Assalamualaikum..
Dah lama tak update. bukan takde cerita. banyak nak cerita sebenarnya tapi tengah sibuk sedikit dengan pelancaran ebook Rahsia Tangisan Bayi. InsyaAllah akan dilancarkan secara officiallynya esok. Siapa nak beli boleh beli esok ye. hari ni masih nak betulkan serba-sedikit dengan website dan lain-lain. Doakan semoga berjalan dengan lancar ye.
Lagi satu, internet kat office ni sedikit slow kebelakangan ni. geram betul. nak buka satu website lama betul nak loading.ops, terbebel pasal benda lain pula. nak cerita pasal muadz sebenarnya. Alhamdulillah, genap umur muadz 6 bulan 6 hari saya dah cuba bagi muadz makan puree carrot. ops, hari ni dah 6 bulan 2 minggu dah muadz. lambat betul nak menulisnya.
muka muadz berkerut-kerut bila disuapkan carrot tu. agaknya dia pikir, selalu ummi tak bagi masukkan benda dalam mulut, ni ummi suap masuk mulut pula. apa benda ni? pandai-pandai je buat dialog sendiri. hehehe. tak banyak pun bagi dia makan. ada la dalam 4-5 suap kot. itupun letak hujung-hujung sudu aje.
muadz demam pun sibuk nak bagi makan juga. hehehe. ummi yang terlebih excited. sehari lepas tu try lagi bagi time malam. sehari lepas tu pula muadz demam lagi lepas kena cucuk. ingatkan sebab kena inject, so cuma tampal cool fever. tapi kemudian disertai dengan batuk pula.
Jadi macam dulu. kami pun tepuk-tepuk belakang muadz tapi kali ni muadz tak muntah langsung. jadi kahak susah nak keluar. ahad lepas pegi klinik ambil nebulizer baru ok sikit. isnin lepas saya ambil EL untuk monitor keadaan dia. Alhamdulillah, dah bertambah baik. selepas lama rehat dari makan malam tadi try bagi bubur nasi pula.
cara saya, basuh beras bersih-bersih, masak atas api yang perlahan dalam kuali untuk keringkan beras dan blender beras. kemudian boleh simpan dalam bekas untuk dimasak banyak kali.
malam tadi saya masak 2 sudu besar beras atas kuali. pertama kali masak dalam portion yang sedikit. kemudian ambil 2 sudu kecil dan masukkan dalam mangkuk muadz. kali ni dia sangat excited untuk makan. bagi dia rasa sikit terus dia tarik lagi sudu tu untuk masuk dalam mulut dia. setiap kali suap dia akan pegang tangan ummi untuk masukkan sendiri sudu dalam mulut. abisla comot baju muadz.
muadz ni ikut ayah kot. suka makan nasi je. sayur tak berapa suka tapi ummi pun tak berapa suka carrot. ummi suka sayur warna hijau je. warna lain tak berapa sangat. kali ni memang habis 2 sudu kecil muadz macam. seronok je tengok. malam ni boleh bagi makan lagi.
oh ye, bagi bubur tu saya bekukan dalam bekas ais. jadi, bila nak makan boleh turunkan ke bawah dan panaskan aje. insyaAllah lepas ni nak bekalkan ke taska untuk dia makan. tapi kalau time ummi tak rajin tu takde la makanan muadz je. huhuhu.
nak upload gambar tapi internet sangat slow jadi tak berjaya upload gambar. insyaAllah esok cuba lagi.

0 comments: