Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 24, 2011

Memperalatkan Allah untuk mendapatkan dunia?

Assalamualaikum...

Entry di bawah ni 2 minggu lepas punya cerita sebenarnya. Tapi terlupa nak publish. Tgk2 ada dalam draft. Baru nak share..

----------------------------------------------------

Semalam, berjumpa seorang sahabat dan sangat tertarik dengan kata-katanya, "Kita sepatutnya memperalatkan dunia untuk mendapatkan Allah, bukannya memperalatkan Allah untuk mendapatkan dunia."

Ya, sangat betul. Tersentak hati bila mendengar kata-kata itu. Sekarang ni ramai yang memperalatkan Allah untuk mendapatkan dunia. Bagaimana tu? cuba fikir-fikir balik. Masa bila kita ingat Allah? Masa dekat nak exam, masa tu lah kita tingkatkan amal ibadat dan mendekati Allah. Masa sakit, masa tulah berdoa bersungguh-sungguh. Masa nak dapatkan sesuatu, tekun beribadah tetapi untuk apa? Adakah hanya untuk mendapatkan kejayaan dunia, kesihatan, gaji besar, duit banyak? Lalu untuk apa?

Kadang-kadang diri sendiri pun terleka. Ibadat menjadi rutin harian tanpa roh di dalamnya. Maka, apakah nilainya ibadat itu? Setiap hari keluar bekerja, untuk dapat duit yang duit itu digunakan untuk barang-barang untuk keluar bekerja seperti baju, duit minyak, beg etc. Jadi, apa bezanya kita dengan mereka yang tidak beriman? Cuma kerana kita meluangkan sedikit masa untuk Allah?

Memang Allah suka dengar hambaNya berdoa. Malah, Allah yang Maha Pengasih akan memakbulkan permintaan hamba-hambaNya.Tapi kena ingat bahawa, Allah tidak menjadikan manusia dengan sia-sia.

persoalan yang kena sentiasa ada dalam minda kita iaitu dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi, apa tujuan hidup di muka bumi?

Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama[485] mereka sebagai main-main dan senda gurau[486], dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. (Surah Al-An'am : 70)

Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam diri ini...

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License