Tuesday, October 19, 2010

Kurus sangat?

Assalamualaikum...

Lately ni ramai plak kata kurus sangat. taklah kurus sangat sebenarnya. still belum underweight. biasa mestila orang suka kan bila cakap kurus. tapi reaksi semua orang macam kurus yang tak sihat. macam kering sangat la saya ni(siap ada yang cakap makan cengkung. Ye ke?). aduhai..

ahad lepas kena angin+gastrik. sabtu malam tu dah makan lewat. tengah hari sabtu pun makan lewat juga. lewat sangat dari time biasa makan. lepas tu start petang ahad sampai ke malam asyik muntah sampai 7-8 kali. sampai dah takde apa nak keluar. minum air, muntah air tu balik. dicampur dengan buang air besar yang juga dah sampai takde apa nak keluar.

berdiri je rasa nak muntah. sampai solat isyak pun solat duduk.memang tak larat sangat nak bergerak. baring je kat katil. muadz pun terpaksa la main sorang-sorang. bila dia boring dia pun tendang ummi. bila ummi kata, ummi tak sihat la sayang. dia pegang tangan ummi, senyum dan sambung main. hubby takde kat rumah, ada urusan lain. nasib baik rumah mak tak berapa jauh. malam tu juga mak datang, bawa cereal dan roti. mak suruh isi perut juga. masa tu muadz dah tidur kat atas.

turun je bawa buka pintu, terus pegi toilet dan muntah. mak letak minyak angin kat belakang sambil urut-urut. lama sket, muntah lagi. muntah angin plak. lepas tu baru minum cereal dan makan roti sket. kemudian terbaring, sebab kalau duduk rasa nak muntah.

mak kata badan kering agaknya, asyik perah susu banyak sangat. (sebab dia tengok stok susu banyak sangat.) dia kata perah apa yang muadz nak minum je dah la. tapi saya explain kat dia kalau tak perah sampai habis nanti lama-lama susu kurang dan tak cukup nak susukan sampai 2 tahun. kemudian, dia pesan suruh jaga makan. sebab tengah menyusu anak. perlukan tenaga yang mencukupi. kalau tak kering je nanti. :P

dari segi tu memang saya akui. Saya agak kurang makan. Pagi makan kuih 3 ketul, tengah hari biasa makan nasi separuh. Saya juga agak kurang minum air manis, asyik minum air masak je sebab nak cukupkan 3 liter sehari. huhuhu. kalau dah minum air lain, saya kurang sikit minum air masak sebab tu tak minum air manis. Jadi, mungkin badan saya kekurangan gula.

Sebelum ni ada juga minum air kurma, lepas kordial tu dah habis minum ESP+PD shaklee. lepas yang itu pun dah habis memang asyik minum air masak je pagi, tengah hari dan petang. kadang-kadang je sekali sehari minum air coklat.

mak kata tengah menyusu anak ni tak payah la nak diet-diet. saya tak diet pun tapi mungkin sebab dah terbiasa makan sikit. lagipun saya makan lambat. jadi kalau nasi banyak, lagi lambat la saya makan. dah la sekarang ni kena makan cepat. dulu lunch boleh kat meja sendiri sambil buat kerja (kadang-kadang kerja lain.) saya mengunyah agak lama sebab saya akan pastikan makanan lumat. jadi kadang-kadang sejam baru habis makan (campur baca blog orang, baca email dll). kalau pay-attention kat makan je maybe dalam setengah jam boleh habis. (lama kan?)

tapi sekarang ni kena makan kat pantry, jadi saya kena makan secepat mungkin. kalau tak orang lain tak boleh nak pergi rehat. jadi selalu juga perut rasa tak selesa sebab tak kunyah betul-betul. jadi perut kena bekerja keras sket la nak hancurkan makanan. untuk orang yang dah biasa mungkin takde masalah. saya dah dibiasakan kunyah betul-betul. kalau ikut sunnah pun kunyah 44 kali kan.

lepas ni kena pastikan makan betul-betul dan ikut timing. dan kena ambil makanan yang berkhasiat. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih nak tambah vitamin. tapi vitamin tu sekadar supplement. still kena makan makanan yang berkhasiat.

4 comments:

AlongAzrina78 said...

Cara kunyah tu dah betul Hanis tapi jgn skip makan. Nanti jadi cam Along gastrik teruk. Kalau gastrik teruk lagi byk nak pantang kan lagi susah. Sebab tu apa2 ibu ni kene jaga kesihatan dulu.

Hazu~ said...

Along, sekarang ni makan kadang tak sempat kunyah betul-betul. terus telan je. tu yang perut selalu rasa tak sedap. Alhamdulillah, sekarang dah ok.

InsyaAllah akan jaga kesihatan baik-baik. terima kasih. :)

kmieja said...

ANis, take care...jaga kesihatan awak, klaou kita sakit pon susah jugak.

Makan kerap tau, atleast 6kali 1 hari.

bawak makan/bekalan byk2 ke opis
beli air kotak ducthlady byk2 letak kat opis


take care:)

Hazu~ said...

terima kasih kak. saya makan 4 kali je. huhu. pagi, tengah hari, petang dan malam.
cam tak larat je makan banyak kali. semalam dah beli air soya untuk letak kat opis. :)

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License