Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Past. Show all posts
Showing posts with label Past. Show all posts

Tuesday, September 8, 2009

Laksam...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...setelah lama 'mengidam' laksam akhirnya semalam dapat juga makan di rumah mak. Semalam berbuka puasa di rumah mak, ahad malam dah berbuka puasa di rumah mak mertua. Mak macam tau-tau je, terus tanya nak laksam? Rindu betul nak makan laksam.



Inilah rupanya laksam. Terlupa nak ambil gambar sebab dah lapar masa berbuka semalam. Terus masuk mangkuk dan makan je. Yang ni adalah ihsan dari encik Yahoo. Ada lagi satu bungkus tak habis. Rugi pula tak ambil bawa balik. Tapi nanti nak kena bawa ke office pula sebab pagi tadi lepas sahur terus dari rumah mak ke office.

Dulu masa kecik-kecik opah selalu buat. sekarang ni opah dah tak larat dah. Jarang pula tu nak jumpa kat kedai. Laksa banyak la. Semalam dapat juga makan laksam. Pernah sekali ada jual di office tapi lepas tu dah takde pula. Tak mendapat sambutan kot.

Hubby pula semalam first time makan laksam. Dia kata macam ok tapi nampak macam tak berapa suka. Hubby memang suka makan nasi putih dan lauk je. Saya pula jenis suka mencuba pelbagai jenis makanan. Terasa rindu nak makan makanan jepun tapi kalau ajak hubby mesti dia tak suka.

[+/-] Read more...

Monday, August 3, 2009

Rindu Jepun

Hari ni tak nak cakap tentang tutorial. hehe. Tadi jumpa kembali blog seorang akak yang menjadi teman masa belajar di Jepun dulu. Rindu betul dengan akak tu dan anak-anaknya. Dulu selalu juga jumpa dan dia selalu masak sedap-sedap. Dapat jumpa semula sebab akak ni letak link kat fotopages.

Rupanya akak dah bertambah bilangan ahli keluarga. Rindunya Kak Yani. :kiss:Baca blog dia pasal anak-anak yang cerita pasal makanan Jepun. Tiba-tiba jadi rindu pulak kat Jepun. Walaupun sekarang ni hari-hari cakap bahasa Jepun tapi suasana masih suasana Malaysia. Dulu konon-konon berangan nak ajak hubby pegi Jepun. InsyaAllah, ada rezeki boleh la ke sana. Tapi baik pergi Mekah dulu kan. Tengoklah rezeki macam mana.

Oh, akak ni setup myresipi.com. Dulu rajin cuba macam-macam kat situ. Ada juga add resipi yang sendiri cuba kat situ tapi rupanya tak semenarik orang lain buat la, tapi rasanya tetap sedap. Kat Jepun dulu sangat suka buat kek, roti, dessert. Balik Malaysia ni satu pun tak pernah buat lagi. Bread maker masih dalam kotak sebab Voltan kat sana dan sini tak sama. Kena beli untuk ubah Voltage tu dulu. Oven, nanti dulu lah.

Sekarang ni pun tak berapa nak ada masa buat macam-macam. Takut beli, pastu tak terbuat juga. Lagi satu sebab duduk berdua je. Kang takde orang nak makan pula. Dulu kat Jepun suka bagi pada satu family yang duduk berdekatan. Suka tengok diorang makan. Hari tu pegi Jusco, terikut nyanyi sekali lagu sakana* masa lalu kat tempat ikan. Hubby geleng kepala je.

Nak pegi tengok blog kak yani lagi la...

*sakana = ikan

p/s - lately ni asyik dengar cerita orang dapat baby atau mengandung je, jeles la pulak.:16:

[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License