun akan kacau, dan kita pun tak disibukkan dengan benda dunia. Kadang-kadang kita dah bangun pun, pegi toilet ke menyusu anak ke..tapi tak gunakan masa tu untuk at least solat sunat 2 rakaat.
  7. Selalu bercakap dengan anak dalam kandungan bagi yang sedang mengandung. Nyatakan harapan kita pada dia, beritahu dia bila kita solat atau ada dengar ceramah, suruh dia join sekali dan jangan kacau ummi. Kira kita didik dia sejak dari dalam perut la.


Sebenarnya yang paling penting cuba didik diri kita dulu. Kalau kita jenis tak boleh tinggal tv, anak nangis/panggil pun dok mengadap je tv liat nak gerak, takkan expect anak kita nanti bila panggil terus tinggal tv, sure dia pun liat dok mengadap tv je. Before we change others, change ourselves first. kalau nak suami kita buat macam tu, kita buat macam tu dulu tapi bukan buat nak dia ikut. buat dengan ikhlas disamping disertai dengan doa dan kasih sayang.

Pernah juga baca kalau ada anak yang tak dengar kata masa dia tidur tu usap-usap kepala dia dan baca doa. kemudian bercakap dengan dia walaupun dia tengah tidur. Mula-mula beritahu kita sayang dia dan apa harapan kita pada dia.

"Assalamualaikum, anak ummi. Ummi sayang anak ummi ni. Tapi kalau anak ummi nakal ummi tak suka, Allah pun tak suka. Ummi harap anak ummi jadi anak yang baik, soleh dan dengar kata ye. Bila ummi cakap jangan melawan ye, nak ye." Disamping tu jangan lupa doakan dia.

Bila dengar tips-tips rasa macam bestnya dapat anak yang baik, bestnya jadi ibu yang penyabar. Tapi bila lihat keadaan sebenar di depan mata, dengan anak buah dan adik saudara jadi risau pula. huhuhu. Mampu ke diri ini mendidik anak menjadi seorang yang soleh dan musleh. Seorang yang menegakkan al-haq. Sedang diri ini pun kadang-kala terumbang-ambing.

Teringat pesanan seorang kakak yang juga salah seorang idola saya, akak ni seorang doktor yang sekarang tengah sambung master(yang of course selain sibuk dengan kelas dan belajar, sibuk juga menjadi seorang doktor dan tugas2 on call), ada 3 orang anak nak masuk 4. kadang-kala sibuk pula dengan tugas-tugas luar dan anak-anak dijaga oleh bibik. Tapi anak-anaknya sangat rapat dengan dia dan mendengar kata. yang kakak menjaga adik. sangat sweet. Saya tanya bagaimana dia manage masa. Dia kata akak tak boleh jawab soalan tu, akak pun tak tau macam mana akak boleh bertahan sampai sekarang tapi yang penting hubungan kita dengan Allah tu kena kuat sebab semua benda Allah yang pegang. Hati kita, hati anak-anak kita semuanya dipegang oleh Allah. Even masa tu pun makhluk Allah, kalau Allah izinkan kadang-kadang kita boleh buat banyak benda dan pergi banyak tempat dalam satu hari sedangkan kalau fikir kadang-kadang rasa tak mampu pun sebenarnya nak buat. Jadi bergantung haraplah pada Allah. Kalau kita takde masa didik anak, Allah akan didik anak-anak kita bila kita sibuk tu adalah untuk mencari redha Allah.

Harap diri ini kekal teguh di jalan yang dipilih sehingga akhir hayat. Moga perjalanan mencari redha Allah tidak terhenti di tengah jalan akibat penat dan bosan. Bersyukur ditemukan dengan orang-orang yang hebat tika diri ini melemah. Terima kasih, Ya Allah. >:d<

p/s - sangat tak reti nak cakap dengan baby sorang-sorang. Biasa hubby je yang banyak cakap dengan baby. cakap dalam hati aci tak? ;)) tapi kata seseorang, kadang Allah suka mendengar suara kita walaupun dia tau apa yang kita doa dalam hati. same goes here, cuba luahkan dengan suara. i'll try my best.
- tengah baca buku tarbiyatul aulad tapi tak terhabis-habis sebab tebal sangat bukunya. nak bawa gi office berat la pulak...

[+/-] Read more...

Thursday, December 10, 2009

Darah Wiladah

Assalamualaikum..

Baru-baru ni bertemu dengan persoalan tentang darah wiladah. Sama ada mandi wajib untuk wiladah dan nifas berbeza atau sama. Jadi, saya membuat keputusan untuk mencari serba-sedikit ilmu. Dalam buku darah kebiasaan wanita tulisan Syaikh Muhammad bin Shaleh Al'Utsaimin, hanya terdapat darah haid, nifas dan istihadhah. Jadi, try cari-cari di internet. Saya sharekan sedikit link di sini yang saya ambil hanya dari sumber-sumber yang saya percayai kesahihannya, insyaAllah.

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/wiladah-dan-nifas.html
http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Ibadat/SoalJawabIbadat55.htm

Tiada dalil mengenai mandi wiladah. Menurut fatwa Indonesia wiladah ialah wanita bersalin tanpa nifas dan Nifas ialah darah yg keluar sesudah kosongnya rahim wanita bersalin.

Mandi disebabkan illat bersalin ini adalah satu pendapat yg masyhur dalam Syafi'iyah, antaranya dalam Kitab-kitab popular mereka yg berikut: Fathul Mu'ien, Kifayatul Akhyar dan alGhoyah wa taqreeb. Ini dinamakan mandi wajib kerana bersalin kemudian kena pula mandi kerana tamatnya Nifas (40 hari). Tidaklah kita berminat utk memanjangkan kenapa mereka berpendapat demikian.

Hadith S.A.W hanya menyebut mandi sekali sahaja selepas keringnya darah nifas.

Mengenai mandi dua kali (mandi nifas dan mandi wiladah) datang dari fatwa mufti brunei. Tiada dalil disertakan mengapa perlunya mandi 2 kali(dlm Irysad Hukum Edisi tahun 2000).

Tetapi mandi yang asah di sisi Jumhur (majoriti) ulama ialah mandi Nifas sahaja. Jika bersalin tanpa darah atau bersalin secara Caesar tanpa ada darah, maka di sisi Hanbaliah dan fatwa2 semasa spt Lajnah Daimah KSA tidak wajib mandi sebab illat mandi ialah adanya Nifas (bila kering nifas, barulah mandi)

Tujuan mandi adalah utk membersihkan diri dan membolehkan kita bersolat. Selepas mandi nifas, boleh bersolat spt yg disebut dlm hadith. Jadi, apa keperluan mandi wiladah?

Tafsiran mandi wiladah dan nifas ini adalah khilaf pada tafsiran illat (sebab) mandi bagi wanita: samada kerana bersalin atau kerana darah Nifas.

Pilihan kami: Illat mandi bagi wanita bersalin ialah adanya darah nifas.

Sekian kumpulan jawapan al-ahkam.

sumber : http://www.bincang.net/forum/showthread.php?t=57380


http://ppadm.blogspot.com/2009/10/masalah-darah-wiladah-dan-darah-nifas.html
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/d1b780b3f32c0774482574b40012da62?OpenDocument
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=94&t=18069
http://www.blogger.com/feeds/93776188905293947/posts/default

Kesimpulan yang saya dapat adalah, masalah ni adalah masalah khilaf. Jadi tak perlulah pening-peningkan kepala. Siapa yang rasa sesuai dan yakin dengan satu-satu pendapat tu bolehlah pegang tapi tak perlu memaksa orang lain untuk mengikutinya. Sedangkan imam mazhab pun berbeza pendapat apa lagi la kita yang hadis pun tak kaji, ayat Quran lebih-lebih lagi. Kebanyakan link yang saya sertakan ada disertakan buku rujukan. Kalau ada sesiapa yang rajin, mungkin boleh rujuk. (Rasa macam ada buku pasal fiqh wanita kat rumah, tapi terlupa pula nak check)

Sefaham saya, kita boleh juga mandi wajib dengan niat umum iaitu
"Sahaja aku mandi hadas besar mensucikan diri aku, kerana Allah Taala."
Jadi, rasa macam tak perlu timbul isu gabung mandi wajib atau tidak.

Wallahua'lam.

p/s - terasa masih banyak kejahilan dalam diri ini. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas.
p/s- sedang baca buku yang menceritakan bahawa dalam islam ni perkara aqidah tak boleh diperselisihkan tetapi cabang-cabang islam(masalah furu') tak perlu disatukan kerana setiap para sahabat dan imam hadis telah berusaha memahami sesuatu ayat Quran dan hadis itu dengan membuat berbagai kajian dan bukan lihat pada satu ayat sahaja, sebaliknya kaji ayat-ayat lain dan juga sirah bagi memahami hukum. Mudahnya kita hari ini tak perlu bersusah-payah kaji sebab dah ada yang kaji. :)

*update*
weekend lepas cuba cari-cari buku di kedai buku. Tak beli cuma belek-belek. :P
Belek-belek buku tentang fiqh wanita, darah wanita dan ada juga buku fiqh lain. semua buku yang dibelek tak jumpa pun tentang mandi wiladah. sebab-sebab mandi wajib pun takde termasuk mandi wiladah. tak tau la kalau ada buku yang belum dijumpai yang ada tulis.

Sekadar berkongsi. :)

[+/-] Read more...

Wednesday, September 16, 2009

Sakit dan terus sakit

Assalamualaikum..

Teringat kata-kata seorang sahabat a.k.a akak yang kata bila seorang perempuan tu mengandung bersedialah untuk sakit dan terus sakit. Sakit mengandung, sakit bersalin, sakit menjaga anak-anak masa kecil, bila besar sakit bila anak menyakitkan hati pula.

Patutlah Rasulullah suruh mengutamakan ibu 3 kali sebelum ayah. Patutlah orang kata syurga di bawah tapak kaki ibu. Tabahnya seorang ibu. Dan kalau seorang ibu tu menjaga dan mendidik dengan seikhlas hati bertambah pula lagi ganjaran yang diterima. Subhanallah. Penyayangnya Allah ni.

Bila dah mengandung dan alami morning sickness ni baru terasa bukan mudah nak jadi seorang ibu ni. Dari anak-anak belum lahir lagi macam-macam yang perlu difikirkan. Tak hairanlah datuk Imam Syafie kata dia telah menyediakan ibu imam syafie selama 40tahun untuk mendapatkan cucu seperti imam syafie. Jadi, sebelum nak dapat anak-anak yang soleh solehah mak ayah kena berusaha jadi soleh solehah dulu la kan.

Soal penjagaan diri, pemilihan pasangan, proses suami isteri, proses mengandung, melahirkan dan mendidik semuanya faktor yang perlu diambil kira untuk mendapatkan seorang anak yang soleh. Harapnya belum terlambat untuk diri ini dan suami memperbaiki diri. Sangat teruja dengan blog ini yang memotivasikan diri untuk menyusukan anak sendiri sepenuhnya. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak berbuat demikian. Selepas menemui blog ini, alhamdulillah, banyak yang saya belajar tentang susu ibu. Terima kasih kepada pemilik blog.

Lagi satu blog yang memotivasikan diri adalah blog ini. Blog ni banyak membantu saya berfikir dan belajar cara untuk mendidik anak nanti. Oh, sebelum terlupa. Di bawah ni adalah gambar yang dijanjikan. Tak nampak sangat pun sebab kecik sangat. Yang bertanda dari + hingga + itu adalah baby saya. Sangat terharu bila dapat nampak ada sesuatu dalam perut. Semoga Allah menjadikan saya insan yang bersyukur dan dekat denganNya.


[+/-] Read more...

Wednesday, July 22, 2009

Selamat datang

Alhamdulillah, berjaya setup satu lagi blog. Sebenarnya nak guna wordpress tapi disebabkan ada masalah teknikal sedikit jadi terpaksa menggunakan blogspot juga. Takpelah, insyaAllah lain kali akan cuba mengexplore wordpress itu.

Ada yang kata blog satu lagi tu agak serius, jadi blog ini akan bertemakan sedikit santai dan personal. Tapi macam malu la plak kalau orang kenal. Huhuhu. Macam la selama ni orang tak kenal pun.

Kebelakangan ni sangat suka membaca blog ibu-ibu. Ehem..ops..jangan salah sangka. belum berisi lagi ye. Mula start tertarik bila baca blog akak ni. Menjadi sangat teruja untuk menyusukan sendiri anak. Sebelum ni pun memang la ada terpikir tapi takde la fully kot sebab keje. Tapi dengan inspirasi akak ni, terus rasa nak teruskan juga walaupun bekerja. (Thanks, kak. Sorry tetiba me'link'kan akak di sini. Link pertama di blog ini. :P)

Pastu surf dan surf dicampur dengan bloghopping dapat banyak betul info dalam mendidik anak ni. Hari tu ada beli satu buku ni, dia kata mendidik anak ni bukan sejak lahir atau sejak dalam kandungan tapi bermula dengan memilih pasangan. Teringat kata-kata datuk Imam Syafie bila ditanya bagaimana dia mendidik cucunya, dia jawab dengan menyedia dan mendidik ibunya 40 tahun lebih awal. Maksudnya dari mak Imam Syafie tu kecik lagi dia dah didik untuk dapat cucu yang soleh. Oklah, ingat nak buat entry ringkas je untuk permulaan. Nak mengexplore dan mengubah-ubah layout blog ini.

[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License