Wednesday, December 15, 2010

Muadz meragam

Assalamualaikum..

Semalam, sepanjang malam sampai ke pagi ni muadz meragam. tak tahulah kenapa. Masa ambil dari taska semalam, cikgu dia kata dia baru bangun. nampak macam baru lepas nangis. muadz memang kadang-kadang bangun tido terus nangis. tapi biasanya lepas tu dah ok. tapi semalam masam je muka, langsung tak nak senyum. letak je dalam car-seat kat kereta terus menangis. terus cepat-cepat pergi kat tempat memandu dan pujuk dia.

sambil drive tu ajak dia baca doa naik kenderaan macam biasa, baru dia diam. tapi still masam. muka pandang luar je. (aik..macam style ummi merajuk je :P ) sampai depan rumah cakap dengan muadz, bagitahu dia ummi keluar sekejap buka pagar ye. sekejap aje. pergi buka pagar bila datang balik dia tengah menangis lagi. bila nampak ummi baru diam.

dah selamat parking kereta, keluar nak pegi ambil dia, itu pun dia dah nangis. aduhai, kenapa ni sayang? apa yang tak kena? tak lena tidur ke? dukung dan bawa dia jalan-jalan depan rumah sekejap sampai hubby sampai rumah. baru bawa dia masuk dan bawa masuk beg semua. bila letak mula-mula dia ok main. so saya pun terus ke dapur, memulakan proses memasak.

Malam semalam takde ke mana, jadi memang dah plan nak masak dan nak bagi peluang hubby pegi surau. Tapi, muadz tak nak tinggal sorang. bila hubby berdiri je terus dia nangis. bagi dia main mainan, bila dah leka tu hubby pergi naik mandi dan bersiap. Tapi sekejap je dah nangis balik. saya pun susukan dia sekejap. dapat je susu terus pejam mata. hmm...ngantuk sangat la tu kalau dah terus pejam mata. susukan dia sekejap sampai dia terlena. bila dah lena saya bangun ambil wudhu' untuk solat maghrib, dia dah bangun menangis pula.

Jadi, solat sambil dukung dia. Alhamdulillah, mungkin sebab dah dibiasakan dari kecil, kalau orang solat muadz ok je. dukung untuk dua rakaat, tengok dia macam ok, masa lepas sujud rakaat kedua dan nak bangun ke rakaat ketiga tu saya letak je dia kat bawah. Alhamdulillah, dia ok main golek-golek. tengok dia leka lepas solat tu terus ke dapur meneruskan kerja-kerja memotong dan menyediakan bahan. belum start masak lagi. huhu. baru basuh beras dah berbunyi pula.

jadinya, potong sayur sambil dukung muadz la. nasib sayur tu boleh patah-patahkan aje daun dia. bila hubby balik, hubby jaga muadz baru boleh masak. masa tu dah siap bahan-bahan, yang lain campakkan aje masuk kuali. buat masak sup ayam, sayur goreng dan masak bubur muadz untuk bekal hari ni. hubby request masak nugget, langsung terlupa. huhuhu. masak lebih sket untuk sahur hari ni.

lepas makan, hubby ke surau lagi untuk isyak. lepas isyak ada program sket di surau katanya. disebabkan muadz tak nak juga main sorang, saya pakai sling dan dukung dia sambil basuh baju dan basuh pinggan. pastu siapkan susu untuk bekal ke taska.

kemudian sambung susukan dia lagi. lama pula tu dia mengempeng. bila lepas je nangis. sampai pukul 12, hubby suruh naik atas tidur terus. naik atas masa gosok gigi dia nangis lagi. lepas tu terus susukan dia sambil tidur. pagi tadi jam 5.45 dah terjaga, tapi Muadz pun terbangun juga. Ingat nak kejut hubby bangun sahur, tapi sure dia tak nak bangun sebab dah nak subuh. so biar je la.

Sekali lagi, lama betul muadz mengempeng, tak nak lepas. bila lepas je mengamuk. sekarang ni muadz kalau mengamuk dah pandai hentak-hentak kaki. kalau tengah meniarap dia akan pusing untuk nak hendak kaki. huhu. sabo je la. jadinya pagi tadi sampai pukul 6.45 baru dia nak lepas. lewat la ummi bersiap dan nak ke kerja. ingat nak gosok baju malam tadi pun tak sempat, kelam-kabut gosok baju. harapnya hari ni dapat puasa sampai habis, sebab langsung tak sahur. malam tadi makan awal pula tu.

hmm..dah 3-4 hari muadz tak buang air besar. pastu kadang-kadang macam meneran dan kerap kentut. sembelit ke ye? tengok dekat kemaluan dia ada merah-merah pula tu. ingat malam ni nak try bawa ke klinik la. tgk macam mana...

p/s - jom puasa sunat 9 & 10 muharram

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License