Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 9, 2010

Pam dalam kereta dan demam

Assalamualaikum...

Selama 3 hari yang lepas suami ada kursus, jadi saya memandu ke kereta. Jadi sesi mengepam pagi-pagi pun terlepas. Dulu pam dalam kereta tapi hubby yang memandu. Masa hari pertama hubby kursus(selasa) lepas, sempat pakai pam dan try pam di tempat duduk. Pam letak dalam beg dan zip, nak bagi kurang sket bunyinya. Dah habis tu, pegi bilik kecik untuk keluarkan pam dan simpan susu. kemudian tanya akak sebelah ada dengar bunyi tak. dia kata dengar juga tapi tak kuat sangat. huhuhu. Orang row belakang ni dah la lelaki. nasib baik ada seorang je masa tu. esoknya dan semalam tak sempat sebab sampai pun dah lambat sikit. tak sempat nak pakai. lagipun ramai la pula lelaki di barisan belakang. Sebelum ada yang bertanya, bunyi apa tu. baiklah jangan buat isu. tak best betul tempat open-space ni.

Semalam, ingat masa balik nak try pam sambil memandu tiba-tiba terbaca entry ini. Terus cancel plan nak buat macam tu. Yelah, kalau mengepam sure takleh nak pakai tali pinggang keledar, mungkin tak fokus dan boleh membahayakan diri. Saya dah la jarang memandu, jadi agak kekok sedikit memandu.

Hari ni alhamdulillah, dapat mengepam kembali semasa perjalanan ke office. hasil pun alhamdulillah. pam 10 minit je jadi dapat dalam 5oz. Alhamdulillah. Saya beli hands-free pumping bra untuk memudahkan dan mempercepatkan pemakaian pam. (Saya rasa macam saya banyak membazir dalam barangan untuk keperluan baby ni. huhu. :P ) Saya rasa tali-tali medela tu agak mengambil masa untuk pakai. setiap kali mesti kena adjust. tetapi kekurangan pumping bra ni pula bila botol agak penuh dan berat dia akan ke bawah sedikit. breastshield pun macam tertarik ke bawah dan menyebabkan sakit sikit. tapi memang mudah nak pakai dan buka pam. kadang-kadang saya pakai juga tali tu clip atas sahaja supaya dia tak tertarik ke bawah.

Cerita tentang Muadz pula. Malam tadi hidung dia tersumbat lagi. Rasa hampir tiap-tiap malam hidung dia tersumbat tapi semalam macam teruk sikit sampai dia nak menyusu pun tak boleh sebab susah nak bernafas dan akhirnya muntah dengan banyaknya. kesiannya anakku. Hari tu masa jumpa doktor dia kata kalau hidung tersumbat memang akan muntah sebab baby susah nak telan. maknanya susu tu tak masuk dalam perut dia la kan, mesti dia lapar.

Lepas tu pakaikan cool fever dan ubat hidung untuk cairkan hingus. lepas dia dan saya tukar baju baru dia macam ok sket. tapi bila letak je dalam baby cot merengek lagi. terus angkat dan letak atas katil dan dia terus tertidur. agaknya saje nak dekat dengan ummi dan ayah kot sebab tengah tak berapa sihat. pagi tadi langsung dia tak bangun masa nak hantar ke taska. tukarkan diapers pun dia menggeliat sekejap kemudian tidur balik. on the way ke taska cuba juga bagi susu, nasib baik dia minum. hidung dah ok sikit pagi ni. tengah malam je selalu bermasalah. agaknya sebab sejuk kot.

Ayahnya pula semalam sakit kepala dan muntah. rasa macam petanda nak start demam. ummi pun dah start sakit tekak dan sakit kepala. Hari tu ayah kata, 'ummi cepatla selsema, boleh bagi antibodi kat baby.' Sabar je la. harap-harap malam ni dia ok.
kesian sangat tengok dia semalam. sampai ayah pun terkejut dan terus bangun. ummi yang dah macam nak nangis terus cover line. :p

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License