Assalamualaikum...
Khamis dan Jumaat lepas saya dapat MC sebab keadaan Muadz yang semakin merisaukan. Rabu malam tu dia nampak macam ok, dah senyum-senyum tapi tengah malam tu dia asyik mengamuk. nak minum tak boleh, hidung tersumbat. Badan pun panas balik. jadi, esok paginya kami membuat keputusan ambil MC dan bawa Muadz ke klinik. Siap dua-dua sekali amik MC, hehe.
Ditakdirkan Allah klinik yang kami biasa pergi tu tutup, walaupun masa tu dah pukul 9 lebih. kami pun pusing-pusing cari klinik. dah la tak biasa familiar dengan area TTDI dan damansara tu. jumpa klinik takde doktor kanak-kanak/bayi pula. jumpa klinik kanak-kanak, tutup pula. memang tension dibuatnya. kemudian teringat ada sebuah poliklinik dekat-dekat mutiara damansara (kot?). Alhamdulillah, klinik tu buka dan boleh rawat bayi. masa tu jam pun dah pukul 11. punyala lama cari klinik.
Doktor ni memang nampak dia check sungguh-sungguh. siap suruh buka barut dan check 2-3 kali. doktor sebelum ni setakat dengar dari luar baju je. lepas check muka doktor tu macam serius je, dia tanya muadz minum ok tak? saya pun cakap la memang kurang menyusu. asyik tidur je. bila menyusu pun asyik lepaskan sebab hidung tersumbat dan lepas minum muntah. doktor pun angguk-angguk.
Pastu perbualan selanjutnya :
So kami pun bagi Muadz gas. Lepas tu doktor check sekali lagi. tepuk-tepuk belakang Muadz. Doktor suruh kami selalu tepuk-tepuk belakang badan Muadz kat bahagian paru-paru untuk cair dan longgarkan kahak. Doktor juga suruh sedut hingus muadz pakai mulut tak payah pakai nostril. kami dua-dua agak geli sebenarnya. tu yang tak pernah buat. tapi saya gagahkan juga hati dan sedut. tapi tak berapa reti so tak sampai masuk mulut. sampai hujung hidung dia terus lap pakai tisu aje.
Balik tu bagi Muadz makan ubat. meraung-raung dia tak suka makan ubat. dah la ada 4 jenis ubat. Ubat selsema, antibiotik, cairkan kahak dan ubat pernafasan (untuk bagi ruang udara pada paru-paru). kesian sangat dia. tapi terpaksa bagi ubat. lepas tu dia menyusu sekejap dan tidur. Call kak ngah tanya, kebetulan masa call tu Muadz batuk agak panjang. kak ngah kata macam teruk je. memang kena masuk wad kot. Sedihnya rasa hati masa tu. Sebelum ni nak cuba elakkan bagi baby makan ubat banyak sangat, so selalu tak bagi ubat ikut masa. tak pasal-pasal kena ambil antibotik.
tengah hari tu balik je dari klinik, terus saya ambil nutriferon dan PD+ESP sebelum bagi dia makan ubat dan menyusu. bila tanya GM rupanya kalau ambil nutriferon dan tak payah ambil vit lain. pagi tu saya dah ambil 2 biji vit c dan 2 biji alfalfa. huhu, punya la risau nak anak sihat punya pasal.
lepas dia bangun tidur terus dia gelak-gelak dan boleh bersembang. Subhanallah, seronok betul masa tu. tapi kami still bercadang nak bawa jumpa doktor malam tu untuk bagi gas. sebab biasa dia tersumbat masa malam. petang tu juga dia menyusu dengan banyak dan nampak bersemangat. malam tu jumpa doktor, doktor pun terkejut. A lot improvement, dia kata. tapi bagi juga gas malam tu. doktor kata you tak payah datang dah la. just continue bagi ubat, sedut hingus dan tepuk belakang dia. Alhamdulillah. Segala puji bagimu, Ya Allah. Dengan izin dan kurniaan Allah, saya percaya nutriferon, ESP+PD dan segala vit yang saya makan tu turut membantu menyihatkan baby.
hari jumaat Muadz bertambah baik. Kami tak hantar dia ke nursery sebab nak monitor. sabtu dan ahad, alhamdulillah, his back to normal. cuma kadang-kadang je batuk. so kami continue bagi antibiotik dan ubat cair kahak sahaja. kembali la rutin tak sempat nak mengepam bila ada muadz. tidur sekejap terjaga pastu tak boleh dengar bunyi pam, mulut dia pun mengisap dan merengek. nak buat kerja lain pun kena berlari-lari sebab dia tak boleh kena tinggal. tak payah dukung pun takpe, nak orang main dan sembang dengan dia je. walau apa pun masih suka muadz yang begini sebab dia sihat.
malam ni nak bawa jumpa doktor tu lagi nak minta dia check dan kalau ok nak minta inject untuk 3 bulan. dah lebih seminggu dah ni. harapnya muadz bertambah baik. saya makan nutriferon tu dua peket sahaja, khamis dan jumaat. selepas tu continue dengan vit c 2 biji sampai dia betul-betul sihat.
Ya Allah, peliharalah keluarga kami.

Doktor : I think dia kena masuk wad la. Paru-paru dia dah ada infection yang sebelah kiri. banyak sangat kahak dalam paru-paru dia. batuk pun boleh dengar.
Masa tu terus blur sekejap dan rasa nak nangis. Doktor : husband you mana?
Saya : ada kat luar.
Doktor : panggil dia masuk.
Saya pun call hubby suruh masuk.Doktor : I think your baby kena masuk wad sebab paru-paru dia dah ada infection. sekarang dia memang tak nak minum sebab attention dia untuk bernafas sahaja.
kami pun berpandangan.Hubby : ada cara lain tak?
Doktor : I boleh bagi gas but he will be okay for awhile only. kalau masuk wad, nurse akan bagi gas every 4 hours. bagi kahak dia cair, so that dia boleh bernafas.
Saya : kalau try bagi gas lepas tu monitor dulu boleh tak?
Doktor : Ok. Kita try bagi gas dan I akan bagi ubat dan antibiotik. memang kena antibiotik sebab dah ada infection. If not ok, esok you datang balik I bagi refer letter ke hospital. Tapi kalau you nampak dia tak boleh bernafas, tak perlu tunggu esok. terus datang. You nak datang lagi malam ni bagi gas lagi pun ok.
So kami pun bagi Muadz gas. Lepas tu doktor check sekali lagi. tepuk-tepuk belakang Muadz. Doktor suruh kami selalu tepuk-tepuk belakang badan Muadz kat bahagian paru-paru untuk cair dan longgarkan kahak. Doktor juga suruh sedut hingus muadz pakai mulut tak payah pakai nostril. kami dua-dua agak geli sebenarnya. tu yang tak pernah buat. tapi saya gagahkan juga hati dan sedut. tapi tak berapa reti so tak sampai masuk mulut. sampai hujung hidung dia terus lap pakai tisu aje.
Balik tu bagi Muadz makan ubat. meraung-raung dia tak suka makan ubat. dah la ada 4 jenis ubat. Ubat selsema, antibiotik, cairkan kahak dan ubat pernafasan (untuk bagi ruang udara pada paru-paru). kesian sangat dia. tapi terpaksa bagi ubat. lepas tu dia menyusu sekejap dan tidur. Call kak ngah tanya, kebetulan masa call tu Muadz batuk agak panjang. kak ngah kata macam teruk je. memang kena masuk wad kot. Sedihnya rasa hati masa tu. Sebelum ni nak cuba elakkan bagi baby makan ubat banyak sangat, so selalu tak bagi ubat ikut masa. tak pasal-pasal kena ambil antibotik.
tengah hari tu balik je dari klinik, terus saya ambil nutriferon dan PD+ESP sebelum bagi dia makan ubat dan menyusu. bila tanya GM rupanya kalau ambil nutriferon dan tak payah ambil vit lain. pagi tu saya dah ambil 2 biji vit c dan 2 biji alfalfa. huhu, punya la risau nak anak sihat punya pasal.
lepas dia bangun tidur terus dia gelak-gelak dan boleh bersembang. Subhanallah, seronok betul masa tu. tapi kami still bercadang nak bawa jumpa doktor malam tu untuk bagi gas. sebab biasa dia tersumbat masa malam. petang tu juga dia menyusu dengan banyak dan nampak bersemangat. malam tu jumpa doktor, doktor pun terkejut. A lot improvement, dia kata. tapi bagi juga gas malam tu. doktor kata you tak payah datang dah la. just continue bagi ubat, sedut hingus dan tepuk belakang dia. Alhamdulillah. Segala puji bagimu, Ya Allah. Dengan izin dan kurniaan Allah, saya percaya nutriferon, ESP+PD dan segala vit yang saya makan tu turut membantu menyihatkan baby.
hari jumaat Muadz bertambah baik. Kami tak hantar dia ke nursery sebab nak monitor. sabtu dan ahad, alhamdulillah, his back to normal. cuma kadang-kadang je batuk. so kami continue bagi antibiotik dan ubat cair kahak sahaja. kembali la rutin tak sempat nak mengepam bila ada muadz. tidur sekejap terjaga pastu tak boleh dengar bunyi pam, mulut dia pun mengisap dan merengek. nak buat kerja lain pun kena berlari-lari sebab dia tak boleh kena tinggal. tak payah dukung pun takpe, nak orang main dan sembang dengan dia je. walau apa pun masih suka muadz yang begini sebab dia sihat.
malam ni nak bawa jumpa doktor tu lagi nak minta dia check dan kalau ok nak minta inject untuk 3 bulan. dah lebih seminggu dah ni. harapnya muadz bertambah baik. saya makan nutriferon tu dua peket sahaja, khamis dan jumaat. selepas tu continue dengan vit c 2 biji sampai dia betul-betul sihat.
Ya Allah, peliharalah keluarga kami.
1 Comment:
assalamualaikum hanis.
kak ani ni..anak saye pun warded minggu lepas sebab yang sama.
memang kalut + rasa nak nangis semua ada kan. alhamdulillah dah sehat