Thursday, January 6, 2011

Perkembangan Muadz @ 8 bulan

Assalamualaikum...

Dah lama tak cerita perkembangan Muadz. Alhamdulillah, Muadz dah 8 bulan. Dah banyak akal, yang buatkan ummi geram. Kadang rasa nak gigit je pipi tembam tu. Muadz @ 8 bulan.

1. Suka tiup-tiup. Entah apa yang ditiupkan entah.
2. Suka membebel sebut mama..mama... bila ummi sebut 'ummi' dia sengih-sengih.
3. kadang-kadang sebut yaayaa.. aik.. ayah boleh pula sebut. :P
4. dah pandai mengesot macam askar. laju juga.
5. bila nangis panggil maamaa..maamaa.. sambil mengesot datang.
6. suka mencapai segala apa yang ada berdekatan. curious to know and learn everything. :D
7. pantang dipanggil nama, mesti tersebut lebar. kalau tengah nangis pun boleh stop kejap sengih pastu sambung balik. hehehe.
8. menyusu sambil tangan menggagau nak capai benda. kalau ummi tengah sambil makan, suka capai nasi ummi. geram betul.

Muadz tengah demam, dah seminggu. Agaknya demam nak tumbuh gigi tapi tak nampak pun lagi giginya. sekarang bertambah dengan batuk dan selsema pula. Anak ummi nak membesar ye.


1 Comment:

Mieja@Amiizaa2001 said...

salamss anis:)

cepatnya masa berlalu dah 8bulan muadzz....semoga cepat sembuh sayang....muahhhh:):)

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License