Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 10, 2011

Berbeza pendapat

Assalamualaikum..

Setiap manusia memang dilahirkan berbeza. Dengan perbezaan pendapat, perbezaan ilmu dan kefahaman. Tapi kenapa ada setengah kita, bila berjumpa dengan sesuatu dengan berbeza pendapat, cepat membuat conclusion bahawa orang itu cuba memburukkan kita, cuba menjatuhkan kita, bersifat dengki dengan kita. Sedangkan mungkin dia tak berniat pun sedemikian rupa. Dia mungkin cuma berkongsi apa yang dia tahu dan faham. Terlampau cepat kita memasukkan unsur negatif dalam diri. Terlalu cepat kita membuat keputusan berdasarkan sesuatu perkara,

Benar, perbezaan pendapat mungkin kerana kita mendapat pelbagai ilmu dari sumber yang berbeza. Jadi, seharusnya kita berkongsi apa ilmu yang kita tau tetapi bukan mengharapkan orang lain menerima bulat-bulat.

Dalam Islam sendiri ada banyak perbezaan pendapat. Bukan di zaman sekarang sahaja, dari zaman Rasulullah sendiri. Tetapi adakah Rasulullah melarang? Tidak, Rasulullah membuka pintu ijtihad para sahabat. Cuma aqidah yang tak boleh berbeza pendapat. Aqidah tetap satu! Tetapi untuk perkara-perkara furu'(bercabang), boleh aje nak berbeza pendapat. Tetapi, jangan lupa, mesti berlandaskan Al-Quran dan sunnah ya.

Sebab itu dalam Islam ada 4 mazhab yang besar. Dan imam-imam mazhab ini sendiri berguru sesama mereka dan menghormati sesama mereka. Tiada pun yang bergaduh. Yang bergaduh lebih-lebih tu kadang-kadang pengikut-pengikutnya sahaja. Setiap imam mazhab tu bukan calang-calang orangnya. Dah kaji beribu hadis dan ayat al-quran. Mereka sendiri berkata, kalau ada jumpa hadith yang lebih kuat dan sahih daripada yang mereka jadikan sumber, boleh tolak hadith yang mereka pegang. Tapi kita ni setakat tau 2-3 hadith tak payah la nak sibuk kata imam ni lagi bagus dari imam tu. atau imam ni yang terbaik etc. Cukup kita berpegang pada apa yang kita yakin. Tapi kenalah mendalami ilmu tu juga. Keyakinan perlu dibina, bukan diperolehi sekelip mata.

Maka, marilah kita raikan mereka yang berbeza pendapat. Kalau rasa pendapatnya kurang tepat, apa kata kita cuba perbetulkan. Kalau mereka tidak mahu menerima, terpulang pada diri masing-masing, yang penting kita dah cuba sehabis daya. Tak perlu dipersendakan atau berkata yang tidak baik tentang mereka. Semoga kita terpelihara dari penyakit-penyakit hati.

3 comments:

sid said...

Assalamualaikum..

Ya ya betul tu..Saya pun berpendapat sedemikian rupa;)

gomen hanis,belum baca lagi pdf tu huhu.

Hazu~ said...

Thanks, sid. *hug* Bila nak balik Malaysia? Muadz nak jumpa abang haikal. hehe

sid said...

insyaAllah 27 nihhh

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License