Thursday, February 3, 2011

permanent employee

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, 1 Februari hari tu dah officially jadi permanent employee. sebelum ni contract. apa yang menariknya jadi permanent? yang paling saya tertarikh tentulah sebab medical cover family sekali. especially bila ada anak kecik. anak sekali sakit dah berapa ringgit duit nak kena keluar.

Alhamdulillah, gaji pun ada sedikit naik, ditambah plak lagi dengan allowance. honestly, tak expect pun. sebab leader pun dah ada bagitau hari tu. lagipun, rasanya gaji sekarang alhamdulillah, sangat ok. lagi banyak gaji, lagi banyak hak kepada orang lain perlu ditunaikan sebab duit tu bukan duit kita sorang. ada hak-hak orang lain di dalamnya.

Semalam tengok rancangan bersamamu. nenek ni hari-hari kutip surat khabar, botol dan tin untuk dijual untuk sara hidup dia. kalau orang yang macam tu pun boleh hidup apa lagi la kami ni yang alhamdulillah ada rumah, ada kereta, cukup makan pakai. Memang kadang-kadang rasa macam tak cukup dan ternanti-nanti bila gaji nak masuk. Tapi bila pikir balik, orang yang gaji kurang rm1000 pun boleh hidup. Maknanya kami ni dah terlebih belanja la.

Biasalah hidup ni. mana manusia pernah rasa cukup. makin banyak duit ada, makin banyak benda yang nak dibeli. kadang tu macam tak perlu sangat pun. sekarang tengah berusaha manage duit supaya bila masuk je gaji sebahagian kecil je yang digunakan. yang lain untuk hak orang lain.

pernah dengar ustaz cakap, barang milik kita tak semestinya rezeki kita. milik orang lain kadang-kadang rezeki kita. apa maksudnya? rezeki tu adalah apa yang kita dapat manfaat darinya. tak semestinya duit. kalau kita dapat tempat duduk, besar itulah rezeki kita untuk duduk.

kadang kita beli barang tapi hilang. bukan rezeki kita la tu. rezeki di pencuri walaupun rezeki yang tak halal. jadi, sebenarnya sikit sangat benda yang milik kita rezeki kita. Alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi terpaksa makan nasi dengan kicap je untuk alas perut. kalau makan sebab malas masak atau mengada tu ada. tapi bukan terpaksa.

Walau bagaimanapun, tak bermakna tak perlu berusaha. kenapa? sebab Allah suruh kita berusaha. siapa yang berusaha tu kan dapat pahala. jadi, bukan berusaha untuk menjadi kaya-raya. tetapi berusaha supaya dengan usaha itu dapat mendekatkan diri dengan Allah. Bila dapat duit dan lain-lain, itu adalah sebagai bonus atau hadiah dari Allah atas usaha kita. Ada juga orang yang usaha tapi tak dapat apa-apa kan.

Bila pikir berusaha untuk Allah dan duit tu sebagai hadiah dan bonus dari Allah, insyaAllah hidup pun akan lebih tenang dan lebih bersyukur. Jom kita sama-sama tarbiyah diri untuk berfikir macam tu. Kadang-kadang diri sendiri pun leka. Siapa yang perasan, silalah tegur diri yang lemah ini ye.

1 Comment:

Mama Liena said...

Insaf sekejap :) watashi no wa increase wa naikedo , maa , rasanye ada riyuu di situ ...:p

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License