Saturday, January 8, 2011

Tiada alasan untuk tidak menyusu

Assalamualaikum..

dah lama nak cerita ni tapi asyik bertangguh. Alhamdulillah, weekend lepas diberi peluang ikut perkhemahan pemuda IKRAM. Rasa seronok dan teruja nak pergi sebab dah lama tak ikut perkhemahan. Last masa pregnant muadz tapi tak mencabar sangat. Kali ni katanya perlukan kekuatan fizikal. Nak bawa Islam bukan hanya perlu kekuatan rohani, kekuatan ilmu dan kekuatan ibadah tetapi juga kekuatan fizikal. Kalau tiba-tiba jadi macam bosnia kena serang dulu tu, mana pemuda-pemuda yang konon bawa Islam ni nak lari? Kenalah berjuang kan. Ataupun kalau kena ke Palestin bantu saudara di sana ke? So memang maklum kekuatan fizikal penting untuk tarbiyyah.

Cuma risau tentang Muadz dan penyusuan. Muadz dah tentulah tak boleh join. Takkan ummi buat aktiviti lasak Muadz nak join. Jadi, minta tolong hubby jagakan Muadz di sebuah hotel berdekatan. supaya senang nak calling kalau ada apa-apa masalah dan senang juga nak ambil susu yang diperah. tapi risau juga takut tak sempat perah susu.

Akhirnya bulatkan tekad dan bertawakkal kepada Allah. Yang penting dah usaha, selebihnya bergantung penuh pada Allah. Memang banyak ujian dan tarbiyyah dari Allah sepanjang kem cuma kali ni saya nak cerita macam mana saya meneruskan usaha penyusuan. Dari awal dah sewakan bilik untuk hubby dan muadz di sebuah hotel yang ada peti ais kecil. bawa juga bekal susu dari rumah takut tak cukup.

Kem bermula dari Jumaat malam. Habis aktiviti dalam pukul 2. Dalam ngantuk-ngantuk nak tidur tu tekadkan semangat pam sekejap. Of course la bawa Medela FS untuk memudahkan kerja. huhu. Pagi esoknya ada aktiviti memanjat gunung. Lepas solat subuh dan sambil makan-makan tu pam juga sekejap. sebelum pegi memanjat sempat lagi hubby datang amik susu yang dah diperah. Panjat gunung tu ambil masa 3 jam untuk sampai ke checkpoint terakhir. memang mencabar memanjat.

masa tu teringat masa panjat gunung fuji dulu. masa tu saya dah give up tapi ada seorang akak tolong bawakan beg dan pimpin tangan saya. dia asyik bagi semangat dan kata 'zikir, Hanis, zikir' dan terus sebut Allah, Allah. Alhamdulillah, kali ni saya diberi kekuatan untuk bantu sahabat lain dan saya buat seperti yang kakak tu buat pada saya.

Dalam pada camping pun saya tak lupa asas penyusuan iaitu kerapkan pam, minum air yang banyak dan doa. saya buat apa yang saya terdaya. saya bawa air botol besar memanjat gunung yang adakalanya curam. Alhamdulillah, akhirnya sampai ke checkpoint terakhir. kami diminta masak makanan, mandi dan solat. orang lain sibuk hidupkan api saya pergi pam sekejap. tapi perah pakai tangan je jadi tak banyak sangat hasil. lagipun, saya pasti tak dapat bagi muadz minum sebab by the time turun dan nak bagi susu pun dah basi. lepas makan dan mandi sungai (best betul mandi sungai terasa macam masih muda remaja. :P ) sementara tunggu untuk solat, saya pam lagi sekali. tak peduli apa orang kata, hak kepada anak perlu ditunaikan kerana ia termasuk juga hak kepada Allah.

perjalanan turun ambil masa 3 jam juga. turun lagi perit dari naik rupanya sebab kaki asyik kena brek. sampai ada sahabat yang tercabut kedua-dua tapak kasut. Alhamdulillah, sampai je ke bilik penginapan terus pam lagi sampai kosong. kali ni guna medela FS. Oh, sebagai persediaan selain minum air masak yang banyak, saya juga bawa kurma dan vitamin sebagai penguat semangat dan milk booster.

malam tu ada aktiviti lagi tapi kali ni sebelum tidur saya tak larat nak pam sebab penat sangat. pagi esoknya memang penuh sangat sampai banjir. orang lain bangun qiam, saya bangun mengepam. tak kisah la tak dapat bagi muadz susu tu pun asalkan saya pam supaya otak mendapat signal saya masih perlukan banyak susu untuk anak saya.

Akhirnya tibalah hari terakhir. Sementara menunggu upacara penutup sempat lagi saya pergi mengepam. nasib baik pengerusi pemuda IKRAM tu datang lambat. sempat saya pam 20 minit. Alhamdulillah. Saya cerita di sini bukan nak tunjuk saya hebat tapi bagi saya kita perlu berusaha..berusaha...dan berusaha... Cari ilmu sana sini supaya dapat diamalkan sepenuhnya. selepas penat berusaha jangan lupa bertawakkal, tawakkal dan tawakkal. segala apa pun semuanya perlu bergantung kepada Allah. Kalau Allah kata dah tiada rezeki untuk anak saya, tak kiralah walau macam mana saya berusaha pun, walau banyak mana supplemen atau milk booster saya ambil pun tetap takkan ada. memang saya belajar pergantungan kepada Allah tu sangat penting.

lepas camping tu tiba-tiba rasa sakit bila muadz menyusu. rupanya tepi puting tu dah luka. Mungkin sebab saya pam dengan kuat sebab nak cepat dan banyak hasil pengeluaran. Tapi itu tidak menghalang saya. Saya sapu krim sebelum dan selepas menyusukan muadz atau mengepam. Alhamdulillah, hari ni dah beransur pulih.

Walau pun saya merancang macam-macam tetapi macam-macam juga yang jadi lain daripada yang dirancang. Tetapi yakinlah bahawa Allah sebaik-baik perancang dan pembuat keputusan.

6 comments:

Azrina said...

Hanis, minta izin nak amik entri ni....Along salute dengan Hanis, terkesan sgt kata2 tu.

Hazu~ said...

sila kak... kalau ada yang bermanfaat...

ah said...

kandoushita! atashimou gambarimasu!

Ummi Salsabila said...

hebatlah hazu.bercamping pun boleh mengepam..
keep it up :)

wan nurul hezrina abd halim said...

bangga mummy ngan ibu2 yang bermati2an BF anak apepun jua rintangan.madela mmg superbkan??

erm vitamin mmg penting tuk badan yang letih..

keep pumping n BF k.caiok2

Hazu~ said...

Terima kasih semua. InsyaAllah akan cuba sedaya upaya supaya dapat mencapai target.

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License