Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal hijrah

Assalamualaikum...

salam Maal Hijrah. Hari ini seperti biasa bersiaran dari pejabat. Kalau kat rumah memang jarang pegang PC. kesian muadz, orang lain cuti muadz kena ke taska juga. Tunggu ummi realisasikan impian ummi ye.

teringat suatu ketika dulu diri ini membuat satu hijrah yang besar, sampaikan mak terkejut tengok anaknya sebaik pulang dari jepun. semakin lama perasan itu semakin hilang. tahun ini, insyaAllah nak mula kembali azam yang baru. Pernah terdengar di radio, rancangan motivasi. dia kata kita perlu menyatakan cita-cita kita untuk menguatkan lagi keazaman. supaya kita tahu kita tidak bermain-main.

InsyaAllah azam tahun ini :
  • Tak tinggal solat sunat dhuha
  • Qiam sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • Habiskan hafal juzuk 30 (baru nak hafal juz 30. :"> tengah berusaha hafaz surah al-buruj)
  • Lebih serius dan fokus dalam aktiviti kerohanian
  • Lebih fokus dalam business

insyaAllah, sedang berusaha menjadi seorang business woman walaupun sekarang hanya part-time business. Fikir balik, dari dulu berfikir nak duduk rumah goyang kaki jaga anak dan menjadi suri rumah berjaya. tapi sure mak tak setuju, hubby pun kata better ada pengalaman kerja. Dan dalam dunia yang semakin mencabar ni, isteri kena la turut sama membantu suami.

Sekarang tengah dalam proses buat ebook satu lagi. progress agak lambat. huhu. kerja kat office pun dah makin bertambah tanggungjawab. (gatal lagi minta extra work :P ) insyaAllah, untuk kegunaan di masa hadapan.

Semoga tahun ini, azam lebih kuat dan dapat melaksanakan apa yang dicita-citakan.

(Blog pun asyik terbengkalai je, macam-macam benda nak buat. Bila ada mood nak tulis internet pula slow. terus hilang mood. tak pun tiba-tiba kerja datang plak. huhu)

[+/-] Read more...

Tuesday, November 16, 2010

Salam aidiladha

Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama tak update blog. sedikit terkejar-kejar dengan pelbagai benda. Hari ni baru macam ok sikit. Agaknya sebab dah dekat nak raya kot, jadi semua pun slow down. Oh ye, selamat hari raya aidiladha pada semua. semoga Hari raya Qurban ni bukan sahaja ingat nak makan daging Qurban tetapi juga mengingatkan kita dengan pengorbanan Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail a.s. Semoga kita juga berjaya mendidik diri dan keluarga supaya sanggup mengorbankan harta, jiwa, nafsu, masa dan lain-lain untuk Allah dan agama yang tercinta ini.

Bukan senang seorang ibu nak didik anak tanpa suami di sisi. Bukan sekadar mendidik menjadi insan yang baik tetapi sampai sanggup menjadi korban kepada ayahnya kerana itu perintah Allah. sedangkan nabi ismail masa tu masih muda remaja. dah la tak jumpa ayah dia langsung, tiba-tiba datang nak sembelih pula. tapi apa kata nabi ismail? Laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. betapa hebatnya seorang ibu menanam iman pada anaknya sehingga bukan sahaja tidak membenci ayahnya tetapi taat pada perintah Allah.

InsyaAllah, sama-samalah kita berusaha menjadi insan yang baik dan ibu yang baik. bukan sahaja baik di sisi manusia tetapi yang lebih penting baik di sisi Allah.

Alhamdulillah, Muadz pada 6 bulan setengah dan boleh bergolek dan berpusing tapi masih pada satu arah. sebelah kiri dia pusing, tangan tak reti nak betulkan. tapi kalau sebelah kanan, sekejap je tiba-tiba dah hilang kat tempat lain. semalam, tiba-tiba dah ada bawah bouncer pastu menjerit sebab tersepit. Ya Allah, macam mana la boleh masuk bawah bouncer pula. Ummi dan ayah kena lebih berhati-hati lagi lepas ni.

Pelancaran ebook Rahsia Tangisan Bayi pun berjalan lancar. Alhamdulillah.Sesiapa yang nak tolong promosi sambil menambah pendapatan boleh la mendaftar di http://rahsiatangisanbayi.com/member. Sesiapa yang beli dari link kita, kita akan dapat komisen 50%.
Ops, terlupa, ada juga diadakan Cabaran Affiliate di sini, di mana siapa yang buat jualan yang tinggi boleh dapat bonus.

Okla, selamat menjalani ibadah Qurban.

[+/-] Read more...

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Setakat hari ni baru sehari tinggal puasa. Harap dapat teruskan dengan baik untuk hari ni dan esok. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini. Maaf zahir batin.

Terima kasih juga kepada pengunjung dan follower blog ini walaupun ada antaranya yang saya tak sempat berkenalan. Maaf saya tak sempat membuat kad raya seperti blogger lain. Sibuk melayan kemabukan sampai malas nak buat benda lain.

Hari ini saya masih bekerja. Balik kerja akan terus menuju ke rumah mak ayah. Dan esok kami akan berangkat beramai-ramai pulang ke rumah opah di Gerik, Perak. Tak sabar untuk beraya kali ini. Ini kali pertama saya akan beraya sebagai seorang isteri. Syukur dapat bersama keluarga saya dulu. Mungkin boleh juga kenalkan suami saya pada saudara-mara di kampung.

Raya kedua kami akan pulang ke shah alam dan raya ketiga kami akan beraya bersama keluarga suami pula. Oh, khamis depan saya bekerja satu hari kemudian sambung cuti semula hari jumaat. huhuhu. Nak buat macam mana. Cuti tidak mencukupi.

Kepada semua, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Dalam kesibukan menyambut aidilfitri jangan dilupakan tanggungjawab kita sebagai muslim. Akhir kata, selamat hari raya. Maaf zahir batin.

[+/-] Read more...

Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Rasanya masih belum terlambat kan nak ucap salam Ramadhan. Tadi singgah blog kak yani dan sempat amik gambar di bawah ni.



Tertarik dengan kata-kata yang ditulis kat dalam tu. Salam Ramadhan semua. Jom kita beramal banyak-banyak. Jangan lupa ikhlaskan hati ye.

[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License