Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 13, 2010

Rumah Baru

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, Jumaat lepas dah selamat berpindah ke rumah baru di Bandar Saujana Putra. Kawasan tu masih baru jadi masih banyak kekurangan. Antaranya tak dapat line celcom :( . Beriya tukar dari maxis ke celcom sebab kat flora damansara dulu takde line maxis. Tapi memang tak bercadang nak tukar balik sebab memang berniat nak tukar setelah tau background maxis.

Barang-barang masih banyak dalam kotak. Banyak lagi yang tak berkemas. Biarlah buat sikit-sikit. Ada certain things yang rasa rindu pula dengan rumah lama. huhuhu. Setiap tempat ada kebaikan dan kekurangannya. Takkan nak everything perfect kan. Sebelum ni duduk ni apartment, sekarang di rumah teres 2 tingkat. Alhamdulillah. Jom kita bandingkan sikit-sikit.

  • Dulu, rumah sejuk (sebab tengah hutan), pasang kipas diri no 1 pun dah cukup. kadang-kadang siap tak pasang kipas. Sekarang ni pasang kipas no 3 pun panas lagi. berpeluh-peluh. Nanti nak kena pasang kipas syiling juga la.
  • Dulu pressure air kuat. basuh baju cepat je mesin berjalan, nak spray cloth diapers pun senang tanggal. Sekarang ni pressure kurang sikit. 
  • Dulu, nak mandi memang kena pakai water heater. kalau tak mengigil. kalau mandi tengah hari atau petang ok la takyah water heater. sebab tu muadz lambat mandi air biasa. sekarang ni tak perlu water heater. rasa nak mandi sehari 2-3 kali pun ada.
  • Dulu, jemur baju 2 hari baru kering betul sebab jemur dalam rumah dan tempat kecil. Sekarang boleh jemur di luar rumah. Jemur pagi tengah hari dah boleh angkat(kalau weekend). Baju pun boleh jemur banyak sket. (Isnin lepas mesin 4 kali pusing  :D  )
  • Dulu, nak beli barang banyak-banyak mesti terpikir susah nak mengangkut naik atas. Sekarang ni parking je depan rumah, senang ulang-alik amik barang dalam kereta.
  • Dulu, sampai kat kereta boleh terus jalan. Sekarang, kena buka pagar dan tutup balik pagar. (Ni hubby yang complain. Saya pegang anak susah nak keluar masuk kereta.  :P  )
  • Dulu, nak pegi kedai ada banyak je kat ground floor tu. Sekarang, susah betul nak mencari kedai. sebab kawasan baru. rumah kedai yang baru dalam pembinaan. InsyaAllah in the future ok kot.

Dah cukup la tu. Bersyukur dengan apa yang ada. Isnin lepas dah try hantar Muadz ke taska baru. Cari taska yang tak ramai baby supaya boleh tengok Muadz betul-betul sket. Alhamdulillah, jumpa taska yang takde baby. Paling kecik pun dah boleh jalan. Tapi penjaga dia macam blur-blur sket. Saya pun naik blur nak bercakap. huhu. Agaknya dia terkejut kot. datang daftar pastu terus hantar. hehehe. Isnin tu kami cuti. Cakap kat dia kalau apa-apa call. Alhamdulillah, Muadz ok je. Penjaga ni pun memang ada pergi kursus untuk manage susu ibu. Tapi belum test tanya lagi. Harapnya ok la. Setakat 2 hari ni tengok macam ok.

Cuma semalam nak tukar pampers muadz tengok, banyaknya ruam kat punggung dia. terkejut betul. Tak pernah jadi macam tu. Pastu teringat yang terlupa nak pesan jangan letak bedak kat pampers atau kemaluan baby. dulu kat taska lama awal-awal dah pesan. Pagi tadi dah pesan dah kat penjaga Muadz. Harapnya ok la. Hubby kata try tengok dulu macam mana. kalau sebulan rasa tak ok, tukarlah taska. Kesian pula Muadz nak tukar-tukar.

Sekarang ni dah dekat nak pegi office dan beberapa tempat yang selalu dikunjungi sebab ada highway SKVE yang baru tu...

2 comments:

kmieja said...

salamss anis....

anis letak muaz kat taska mana?

kak mieja kat cbj jugak (kat MMU):)

Hazu~ said...

ooo.. ye ke.. dekat la kita. Akak duduk putrajaya ke?

letak kat taska dekat dengan rumah. Takut plak nak letak nama taska. kang kena saman ke.. hehe

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License