Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 5, 2011

Cucuk 1 tahun

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, isnin lepas muadz dah pergi injection untuk 1 tahun. Setiap kali muadz kena cucuk, ummi yang nervous terlebih. Muadz cool aje. masa nak kena cucuk dan baringkan muadz dia dok pandang kiri kanan. doktor kata pegang bahu dia kuat2 ye, kuat dia ni.

bila kena cucuk mula la nangis tapi sebaik je jarum tu keluar dari kaki dia terus dia senyap. haih, memang hero la anak ummi ni. Alhamdulillah, setakat ni kena cucuk nangis mesti kejap je. Demam pun takde. Alhamdulillah.

Rasa sekejap je masa berlalu. Tengok2 gambar muadz dulu, rasa cepatnya muadz membesar. dulu pandai baring je, pastu pandai golek2 je, pastu mengesot2 sekarang dah sibuk nak berdiri dan lepas tangan sambil imbangkan badan. bila muadz dah berjalan, makin ligat la pula ummi dan ayah nak mengejar.

Tapi dari sejak lahir, muadz ni memang suka senyum. Alhamdulillah. walaupun banyak dugaan dan cabaran menjadi ibu but you are still my precious. semoga Muadz membesar jadi anak yang soleh dan musleh ya.

Sekarang ni kadang2 rajin juga muadz ni kena marah sebab tak dengar cakap. huhu. tak nak marah tapi kadang tu geram. bila marah pandai pula dia duduk diam. bukan ummi dan ayah saja2 nak marah tau tapi kena ajar dari kecil mana yang boleh dan mana tak boleh.

I can drive on 1 year old

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License