Thursday, December 16, 2010

Persediaan puasa

Assalamualaikum..

Semalam tak sahur, akibatnya sepanjang hari kepala berpusing. dah petang-petang tu mula la badan rasa seram sejuk dan jantung berdegup kencang. asyik dok doa semoga dapat habiskan puasa. lepas solat asar tak larat nak pam, terus je balik. Balik terus baring dengan muadz. huhu.

hubby yang tolong panaskan lauk dan masak nasi. nasib baik lauk dah ada. sepatutnya lauk tu untuk sahur, tapi tak bangun. huhuhu. berbuka tu makan kurma banyak betul. sebagai persediaan puasa hari ni. Malam tadi kami makan lagi lewat malam. makan roti telur dan minum air coklat. lepas tu letak air kotak coklat dan roti kat tepi katil,in case kalau bangun cukup-cukup masa. huhuhu

memang pun bangun tinggal 5 minit je. saya terus minum air kotak dan minum air masak dengan banyak. Alhamdulillah, hari ni lepas sesi mengepam tadi masih ok. semalam dah lembik-lembik dah lepas sekali pam. hari ni masih cergas.

Alhamdulillah, semoga dalam habiskan puasa hari ini.

p/s - hari ni kena stay sampai jam 7 kat office. lupa nak bawa roti untuk berbuka. petang nanti kena beli roti sket la. in case kena berbuka dalam kereta.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License