Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. akhirnya kita berjumpa juga Ramadhan tahun ni. Harapnya dapat teruskan puasa hingga ke akhirnya. Tiba-tiba teringat seorang sahabat yang tak sempat habiskan Ramadhan dan jumpa Syawal tahun lepas. Semoga ruhnya dicucuri rahmat.

Alhamdulillah, malam tadi dapat mengerjakan solat terawikh di masjid walaupun sedikit kelam-kabut sebab semua orang siap lambat. dah azan isyak masih di rumah, nak ke masjid shah alam yang memang penuh tu pula. oh ya, pagi ahad tu kami buat bacaan tahlil dan doa selamat. cuma adik-beradik saya dan mak ayah sahaja. takde ajak orang luar pun. baca tahlil untuk arwah tok, nenek, moyang dan saudara-mara.

jadi, malam tu dengan 2 orang anak buah dan muadz lagilah kelam-kabut. seorang anak buah lelaki dan selamat ikut pak teh dia. so oklah. kami pergi 2 kereta sebab tak muat satu kereta. nak cari parking punyalah penuh. tapi yang sedihnya biasanya fenomena ni berlaku awal2 puasa aje. lepas seminggu saff pun makin kurang. 10 malam terakhir lagilah kurang sebab semua dah sibuk persiapan raya. Sedangkan 10 malam terakhir tu lah kita nak all-out beridadat yang paling terbaik sekali sebab Allah janjikan Lailatul Qadar. Tapi orang lebih suka memikirkan lailatul cadar, langsir, kuih muih dan lain-lain. huhuhu. Kalau nak beli baik beli awal-awal. Oh ye, kakak ipar saya ada jual cadar. Boleh tengok di FB dia di sini. kakak saya pula ada jual kurma di sini. hehe. adik beradik business. :P

ok...berbalik kepada malam tadi. macam biasa, memang akan angkut je muadz ke mana sahaja supaya dia tahu apa aktiviti ummi dia.cuma sejak dia dah boleh berjalan ni, penat sket nak kejar dia. lagi pula, dia ni jenis ramah. nampak je budak2 lain terus pegi join main, walaupun dia bukannya bersuara pun dia duduk je sama2.

setakat dia dah boleh berjalan ni pernah bawa ke masjid KLIA je. itupun tak ramai orang. so dia mainla kat tiang2 depan tempat solat tu. kali ni kami solat kat ruangan bawah sebab dah lambat. masa sampai tu orang dah habis solat isyak. so masing2 solat isyak sendiri aje. masa tu muadz dah pegi dekat sekumpulan kanak-kanak. sebab dah nak masuk saff, so amik letak muadz kat tepi. lepas rakaat kedua solat terawikh tengok muadz dah duduk dengan 2 orang abang, main-main. lepas 4 rakaat, muadz dah dekat dengan pintu nak keluar.

lepas 6 rakaat, masa ni kakak sedara dia, kakak hannah dah tak mau solat. so dia pegi jaga muadz. dah ada duduk dengan ada sorang kakak dan budak2 lain. tapi agak jauh juga tempatnya. melilau cari masa ni. dah risau juga. lepas 8 rakaat, kakak hannah dah bawa muadz golek2 tepi mak long dia.

lepas abis ummi solat witir, kakak hannah kata muadz pegi naik tangga dah sampai 6 anak tangga. adui anak ummi. Dah besar dan bijak rupanya. suka berkawan pula tu. huhuhu. sepanjang solat tu memang tawakkal aje. semoga Allah menjaga anakku. tapi setiap abis 2 rakaat tu melilau juga cari. tawakkal, tawakkal juga. takkan takde usaha kan.

harapnya muadz dapat membiasakan diri dengan solat jemaah. raya tahun ni ummi tak dapat bawa muadz pegi solat raya sebab ummi kerja. surau rumah nenek pula kecil, tak sesuai bawa budak kata ayah. lebih baik bagi mereka yang memang betul2 nak khusyuk solat. takpelah, muadz dengar khutbah raya kat rumah dengan nenek tau.

Semoga Muadz jadi anak yang soleh dan musleh ya.

1 Comment:

EverydayOnSales Admin said...

Hi HAZU. It's a really interesting site that you have there and I really love the the posts on your lifestyle blogging. And of course, you do indeed have an adorable kid :)

Ok, just a quick introduction about myself. I am actually from everydayonsales.com and I have found your website thru google. We are a site that offers information on daily promotion / warehouse sales in Malaysia. I can see that you actually have a linkback (under My Blog List) to some other site and we are hoping that we can be part of your website, where we would actually want you include our link on your page. Of course you can visit our website www.everydayonsales.com and check us out. We can actually do a link exchange where I will list your site as a friend to everydayonsales and you website link will be put on our site. You will be part of the everydayonsales friends community :) in this link exchange and there will be many campaigns awaits for you.

Let us know whether this is possible and we Let us know whether this is possible and will communicate further on this. Do revert to me and if you do have any queries, let me know. Do hope to hear from you soon. My email is as below signature.

BTW, we are also having the lucky draw campaign and you would like you to know. There will be 5 Shogun / Saisaki 1 year VIP card to give away. You can check out the details thru URL:

http://www.everydayonsales.com/new-year-2012-giveaway-5-x-shogun-saisaki-japanese-buffet-restaurant-vip-card


Regards
Chan @ www.everydayonsales.com (hy.chan@everydayonsales.com)

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License