Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 1, 2010

Kiosk Shaklee and Me: Menyusu Bukan Semudah A, B dan C

Kiosk Shaklee and Me: Menyusu Bukan Semudah A, B dan C

Siapa kata menyusu itu senang? Bagi saya ia senang sebab tidak perlu membawa pelbagai alatan perang seperti susu tepung, termos, air masak, botol susu, bakul dan macam-macam lagi tapi ia akan menjadi susah dan sukar jika si ibu tidak punya ilmu untuk menyusukan. dan juga tidak mempunyai keyakinan untuk menyusu di tempat-tempat awam. Kenapa saya berkata sedemikian, kerana rata-rata customer yang saya jumpa especially ibu-ibu baru kekurangan ilmu dan akhirnya bila umur bayi tidak sampai pun 6 bulan susu sudah mulai merundum atau mulai kelihatan sedikit. Macam saya sendiri, semasa mengandungkan anak kedua, Aisyah Humaira' saya berniat untuk memberi Aisyah susu badan tapi tidak sedikit pun terdetik di hati saya untuk mencari ilmu tentang penyusuan kerana saya ingat menyusu itu senang, just selak dan menyusu tapi bila melahirkannya....owhhh banyak yang perlu saya gali dan lengkapi diri ini.

Zaman sekarang bukan seperti dahulu, zaman sekarang ibu-ibu perlu ada pengetahuan asas tentang penyusuan. Kena tahu apa itu hormon prolaktin, oksitoksin, prinsip mengosongkan payudara, bagaimana penyimpanan EBM, bagaimana penggunaan EBM, tempoh penggunaan EBM, pemilihan breastpump yang sesuai dan sebagainya. Tanpa pengetahuan ini ibu-ibu akan mudah putus asa. Ibu-ibu juga perlu ada semangat perjuangan yang kuat, perlu tabah, perlu sabar, perlu tahu bagaimana nak educate keluarga agar perjalanan penyusuan itu dipermudahkan dan apabila kita ditimpa masalah, kita ada tempat untuk bersandar, tempat untuk mencari kekuatan semula. Jangan ingat 2 tahun itu sepanjang masa kita akan senang. Kita akan diduga berbagai-bagai ujian dan halangan oleh itu doa dan solat perlu kita jaga agar perjalangan kita tidak sukar.

Mengimbas kisah saya dahulu, saya mula serius mengepam apabila usia Aisyah menjejaki 2 bulan. Pam yang mula-mula dan paling mahal saya beli ialah Spectra 3 di mana punya double-pumping. Pertama kali dapat pam elektrik saya sungguh teruja hinggakan pada usia 4 bulan saya dapat buat 60++ stok hingga saya terpaksa membeli deep freezer. Setiap hari saya akan berusaha untuk membuat 3 sesi pengepaman di pejabat di mana paling banyak yang pernah saya buat ialah 20oz sehari. Walaupun hasil pengepaman saya tidak semeriah macam orang lain tapi saya bersyukur kerana saya mampu menyediakan amount yang diperlukan oleh Aisyah dan saya bangga kerana Aisyah chubby kerana hasil susu badan saya! Pada ketika Aisyah berusia 5 bulan lebih bermulalah episod ngeri saya iaitu Aisyah mengalami growth spurt (peralihan bulan di mana bayi minum dengan banyak lebih dari biasa selama 2 minggu atau lebih atau kurang). Pernahlah saya bekalkan Aisyah 8 botol yang berisi 3.5oz dan juga 4oz. Masa itu ia amatlah menguji semangat dan perasaan saya, saya gigih untuk mengepam dan gigih untuk tidak mulakan solid food seawal 5 bulan. Akhirnya saya berjaya harungi semua itu.

Saya seringkali juga mendapat sakit puting susu, semasa pantang saya demam oleh kerana bengkak susu dan puting susu saya mula menjadi kemerah-merahan hingga kalau tersentuh pun saya akan menjerit kesakitan. Ini berlaku kerana saya tidak punya knowledge. Semua itu saya alami sehinggalah Aisyah berusia 1 tahun, saya terkena mastitis. Waktu itu semangat saya memang down hinggalah ia membawa sesuatu benda yang saya sendiri sangat kesalkan hingga kini tapi saya rasa terlambat untuk saya bangkit semula kerana semangat saya sendiri semakin pudar. Jangan tanya MENGAPA dan biarlah saya simpan sendiri. Cuma ingin saya berkongsi pada ibu-ibu semua, untuk menjadi seorang ibu tidak semudah A, B dan C juga apatah lagi jika kita menyusu. Kita perlukan 200% semangat, kekuatan, motivasi, impian agar perjalanan penyusuan kita dapat disudahkan hingga 2 tahun. Bagi ibu yang tidak berjaya, usah dikesalkan kerana kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.

Komen saya
memang ilmu tu sangat penting. kadang-kadang bila dengar ada ibu yang tak berjaya disebabkan sesuatu, rasa nak share apa yang saya baca. tapi takut orang kata saya ni takde pengalaman, senang la cakap. Yelah, anak pun baru 4 bulan. masih panjang lagi perjalanan penyusuan Muadz. Mungkin kalau hadapi saya sendiri akan blur tak tau nak buat apa tapi insyaAllah saya tau nak rujuk kat mana dan saya tau macam saya pernah dengar isu ni.

macam masa awal-awal menyusu. saya cuba praktikkan pastikan badan bayi mengiring, mulut buka besar, dagu baby kena B tapi cara pegang saya still tak betul bila pegang belah kiri. bila belah kanan ok sket. dah la sebelum kiri puting tenggelam sikit. lagi sukar. siap minta tolong ibu yang menjadi peer counselor untuk datang tengok cara saya pegang. masa dia tengok tu macam ok tapi kadang-kadang macam tak ok.

alhamdulillah lepas saya beli bantal menyusu saya boleh menyusukan dengan baik. mungkin sebab saya tak pandai pegang dan tangan cepat lenguh. sekarang dah tak perlu bantal menyusu sebab muadz pun dah tau cara menyusu dengan betul. tapi kalau lenguh guna juga bantal tu.

Kesimpulannya, ilmu dan usaha tu memang sangat penting... tak lupa juga WAJIB doa dan tawakkal ye.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License