Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 10, 2011

Didik diri untuk didik anak

Assalamualaikum...

Minggu ni banyak dengar topik keibubapaan di IKIM. Yang memang selalu ditekankan adalah ibu bapa adalah contoh anak-anak. Ramai ibu bapa yang komplen, anak mereka degil la, anak mereka suka jerit-jerit, anak mereka tak hormat orang. Tapi sebenarnya anak-anak belajar dari apa yang mereka nampak.

Sebelum membetulkan anak, apa kata kita muhasabah diri dan cuba betulkan diri sendiri sebelum membetulkan anak-anak. Sebagai contoh, ada tak bila anak nakal kita menjerit-jerit pada dia. Bagi anak bila ibu menjerit, mungkin mereka berpendapat itu caranya untuk memberitahu sesuatu. maka dia pun akan menjerit bila meminta sesuatu pada ibunya. Actions speak louder than word.

Kita sendiri lebih mudah mencontohi sikap orang lain berbanding apa yang diperkatakan. saya pernah dengar kanak-kanak cakap "Dengar tak adik cakap ni! Telinga takde ke?" Anak-anak tentulah belajar dari persekitaran untuk cakap macam tu kan.

Satu lagi, kata-kata tu doa. Kalau asyik cakap anak nakal, anak degil, maka itulah yang kita doakan untuk anak-anak. Apa salahnya cakap benda yang baik kepada anak. Ia juga membentuk sikap positif anak-anak bila ibu bapa sering bercakap perkara positif.

Berbanding cakap "Jangan lari!" cuba ubah kepada "Jalan perlahan-lahan. " Walaupun nampak simple tapi kita sebenarnya terlalu banyak menggunakan perkataan negatif dalam hidup ini. Dan secara tak langsung membentuk pemikiran negatif.

Kadang-kadang ibu bapa mungkin tidak mengajar tetapi cikgu atau kawan di taska yang mengajar. Jadi, pentingnya peranan ibu bapa untuk mengajar semula di rumah. Tegur anak dengan elok dan berhemah.

Jom kita muhasabah diri. Bagaimana kita berbual dengan orang yang lebih tua? Bagaimana kita berbual dengan anak-anak? Bagaimana kita berbual dengan suami? Semuanya akan disimpan dan dicontohi oleh anak-anak. Jadi, sebelum betulkan anak-anak, kita cuba betulkan diri dulu.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License