Wednesday, December 22, 2010

Cik T berjaya ditangkap

Assalamualaikum...

Setelah beberapa hari berperang dengan Cik T, akhirnya berjaya pun tangkap. sebelum ni bila kami asyik mengganggu dia, dia pun mula mengganggu PC hubby. Tapi hubby kata, Cik T ni agak baik sebab dia ambil tulang dan bawa ke tempat persembunyian(belakang tong gas) dia dan makan kat situ je. tak sepah-sepah tempat lain. dia juga tak kacau pun makanan lain, cuma ambil sisa-sisa tulang je. so memang selamat la makanan lain. (makanan pun tak banyak kat rumah tu. huhu)

Akhirnya, hari tu hubby beli perangkap sangkar. letak roti tapi tak dilayan. tengok-tengok sangkar dah tertutup. pandai pula dia pegi tutup. bila kami letak perangkap tu dan ganggu tempat tidur dia, dia ganggu pula tempat tidur kami. Suatu malam tu, saya naik atas nak tidur. buka je lampu mencicit dia lari panjat langsir keluar tingkap. Amboi, balas dendam nampak.

Cik T ni juga pagi-pagi dia akan keluar dari tingkap, malam-malam masuk balik. dah beberapa kali terserempak dia cuba nak masuk rumah. Ingat rumah tu hotel ke? bila cakap camtu hubby kata, nanti dia menetap terus baru tau.

Semalam letak kepala ikan pula sebagai umpan. Alhamdulillah, pagi ni dia dah pun tertangkap. hubby letak belakang rumah. pastu ada kucing kacau. hubby takut tikut tu terlepas dan masuk balik rumah jadi letak letak kat pokok. huhuhu. apa la encik hubby ni.

kalau dia tak mati nak kena pegi buang plak. nak buang kat mana ye? ataupun patut bunuh aje sebab dia kategori haiwan perosak? Harapnya tidak diganggu lagi lepas ni.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License