Thursday, December 16, 2010

Muadz sembelit?

Assalamualaikum...

Malam semalam bawa Muadz ke klinik sebab dia dah 3 hari tak membuang. Hari tu dia ada macam meneran-neran. so macam risau juga la. Elok je ayah start enjin, Muadz membuang pula. Sabo je la. Tau-tau je.

Alhamdulillah, najis kuning hijau dan pekat. Agaknya sebab makan bayam kot pagi tu. tu yang hijau tu. Sebelum pergi tu masa makan malam bagi dia minum air zamzam sket. Mula-mula nak bagi dia minum air masak tapi hubby kata bagi air zamzam la. letak air zamzam dalam botol dan bagi dia.

First time tengok Muadz pegang botol sendiri. Comel. heheh. hubby ada amik gambar guna phone tapi tak boleh transfer pula. baru ingat nak upload. Cikgu dia memang ada bagitau dia dah boleh pegang botol sendiri. Masa menyusu pun kadang2 dia pegang B dua tangan macam pegang botol. Tapi dia ni kurang minum air masak sket cikgu kata. Semalam bagi pun minum sikit je dah buang botol tu.

Tapi bawa juga pergi jumpa doktor sebab ada nak tanya benda lain juga. Sebelum ni memang ada baca kat susuibu.com, bayi yang menyusu susu ibu jarang sembelit. Tapi sebab muadz dah makan, so agak risau la sket. takut ada makanan yang tak serasi. Biasa dia membuang hari-hari. Doktor kata selagi najis dia tak berketul-ketul macam najis kambing tu, dia ok. Memang najis dia akan pekat sket sebab dah ada makan. kena banyakkan sket minum air.

Pastu check juga sebab dekat kemaluan dia ada merah-merah. Doktor kata tu mungkin alergik sebab lambat tukar pampers. Doktor bagi ubat untuk sapu. Pagi-pagi biasa sebelum ke taska memang saya akan tukarkan pampers dia. Dulu pernah sekali saya bagi pampers 4 keping kat taska(taska lama pakai dalam 4-5 keping sehari), tapi tengok dia pakai 2 keping je. Takkan lepas mandi pagi sampai ke petang tak tukar-tukar. Lepas mandi je baru tukar ke? tengah hari tak tukar?

Saya pesan kat taska minta tukar setiap 3-4 jam walaupun tak penuh. Tapi sekarang dah bagi satu plastik besar pampers terus, dah tak monitor sehari dia pakai berapa banyak. Sebab ada pernah case terlupa letak pampers. terpaksa pinjam pampers orang lain. huhuhu.

Hubby kata cukup muadz setahun tukar taska lain la. hmm...harap-harap sebelum tu takde apa-apa yang merbahaya berlaku pada muadz. nak mencari taska satu hal la pula.


Muadz 1 bulan - so small



Muadz 7 bulan - I can drive


0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License