Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 24, 2011

Perubahan...

Assalamualaikum...

Malam semalam seorang sahabat share buku "Adakah saya sudah ditarbiyyah?" lebih kurang camtu la tajuk dia. tak ingat plak tajuk betul2 dia. huhu. tapi salah satu point adalah orang yang sudah ditarbiyyah boleh menerima perubahan. Ya, setiap hari memang berlaku perubahan dalam diri sama ada perubahan kecil atau perubahan besar. sama ada perubahan dalam diri yang inginkan perubahan ataupun perubahan dari luar yang memaksa kita berubah.

Kebelakangan ni banyak berlaku perubahan dalam kehidupan. Ada yang dinanti dengan penuh debaran dan ada yang memeningkan kepala. Perkara pertama yang berlaku adalah perubahan dari segi tarbiyyah. hmm.. dah banyak kali berubah, jadi takde la rasa tak suka cuma berdebar-debar. huhuhu. dan mungkin lepas ni nak kena manage balik jadual masa dengan keluarga. Wallahu'alam. Nantikan saja perubahan yang belum berlaku ni.

Perubahan kedua dalam business. Ini memang perubahan yang agak besar yang menyebabkan saya terpaksa re-manage kembali business. InsyaAllah dengan perancangan yang lebih baik tapi in the middle of the process sangatlah pening kepada sebab terlampau banyak perancangan dalam kepala. rasa kalau orang boleh buka otak, boleh tengok kot sentiasa berpusing2 je berpikir pelbagai strategi dan perancangan. tapi nak melaksanakannya a bit slow, nak kena buat satu2. bila ini nak buat itu nak buat. maka jadilah bertambah pening. huhuhu.

perubahan yang ketiga dalam jadual pam susu dan rehat. sebelum ni pegi pam jam 10.30 atau 10.45 tapi sekarang di awalkan sket jadi jam 10.00pagi. tapi dalam masa 2 hari ni mesti je terlajak ke jam 10.15 pagi. ok la tu tambah tolak 15 minit. dan awal2 ni susu pun kurang sket. harapnya akan kembali normal selepas membiasakan diri dengan jadual baru ni.

sebenarnya patut dah kena train sket2 nak wean-off muadz. tapi.. rasa sangat-sangatlah sayang. sampai sekarang belum ajar dia minum air lain, cuma susu ummi dan air masak. itu pun air masak dia tak suka sangat. lagi banyak menyembur aje. cuma makanan je dah makan macam-macam. tapi ummi still bekalkan bubur ke taska sebab tak nak bagi muadz makan bukan2. hohoho. ummi muadz ni sangatla sibuk mengontrol pemakanan dan kesihatan muadz.

dah, kalau ummi dia tak jaga, siapa lagi nak jaga kan. cuma kadang-kadang rasa cam 'muadz ni asyik menyusu je. ummi nak buat kerja la'. muadz dah la kalau menyusu takdenya 5-10 min. paling kejap pun 20 minit. sampai sejam pun penah bergayut. last2 umminya yang tido. tapi kadang-kadang rasa cam 'muadz tak nak susu ummi ke?'. huhu. sungguh konflik perasaan.

oh, masa rehat pun dah berubah ke pukul 12. kena ajar balik perut supaya bertahan sampai kul 12. tapi yang bestnya bila makan pukul 12 ni, makan semua dah ada. tinggal amik atau order dan bayar je. sebelum ni rehat jam 11. makanan pun takde. kul 11.30 baru makanan ada, itupun kadang2 nasi takde la, lauk ada 2-3 je la. lately ni baru ok sket. jadi disebabkan nak kena masuk balik kul 12, kena la makan cepat2 dan biasa terlajak je ke 12 lebih sket. huhuhu.

tapi sekarang boleh makan dengan tenang dan kunyah bersungguh2. time performance? erm..boleh tak, nak lupakan pasal time performance. huhuhu.

bila terjadi macam-macam perubahan terasa nak take time to cool down. to get grip of myself. ada amik cuti tapi satu hari dating dengan hubby, satu hari dating dengan muadz dan satu hari dating dengan kak long. huhuhu. kenapa la keje swasta ni takleh amik cuti tanpa gaji setahun. kalau boleh, kan best. huhuhu.

apa pun, setiap perubahan yang berlaku tu diharapkan berubah ke lebih baik. bagaimana? kitalah yang kena berubah menjadi lebih baik, barulah keadaan pun menjadi bertambah baik bukan. Kena yakin, perancangan Allah itulah yang terbaik.

Mari kembali muhasabah diri...

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License