Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 4, 2010

Terkesan di hati...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, demam muadz dah kebah tapi masih meragam kadang-kala. Benar, sakit itu adalah ujian dan peringatan dari Allah. Mungkin kerana saya selalu bersikap sambil lewa dengan Allah, maka Dia cuba mengingatkan saya kembali. semenjak ada baby ni memang hubungan dengan Allah agak sedikit berkurangan. Selalu menggunakan anak dan masa sebagai alasan. Sedangkan Allah berfirman

“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Astaghfirullah. Tugas utama sebagai khalifah dan beribadah kepada Allah sering-kali di letakkan di tangga kedua. Sedangkan itulah yang sepatutnya menjadi kerja utama.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.

Hari yang sama, saya ditarbiyah oleh Allah melalui 2 orang sahabat. Satu melalui entri blog, satu lagi melalui email. Kedua-duanya menyampaikan secara umum tapi menusuk ke dalam kalbu saya. Alhamdulillah, dah lama mencari pemangkin semangat. Berharap dari ustaz-ustaz tapi agaknya saya sudah terlampau lali. Akhirnya diberi melalui 2 orang sahabat yang saya hormati. sesungguhnya tarbiyah Allah sangat cantik.

Allah menjadikan manusia kerana 2 tujuan, tak cukup kalau buat salah satu sahaja. Sekadar membuat kerja khalifah tapi kurang dari segi ibadah. Lalu dari mana kita nak dapatkan bekalan. Sedangkan ibadah adalah pemberi kekuatan untuk menjalankan tugas khalifah.

Semalam, saya terpaksa bekerja. Muadz terpaksa ditinggalkan dengan tok maknya. Badannya dah tak panas. Pulang dari kerja mak saya kata Muadz menangis semahu-mahunya, tak nak minum langsung. minum sikit je kemudian menangis lagi. masuk kereta baru dia diam dan tidur. Penat menangis agaknya. Saya ambil dia dan susukan dalam keadaan mamai. Alhamdulillah, dia minum.

Sejak Khamis dia asyik meragam dan menangis kuat-kuat. Malam tadi sekali lagi dia tak mau minum. Kali ni secara direct. Asyik menangis. Bila dia diam, letak je puting tepi mulut terus meraung lagi. Ya Allah, betul-betul menguji ummi dan ayah. Hari ni dah la kena keluar awal sebab office dah jauh.

Agaknya Muadz merajuk kena tinggal semalam. Semalam agak tergesa-gesa. Tak sempat salam dan cium Muadz sebelum ke pejabat. Maafkan ummi ye, sayang. Pagi tadi pun bangun tak nak senyum langsung. Buat muka malas layan.

Masa terdesak ni lah biasanya baru kita sibuk nak ingat Allah. Agaknya Allah rindu mendengar suaraku, suara yang tulus ikhlas dari hati yang disertai perasaan rindu dan cinta kepadaNya. Bukan sekadar rutin harian.

Benar kata orang, semakin kita cuba meninggalkan dunia, dunia akan mengejar kita sehingga kita tenggelam dalam dunia. Ya Allah, kuatkanlah diri ini.

Ya Muqallibal qulub, thabbit qalbi 'ala dii nik. Ya Allah, Tuhan yang memegang hati ini, tetapkanlah hati ini di jalanMu.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License