Monday, August 2, 2010

Muadz demam...

Assalamualaikum...

Semalam Muadz demam lagi. Kali ni badan dia lebih panas. hari tu tak demam pun, selsema je. kali ni memang demam, batuk dan selsema. batuk dia siap berbunyi macam ada kahak lagi. risau sungguh. tak tau la kenapa.

mungkin sebab sabtu malam tu pegi makan kat luar dan balik agak lewat kot. sebelum ni kalau keluar malam pun biasa duduk dalam bangunan, takde la kat luar. pengalaman pertama. terkejut kot. Tapi hari ahad tu juga perasan kat kaki dia macam ada kesan kena gigit serangga. mula-mula ingatkan nyamuk tapi macam lain. tanya hubby dia kata ni bukan kena nyamuk ni. ke sebab tu dia demam? alahai...kesiannya anak ummi.

pagi tu tampal cook fever untuk baby. tengah hari tu ikut mertua pegi kenduri di batang kali, ada kenduri sedara. sepanjang perjalanan tu duduk diam je dia. orang tegur-tegur pun diam je. biasa dia akan senyum. rasa la badan dia macam lembik sket. alhamdulillah, muadz bukan jenis meragam. tak sihat pun diam je tapi dia macam tak layan orang sket la. macam ummi dia kot. bila sakit malas nak melayan orang. hehe. masa dah nak balik dari kenduri tu baru dia macam ok sket. dah senyum-senyum.

balik tu dia berak dan dah kurang sikit suhu dia. masa baby demam paling lega bila dia berak sebab berak boleh mengurangkan suhu badan. petang tu dah boleh main-main, sembang-sembang dengan atuk dan nenek. ingatkan tak nak bagi dia ubat. nak try tambah bilangan vit C je. tapi kesian dengar batuk dia makin teruk. ubat batuk dia still ada yang dulu punya. so malam tadi bagi juga sikit ubat batuk. lepas tu terus dia muntah dengan banyaknya dan mengeluarkan kahak. pagi tadi bagi pun dia muntah juga. tak tau la sepatutnya muntah ke tak.

jumaat lepas patutnya nak bawa pergi inject untuk 3 bulan tapi klinik tutup. ahad pun klinik tutup. balik karang la baru bawa. tak sabar nak tunggu freegift July promosi. nak try makan nutriferon plak. hari tu order hari jumaat. betul-betul last minute sebelum berakhirnya bulan Julai.

2 comments:

Kmieja said...

Salamss mama anis:) moga muazz cepat sembuh....musim skrgkan...cuaca pon tk menentu.....take care juga kat mama:)

Hazu~ said...

terima kasih, kak. alhamdulillah. muadz dah ok sket.

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License