Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 27, 2011

Alhamdulillah.. Muadz dah setahun membesar dengan susu ibu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni muadz genap setahun menyusu dengan susu ibu. Walaupun masa awal-awal dulu ada juga campur tapi lepas tu fully breastfeed. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberi peluang untukku menyusukan anakku. Harapnya dapat teruskan sehingga 2 tahun.

Sekarang ni susu masih cukup untuk bekalan muadz tapi cukup2 je la untuk sehari. Jadi, saya gunakan juga frozen EBM dan gantikan lebihannya untuk menjadikan frozen EBM. supaya bekalan frozen EBM tak terputus. sebab ada je hari-hari yang merudum sebab emosi tak stabil ke dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini masih ada reflex down. Bila muadz tengah menyusu dan tiba2 lepas memang susu memancut2 sampai kena muka dia. sampai kawan pun ada yang terkejut. anak dah dekat setahun tapi susu masih memancut-mancut. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.

Kalau ikut, saya yang kurang disiplin dalam mengepam ni susu sure dah banyak kurang. sebabnya hujung minggu tak pam. pastu orang biasa pam pagi2, saya takde la rajin nak bangun semata-mata untuk pam. huhu. kalau ada mc atau cuti yang ada muadz sekali pun tak pam juga. isyk.. isykk...

Tapi alhamdulillah, nasib baik ada Shaklee. Sangat membantu amik Shaklee. Bukan sahaja menambahkan susu tetapi juga menyihatkan dan mencergaskan badan. Tapi of coursela, asas penyusuan kena khatam dan kena buat.

Alhamdulillah, dapat istiqamah untuk pam semasa di tempat kerja pada masa lebih kurang sama setiap hari. Penting tau, pam kena konsisten. Sepatutnya kena kosongkan B setiap 3 jam tapi saya pam 3 kali je di pejabat sebab kerja tak boleh selalu lari dari meja. Dan saya juga minum air yang sangat banyak. Sentiasa penuh botol air atas meja. InsyaAllah, minum lebih 3 liter air masak sehari. Dan yang paling penting sekali berdoa, bertawakkal dan dekatkan diri dengan Allah. Sebab Dialah Pemberi Rezeki.  Masa pam saya gunakan untuk baca Mathurat, Baca Al-Quran serta tafsir dan hafaz Al-Quran. Kadang-kadang, gunakan juga untuk bergayut dengan suami atau telefon orang2 penting. hehe.

Harapnya dapat meneruskan journey menyusukan muadz sehingga usia 2 tahun.

p/s - muadz dah pandai merajuk sekarang. kalau ummi marah, lari kat ayah. kalau ayah marah lari kat ummi. pastu buat muka sedih macam nak nangis. Adui.. tak sampai ati nak marah jadinya..

[+/-] Read more...

Wednesday, April 20, 2011

Panduan Memilih Taska

Assalamualaikum...

Setelah lama tidak mengupdate dan memunculkan diri di sini, akhirnya saya update la juga. Sekarang tahulah saya sibuk kenapa ya.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga melancarkan ebook Panduan Memilih Taska ni setelah delay beberapa lama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Ebook ini dihasilkan atas kesedaran banyaknya kemalangan yang berlaku di Taska. Lebih menyedihkan bila ada Taska yang tidak berdaftar dan seolah-olah lepas tangan apabila kejadian tidak diingini berlaku.

Jadi, sebelum kejadian tidak diingini berlaku, kita berhak memilih yang terbaik. Rasulullah s.a.w sendiri suruh kita berusaha sebelum tawakkal kan. Mahu memilikinya? Klik sini.

Oh, serentak dengan pelancaran, saya juga turut mengadakan cabaran affiliate.

Hadiah yang Ditawarkan
1. Jualan 200 ke atas – Hadiah RM1000.00 + komisen *
2. Jualan 150 – 199 – Hadiah RM750.00 + komisen *
3. Jualan 100 – 149 – Hadiah RM500.00 + komisen *
4. Jualan 50 – 99 - Hadiah RM200 + Komisen *
5. Jualan 30 – 49 - Hadiah RM100 + Komisen *
6. Jualan 20 – 29 - Hadiah RM50 + Komisen *
7. Jualan 10 – 19 - Hadiah RM30 + Komisen *

***(Hanya 10 jualan sudah melayakkan anda untuk mendapat bonus)***

**Jumlah komisen bergantung kepada jualan sebenar

HADIAH TOP AFFILIATE (Selain daripada komisen dan hadiah asas)

Top 1External Hard disk 500GB + Voucher RM30 Hanis Amin Shaklee Store* (Minimum 100 Jualan)
Top 22GB mp3 player + Voucher RM25 Hanis Amin Shaklee Store (Minimum 80 Jualan)
Top 3USB Webcam + Voucher RM20 Hanis Amin Shaklee Store (Minimum 50 Jualan)

* Voucher melayakkan anda mendapat diskaun untuk pembelian mana-mana produk dari http://shaklee.hanisamin.com

Untuk info selanjutnya, sila layari http://www.wangcyber.com/forum/cabaran-wc/39250-cabaran-44-hari-pilihtaska-com-menangi-hdd-500gb-dan-lain-lain-hadiah-menarik.html

Nak sertai? Klik sini sekarang!

Daftar aje. Bahan-bahan promosi dah pun disediakan dalam ruangan tersebut.

Tak tahu cara promosi?

Saya berikan beberapa laman web untuk panduan anda ya!

http://rezqi.com/tag/cara-promosi-produk-affiliate
http://amirulcyber.com/msia/affliate-program/promosi-produk-affiliate-melalui-blog.html
http://www.endangkusman.com/promosi-url-affiliate/

[+/-] Read more...

Thursday, March 31, 2011

Cakap dulu atau jalan dulu

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog. Sejak jepun mengalami bencana alam, kami di office ni pun menjadi sedikit huru-hara. tak sempat nak buat benda lain. Bila ada masa terluang, ada je benda lain yang nak kena buat. jadinya memang tak sempat nak update blog.

Alhamdulillah, hari ni ada masa free lebih sket. huhu. Alhamdulillah? sabo je la, time keje buat benda lain. tapi, kalau tengah free time takpela kan, daripada mengganggu orang lain. sebenarnya makin lama dah rasa makin tak semangat nak kerja. banyak betul faktor-faktor dalaman dan luaran yang makin lama bila pergi kerja je jadi rasa tak seronok.

Siap cakap dengan hubby, ok tak kalau akhir tahun ni nak berenti kerja. Hubby kata, yakin ke boleh survive? Sekarang ni pun business macam tak menjadi. Ye la, tak fokus betul2 macam mana nak menjadi. Tapi kalau berhenti kerja akan fokus ke? nanti serabut pikir nak kemas rumah plak. huhu. InsyaAllah kena kuatkan semangat. Tapi sekarang ni kena kuatkan semangat untuk pegi kerja dulu. huhuhu.

ops.. terbebel plak. dah lama tak update pasal muadz. Alhamdulillah, akhir bulan depan Muadz akan berusia setahun. Alhamdulillah, dapat menyusukan muadz sepenuhnya dengan susu ibu.sekarang ni muadz makin aktif. asyik nak pegang berpaut dan berdiri je. mulut pun dah bising sket. entah apa yang dicakapnya. yang paling dia suka berpaut pada ummila. tak kira la ummi tengah baring ke duduk ke diri ke, suka je datang berpaut berdiri dan panjat2 ummi. kalau tgh main pun, ummi tegur sket je terus datang merangkak nak memanjat ummi.

hari tu saje sembang2 dengan hubby, main teka2. agak2 muadz mula berjalan dulu atau bercakap dulu. hubby kata bercakap, tapi saya rasa macam berjalan. sebab dia lagi aktif nak berdiri dan tolak2 benda. mulut kadang2 je bising. pendiam macam ummi dia kot. :P tapi ceria macam ayah :)

tapi sekarang, baru merangkak je pun dah tak larat nak mengejar. abis semua benda dikutip dan masuk mulut. dulu boleh solat sambil dukung muadz, sekarang dia dah tak mau. sibuk nak explore sana sini. kalau dukung pun boleh satu rakaat je, bila ummi letak untuk sujud dia dah ke mana2. sambil dukung tu boleh plak ketuk kepala ummila, korek mulut ummi la, nasib baik tak tergelak.

2 hari ni muadz asyik tak lena tidur malam. bila bangun, bagi susu pun tak mau. dok golek2 atas ummi sambil merengek. tapi mengantuk. agaknya panas kot. badan dia mmg berpeluh2. hmm..rumah kami memang panas sket. kesian muadz. semalam tidur terbalik kaki dan kepala sebab nak bagi kepala dekat dengan kipas. lepas tu baru dia tidur. itupun pantang ummi bangun dia pun bangun. ada six sense agaknya.

dah lama tak upload gambar muadz. ni gambar muadz dari facebook ayah. (sila abaikan background)




[+/-] Read more...

Monday, March 14, 2011

Gempa bumi di Jepun

Assalamualaikum..

Jumaat petang yang lepas, kami dikejutkan dengan berita gempa bumi yang dahsyat di bumi Jepun. Patutlah petang tu tiada panggilan dari customer Jepun. Sebagai orang yang pernah tinggal di Jepun selama 4 tahun setengah, berita tentang Jepun terasa sangat dekat di hati. Apatah lagi memang pernah merasai gegaran di Jepun, cuma paling lama pun 5 minit.

Tapi, kali ini sangat hebat dan dahsyat. dari skala 7.9 naik ke 8.9. Kata seorang teman, mungkin juga naik ke 9.0. Walaupun hanya beza 0.1 tetapi memberi gegaran 30 kali ganda. Teman-teman di sana melaporkan sepanjang hari merasa gegaran. Lebih banyak bergegar dari tak bergegar. Pagi sabtu pun masih ada lagi gegaran. Kemudian, diikuti pula dengan tsunami yang sangat dahsyat. Innalillahi wainnailahiraji'um.

Terasa risau memikirkan sahabat-sahabat di sana, apalagi yang ada anak-anak kecil. tentu sedikit sukar nak menyelamatkan diri dan anak-anak. Suami punya tiada di rumah. Semua perkhidmatan train juga diberhentikan. Ada yang sampai kena berjalan kaki pulang 8 atau 9 jam sebab semua teksi dan bas pun penuh.

Pada masa tu, apa yang terfikir di fikiran ini, Alhamdulillah tidak berada di sana. Tapi seketika kemudian terus teringatkan ayat-ayat Allah.

Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup, dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur.Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat, dan terbelahlah langit, karena pada hari itu langit menjadi lemah.
(Surah al-haqqah : 13-16)

Sepantas itu terasa, sayakah yang beruntung atau mereka yang beruntung? dapat merasai bibit yang digambarkan Allah. Yang mungkin cuma 1/100 daripada keadaan sebenar apabila terjadinya hari qiamat. Tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat merasai ketakutan itu, yang harapnya dapat menginsafkan diri dan mendekatkan diri dengan Allah.

Seorang sahabat di Jepun melaporkan, orang-orang Jepun keluar ke tanah lapang dan bersujud ketakutan. Kasihan mereka. Tidak tahu arah tujuan hidup, tidak tahu mahu mensujudkan diri kepada siapa. Tetapi itulah fitrah manusia. Akan mencari dan bersujud pada suatu kuasa. Walaupun mereka tidak meyakini adanya Tuhan tetapi bila ditimpa bencana terus mencari Tuhan meminta bantuan.

Hari ni membaca update dari rakan-rakan di sana. Alhamdulillah, semuanya selamat. Cuma mungkin akan berlaku blackout kerana mereka mahu menjimatkan tenaga. Keadaan sekarang agak sejuk. Harap mereka dapat bersedia untuk segala kemungkinan.

Lagi berita tentang Gempa Bumi di Jepun.
http://www.abc.net.au/news/events/japan-quake-2011/beforeafter.htm

Ada juga yang mengaitkan peristiwa ini dengan mencari bukti-bukti dari al-Quran. Ya, Al-Quran memang sangat unik. Bila kita cari maklumat sains, maka itu yang akan kita dapat. Bila kita cari tanda-tanda, itu yang kita dapat. Tapi ingatlah al-Quran diturunkan bukan untuk mencari sains dan fakta tetapi sebagai panduan hidup. Untuk dijadikan manual dalam hidup, difahami, dipelajari dan yang penting sekali DIAMALKAN.

Semoga peristiwa ini memberi keinsafan kepada kita semua.

p/s - dengarnya kedai2 semua penuh, harga makanan semua dikurangkan. siap ada yang bagi free lagi. yang bestnya semua orang tetap sabar beratur dan menunggu giliran. Kalau jadi kat Malaysia ni agaknya bukan setakat berebut2 dan bergaduh siap harga barang melambung naik agaknya. Sungguh tak islamik walaupun ramainya orang Islam di Malaysia ni.

[+/-] Read more...

Thursday, March 10, 2011

Berbeza pendapat

Assalamualaikum..

Setiap manusia memang dilahirkan berbeza. Dengan perbezaan pendapat, perbezaan ilmu dan kefahaman. Tapi kenapa ada setengah kita, bila berjumpa dengan sesuatu dengan berbeza pendapat, cepat membuat conclusion bahawa orang itu cuba memburukkan kita, cuba menjatuhkan kita, bersifat dengki dengan kita. Sedangkan mungkin dia tak berniat pun sedemikian rupa. Dia mungkin cuma berkongsi apa yang dia tahu dan faham. Terlampau cepat kita memasukkan unsur negatif dalam diri. Terlalu cepat kita membuat keputusan berdasarkan sesuatu perkara,

Benar, perbezaan pendapat mungkin kerana kita mendapat pelbagai ilmu dari sumber yang berbeza. Jadi, seharusnya kita berkongsi apa ilmu yang kita tau tetapi bukan mengharapkan orang lain menerima bulat-bulat.

Dalam Islam sendiri ada banyak perbezaan pendapat. Bukan di zaman sekarang sahaja, dari zaman Rasulullah sendiri. Tetapi adakah Rasulullah melarang? Tidak, Rasulullah membuka pintu ijtihad para sahabat. Cuma aqidah yang tak boleh berbeza pendapat. Aqidah tetap satu! Tetapi untuk perkara-perkara furu'(bercabang), boleh aje nak berbeza pendapat. Tetapi, jangan lupa, mesti berlandaskan Al-Quran dan sunnah ya.

Sebab itu dalam Islam ada 4 mazhab yang besar. Dan imam-imam mazhab ini sendiri berguru sesama mereka dan menghormati sesama mereka. Tiada pun yang bergaduh. Yang bergaduh lebih-lebih tu kadang-kadang pengikut-pengikutnya sahaja. Setiap imam mazhab tu bukan calang-calang orangnya. Dah kaji beribu hadis dan ayat al-quran. Mereka sendiri berkata, kalau ada jumpa hadith yang lebih kuat dan sahih daripada yang mereka jadikan sumber, boleh tolak hadith yang mereka pegang. Tapi kita ni setakat tau 2-3 hadith tak payah la nak sibuk kata imam ni lagi bagus dari imam tu. atau imam ni yang terbaik etc. Cukup kita berpegang pada apa yang kita yakin. Tapi kenalah mendalami ilmu tu juga. Keyakinan perlu dibina, bukan diperolehi sekelip mata.

Maka, marilah kita raikan mereka yang berbeza pendapat. Kalau rasa pendapatnya kurang tepat, apa kata kita cuba perbetulkan. Kalau mereka tidak mahu menerima, terpulang pada diri masing-masing, yang penting kita dah cuba sehabis daya. Tak perlu dipersendakan atau berkata yang tidak baik tentang mereka. Semoga kita terpelihara dari penyakit-penyakit hati.

[+/-] Read more...

Tuesday, March 8, 2011

Sentiasa maafkan orang lain & jaga wudhu

Assalamualaikum...

Mak saya selalu pesan supaya sentiasa berada dalam keadaan berwudhu. Jaga wudhu sebab wudhu boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang kadang mungkin kita tak perasan. Tapi saya ni sangat susah nak jaga wudhu. huhu..

Kalau kat office macam mana pula. Takkan setiap kali pegi toilet nak ambil wudhu. Dah la kerap gi toilet sebab banyak minum air. Takpe la, buat semampu yang boleh. Sebab tu cuba buat extra work, ie. solat sunat, mengaji, puasa sunat etc. Kalau kita buat extra work mesti bos sayang kan, kalau tolong mak kat rumah lebih-lebih sket mesti mak sayang. Abis tu takkan tak nak Allah sayang kot. So buat je la extra lebih-lebih sket.

Tapi sebelum tidur memang saya amalkan berwudhu. Tapi kalau muadz meragam tu kadang tak sempat juga. Hari tu siap saya ambilkan wudhu untuk dia sekali sebelum tidur. hehehe. dia tengok aje. Nanti dah besar ambil wudhu sendiri ya, nak. Sebelum tidur biasa masa gosok gigi pun akan bawa dia dan bagi berus gigi dia. Sama-sama gosok gigi. Saya masukkan berus gigi dalam mulut dia pun tengok dan ikut. Comel je.

Lagi satu, supaya jiwa sentiasa tenang, amalkan sebelum tidur maafkan semua orang, tak kira la salah kita atau salah dia. Kenapa? Sebab di akhirat nanti, orang yang kita tak maafkan akan datang dan pegang kaki kita untuk minta maaf. Selama mana tak maafkan dia, selama itulah dia akan pegang kaki kita. Dah la hari akhirat tu nanti panas terik, tentulah nak cepat-cepat ditimbang dan masuk syurga(insyaAllah). Tapi bila adanya orang-orang ni akan melambatkan proses kita ditimbang. jadi, baiklah kita maafkan je orang-orang lain di dunia supaya lebih mudah dihisab di akhirat nanti.

Masa yang sama, jangan lupa juga minta maaf kalau ada buat salah kat orang. Minta maaf dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Tapi kalau orang dah tak nak maafkan. Tu antara dia dan Allah. At least kita dah cuba yang terbaik. Abis tu kalau kita mengumpat artis-artis tu macam mana pula nak minta maaf. huhu. bukan senang nak jumpa diorang minta maaf. Lagi senang kalau kita tak payah mengumpat. Kan senang cerita. huhu.

Bila hati tenang, diri tenang, semua benda pun menjadi positif. Kalau diuji pun insyaAllah akan menjadi positif. Sebab kita tahu, Allah uji untuk bagi kita naik pangkat menjadi lebih tabah, maka lebih susahlah ujiannya.

Mari mempositifkan diri!

[+/-] Read more...

Motivasi pagi : menjadi insan positif

Assalamualaikum..

Seperti biasa, pagi-pagi dengar motivasi pagi di IKIM.fm. Setiap pagi jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi. Semoga menjadi insan yang lebih bermotivasi. Hari ini menceritakan bagaimana untuk menjadi insan positif.

Kata penceramah, biasanya manusia ini akan menyimpan elemen negatif dalam minda. Kalau pagi-pagi jalan jem, pastu tak jumpa parking etc, balik rumah tidur. benda tu akan disimpan di dalam minda luar sedar dan terpahat dalam minda manusia. Jadi, bagaimana nak menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini kan.

Manusia ni terdiri dari 2 elemen iaitu fizikal (luaran) dan spiritual (dalaman). Biasanya manusia menganalisa sesuatu menggunakan luaran. Apabila luaran tak betul, akan effect terus dalaman dan menjadikan kita insan negatif.

Sebagai contoh, kita berjanji dengan kawan jam 2 tapi jam 4 baru dia sampai. Sementara menunggu tu, kita akan tak senang duduk dan merasakan semua orang pandang kita. Itu adalah pengaruh luaran. Disebabkan pengaruh itu menjadikan kita menjadi marah dan geram. Jadi, bila kawan kita datang dengan wajah baik dan minta maaf segala pun, kita akan jadi marah.

Berbeza jika kita menganalisa sesuatu dari spiritual dahulu. Kita akan bermula dengan bersangka baik. Oh, dengan syarat spiritual kena baiklah ye. Caranya, mudah aje, dekatkan diri dengan Allah. Bila kita mula bersangka baik, kita akan berikan 1001 alasan untuk sahabat kita tu. Contoh, mungkin dia ada kecemasan di rumah, mungkin dia tersekat dalam jem. Alhamdulillah dia lambat, boleh ambil masa untuk baca buku. Alhamdulillah, dia lambat, masa ni la nak ambil masa untuk berzikir dan menghafal. etc.. etc... Bila spiritual tenang, fizikal kita pun akan tenang. Tubuh akan menjadi relaks dan takde la nak sakit-sakit kepala.

Even sesama muslim kita memang kena lindungi muslim yang lain. Kita kena beri 1001 alasan kepada muslim yang lain sebelum kata dia tu jahat. Apa lagi kalau dianya seorang mukmin. Lagi la kena lindungi. Dalam sirah sendiri Allah ada menegur tentang isu ini, di mana peristiwa Saidatina Aisyah r.a difitnah dengan seorang sahabat. Alamak, panjang la pula nak cerita kisah ni.

Takpe la, kalau rajin buat entry yang lain. Tapi dari kisah tu, orang Islam terbahagi kepada 3 golongan, golongan yang tidak percaya, golongan yang percaya dan golongan yang tunggu dan lihat(atas pagar). Allah menegur 2 golongan terakhir tu kerana tidak mempercayai mukmin yang lain. Bukan bermakna percaya semborono tetapi bila dengar berita tak baik, kita sediakan dulu 1001 alasan untuk dia.

Walaupun orang tu memang dah disahkan perogol dan dihukum di tali gantung. Memang jahat dan teruk. Lagi pula yang rogol dan bunuh kanak-kanak. Tetapi mungkin sebab dia takde kesedaran Islam yang betul. Mungkin Imannya tidak dididik dengan betul lalu membesar jadi macam tu. Habis tu, siapa yang salah. Kitalah! Orang yang sedar tapi tak nak buat apa-apa. huhu.

Jadi, nak buat apa? Kenalah bantu membetulkan masyarakat. Benda paling kecik dan senang, didik anak-anak kita supaya mereka membesar menjadi insan yang baik dan BERIMAN. Selain tu, jadi contoh yang baik (mengikut neraca Islam) untuk orang-orang sekeliling. Kalau semua orang buat, Insya Allah, tak mustahil suatu hari nanti masyarakat kita akan menjadi masyarakat yang hebat dan aman. Macam masa zaman Ummayyah, yang kalau rumah tak kunci pun takde pencuri sebab aman damai.

Bilalah nak capai zaman kegemilangan tu kembali ye? 8-> Sempat tak, nak merasai? Kalau tak sempat, agak-agak sempat tak anak-anak dan cucu-cucuku merasai? Apalagi kena mula dari sekarang la, yang penting dari diri sendiri dan alirkan ke sekeliling. huhuhu.

[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License