Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 7, 2011

supplement..oh..supplement...

Assalamualaikum..

Semua orang sibuk tulis pasal supplement nak tulis juga la. Supplement ni apa ye? supplement ni makanan tambahan ataupun vitamin-vitamin yang berlambak kat farmasi tu. Saya dulu sangatlah tak suka vitamin-vitamin ni hatta vitamin C yang masa kecil dulu isap macam gula-gula tu.

Sebab beranggapan vitamin=ubat. So takkan seumur hidup nak makan ubat kan. Tak nak la macam tu. tapi bila dah kerja dan kawen, asyik rasa letih. yelah, seharian kerja, balik rumah sibuk urusan rumah, belum lagi campur dengan urusan lain-lain lagi. so, ada seorang sahabat cadangkan ambil multivitamin untuk bagi lebih tenaga. ataupun spirulina untuk kewanitaan.

dari situ start la ambil multivitamin. bila mengandung, dapat plak lagi supplement yang pelbagai. asid folic la, kalsium la, iron la. masa tu tak pikir apa, telan aje la. untuk kesejahteraan diri dan baby dalam kandungan. ada juga orang cadangkan amik omega untuk otak baby. tapi tak terbeli plak. huhuhu. takpe, insyaAllah Muadz anak yang bijak.

bila menyusu ada baca tentang vitamin-vitamin ni dan saya mulalah amalkan ambil vitamin Shaklee. sebabnya ada alfalfa iaitu salah satu benda yang boleh banyakkan susu. Actually, banyak je makanan yang boleh banyakkan susu. Yang lain tu saya ambil juga. kalau siapa tak nak amik kapsul alfalfa ni pun, nak beli yang fresh dari pasar pun boleh. Boleh refer sini. Blog akak ni banyak resipi makanan penambah susu yag fresh.

Tapi bagi saya yang agak busy ni (kononnya), memang tak mampu la nak rajin-rajin masak. Ayam beli seekor pun kadang dekat sebulan lebih baru habis. Kat malaysia ni kalau tak sempat masak, kedai kan banyak. huhuhu. sungguh la tak healthy.

bila dah start makan supplemen saya pun banyak membaca pasal supplemen ni. saya percaya apa-apa yang kita buat pun perlu ada ilmu. sama juga dengan penyusuan, perlu baca membaca untuk berjaya dan refer pakar laktasi. Ada pakar tersendiri. Even doktor pun maybe ada yang takde ilmu sangat tentang susu ibu sebab bukan kepakarannya di situ.

begitu juga supplement. nak tahu lanjut, cari pakar farmasi atau pakar nutritions. barulah faham apa supplement tu sebenarnya. pemakanan kita hari ni bukannya sihat sangat. banyak sangat kandungan gula dan garam. tu yang baru umur 30 lebih dah sakit sana sini. memang pun semakin maju sesebuah negara semakin kurang khasiat makanan sebab semuanya nak cepat dan pantas. beli makanan dalam tin, beli makanan frozen. belum lagi masuk fast food. tapi setiap orang berbeza. Ada je yang memang menjaga makanan dan memang betul-betul pastikan dapat makanan seimbang seperti piramid makanan.


Kita adalah apa yang kita makan. Maka, anak kita pun tentulah apa yang mereka makan. memang tak semua vitamin yang kita makan masuk dalam susu ibu, ada yang menyerap masuk dan ada yang tidak. tapi harapnya ia akan turut membantu. kalau tak buat apalah ibu-ibu sibuk makan omega untuk anak. Hebatnya Allah jadikan manusia ni, saling berkait rapat antara satu sama lain. Tapi saya juga menjaga makanan Muadz. Alhamdulillah, hingga kini dia masuk belum makan makanan yang bergaram atau bergula.

Saya bukan yang terbaik tetapi saya cuba yang terbaik melaksanakan hak-hak yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Ya, saya memang tamak. segala ilmu pun saya nak dapat sebab ilmu yang Allah turunkan kat bumi ni sangatlah sikit. Jadi kena la kumpulkan banyak-banyak untuk diamalkan. Ilmu agama nak, ilmu business nak, ilmu keluarga islam nak, ilmu didik anak nak, ilmu penyusuan nak, ilmu supplement pun nak. semua ilmu pun nak. sebab orang yang beramal dengan ilmu lebih baik dari orang yang tak beramal tanpa ilmu. Semoga semua ilmu ini dapat membantu saya di akhirat kelak. Yang penting, niat kena betul...

p/s - bagi saya tak perlu nak kata orang ni tak betul, orang ni tak tau. tapi apa usaha kita untuk bagi orang tau. selalu dengar orang kata penat dengar macam-macam isu sosial sekarang ni, penat dengar orang buat macam ni, macam tu. tapi apa usaha kita untuk memperbaiki keadaan. walau pun usaha yang sedikit tapi bukan itu yang Allah pandang. Allah pandang usaha kita. sama macam isu boikot. memang tak nampak kesan tapi Allah bukan tanya hasil, tapi Allah tanya usaha. So, jom usaha perbaiki keadaan ummah.

1 Comment:

Azrina said...

Agreed! Suka betul entri ni.

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License