Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 11, 2012

Pelancaran Baby Kawaii Store

Assalamualaikum...


Dah lama betul tak menulis kat sini. Ok, insyaAllah ini adalah entry terakhir di sini. Lepas ni blog ni akan ditutup sepenuhnya sebab dah banyak sangat blog. Insya Allah saya akan bersiaran di http://hanisamin.com/blog dan juga Hanis Healthy Life. Maybe akan lebih banyak update kat Hanis Amin Shaklee Store. 

Sebab rasanya pusing2 balik pun isu yang lebih kurang sama iaitu parenting, breastfeeding. Mula-mula buka blogspot ni sebab nak belajar tentang SEO dan blogging. Alhamdulillah, banyak juga dapat ilmu, jadi diamplikasikan ke 2 blog di atas. saya memang suka bercerita tentang parenting dan benda-benda natural. Jadinya, Alhamdulillah, sekarang ni berusaha menjual SHAKLEE (supplemen dari bahan asli) dan juga CLOTH DIAPERS melalui BABY KAWAII STORE

Baru mula nak melancarkan Baby Kawaii Store ni. Buat masa ni bermula dengan cloth diapers sebab memang pakaikan muadz cloth diapers, insyaAllah akan meningkatkan produk dari semasa ke semasa. 


Jadi, lepas ni boleh la bookmark blog dan website saya yang lain tu ye...

Terima kasih kerana menyokong saya selama ini...

Maafkan segala kekasaran tulisan kalau ada yang terasa hati.

wassalam

[+/-] Read more...

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. akhirnya kita berjumpa juga Ramadhan tahun ni. Harapnya dapat teruskan puasa hingga ke akhirnya. Tiba-tiba teringat seorang sahabat yang tak sempat habiskan Ramadhan dan jumpa Syawal tahun lepas. Semoga ruhnya dicucuri rahmat.

Alhamdulillah, malam tadi dapat mengerjakan solat terawikh di masjid walaupun sedikit kelam-kabut sebab semua orang siap lambat. dah azan isyak masih di rumah, nak ke masjid shah alam yang memang penuh tu pula. oh ya, pagi ahad tu kami buat bacaan tahlil dan doa selamat. cuma adik-beradik saya dan mak ayah sahaja. takde ajak orang luar pun. baca tahlil untuk arwah tok, nenek, moyang dan saudara-mara.

jadi, malam tu dengan 2 orang anak buah dan muadz lagilah kelam-kabut. seorang anak buah lelaki dan selamat ikut pak teh dia. so oklah. kami pergi 2 kereta sebab tak muat satu kereta. nak cari parking punyalah penuh. tapi yang sedihnya biasanya fenomena ni berlaku awal2 puasa aje. lepas seminggu saff pun makin kurang. 10 malam terakhir lagilah kurang sebab semua dah sibuk persiapan raya. Sedangkan 10 malam terakhir tu lah kita nak all-out beridadat yang paling terbaik sekali sebab Allah janjikan Lailatul Qadar. Tapi orang lebih suka memikirkan lailatul cadar, langsir, kuih muih dan lain-lain. huhuhu. Kalau nak beli baik beli awal-awal. Oh ye, kakak ipar saya ada jual cadar. Boleh tengok di FB dia di sini. kakak saya pula ada jual kurma di sini. hehe. adik beradik business. :P

ok...berbalik kepada malam tadi. macam biasa, memang akan angkut je muadz ke mana sahaja supaya dia tahu apa aktiviti ummi dia.cuma sejak dia dah boleh berjalan ni, penat sket nak kejar dia. lagi pula, dia ni jenis ramah. nampak je budak2 lain terus pegi join main, walaupun dia bukannya bersuara pun dia duduk je sama2.

setakat dia dah boleh berjalan ni pernah bawa ke masjid KLIA je. itupun tak ramai orang. so dia mainla kat tiang2 depan tempat solat tu. kali ni kami solat kat ruangan bawah sebab dah lambat. masa sampai tu orang dah habis solat isyak. so masing2 solat isyak sendiri aje. masa tu muadz dah pegi dekat sekumpulan kanak-kanak. sebab dah nak masuk saff, so amik letak muadz kat tepi. lepas rakaat kedua solat terawikh tengok muadz dah duduk dengan 2 orang abang, main-main. lepas 4 rakaat, muadz dah dekat dengan pintu nak keluar.

lepas 6 rakaat, masa ni kakak sedara dia, kakak hannah dah tak mau solat. so dia pegi jaga muadz. dah ada duduk dengan ada sorang kakak dan budak2 lain. tapi agak jauh juga tempatnya. melilau cari masa ni. dah risau juga. lepas 8 rakaat, kakak hannah dah bawa muadz golek2 tepi mak long dia.

lepas abis ummi solat witir, kakak hannah kata muadz pegi naik tangga dah sampai 6 anak tangga. adui anak ummi. Dah besar dan bijak rupanya. suka berkawan pula tu. huhuhu. sepanjang solat tu memang tawakkal aje. semoga Allah menjaga anakku. tapi setiap abis 2 rakaat tu melilau juga cari. tawakkal, tawakkal juga. takkan takde usaha kan.

harapnya muadz dapat membiasakan diri dengan solat jemaah. raya tahun ni ummi tak dapat bawa muadz pegi solat raya sebab ummi kerja. surau rumah nenek pula kecil, tak sesuai bawa budak kata ayah. lebih baik bagi mereka yang memang betul2 nak khusyuk solat. takpelah, muadz dengar khutbah raya kat rumah dengan nenek tau.

Semoga Muadz jadi anak yang soleh dan musleh ya.

[+/-] Read more...

Friday, June 24, 2011

Perubahan...

Assalamualaikum...

Malam semalam seorang sahabat share buku "Adakah saya sudah ditarbiyyah?" lebih kurang camtu la tajuk dia. tak ingat plak tajuk betul2 dia. huhu. tapi salah satu point adalah orang yang sudah ditarbiyyah boleh menerima perubahan. Ya, setiap hari memang berlaku perubahan dalam diri sama ada perubahan kecil atau perubahan besar. sama ada perubahan dalam diri yang inginkan perubahan ataupun perubahan dari luar yang memaksa kita berubah.

Kebelakangan ni banyak berlaku perubahan dalam kehidupan. Ada yang dinanti dengan penuh debaran dan ada yang memeningkan kepala. Perkara pertama yang berlaku adalah perubahan dari segi tarbiyyah. hmm.. dah banyak kali berubah, jadi takde la rasa tak suka cuma berdebar-debar. huhuhu. dan mungkin lepas ni nak kena manage balik jadual masa dengan keluarga. Wallahu'alam. Nantikan saja perubahan yang belum berlaku ni.

Perubahan kedua dalam business. Ini memang perubahan yang agak besar yang menyebabkan saya terpaksa re-manage kembali business. InsyaAllah dengan perancangan yang lebih baik tapi in the middle of the process sangatlah pening kepada sebab terlampau banyak perancangan dalam kepala. rasa kalau orang boleh buka otak, boleh tengok kot sentiasa berpusing2 je berpikir pelbagai strategi dan perancangan. tapi nak melaksanakannya a bit slow, nak kena buat satu2. bila ini nak buat itu nak buat. maka jadilah bertambah pening. huhuhu.

perubahan yang ketiga dalam jadual pam susu dan rehat. sebelum ni pegi pam jam 10.30 atau 10.45 tapi sekarang di awalkan sket jadi jam 10.00pagi. tapi dalam masa 2 hari ni mesti je terlajak ke jam 10.15 pagi. ok la tu tambah tolak 15 minit. dan awal2 ni susu pun kurang sket. harapnya akan kembali normal selepas membiasakan diri dengan jadual baru ni.

sebenarnya patut dah kena train sket2 nak wean-off muadz. tapi.. rasa sangat-sangatlah sayang. sampai sekarang belum ajar dia minum air lain, cuma susu ummi dan air masak. itu pun air masak dia tak suka sangat. lagi banyak menyembur aje. cuma makanan je dah makan macam-macam. tapi ummi still bekalkan bubur ke taska sebab tak nak bagi muadz makan bukan2. hohoho. ummi muadz ni sangatla sibuk mengontrol pemakanan dan kesihatan muadz.

dah, kalau ummi dia tak jaga, siapa lagi nak jaga kan. cuma kadang-kadang rasa cam 'muadz ni asyik menyusu je. ummi nak buat kerja la'. muadz dah la kalau menyusu takdenya 5-10 min. paling kejap pun 20 minit. sampai sejam pun penah bergayut. last2 umminya yang tido. tapi kadang-kadang rasa cam 'muadz tak nak susu ummi ke?'. huhu. sungguh konflik perasaan.

oh, masa rehat pun dah berubah ke pukul 12. kena ajar balik perut supaya bertahan sampai kul 12. tapi yang bestnya bila makan pukul 12 ni, makan semua dah ada. tinggal amik atau order dan bayar je. sebelum ni rehat jam 11. makanan pun takde. kul 11.30 baru makanan ada, itupun kadang2 nasi takde la, lauk ada 2-3 je la. lately ni baru ok sket. jadi disebabkan nak kena masuk balik kul 12, kena la makan cepat2 dan biasa terlajak je ke 12 lebih sket. huhuhu.

tapi sekarang boleh makan dengan tenang dan kunyah bersungguh2. time performance? erm..boleh tak, nak lupakan pasal time performance. huhuhu.

bila terjadi macam-macam perubahan terasa nak take time to cool down. to get grip of myself. ada amik cuti tapi satu hari dating dengan hubby, satu hari dating dengan muadz dan satu hari dating dengan kak long. huhuhu. kenapa la keje swasta ni takleh amik cuti tanpa gaji setahun. kalau boleh, kan best. huhuhu.

apa pun, setiap perubahan yang berlaku tu diharapkan berubah ke lebih baik. bagaimana? kitalah yang kena berubah menjadi lebih baik, barulah keadaan pun menjadi bertambah baik bukan. Kena yakin, perancangan Allah itulah yang terbaik.

Mari kembali muhasabah diri...

[+/-] Read more...

Wednesday, June 1, 2011

Shaklee Baby Giveaway Contest

Assalamualaikum...

sepatutnya tak layak nak masuk contest ni sebab sendiri yang buat. Hehehe. Tapi saje je, nak konon2 macam join contest juga. Dah lama tak join contest. Don't worry, entry ni takkan masuk sebagai salah satu contestant.

Mudah aja..

Terdapat beberapa kategori iaitu

1) Referral tertinggi (jangan lupa letak link kami supaya kami dapat detect ya)

2) Cabutan bertuah (Satu bagi setiap bulan)

Cara menyertai contest ini :
1) Buat satu entry dengan tajuk “Shaklee Baby Giveaway Contest” - DONE!
2) Masukkan badge di atas didalam entry dan side bar blog anda (dengan link back pada entry ini) - DONE!







3) Sertakan sekeping gambar anak/anak saudara berusia 3 tahun ke bawah dengan mana-mana produk Shaklee sama ada Full Pack atau Trial Pack.

Sila nyatakan
Nama Kanak-Kanak & Umur:
Hubungan dengan Kanak-Kanak:
Tujuan ambil makanan tambahan Shaklee :
Kesan selepas ambil makanan tambahan Shaklee :


Nama Kanak-Kanak & Umur: Muhammad Muadz, 8 bulan kot (tak ingat..huhu)
Hubungan dengan Kanak-Kanak: Anak Ummi :)
Tujuan ambil makanan tambahan Shaklee : Mula-mula dulu untuk tambah susu, sekarang sebagai makanan tambahan untuk lebih sihat & bertenaga
Kesan selepas ambil makanan tambahan Shaklee :
1- susu bertambah. Alhamdulillah
2- kurang lesu walaupun letih
3- jarang sakit

4) Letakkan link kami dalam bloglist di blog anda. - DONE
5) Tinggalkan permalink entry anda di ruangan komen entry ini. - tak payah la.. :P

Jom join sama!

[+/-] Read more...

Tuesday, May 24, 2011

Memperalatkan Allah untuk mendapatkan dunia?

Assalamualaikum...

Entry di bawah ni 2 minggu lepas punya cerita sebenarnya. Tapi terlupa nak publish. Tgk2 ada dalam draft. Baru nak share..

----------------------------------------------------

Semalam, berjumpa seorang sahabat dan sangat tertarik dengan kata-katanya, "Kita sepatutnya memperalatkan dunia untuk mendapatkan Allah, bukannya memperalatkan Allah untuk mendapatkan dunia."

Ya, sangat betul. Tersentak hati bila mendengar kata-kata itu. Sekarang ni ramai yang memperalatkan Allah untuk mendapatkan dunia. Bagaimana tu? cuba fikir-fikir balik. Masa bila kita ingat Allah? Masa dekat nak exam, masa tu lah kita tingkatkan amal ibadat dan mendekati Allah. Masa sakit, masa tulah berdoa bersungguh-sungguh. Masa nak dapatkan sesuatu, tekun beribadah tetapi untuk apa? Adakah hanya untuk mendapatkan kejayaan dunia, kesihatan, gaji besar, duit banyak? Lalu untuk apa?

Kadang-kadang diri sendiri pun terleka. Ibadat menjadi rutin harian tanpa roh di dalamnya. Maka, apakah nilainya ibadat itu? Setiap hari keluar bekerja, untuk dapat duit yang duit itu digunakan untuk barang-barang untuk keluar bekerja seperti baju, duit minyak, beg etc. Jadi, apa bezanya kita dengan mereka yang tidak beriman? Cuma kerana kita meluangkan sedikit masa untuk Allah?

Memang Allah suka dengar hambaNya berdoa. Malah, Allah yang Maha Pengasih akan memakbulkan permintaan hamba-hambaNya.Tapi kena ingat bahawa, Allah tidak menjadikan manusia dengan sia-sia.

persoalan yang kena sentiasa ada dalam minda kita iaitu dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi, apa tujuan hidup di muka bumi?

Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama[485] mereka sebagai main-main dan senda gurau[486], dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. (Surah Al-An'am : 70)

Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam diri ini...

[+/-] Read more...

Thursday, May 19, 2011

Keperluan atau kehendak

Assalamualaikum..

Dalam hidup ni, lebih banyak benda yang kita belanja ikut kehendak berbanding keperluan kan? Maka, jadilah kita sentiasa berada dalam keadaan tidak cukup. contohnya, beli kereta untuk zaman sekarang ni dah kira keperluan sebab kenderaan awam agak sukar digunakan. Tapi perlukah beli kereta mewah macam bmw ke mercedes ke. cukuplah kereta family biasa kan. sebab tu makin banyak duit masuk, makin banyak la pula hutangnya. Bak kata pepatah, makin besar periuk makin banyak la keraknya. best ke kerak tu? tak best pun. nak makan pun keras. huhuhu.

sekarang ni macam agak sedang berkira-kira nak membeli smartphone dan tablet pc. tapi perlukah? beli tepon biasa pun macam cukup kan. bukan nak pakai sangat pun macam-macam application tu. mengada je lebih. huhuhu. tapi on the other hand, macam ada juga application yg perlu untuk business. dan dan pula handphone buat perangai. tiba-tiba sim card tak detect. bila recharge tak mau charge. pastu keluar error pelik2. aduuuhhh... tak sampai setahun lagi pakai handphone ni. membazir betul.

takde la nak beli sekarang pun. kewangan pun tak stabil. banyak lagi benda yang PERLU beli daripada sibuk nak kehendak. Tapi kalau nak beli telefon baru pun, lebih pentingkan pada ciri-ciri yg saya mahukan iaitu :
1) boleh dual sim card (skrg dah ada 2 nombor, malas nak bawa 2 handphone) - ada ke smartphone dual simcard?
2) Ada application Al-Quran, Hadith dan mathurat Kubra
3) boleh simpan phonebook banyak2
4) boleh simpan sms banyak2 dan bila sms lama2 tu boleh delete sendiri
5) boleh buat group phonebook banyak2
6) automatic save send sms
7) boleh access internet
8) camera & video (rasa sekarang ni semua phone pun ada)
9) ada memory yg agak besar

sebenarnya benda yg kecil2 je. tapi sbb phonebook dan sms yg saya banyak guna, mesti ada je yang tak kena yang mungkin orang tak aware sangat pun.

tapi macam teringin juga nak tablet pc. nampak cam comel je dan mudah dibawa ke mana2. masa baring menyusu muadz pun boleh check email.

kenapa tak yg boleh dua2 contoh cam galaxy tab tu?
saya tak suka bila handphone tak rupa handphone. huhu. macam besar je nak dibawa. pastu bila cakap nak kena pakai earphone plak. tak best la. nak rasa macam handphone. lagipun kalau setakat nak jalan kejap2 pegi surau, malas la nak membawa besar camtu.

Abis tu sekarang ni tepon pun boleh access internet dan macam2?
tepon kecik sangat plak. huhuhu. lagi satu, bukan sekadar access internet. saya suka membuat kerja2 lain juga. contoh dalam words, excel, pdf. kalau masuk phone kecil sangat nak buat keje copy & pastenya. huhuhu.

Banyak songeh? hehehe. mestilah. tapi nak belinya belum tentu. sekadar berfikir. bersyukur seadanya. buat masa ni masih belum keperluan mendesak. masih boleh hidup seadanya. nanti bila bisnes kencang, di mana2 nak check order masuk ke tak, mungkin masa tu dah jadi keperluan.

tapi kadang masa kat surau, masa tu la ada je terpikir benda.  tapi risau juga, bila dah ada nanti sibuk dengan hp plak masa kat surau. sekarang ni masa mengepam tu la masa nak beruzlah dengan Allah. tak nak diganggu walaupun kadang2 fikiran dan emosi terganggu. tapi bila mengadu pada Allah insyaAllah tenang semula

Pendek kata, berfikir sebelum membeli. Jangan ikut nafsu. Baru je terdengar peringatan ni semalam.

Bila mana dunia berada dalam hati manusia....

[+/-] Read more...

Thursday, May 5, 2011

Cucuk 1 tahun

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, isnin lepas muadz dah pergi injection untuk 1 tahun. Setiap kali muadz kena cucuk, ummi yang nervous terlebih. Muadz cool aje. masa nak kena cucuk dan baringkan muadz dia dok pandang kiri kanan. doktor kata pegang bahu dia kuat2 ye, kuat dia ni.

bila kena cucuk mula la nangis tapi sebaik je jarum tu keluar dari kaki dia terus dia senyap. haih, memang hero la anak ummi ni. Alhamdulillah, setakat ni kena cucuk nangis mesti kejap je. Demam pun takde. Alhamdulillah.

Rasa sekejap je masa berlalu. Tengok2 gambar muadz dulu, rasa cepatnya muadz membesar. dulu pandai baring je, pastu pandai golek2 je, pastu mengesot2 sekarang dah sibuk nak berdiri dan lepas tangan sambil imbangkan badan. bila muadz dah berjalan, makin ligat la pula ummi dan ayah nak mengejar.

Tapi dari sejak lahir, muadz ni memang suka senyum. Alhamdulillah. walaupun banyak dugaan dan cabaran menjadi ibu but you are still my precious. semoga Muadz membesar jadi anak yang soleh dan musleh ya.

Sekarang ni kadang2 rajin juga muadz ni kena marah sebab tak dengar cakap. huhu. tak nak marah tapi kadang tu geram. bila marah pandai pula dia duduk diam. bukan ummi dan ayah saja2 nak marah tau tapi kena ajar dari kecil mana yang boleh dan mana tak boleh.

I can drive on 1 year old

[+/-] Read more...



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License