Tuesday, September 28, 2010

pindah office, pindah rumah

Assalamualaikum..

Mula minggu depan saya akan bekerja di cyberjaya. Sebabnya office berpindah tempat. Jauh juga kalau dari rumah sekarang ni ke cyberjaya. Dengan traffic jam lagi. Alamatnya terpaksa la muadz duduk taska lama sikit. Kesian anak ummi. Ummi kena keluar rumah jam 6.30 pagi, balik pula tak tau la sampai pukul berapa. Sekarang ni office 15 minit je dari rumah (kalau tak jem).

Sebenarnya kami dah ada beli rumah di saujana putra sebab memang dah tau nak pindah office. Tapi masalahnya tak settle2 lagi. menurut lawyer tunggu pejabat tanah tukar nama je lagi. mungkin dalam bulan depan siap kot. Tapi sebab dah nak start pindah office, maka kami pun minta dengan tuan rumah tu nak sewa dulu. sekarang ni ada orang duduk, akhir bulan baru dia keluar.

So, nanti nak ambil kunci, check2 rumah, pertengahan bulan 10 baru boleh masuk kot. Banyak juga kos nak pindah rumah ni. kami ingat nak upah mover je sebab takde masa. weekend hubby ada kelas. so kena ambil cuti hari weekdays. pening sekejap.

minggu lepas kami pusing-pusing cyberjaya dan saujana putra. ada sikit je kedai makan kat cyberjaya. caferia dalam office pula baru ada satu kedai je dan sangat mahal. Bawa bekal la nampaknya. Kemudian kami cari juga taska. banyak juga taska area situ tapi semua ramai betul budaknya. Jadi risau pula. Ada yang sampai 30 orang. terlayan ke penjaga tu?

Dah la baru-baru ni ada kes baby tercekik susu. lagi la risau. rasa sayang juga nak tukar taska. sebab cikgu yang sekarang ni memang dah anggap muadz macam anak dia. tak abis-abis sebut anak cikgu. dah beritahu dia nak pindah. semalam masa nak balik dia cium-cium muadz banyak kali. dia pun dok risau pasal taska muadz nanti. hehe. alhamdulillah, dapat yang baik. harapnya lepas ni pun macam tu juga.

kalau ikut JKM baby bawah 2 tahun seorang penjaga jaga 3 budak. bila dah hantar muadz kat taska ni rasa macam lebih selesa pula hantar taska especially bila penjaganya memang ada ikut kursus dan daftar dengan JKM. kalau hantar baby sitter takut dia sambil nak buat kerja rumah pula. tu yang jadi kes baby tidur dengan botol susu di mulut. ada juga dengar penjaga masukkan ubat tidur dalam susu supaya baby tidur lama.

Muadz ni dah la tidur sekejap-sekejap je. paling lama pun setengah jam. lepas tu nak orang layan je. kalau dia tengah main pun dia nak ada orang kat sebelah. lama sket je kena tinggal mula la berbunyi. sekarang ni cikgu dia memang suka main dengan dia. okla. takut kalau ada penjaga yang rasa leceh sebab asyik nak kan perhatian.

InsyaAllah akan survey betul-betul sebelum buat keputusan.

Semoga Allah berikan petunjuk untuk kami.

1 Comment:

kmieja said...

salamss hanis,

hanis pindah opis kat cyberjaya...kat company mana? cheewah siap tanya lagik akak nie :):)

area cyberjaya weekdays nak makan senang cuma tempat parking susah, tapi weekend memang gone...susah makan, semua kedai kebanyakkanya tutup........:)

Nesery area cyberjaya memang tak byk...ada beberapa choice shj+ mahal sikit dlm rm500 seorg....

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License