Assalamualaikum...
Start Isnin lepas dah mula kerja di office baru. Kawasan ni masih baru, tak banyak benda lagi. Saya dah la memang tak familiar dengan kawasan ni. Semalam, keluar makan kat luar sebab kantin sini takde makanan. Hari ni saya beli siap-siap untuk makan tengah hari.
Yang menarik buat masa ni, perjalanan pergi dan balik agak jauh tapi dapat pam lama dalam kereta. Hubby volunteer nak hantar. Takut isteri dia sesat kot. Tapi dah biasa pergi balik sama-sama, bila kena pergi sorang mesti sunyi. Nanti dah pindah ke Bandar Saujana Putra dah jadi dekat sikit. Belum terfikir jadual pam macam mana.
Tempat duduk sekarang dekat dengan pantry dan toilet. senang sket nak keluar masuk. (Tapi sekarang pintu yang dekat ni rosak, jadi kena pusing ke pintu lain untuk keluar. huhu) Yang tak berapa best, lift nak ke surau dan toilet bertentangan arah. Biasanya singgah toilet dan ke surau, sekarang dah tak boleh la. peti ais pula ada di pantry besar di luar. Jadi agak jauh sket untuk pergi simpan pam dan kena patah balik untuk ke lift. Biasalah tu setiap tempat mestilah ada kelebihan dan kekurangan.
Sekarang ni masih tak ramai orang di pejabat ni sebab akan dipindahkan peringkat demi peringkat. Jadi masih banyak kekurangan. Antaranya lift selalu rosak dan air-cond sejuk sangat. huhu.
Insya Allah jumaat ni akan berpindah rumah pula. Harapnya segalanya berjalan lancar. Tapi, rumah tak siap kemas lagi. Kotak bersepah-sepah di tengah rumah. Sempat ke nak siap untuk pindah ni?
Kat rumah asyik bersin dan macam ada hingus je. Ingatkan nak selsema tapi kat office tak pula. Agaknya rumah tu berhabuk kot sebab barang dan kotak bersepah. Harap segalanya dapat berjalan dengan lancar.
eh, kat office pun bersin juga la. hehe. baru lepas bersin. Agaknya office baru ni sejuk kot. Setiap benda Allah jadikan bersebab sebab Dia tahu manusia ni susah nak terima sesuatu tanpa sebab. Tapi terpulang pada kita untuk terima sebab dan berusaha ke arah yang lebih baik atau tidak.

Di bawah bayangan al-Qur’an juga aku dapat mempelajari bahawa di dalam alam al-wujud ini tiada ruang bagi kebetulan yang membuta tuli dan bagi kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak. ...
Setiap perkara dan kejadian ada hikmatnya, tetapi hikmat itu adalah suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak kepada pandangan manusia yang singkat...
Segala sebab-sebab yang diketahui umum itu kadang-kadang melahirkan kesan kesannya dan kadang-kadang tidak, begitu juga muqaddimah/primisa yang dianggap orang sebagai pasti kadang-kadang melahirkan natijah dan kadang-kadang tidak, kerana sebab-sebab dan muqaddimah-muqaddimah itu sendiri bukanlah berkuasa mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu, malah iradat Allah yang bebas itulah yang mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu di samping mewujudkan sebab-sebab dan muqaddimah itu sendiri...
Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana ia diperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya. Keyakinan kepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan...
- Syed Qutb , Muqaddimah Di bawah bayangan al-Quran -
0 comments: