Wednesday, August 18, 2010

Perkembangan Muadz : Muadz bergolek

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, Muadz dah 3 bulan 3 minggu 1 hari. semalam, buat pertama kalinya Muadz bergolek. Biasa memang letakkan dia baring telentang. sebelum ni dia dah mengiring sikit-sikit tapi belum pusing sepenuhnya. mungkin dia senang mengiring sebab dah biasa tidur mengiring dari kecil.

masa baby lagi mak suruh iringkan sikit baby dan letak bantal di belakang badannya supaya kalau dia muntah, tak tersedak. tapi sebenarnya cara yang betul membaringkan bayi adalah telentang dengan kepala ditinggikan dari badan ye. boleh search cara baringkan bayi dengan betul.

beberapa hari ni bila letak je muadz, dia sibuk angkat kepala dan kaki macam nak bangun. isyk...nak bangun gi mana tu sayang... pagi semalam sementara kami bersiap, kemas beg muadz, kemas beg pam, tengok-tengok dia dah tiarap sambil sengih-sengih. bila dia bangun pun kami tak sedar. nasib baik tak bergolek ke tepi katil.

malam semalam pula lepas basuh pinggan, masuk bilik dia dah tiarap lagi. ayah dia ada kat sebelah masa tu. masa tu mulut dia dah bising sebab lapar. ummi lambat. ayah kata kali ni dengan bantuan sebab tangan dia tersepit.

Alhamdulillah. lepas ni kena lebih berhati-hati. tak boleh letak muadz tepi katil. macam ni muadz kena tidur kat babycot la. bila la muadz nak belajar tidur kat baby cot ni. car seat pun dah lama tak duduk sebab muadz suka nak menyusu dalam kereta. membesar dengan kuat dan sihat ye, sayang.

gambar takde la pulak. sebab dua-dua kali tu tengah sibuk bersiap-siap.

1 Comment:

kmieja said...

sekejap jerk dah 3bulan lebih...muaaz pon dah pandai meniarap:):) lepas nie belajar merangkak plak:):)

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License