Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 16, 2010

Susu kurang di bulan puasa?

Assalamualaikum...

Tentu ramai ibu yang risau kalau susu kurang di bulan puasa. sebelum ni takde la nak fikir sangat pun. tapi selepas beberapa hari puasa, ada nampak effect sikit bergantung pada cara pemakanan masa sahur. So pemakanan sangatlah penting untuk wanita yang menyusukan anak.

Sabtu lepas terlepas waktu sahur, bangun je dengar azan tapi tawakkal aje la. bila dah petang-petang tu memang terasa kekeringan. Muadz pula asyik nak menyusu. agaknya dia tak puas kot sebab susu tak banyak. sebab sehari sebelum tu, hasil pam di waktu petang memang sangat kurang berbanding selalu. by 6.30 saya dah start rasa seram-sejuk dan pening-pening. rasa sayang nak berbuka sebab lagi sikit je lagi. by pukul 7 badan dah menggigil sikit. bila bangun je dari duduk rasa macam nak pitam sikit. masa tu memang berdoa je semoga Allah kuatkan diri ini. Alhamdulillah berjaya juga habiskan puasa. berbuka terus makan 2 biji kurma dan minum Shaklee ESP+PD dan air masak yang agak banyak. kemudian, solat maghrib dan makan nasi.

Target tahun ni nak puasa penuh. Tahun lepas tinggal sehari sebab rasa tak larat sangat masa akhir-akhir puasa tu. masa tu tengah mengandungkan Muadz. Di bulan puasa ni juga untuk ibu yang menyusu kena berjaga ye. Elakkan minum ais kerana ia boleh mengurangkan lagi produksi anda.

Ramai je saya dengar ada orang yang berhenti menyusu kerana susu dah kering. Baby tak puas menyusu. Selalu beranggapan orang yang boleh menyusu penuh 2 tahun ni adalah orang yang memang dikurniakan susu yang banyak. Itu mungkin juga salah satu faktor. Memang ada orang yang Allah kurniakan kemudahan dan ada yang diberi sedikit kesusahan tetapi yakinlah semuanya supaya kita berusaha dan bergantung penuh pada Allah.

Alhamdulillah, setakat hari ini susu masih dalam kategori banyak. Saya tidak mahu membandingkan dengan orang lain. Memang ada orang yang boleh dapat 15 oz untuk satu sesi mengepam. Bagi saya, kalau dalam sehari tu saya dapat simpan untuk stok, maknanya susu saya dah lebih dari yang anak saya perlukan. Dan itulah rezeki untuk dia. Tetapi tak bermakna saya tak berbuat apa-apa. Saya sentiasa simpan dalam kepala bahawa susu dihasilkan by demand. semakin banyak kali kita menyusu/mengepam semakin banyak hasil yang akan dikeluarkan.

Bagi saya, menyusukan bayi bukan sahaja bersifat nature tapi perlukan ilmu pengetahuan. Apa sebab susu boleh banyak, apa sebab susu boleh kurang. Semuanya perlu dipelajari. Saya akui, saya agak kurang mengepam bila bayi ada bersama dan ia boleh menyebabkan susu berkurangan. tapi saya cuba pastikan muadz akan minum sebanyak yang boleh. biar dia minum sampai puas, sampai dia yang lepaskan sendiri.

Selain tu, bagi saya isu pemakanan sangatlah penting. saya sentiasa set dalam otak apa pemakanan yang boleh banyakkan susu dan kurangkan susu. Air gas dan ais memang a big NO! dari segi kesihatan pun memang tak elok kan. (tapi ada juga terlepas minum air sejuk sekali dua. :P )penat membebel dengan hubby pasal air gas dan ais ni tapi bila kat luar atau dengan family dia berleluasa la dia. satu je ayat saya, badan awak, pandai-pandai la jaga, saya dah bagi nasihat. (ops...terbebel kat sini plak. :P ) Antara makanan yang membanyakkan susu yang saya amalkan ialah kurma, lobak putih (tapi sekarang dah tak jumpa pula).

kadang-kadang rasa sedih dengan ibu menyusu yang tak dapat menyusukan penuh tapi dah berusaha. tapi lebih sedih kalau dia tak dapat menyusukan penuh sebab kurangnya ilmu ibu tu sendiri. saya nak share atau tegur pun saya baru ada anak sorang itupun baru 3 bulan. saya tau saya masih belum pun 6 bulan menyusukan muadz, so cabaran bila bayi dah mula makan tu saya belum rasa. tapi saya rasa sangat sangat penting untuk ibu-ibu ni mencari gali ilmu dan mengamalkan. dalam islam pun memang sarankan kita untuk cari ilmu sebanyak-banyaknya kan.

Nak tau corak pemakanan untuk ibu menyusu di bulan puasa boleh refer sini. Kat situ ada cara untuk orang yang mengamalkan Shaklee dan yang tidak.

Saya amalkan Shaklee tapi nak telan banyak sangat vitamin malam tu kadang2 rasa macam nak terkeluar. sebab dah minum air banyak sangat kot so perut dah penuh. disebabkan saya masih tak sihat sepenuhnya saya masih makan vit c 2 biji. so masa berbuka saya amik vit c dan alfalfa. nak tidur baru ambil vit B dan multivitamin. itu pun dah rasa macam tak larat je nak telan. huhu. tak tau la macam mana orang yang boleh ambil banyak-banyak. tapi nak maintain susu punya pasal, insyaAllah, saya akan cuba berusaha sebaik mungkin.

3 comments:

kmieja said...

Salamss Anis,

Take care anis......makan kerap2 minum susu :):)

Kak mieja doakan anis sihat+kuat selalu...muahhh muahhhh...........

Azrina said...

Tahniah Hanis, semakin byk menimba ilmu ttg penyusuan, kagum! Teringat dulu2 masa Hanis tgh pantang ada masalah nak menyusu. Semoga berjaya sampai 2 tahun tau. Ingat...ada masa susu kita memang byk, ada masa susu kita merundum sebab apa kadang-kala kita tidak jaga hubungan kita dengan yang ATAS tu. Along doakan Muadz menjadi anak yg soleh.

Hazu~ said...

terima kasih kak mieja dan along.

teringat dalam pantang along banyak membantu. masa tu memang tak tau nak buat apa dah. dengan tak reti pegang baby, tak reti menyusu, nipple berdarah.

pastu bila pam sakit pula. memang banyak sangat membantu. *hug*

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License