Assalamualaikum..
Rasa macam dah lama pula tak cerita perkembangan Muadz. Alhamdulillah, Muadz dah 5 bulan setengah dan semakin aktif. asyik nak main je. Kadang tengah menyusu pun boleh stop nak main sekejap atau sembang-sembang sekejap lepas tu sambung balik. Comel je tengok. Kadang-kadang ummi dengan ayah tengah bersembang dia pun menyampuk sekali pastu senyum-senyum.
Masih belum boleh pusing sepenuhnya, sikit-sikit je. tapi suka angkat kaki dan pegang kaki sendiri. sambil pegang kaki tu pusing ke kanan ke kiri. duduk dah boleh sikit tapi still kena support. suka juga membebel sorang-sorang.
kalau buat muka comel tu geram je ummi dengan ayah. rasa nak geget pipi tu. Gambar terbaru Muadz ada dalam kamera ayah. jadi lambat la sket nak upload ke apa sebab lambat nak sampai kat ummi. Kalau kena marah dia senyap je dan buat muka takde perasaan. langsung tak nak senyum atau bercakap. huhu.
Hari tu tengok gusi muadz dan macam ada white spot. maybe nak tumbuh gigi kot tapi tak tau la bila nak keluarnya. sekarang ni lebih suka main benda yang ummi dan ayah pegang berbanding mainan sendiri.
Hari ni first time ummi bawa kereta sendiri ke office. Letak Muadz dalam car-seat, dia tak nak baring, asyik angkat kepala nak bangun. Pastu bila ummi duduk tempat driver dia tengok je. Bila explain kat dia ummi kena drive sekarang ni, Muadz duduk kat car-seat ye. Dia pun sengih. InsyaAllah dia faham kot.
Semoga anak ummi membesar menjadi insan yang soleh dan bijak ye.
p/s - malam ni kalau dapat ambil gambar dari kemara ayah, esok boleh upload.

0 comments: