Wednesday, March 2, 2011

Motivasi seorang isteri

Assalamualaikum..

Lama betul tak update blog ni. sekarang ni kat office agak busy. jadi memang kelam-kabut nak buat banyak benda. buat apa yang termampu aje la. hari ni terjumpa satu entry yang menarik. Buat motivasi seorang isteri. Besar pahala jadi isteri solehah tau.

Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
Komen : Bukannya suami tak boleh ambil air sendiri tapi kadang-kadang dia nak bermanja juga.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
Komen : alamak.. kadang-kadang tak sempat nak masak. huhu

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
Komen : InsyaAllah, semoga dapat menambah umat Nabi Muhammad s.a.w yang berkualiti

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
komen : insyaAllah. Akan berusaha menggembirakan hati suami.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
komen : Nak buat apa-apa pun kena ada redha suami...

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Komen: Insya Allah... Amin

(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)

Terima kasih Kak Hana yang sudi berkongsi. Semoga kita sama-sama dapat menjadi isteri yang solehah dan terbaik untuk suami masing-masing. Amiin

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License