Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 27, 2010

Anak buah baru...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam kakak ipar dah selamat menjalani operation keluarkan baby. baby baru 30 minggu tapi sebab kakak ipar ada darah tinggi jadi terpaksa buat emergency operation keluarkan juga baby. takut bahaya pada ibu dan anak. actually dia dah masuk hospital dari jumaat lepas. semalam darah tinggi dia naik tinggi walaupun dah bagi ubat, tu yang kena operation juga.

Jadi, semalam saya ambil half-day untuk ziarah dia. Alhamdulillah masa saya ke sana dia dah sedar dan boleh bercakap. Tapi masih belum boleh makan, kena puasa lagi. boleh minum air masak je. Baby pun tak dapat tengok sebab masuk bilik rawatan khas. Baby kecik sangat, takut ada infection.

Alhamdulillah dapat baby girl. berat baby 1.3kg je. Nampaknya mak dah ada 2 pasang cucu. 2 lelaki dan 2 perempuan. belah mak mertua ada 3 pasang. pandai je lahir berpasang-pasangan semuanya. hehe.

disebabkan c-zer penjagaan dia mungkin berbeza sikit. mak akak ipar ada datang dari pahang. mula-mula memang dia bercadang nak pantang di pahang. mak dia pun memang pandai urut. tapi mungkin kena tangguh sikit kot. at least 2-3 minggu. tunggu elok sikit. takut terbuka pula bekas opeation tu.

harapnya ibu dan anak sihat. tak sabar nak tengok baby...

p/s - bawa muadz juga tapi muadz tak boleh masuk tengok mak teh sebab ward khas.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License