Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 15, 2010

Bayi dah bersedia makan?

Assalamualaikum...

Bulan depan Muadz akan masuk 6 bulan. InsyaAllah, boleh la mula bagi makan. Macam mana nak tau anak dah ready untuk makan ye? Pakar kesihatan dan pakar laktasi bersetuju bayi sesuai diberi makan selepas berusia 6 bulan. Tapi untuk jangka 6-12 bulan makanan hanya sebagai pelengkap tapi susu ibu masih makanan utama. Masa awal-awal bagi baby makan 2-3 sudu je untuk biasakan dia dengan makanan. Jangan paksa dia makan banyak-banyak.

tanda-tanda bayi dah bersedia untuk makan diambil dari kellymom:
  • bayi boleh duduk sendiri tanpa bantuan
  • bayi tak menolak makanan dengan lidah
  • bayi bersedia untuk mengunyah
  • bayi boleh memegang/menggenggam barang

hmm...muadz tak boleh duduk lagi. suapan makanan pertama untuk muadz saya nak suapkan sendiri. Tak nak taska yang bagi. hehehe. I want to cherish the moment. agak-agak muadz nak makan tak ummi dia suap.

Menurut kellymom lagi, patut bagi makan selepas bayi menyusu supaya dia tak paksa diri untuk makan banyak sangat dan lepas tu dah tak nak menyusu. Nanti secara tak sengaja mungkin akan menyebabkan bayi berhenti menyusu. Tapi ada juga yang bagi makan sikit dulu baru menyusu. hmm..ikut keselesaan kot.

Lagi resipi dan panduan tentang pemakanan pertama bayi boleh refer sini dan sini dan juga sini.

Plan saya...
Nak mulakan dengan bubur kosong. Bagi dalam 2-3 hari. Kemudian cuba bagi puri buah 2-3 hari dan puri sayur 2-3 hari. tengok kalau dia ok semua baru boleh mix and match. Nanti nak kena cari macam mana cara nak bekalkan makanan kat taska. ada baca boleh frozenkan makanan bayi ni. beriya je plan. sempat ke nak buat ni. hehehe.

InsyaAllah, belum cuba belum tau.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License