Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

Contraction

Assalamualaikum...

Walaupun dah 38 minggu, sampai ke hari ini saya masih tak pasti contraction saya jarak berapa lama atau adakah ianya contraction atau tidak. Tapi daripada pembacaan semua mungkin contraction kot.

kadang-kadang rasa perut tegang, kadang-kadang rasa macam nak membuang air besar, kadang-kadang kat tempat baby patut keluar tu rasa macam sakit sikit-sikit. Tapi alhamdulillah, setakat ni boleh tahan lagi. Cuma bila jalan lama sangat, masa tu memang rasa sakit sangat sampai berpeluh-peluh. Rasa macam perut bawah tu berat sangat dan tertarik kuat. memang kena duduk sekejap.

biasanya ni masa pegi shopping atau pegi kedai. hubby pula kadang-kadang tak perasan. ye la, dah biasa jalan macam biasa. bini dia nak ikut rentak payah la sket. dah macam penguin gaya jalan dah dengan perut besar ni. :p biasanya kalau sakit sikit-sikit saya biarkan aje. bila dah sakit sangat sampai tak tahan baru bagitau hubby nak duduk sekejap. pastu bila rasa ok sikit bangun balik tapi biasanya memang akan terus sakit balik sebab rehat sekejap je.

dah lama tak jalan lama-lama (dah lama tak shopping la tu :p ), jadi dah lama tak rasa sakit camtu. cuma sakit sikit-sikit dan kadang-kadang je. orang kata anak pertama biasa sakitnya lama sikit, baru boleh bersalin. kira tak berapa sakit ni, macam lambat lagi la kot kan. hehe. tapi setiap manusia tu berbeza juga. Ada yang sekejap je dah terbuka, ada yang lama. Even setiap kelahiran pun berbeza walaupun dari ibu yang sama. Dan setiap makhluk tu memang Allah jadikan berbeza walaupun anak kembar. Allahu akbar. Hebatnya Allah, kan.

InsyaAllah, when times come I will know. Tapi sebelum tu takkan nak menghentikan apa yang biasa buat, kan. Rugi je kalau tak bersalin-salin. Saya sibuk merancang jadual kerja sama ada nak ambil cuti atau tidak, takut kalau bersalin lambat rugi la cuti saya. Tapi semua orang risau kalau saya terbersalin awal.

Saya baru terperasan yang 60 hari cuti tu sikit rupanya. kalau pantang 44 hari maknanya tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi sebelum kembali bekerja. Saya plan nak mula hantar baby ke nursery 2 minggu sebelum start kerja. nak testing dulu. mungkin awal-awal start hantar sejam je dan makin bertambah untuk biasakan baby. jadi, kalau saya cuti awal tapi baby tak keluar lagi, saya mungkin kena kurangkan hari berpantang atau mulakan testing hantar baby tu lewat sedikit.

Selasa lepas pergi check-up seperti biasa doktor check urine, berat, tekanan darah dan scan baby. pastu terus set appointment untuk minggu depan. hmm...kami yang kena banyak bertanya tapi kadang2 tak tau nak tanya apa. ingat next week nak try pergi hari isnin, jumpa doktor lain. kot-kot ada doktor yang lebih ramah dan bagi tips-tips yang best ke. lagi pun tak tau lagi siapa doktor yang akan sambut baby, so kena juga bagitau doktor lain plan untuk breastfeed kan. hari rabu memang doktor lelaki so memang tak pegi. hari khamis? hmm...sehari sebelum EDD, ada yang kena marah kang. Tengoklah macam mana nanti...

Last blogged at Meniti Hari : Pemakanan dalam pantang

[+/-] Read more...

Wednesday, April 14, 2010

Persediaan sebelum cuti panjang

Assalamualaikum...

Kalau sebelum ni sibuk buat persediaan diri dan untuk baby, hari ni buat persediaan di office pula. Beberapa hari lepas dah hantar borang cuti tapi takde tarikh lagi kat leader. Kot-kot emergency tak sempat apply cuti, jadi bagi siap-siap. Untuk apply secara online insyaAllah boleh je buat kat rumah lepas bersalin nanti.

Hari ni, mengemas kini mailbox di office. Bagi kosong sikit mailbox tu supaya kalau cuti 2 bulan nanti takde la jadi over-flood. Setiap hari biasa mesti banyak je update, jadi kenalah bersedia. Takut ada email yang penting tak sampai pula. Dan dah set "out of office" kat outlook. Set start 1hb 5 tapi kalau dah ada tanda-tanda sikit-sikit nanti ubah la. Fail-fail dalam PC pun dah susun sikit-sikit.

Semalam hubby beli air zamzam dan letak terus dalam beg emergency. Nasib baik ada encik hubby, saya tak teringat pun. Cuba cari kurma tapi tak jual pula di Giant. Nanti la cuba cari di tempat lain.

Macam-macam juga nak kena ready ye. Harapnya tiada kerja yang pending di saat-saat akhir.

Last blogged at Meniti Hari : LittleWhiz sale

[+/-] Read more...

Thursday, February 25, 2010

Senaman Kegels

Masa ke kelas antenatal, salah satu senaman yang di ajar adalah senaman kegels. Ini ada info dari portal alam hamil.

Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.

Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.

Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.

Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:
  • Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
  • Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
  • Mengurang buasir

Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?

Ia cukup senang dibuat:
  1. Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
  2. Tahan selama 2-3saat
  3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat
  4. Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
  5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.

[+/-] Read more...

Friday, January 22, 2010

Dah tak muat..

Assalamualaikum...

Tiba-tiba terperasan yang perutku semakin membesar dan dah tak muat kain baju kurung yang ada. Sekarang ni kain baju kurung yang boleh muat lagi ada 2-3 helai je. itupun beberapa minggu lagi mungkin dah tak muat kalau perut ni membesar dengan cepat. Ohh....macam mana ni.... :-S

Setakat ni cuma ada 2 kain mengandung dan satu seluar mengandung. Saya tak berapa gemar pakai seluar sebenarnya tapi sebab dah tiada pilihan lain. jubah pun ada beberapa helai je. tapi kalau pakai jubah still kena pakai kain kat dalam tu. nak beli banyak-banyak takut lepas ni dah tak pakai pula.

setakat ni ada satu maxi mengandung tapi belum rasmikan. rasa macam segan pula nak pakai. :"> tunggu bulan depan la kot. (hari tu beria beli sebab nak pakai, dah ada tak nak pakai pula). maxi tu pun tentu kena pakai kain lain di dalam kan. sebab nampak macam kainnya agak nipis. Orang lain macam mana ye?

tengok dalam almari blouse dan jubahku banyak warna purple rupanya. takkan hari-hari nak pakai warna purple pegi office. Baru bercadang nak beli jubah ini. Tapi purple juga. Hari ni tengok ada warna lain pula. Boleh la beli. \:D/ Tapi kena tunggu gaji dulu la..

[+/-] Read more...

Friday, January 15, 2010

Normal birth

Assalamualaikum...

Start dari semalam baca tentang pengalaman bersalin di forum ratuhati. macam-mamcam pengalaman bersalin. ada yang menakutkan, ada yang mudah. bila baca tu rasa risau pun ada, harap-harap dapat bersalin normal. Setiap kali baca pasal baby, baby dalam perut ni pun bergerak aktif menendang-nendang. seronok agaknya ummi baca pasal baby.

Ada jumpa website yang guide untuk bersalin normal, tak perlu induce atau c-zer. Kat website ni ada juga video-video dan tips-tips. Boleh visit http://www.lamaze.org. baca dari pengalaman orang lain, kena induce lebih sakit dari sakit bersalin normal sebab macam kena paksa. Ada yang nak berdiri pun tak boleh.

Alhamdulillah, sekarang ni semua benda pun orang nak kembali kepada fitrah. bersalin secara normal, menyusukan anak sendiri, dalam hal ekonomi pun nak kembali kepada Islam. Alhamdulillah. Allah dah jadikan semua benda pun sebaik-baik kejadian sebab Dia lebih mengetahui makhluknya. Harapnya banyak lagi perkara yang akan kembali kepada fitrah contoh pendidikan, media dan yang paling penting akidah.


[+/-] Read more...

Wednesday, January 13, 2010

Suntikan kancing gigi

Assalamualaikum..

Sabtu lepas semasa buat monthly check-up doktor beri suntikan kancing gigi yang pertama. masa suntik tu sakit sikit, ingatkan macam suntikan biasa je. sampai hari ahad still sakit dan hari isnin lepas tengok dia macam ada bengkak sikit. bila tersentuh sikit je pun, sakit.

Mula-mula, call kakak yang doktor tu, dia tanya sakit sangat sampai tak boleh angkat tangan ke? Takdelah sampai tak boleh angkat tangan, nak angkat barang pun ok je lagi, cuma terasa sakit dia kat situ. kakakku kata suntikan tu memang sakit sikit sebab ada kena-mengena dengan saraf (sorry, maklumat details tak tahu, tak ingat dah apa dia cakap masa tu.)

bila isnin tu jadi membengkak risau juga la dan mula search di internet. rupanya ada orang yang sampai seminggu sakit. kemudian, ada terjumpa cadangan supaya tuam air suam kat bahagian kena inject tu. balik dari kerja terus cuba. Alhamdulillah, semalam tengok bengkak dah surut, sakit pun berkurangan. Balik office semalam cuba tuam lagi, nampak macam semakin baik tapi ada gatal sikit kat tempat kena inject tu.

Sekarang ni bila pegang betul2 masih terasa sakit tapi kalau tersentuh lengan masih ok lagi. dan sakitnya pun dah berkurangan. Check-up bulan depan akan kena suntikan yang kedua pula, insyaAllah.

[+/-] Read more...

Tuesday, January 12, 2010

Kelas antenatal

Assalamualaikum...

Sekarang ni tengah sibuk-sibuk juga mencari kelas antenatal. Takut kalau lambat-lambat sangat ada masalah pula. Kebetulan pula bulan depan memang plan nak ambil cuti 11 hari bulan (cuti paksa rela sebab japan holiday :P ). Jadi ingat kalau boleh memang masa tu nak pergi kelas antenatal. hasil search kat internet hospital kerajaan biasanya akan buat weekdays. Jadi, hari tu sibuk la mengumpul nama-nama hospital yang berdekatan dan mana-mana maklumat yang ada.

Nak share sama-sama kat sini. Mana tau ada yang memang tengah mencari ke. Untuk tempat swasta ada yang berbayar. Cubalah hubungi hospital-hospital di bawah ni ye.

1) Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
Hubungi Unit Pendidikan Kesihatan
+603 - 8947 5555
Kelas Antenatal (Ibu Mengandung)
Isnin & Khamis
10.00pagi - 11.00pagi
http://hserdang.moh.gov.my/

2) HOSPITAL KUALA LUMPUR
Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel: 603-26155555 Fax: 603-26989845

3) Hospital Putrajaya
Tel:03-83124200

4) Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara,
Pandan Mewah,
68000 Ampang
No. Telefon : 03-42896000

5) Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
No. Telefon : 03-8736 3333
http://hkjg.moh.gov.my

6) Hospital Pantai Cheras (PHC)
masa : 2.00 - 5.30 ptg
03-91322022

7) PPUM – RM50 (couple)
8) Pantai Medical Center, Bangsar – RM200 (couple)
9) Hospital Pakat An-Nur Bangi
Obstetrics & Gynaecology Clinic
603-8925 0020

Tadi, tiba-tiba mendapat panggilan dari hospital KL tanya boleh datang tak kelas antenatal khamis ni. khamis ni? :-O mana la nak sempat. katanya kelas diadakan setiap 2 minggu sekali hari khamis. try check, alhamdulillah 11 feb ada kelas.

maklumat kelas yang saya dapat:
  • masa : 9.00pagi~12 tengah hari
  • tempat : klinik ibu bersalin
  • bayaran : percuma
  • subjek : breastfeed, proses bersalin, cara bernafas, senaman
  • dicadangkan pakai seluar supaya senang senaman


Thanks to my lovely hubby :x yang tolong callkan dan bagi contact number pada orang hospital KL. maklumlah, isteri dia ni susah sket nak calling-calling time kerja. Semalam try call hospital serdang tapi dia tengah busy dan macam tak nak layan. Alhamdulillah, akhirnya dah dapat tempat dan maklumat.

InsyaAllah lepas dah ikuti kelas ni saya akan cuba share ye.

[+/-] Read more...

Tuesday, December 29, 2009

kejang@cramp semasa mengandung

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni hampir tiap-tiap malam saya mengalami kejang di betis dan tapak kaki. Kalau kejang tu memang tak boleh bergerak, nak menjerit pun tak keluar suara sebab sakit sangat. Jadi hubby hanya tau saya kejang keesokan harinya. Tapi itupun nak jalan masih sakit juga lagi terutama bila kejang di betis.

Ada baca dalam majalah bahawa kejang ni adalah disebabkan kurangnya kalsium. Masa mengandung memang perlukan banyak kalsium sebab baby pun perlukan kalsium yang banyak untuk pembentukan tulang-tulangnya.

Saya akui, sejak mengandung memang sangat kurang minum susu. Entah kenapa, tak boleh nak masuk susu dalam tekak. Masa first trimester memang kalau minum akan muntah tapi selepas itu pun masih tekak terasa payau lepas minum susu. Tapi kadang-kadang paksa diri juga. Anmum yang dibeli masa awal mengandung tak habis lagi sampai sekarang sedangkan kandungannya taklah sebanyak mana. Kalau minum hari-hari tak sampai sebulan boleh habis sebab beli pack kecil. Tapi punyalah payah nak telan.

Ubat kalsium yang doktor bagi pun susah nak telan. Pernah sekali lepas telan ubat tu muntah, habis nasi dan ubat semua keluar sekali. setiap kali nak telan ubat mesti perlukan mujahadah yang sangat kuat.

Akhirnya, weekend lepas masa di rumah mak mertua tanya akak ipar apa yang dia buat bila alami kejang. Dia kata dulu dia hari-hari kejang tapi lepas minum susu kambing hi-goat alhamdulillah tak kejang dah. saya pun cubalah satu peket. Sedap. Memang senang nak telan. tepung dia pun lembut dan sangat mudah larut dalam air. keesokan harinya terus kami cari dan beli. Harap-harap dapat mengurangkan kejang lepas ni.



Harga sekotak RM36 sebab bukan ahli. Beli di kedai yang banyak jual jamu-jamu atau barang-barang bersalin tu je. dalam tu ada 15 peket. Amboi, sejak mengandung ni asyik makan benda mahal je. hari tu ada yang kata baby ni high standard ni. yelah nak oii..kopak la ummi ngan ayah nanti. Masa first trimester memang selalu tak lalu makan tapi bila makan kat restoran cam JM beriyani tu boleh pula telan. Air pula boleh telan jus epal fresh dan jus oren fresh aje. lepas dah tak mabuk baru ok sket minum air lain. itupun selalu juga tak berselera nak makan. tapi bila makan makanan mahal ok la pula. Amboi, memilih plak anak ummi ni ye. Takpelah, bak kata hubby duit boleh dicari. Yang penting, anak ummi dan ayah ni jadi penegak agama Allah. Ummi dan ayah dah invest macam-macam ni, dah banyak kemudahan diberi, takde alasan tak boleh jadi seorang hamba Allah yang baik, ok. (melainkan kalau ummi dan ayah tak didik betul-betul. ops...). semoga Allah membantu kami mendidik anak kami untuk mencapai redha Allah. Amiin.

Selain itu, hubby juga ada ambil satu krim water base yang panas untuk mengurut dari ayahnya. Minyak angin tu memang best. sampai pagi terasa hangatnya tapi masa mula-mula letak rasa sejuk. dan disebabkan ia water base takdelah rasa berminyak. Lagi best bila ada tukang urut. memang rasa lega sangat kaki. lepas kena urut 2 malam berturut-turut, kaki dah tak rasa lenguh. mula-mula segan juga nak kena urut. (ada ke orang segan dengan suami sendiri??) tapi dah dia beria nak urut, biar aje la. Urut kaki aje tau.

[+/-] Read more...

Wednesday, December 9, 2009

Checklist persediaan

Assalamualaikum..

Dah lama tak update rasanya. Agak kurang kerajinan dan agak sikit busy. Maklum, akhir-akhir tahun ni banyak benda yang nak disettlekan, jadi bila ada yang tak kena dengan system terus ajela dapat panggilan.

Hari ni seperti biasa meng'google' info-info tentang bayi, mengandung, pantang dan lain-lain yang berkenaan. Ada terjumpa checklist yang agak lengkap.

http://mamadamia.com/senarai.html

bagus checklist ni. lebih-lebih lagi sebab boleh check dan agak lengkap. tapi mungkin ada keperluan sendiri yang nak ditambah. Saya sendiri cuba copy masuk dalam word dan tambah apa-apa yang saya plan untuk beli lagi(Harap-harap tuannya tak marah). Dan ada juga cari-cari ada beberapa tips dari orang lain. Contoh, pakaian newborn tak perlu beli banyak sebab baby cepat besar. better beli baju untuk 0-3months terus.

Hari tu berborak dengan kak long, katanya baju anak dia dulu pun elok-elok lagi. Pinjam dia punya je la sikit-sikit. hehehe. Kesian anak ummi dapat barang second hand. Tapi nak buat apa membazir kan. Kalau yang boleh pakai lama tu insyaAllah akan beli sendiri.

Saje je sediakan checklist awal-awal, tak nak kelam-kabut. InsyaAllah, bila kandungan dalam 8-9 bulan baru start membeli. At least dah survey-survey dah boleh tahu harga yang macam mana yang berpatutan.

p/s - semalam buat checkup. alhamdulillah baby dan ibu sihat. :)

[+/-] Read more...

Wednesday, December 2, 2009

Jubah mengandung

Assalamualaikum...

Teringin nak mencari jubah mengandung tapi susah betul nak cari kat malaysia ni. kalau cari online pun kat indonesia banyak la. ada yang jenis macam maxi tu tapi biasanya tangan 3/4 la pula. try juga search baju mengandung muslimah. Tak banyak result yang dapat.

Ada juga ibu mengandung yang pakai jubah biasa aje tapi kalau pakai jubah biasa takut nampak seksi perut dan punggung bila pakai. Dah hilang pula tujuan berjubah. Dari menjaga diri jadi menyeksi. Lagi pula nak cari yang warna turquoise.

Kenapa nak cari warna turquoise? InsyaAllah, abang saya akan melangsungkan perkahwinan dan kenduri belah lelaki pada 2 Januari. Bercadang nak pakai baju mengandung jenis jubah tapi tak jumpa-jumpa lagi. Untuk belah perempuan di Pahang pada 19 Disember ni. Tema purple. Yang ni mungkin akan pakai baju kurung yang dah ada je walaupun kain dah tak boleh cangkuk.

Kalau ada sesiapa yang tahu di mana boleh dapatkan jubah mengandung silalah berkongsi dengan saya ye. Kalau boleh area shah alam/damansara. kalau bangi atau subang pun ok juga la.

p/s - sempat ke nak beli baju ni. Nak tempah macam dah tak sempat pula.

[+/-] Read more...

Wednesday, November 18, 2009

Sembelit semasa mengandung

Assalamualaikum..

Dari bahan pembacaan memang masalah ni adalah masalah biasa untuk ibu-ibu yang mengandung. Saya ada masalah sukar untuk membuang sebelum mengandung. Saya kena pastikan saya makan sayur hijau setiap hari supaya tidak bermasalah. Alhamdulillah, semasa mengandung saya tidak pula menghadapi masalah. (Mungkin belum lagi. harap-harap tak la). Semasa mengandung ni memang saya sangat tak gemar makan sayur hijau. entah kenapa, jadi tak lalu. kalau makan pun sikit-sikit je.

Tapi nak berkongsi tips untuk ibu-ibu di luar kalau ada yang menghadapi masalah ni. Cuba makan pisang dan minum air masak. Sebelum kawin saya ada amalkan banana diet. Cara diet ni mudah iaitu breakfast dengan pisang dan air masak. nak makan pisang berapa biji pun takpe. tapi kena minum air masak sahaja. lepas 2-3 jam baru boleh makan/minum benda lain. Alhamdulillah memang ada kesan walaupun lambat sedikit. Dan hasilnya sistem pelawasan saya juga berjalan lancar.

Ok, back to the topik. beberapa minggu lepas pun saya hampir mengalami masalah sembelit tapi sekarang ni petang-petang saya selalu beli pisang dan minum dengan air masak. beli pisang tu sebab lapar sebenarnya. dan macam dah tak lalu asyik makan biskut dan roti. jadi makan la pisang.

Alhamdulillah, kadang-kadang sampai 2 kali pergi membuang. Kalau sesiapa yang ada masalah sembelit mungkin boleh cuba cara ni. Siapa yang dah try, care to comment?

[+/-] Read more...

Monday, November 9, 2009

Baby sihat

Assalamualaikum..

Last friday, buat monthly check-up. alhamdulillah, baby sihat. dah boleh nampak jantung dia yang berdegup kencang. tangan dan kaki pun aktif bergerak-gerak. ntah apa la yang dia buat dalam perut tu agaknya. macam busy sesangat je.

Tak pasti doktor menggunakan sistem scan 2D, 3D atau 4D. tapi memang boleh nampak jelas tangan dan kaki baby dalam bentuk 3D. Alhamdulillah, overall baby sihat, cuma umminya je yang tak berapa sihat.

Doktor pun kata,"Berat ni naik sikit sangat ni. Tak lalu nak makan lagi ke?". Yup, saya masih tak lalu nak makan. Sampai dah tak tau nak makan apa. Penat memikirkan makanan yang boleh masuk kat tekak. biasa kalau beli tu makan je, tapi dengan gaya yang sangatlah slow motion. pastu petang2 atau malam2 sket mula la mengeluarkan isi perut yang ada.

Jumaat malam tu lepas check-up, terus pulang ke rumah mertua dan keluar makan. adik ipar belanja satu family makan kat luar sebab baru dapat pinjaman. masa makan tu rasa macam selera. tapi on the way balik tu dah rasa makanan ni macam tak masuk kat perut je. cuba juga minum air masak. kot2 boleh tolak masuk. sampai je kat rumah abis keluar semua. sebiji2 rupa nasi. memang betul makanan tak masuk perut. At least sebelum ni dah takde rupa sangat. macam dah diproses juga la. kali ni macam tak proses langsung.

sepatutnya dah 3 bulan lebih beransur ok, tapi saya macam beransur kurang ok pula. orang lain makan makin banyak, saya makan makin sikit. Ingatkan dah boleh bau makanan yang dimasak, rupanya masih belum boleh. Kesian suamiku, dah lama tak rasa air tangan isteri.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami...

[+/-] Read more...

Thursday, November 5, 2009

Khasiat Asid Folic

Assalamualaikum….

Semoga semuanya sehat2 saja ya..

Especially buat ibu2 yang kini sedang membawa kandungan… diharapkan agar kesihatan anda di tahap yang tip-top ya.. baik dari segi dalaman juga luaran.. Tenaga juga perlu disimpan bagi saat2 kelahiran kelak..so amalkan pemakanan yang sehat, dan memenuhi semua keperluan tubuh anda juga bayi di dalam kandungan..

Dan .. antara keperluan utama bagi ibu2 ini.. adalah Asid folik (folic acid). Anda memerlukan Asid Folik bagi memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda adalah seiring dengan pembesarannya. Asid folik jua adalah utk tumbesaran otak bayi..


Ianya merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.

Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Lebih malang lagi.. bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor utk mengambil vitamin dan asid

Untuk pengetahuan.. Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Kalo menurut kajian , pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku. Fantastic isn’t it!!! Of course.. Allah yang tentukan semua tu..but usaha kita .. usaha kita mengamalkan dan doa kita utk anak dlm kandungan itu perlu ada..

Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnyer bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tak dapat disingkap..) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.

Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.

Sumber-sumber Asid Folik
Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

Risiko kekurangan Asid Folik
Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :

* Sakit disekeliling mulut.
* Sakit lidah.
* Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
* Anemia.

Kesimpulan

Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik. Asid Folik boleh didapati di mana-mana farmasi.

copu paste dari : http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-khasiat-asid-folik.html/comment-page-1

Pernah bertanya kakak yang juga seorang doktor, kalau tak makan asid folik beberapa hari boleh tak? sebab masa tu stok dah nak habis. takut tak sempat jumpa doktor. Dia kata sepatutnya kena makan setiap hari. Kalau boleh jangan tinggal lebih dari sehari.

Wallahua'lam

[+/-] Read more...

Monday, October 26, 2009

Bersawang sudah

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog. dah bersawang agaknya. Lately ni agak busy sikit dengan projek lain. Tapi projek tu pun kadang-kadang tak terupdate juga sebab sibuk dengan sakit kepala. Bila sakit kepala, mula la rasa malas nak tengok PC ni. Kadang-kadang pc pula yang slow. Macam-macam rintangan dan dugaan.

Kalau ikut rekod dah 3 bulan lebih sikit mengandung. Tapi malam-malam masih juga muntah dan masih tak tahan bau orang memasak. Dan bertambah pula simptom baru iaitu tak lalu nak makan. Benda yang paling tak suka buat sekarang ni adalah makan. Asyik kena fikir nak makan apa dan kena memaksa diri makan. Kalau tak makan baby tak dapat khasiat pula. Jadi, cuba juga paksa diri untuk makan. Bila makan tu memang sangatlah slow. Dah la memang jenis makan slow, makin bertambah slow. Pernah nak menghabiskan nasi separuh pun ambil masa sejam.

Saya ni manja sangat ke? Hmm...tak tahu nak kata. Manja sangat agaknya saya ni. Tengok orang lain mengandung ok je. Saya ni asyik dok rasa lemah dan penat aje. Malam-malam awal-awal lagi dah down. Hari tu cuba ambil cuti satu hari, sama aje lebih kurang. Rasa letih juga walaupun bercuti.

Time weekend memang jarang sikit berehat. Jarang ada kat rumah. Kalau tak ke rumah mertua atau rumah mak ayah, ada je tempat lain yang nak kena pergi. Kalau nak kata sebab jarang duduk rumah sendiri, tapi duduk tempat lain pun berehat juga.

Weekend lepas ikut hubby pergi hari keluarga office dia. Seronok tengok diorang bermain. (Saya tak boleh bermain. Tidak dibenarkan. :P) Lain kali la update tentang itu.

[+/-] Read more...

Tuesday, October 13, 2009

asam kurangkan mual?

Assalamualaikum..

Ramai yang beri pendapat bila rasa mual makan asam. Boleh kurangkan rasa mual. Tapi saya ni lain pula kes. Memang hilangkan mual sekejap. Lepas tu muntah angin tak berenti. Kesimpulannya, mungkin saya memang tak sesuai makan asam walaupun sikit je. Lain orang lain ragam kan. Tak tahu nak makan apa lagi yang boleh kurangkan mual.

Semalam makan kueh teow kung fu. Kata orang, makan benda bersup berselera sikit. Boleh la makan. Tapi cepat dia masuk, cepat juga dia keluar. Nampaknya tak berkesan juga untuk saya. Harapnya selepas 3 bulan ni, saya kembali normal. Ada juga orang yang tak kembali normal kan.

p/s - sekadar bebelan kosong...

[+/-] Read more...

Wednesday, October 7, 2009

10 weeks and 3 days

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semalam dah pergi buat check-up. Sebelum ni hasil scan dan kiraan tak sama. Maybe sebab baby kecik lagi kot. Dan doktor pun tak dapat nak bagi due lagi masa tu. Dia suruh datang lepas raya untuk buat fully check-up air kencing etc. Kali ni doktor yang bertugas doktor Zarina. Doktor ni doktor pakar. Memang lain sangat layanannya. (Tapi kalau nak book doktor pakar untuk bersalin, kena tambah sikit la...)

Masa scan tu tiba-tiba hubby cakap, "Eh, tangan dia gerak." Wah, dah ada hidupan yang bergerak dalam perut. Subhanallah, besarnya kekuasaan Allah. On the way balik tu kami berdua dok tersengih-sengih macam tak percaya. (Maafkanlah kami yang baru pengalaman pertama ni ye.) Nak ambil gambar lupa bawa kamera pula. Nak print doktor kata kecik lagi, tak berapa clear kalau print. Takpelah, tunggu baby besar sket baru kami print ye.

Hasil check semalam insyaAllah due between 30 April-2 May and I'm a 10 weeks and 2 days pregnant(hari ni 3 hari la kan). Pandai baby pilih tarikh antara birthday ummi dan ayah ye. Kalau lahir 1 May sama dengan anniversary kami. Nak jimat belanja boleh combine je semua tarikh untuk raikan sekali. Wah, nanti first anniversary present is our baby. Harap semuanya selamat. Baby duduk elok-elok dalam perut ummi ye. Jangan nakal-nakal tau. We are waiting for you.

Rasa nak mengalir je air mata terharu bila tengok baby gerak-gerak. Next week kami pergi tengok baby lagi ye. Harapnya in the meantime mabuk dan muntah dah kurang sket. Kesian ayah asyik complain ummi asyik tidur hujung katil sambil pandang dinding.

blogger-emoticon.blogspot.com

p/s - dah start sakit-sakit pinggang sikit-sikit.

[+/-] Read more...

Monday, September 28, 2009

Maaf ya...

Assalamualaikum...

Maaf kerana lama tak update blog ini. Dan mungkin di masa terkedepan pun akan kurang sedikit update blog sebab mabuk yang makin teruk. Ingatkan lepas puasa makin ok macam makin teruk pula. Tengok PC lama sket mula la rasa pening-pening dan nak muntah. So datang kerja pun asyik baring kat meja aje dengan minyak angin sebagai peneman setia.

Sekarang ni hampir tiap-tiap malam muntah berisi. Oh, rupanya lebih terseksa muntah berisi dari muntah kosong. Rasa perit sangat tekak sampai tak boleh nak telan apa-apa dah lepas tu. Malam biasa memang agak teruk sedikit mabuknya. Harap-haraplah tak berterusan 9 bulan.

Buat masa ni tak boleh nak bau ayam mentah atau yang digoreng dan sambal yang ditumis. Yang lain tu macam ok lagi. Sangat tak tahan dua yang atas tu. Nak makan ayam pun jadi tak lalu je. Tapi sambal boleh makan cuma masa menumis tu yang tak tahan. Saya memang tak suka makan asam jadi kurang sikit makan asam. Lagipun, kakak saya kata asam buat lagi tambah angin.

Dah mula rasa pening kembali. Mahu berehat. Maaf kalau selepas ini kurang update diblog ini.

[+/-] Read more...

Wednesday, September 16, 2009

Sakit dan terus sakit

Assalamualaikum..

Teringat kata-kata seorang sahabat a.k.a akak yang kata bila seorang perempuan tu mengandung bersedialah untuk sakit dan terus sakit. Sakit mengandung, sakit bersalin, sakit menjaga anak-anak masa kecil, bila besar sakit bila anak menyakitkan hati pula.

Patutlah Rasulullah suruh mengutamakan ibu 3 kali sebelum ayah. Patutlah orang kata syurga di bawah tapak kaki ibu. Tabahnya seorang ibu. Dan kalau seorang ibu tu menjaga dan mendidik dengan seikhlas hati bertambah pula lagi ganjaran yang diterima. Subhanallah. Penyayangnya Allah ni.

Bila dah mengandung dan alami morning sickness ni baru terasa bukan mudah nak jadi seorang ibu ni. Dari anak-anak belum lahir lagi macam-macam yang perlu difikirkan. Tak hairanlah datuk Imam Syafie kata dia telah menyediakan ibu imam syafie selama 40tahun untuk mendapatkan cucu seperti imam syafie. Jadi, sebelum nak dapat anak-anak yang soleh solehah mak ayah kena berusaha jadi soleh solehah dulu la kan.

Soal penjagaan diri, pemilihan pasangan, proses suami isteri, proses mengandung, melahirkan dan mendidik semuanya faktor yang perlu diambil kira untuk mendapatkan seorang anak yang soleh. Harapnya belum terlambat untuk diri ini dan suami memperbaiki diri. Sangat teruja dengan blog ini yang memotivasikan diri untuk menyusukan anak sendiri sepenuhnya. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak berbuat demikian. Selepas menemui blog ini, alhamdulillah, banyak yang saya belajar tentang susu ibu. Terima kasih kepada pemilik blog.

Lagi satu blog yang memotivasikan diri adalah blog ini. Blog ni banyak membantu saya berfikir dan belajar cara untuk mendidik anak nanti. Oh, sebelum terlupa. Di bawah ni adalah gambar yang dijanjikan. Tak nampak sangat pun sebab kecik sangat. Yang bertanda dari + hingga + itu adalah baby saya. Sangat terharu bila dapat nampak ada sesuatu dalam perut. Semoga Allah menjadikan saya insan yang bersyukur dan dekat denganNya.


[+/-] Read more...

Tuesday, September 15, 2009

Hasil check-up

Assalamualaikum..

Semalam dah buat check-up sekali lagi di Pusat Rawatan Kohilal. Saje check sebab risau. Alhamdulillah, the baby is fine. Kecik sangat lagi takleh nak nampak apa. Kalau ikut mesin tu baby tu besar 5 minggu. Setakat ni doktor kata kalau puasa pun tak memudaratkan baby cuma takut maknya yang tak tahan.

Alhamdulillah, setakat ni ok lagi kalau sahur tu dan malam tu makan lebih sket. Biasa sebelum tidur akan cuba makan roti sket dan minum air coklat. Tapi bangun pagi untuk sahur mesti dah kelaparan dan perut mula berangain. Angin sangat la banyak melanda kebelakangan ni. Lately, dah takde muntah angin tapi muntah kosong. Memang beria gaya muntah tapi takde apa pun yang keluar. Lagi la sakit. At least lepas keluar angin lega sikit.

Doktor kata teruskan makan ubat gastrik, boleh neutralkan asid dalam perut. Ganbatte, sikit je lagi nak puasa. Tapi nanti kena ganti satu hari tu. Harap-harap dapat bertahan dengan jayanya.

Semalam sempat berbuka di rumah mertua. Memandangkan pusat rawatan tu memang dekat sangat (15 minit je) dari rumah mertua, jadi malam tadi tidur di sana. Sempat bantu mak buat 2 jenis biskut raya malam tadi. Biskut badam dan biskut tart. Malangnya biskut tart tu saya tak dapat tolong sampai habis sebab dah 'pengsan'. Bak kata hubby sejak mengandung ni tengah mengaji pun boleh tidur sambil duduk. Tak sampai hati nak kejut. Tapi di rumah mertua takde la buat perangai tidur sambil menguli, siap-siap terus berangkat untuk tidur. Mak pun kata muka nampak penat. huhu.

Review sikit tentang Pusat Rawatan Kohilal ni. Alhamdulillah, semua doktor perempuan muslim. Rasa selamat sikit. Kata hubby bila masuk tu rasa 'tenang' je, saya tak perasan la pula. Mungkin sebab ada sedikit tension dengan doktor sebab bila cakap pasal symptom2 biasa tu dia kata, "Biasalah tu. Dah sendiri yang buat kan. Sendiri yang nak." Memang la. Tapi kalau ye pun puan doktor cakap la elok-elok sikit. Saya ni dah ler baru first time mengandung.

Bila tanya nak next check-up pun dia macam tak berminat je. Dia kata baby kecik sangat lagi, tunggu la sebulan lagi ke. Tapi sib baik lepas tu dia bagi nasihat baik-baik. Agaknya just the hormon in me kot yang buat rasa cam tak best. Sebab hubby ok je. Siap dia bagi ambil gambar dalam scan tu pakai kamera sendiri.(Nak suruh print takut mahal plak. tunggu besar sket baru print). Tapi lupa nak bawa card reader, jadi tak dapat nak update gambar. Esok la ye.

[+/-] Read more...

Monday, September 14, 2009

Mabuk-mabuk..

Assalamualaikum...

Jumaat lepas saya ambil MC. Sangat tak larat. Dan balik rumah tu terus berbuka puasa. Target nak puasa penuh tahun ni tapi tak larat sangat-sangat. Agaknya sebab sahur pagi tu makan sikit sangat. Tapi alhamdulillah, setakat ni sehari je ponteng. Harapnya tak tinggal lagi. Lepas-lepas tu sahur memang saya bancuh 2 peket air coklat. Malamnya pula sebelum tidur minum air susu coklat dan sekeping roti.

Sabtu lepas pertama kali solat di surau dekat dengan rumah bersama hubby. Hubby dah boleh bawa motor dan dah tak sakit di bahagian dalaman dia. Tapi keesokan harinya rasa sakit sangat perut. Adakah sebab naik motor? Jalan di situ dah la banyak bumper, melompat-lompat juga walaupun surau tu dekat je. malam ni insyaAllah akan ke hospital untuk check. Rasa risau pula.

InsyaAllah malam ni akan ke Pusat Rawatan Kohilal. Hospital ni agak islamic dan dekat dengan rumah mertua. Hubby try call Pusrawi tapi katanya agak tidak customer friendly. InsyaAllah akan cuba ke sini. Ada juga cuba cari review tentang hospital ni. Alhamdulillah, setakat ni macam ok.

Oh, ada terjumpa video yang menarik. Mahu kongsi di sini.





[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License