Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 8, 2011

Motivasi pagi : menjadi insan positif

Assalamualaikum..

Seperti biasa, pagi-pagi dengar motivasi pagi di IKIM.fm. Setiap pagi jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi. Semoga menjadi insan yang lebih bermotivasi. Hari ini menceritakan bagaimana untuk menjadi insan positif.

Kata penceramah, biasanya manusia ini akan menyimpan elemen negatif dalam minda. Kalau pagi-pagi jalan jem, pastu tak jumpa parking etc, balik rumah tidur. benda tu akan disimpan di dalam minda luar sedar dan terpahat dalam minda manusia. Jadi, bagaimana nak menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini kan.

Manusia ni terdiri dari 2 elemen iaitu fizikal (luaran) dan spiritual (dalaman). Biasanya manusia menganalisa sesuatu menggunakan luaran. Apabila luaran tak betul, akan effect terus dalaman dan menjadikan kita insan negatif.

Sebagai contoh, kita berjanji dengan kawan jam 2 tapi jam 4 baru dia sampai. Sementara menunggu tu, kita akan tak senang duduk dan merasakan semua orang pandang kita. Itu adalah pengaruh luaran. Disebabkan pengaruh itu menjadikan kita menjadi marah dan geram. Jadi, bila kawan kita datang dengan wajah baik dan minta maaf segala pun, kita akan jadi marah.

Berbeza jika kita menganalisa sesuatu dari spiritual dahulu. Kita akan bermula dengan bersangka baik. Oh, dengan syarat spiritual kena baiklah ye. Caranya, mudah aje, dekatkan diri dengan Allah. Bila kita mula bersangka baik, kita akan berikan 1001 alasan untuk sahabat kita tu. Contoh, mungkin dia ada kecemasan di rumah, mungkin dia tersekat dalam jem. Alhamdulillah dia lambat, boleh ambil masa untuk baca buku. Alhamdulillah, dia lambat, masa ni la nak ambil masa untuk berzikir dan menghafal. etc.. etc... Bila spiritual tenang, fizikal kita pun akan tenang. Tubuh akan menjadi relaks dan takde la nak sakit-sakit kepala.

Even sesama muslim kita memang kena lindungi muslim yang lain. Kita kena beri 1001 alasan kepada muslim yang lain sebelum kata dia tu jahat. Apa lagi kalau dianya seorang mukmin. Lagi la kena lindungi. Dalam sirah sendiri Allah ada menegur tentang isu ini, di mana peristiwa Saidatina Aisyah r.a difitnah dengan seorang sahabat. Alamak, panjang la pula nak cerita kisah ni.

Takpe la, kalau rajin buat entry yang lain. Tapi dari kisah tu, orang Islam terbahagi kepada 3 golongan, golongan yang tidak percaya, golongan yang percaya dan golongan yang tunggu dan lihat(atas pagar). Allah menegur 2 golongan terakhir tu kerana tidak mempercayai mukmin yang lain. Bukan bermakna percaya semborono tetapi bila dengar berita tak baik, kita sediakan dulu 1001 alasan untuk dia.

Walaupun orang tu memang dah disahkan perogol dan dihukum di tali gantung. Memang jahat dan teruk. Lagi pula yang rogol dan bunuh kanak-kanak. Tetapi mungkin sebab dia takde kesedaran Islam yang betul. Mungkin Imannya tidak dididik dengan betul lalu membesar jadi macam tu. Habis tu, siapa yang salah. Kitalah! Orang yang sedar tapi tak nak buat apa-apa. huhu.

Jadi, nak buat apa? Kenalah bantu membetulkan masyarakat. Benda paling kecik dan senang, didik anak-anak kita supaya mereka membesar menjadi insan yang baik dan BERIMAN. Selain tu, jadi contoh yang baik (mengikut neraca Islam) untuk orang-orang sekeliling. Kalau semua orang buat, Insya Allah, tak mustahil suatu hari nanti masyarakat kita akan menjadi masyarakat yang hebat dan aman. Macam masa zaman Ummayyah, yang kalau rumah tak kunci pun takde pencuri sebab aman damai.

Bilalah nak capai zaman kegemilangan tu kembali ye? 8-> Sempat tak, nak merasai? Kalau tak sempat, agak-agak sempat tak anak-anak dan cucu-cucuku merasai? Apalagi kena mula dari sekarang la, yang penting dari diri sendiri dan alirkan ke sekeliling. huhuhu.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License