Monday, July 5, 2010

First trip Muadz

Assalamualaikum...

Weekend hari tu kami ke Kuantan. Ini first trip untuk Muadz. Kecik-kecik lagi dah gi jalan jauh ye. Tujuannya untuk melawat sahabat yang baru melahirkan baby. Takde la baru sangat, dah sebulan pun. Di samping tu nak bantu sikit-sikit pasal breastfeeding. Pergi sekali dengan seorang lagi pasangan yang ada baby juga tapi baby dia dekat nak 3 bulan. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar cuma Muadz selsema sikit.

Start jumaat malam tu dah nampak dia macam pelik sikit. asyik tidur je. memang malam tu boleh buat macam-macam kerja. biasa dia tidur tak sampai 2 jam mesti nak susu lagi. kali ni memang macam pengsan. dah 2 jam lebih sket, kejut dia untuk bangun susu dan tukar pampers. dia menyusu kejap pastu terus tido balik.

pagi esok tengok hidung dia cam dah ada tersumbat sket pastu batuk-batuk. alahai, kesian je kecik-kecik tak sihat. tapi comel je dengar dia batuk. hehehe. nampak dia macam dah ok sket baru kami bergerak mulakan perjalanan ke Kuantan. Tengah jalan hidung dia macam tersumbat lagi. pastu badan dia cam panas pula. Mula la dia start meragam. kami cepat-cepat cari klinik di kuantan.

Alhamdulillah, doktor kata tak demam tapi dia bagi juga ubat demam, in case dan ubat batuk batuk. untuk selsema dia bagi macam cecair sembur kat hidung untuk mencairkan hingus. takde antibiotik. ubat demam tu kami tak bagi pun, dah doktor kata tak demam.

malam tu kami melawat baby. kami bertiga sama-sama ikut kursus pra-perkahwinan, nikah pun tarikh dekat-dekat, jarak berapa minggu je. mengandung pun dekat-dekat dan dapat baby pun dekat-dekat. khaulah lahir paling awal dan dia yang masa lahir paling berat berbanding 2 lagi, 2.9. 15 hari kemudian, muadz lahir berat 2.7 dan sebulan kemudian abdullah lahir dengan berat 2.5. masa dukung abdullah teringat masa muadz baru lahir. ringan je. sekarang dah 5.5kg.




Khaulah diapit 2 jejaka comel. Semoga ketiga-tiga anak ini dapat mencontohi sahabat nabi seperti nama masing-masing.


orang kata baby breastfeeding kecik-kecik tapi khaulah dan muadz, pipi tembam. malam tu muadz susah nak tidur. menyusu pun susah sebab hidung dia tersumbat. memang menangis aje. kesian sangat kat dia. alhamdulillah esok paginya dia ok. walaupun hidung masih tersumbat tapi masa kami breakfast dia elok je duduk dalam stroller main sorang-sorang, sengih-sengih. bila orang cakap dengan kami lagi lebar dia senyum.

on the way balik singgah sekejap rumah mak mertua. masa ni muadz dah penat sangat kot. tidur je. bila bangun terus nangis. tak nak main-main sangat. terus nangis high volume pula tu. selalu nangis sikit-sikit je.

Pagi ni alhamdulillah, muadz ok sikit. macam tau-tau je hari ni hari isnin. pukul 6 dah bangun main. Rindu la pula kat muadz. harap-harap dia semakin sihat.


Depan bilik hotel. (Tak tau la betul ke tak cara pakai ring sling tu.)


7 comments:

kmieja said...

cutenyaa....:):)

armouris said...

info tentang hidung tersumbat di SIHAT SELALU - Hidung Tersumbat

ojasamid said...

alhamdulillah..perjalanan pertama muadz lancar ye. :D tp mmg satu pengalaman baru kan, keluar jauh2 dgn baby kecik. hehe..

anyway, seronok tgk muadz dlm ring sling tu. cantik sling hanis. beli kat maner?

kalau tgk gambar, baby nampak OK, cuma utk kestabilan, keselamatan dan keselesaan baby (mommy pon jadi handsfree nnt), supposedly bum dia lbh rendah dri peha dia. means betul2 dalam posisi duduk ala2 mcm separa mencangkung gitu.hehe..boleh bayang tak ye. sbb tgk kaki baby dlm gambar tu takut baby menggelongsor turun kalau tak didudukkan betul2 dlm sling tu ;)

tp xpe hanis, mmg perlu byk prektis utk master bab2 ni. hehe...alhamdulillah skrg byk dh website yg ajar mcm mana nk pakai, so kita boleh rujuk.all the best ye.
(xpon join malaysian babywearer..maybe boleh byk belajar di situ..ehehe)

akak dh `bersara` pakai ringsling , jd mmg kurg expert juga sebenarnya..ehehe(pakai dulu pon sekejap je dlm 3bulan aje, sblm tu pakai pouch sling n skrg pakai soft structured carrier pula sbb ayyasy dh 12kg..berat! :p )

Hazu~ said...

Terima kasih, armouris. Maklumat yang sangat berguna.

Kak oja, banyaknya sling akak. nak beli satu tu pun sesak nafas sebab mahal. hehehe. beli kat fabulous mom. dah try banyak kali nak bagi dia duduk tapi mesti asyik tak jadi je. kalau yang style baring tu pun selalu dia macam tak selesa. huhuhu. nak kena belajar lagi ni.

ojasamid said...

hehe..xlah banyak hanis. tu pun beli yg murah2 aje kat internet, sbb tgkkan kadar tumbesaran baby dan kesesuaiannya dgn kami.kalau awal2 newborn dulu pakai ringsling, mgkn hanya akan perlukan ring sling dan soft structured carrier aje kot dah cukup selesa.hehe. sini kan banyak naik densha, jd mudah nk bergerak pergi liqo etc. nak2 si abang kdg2 masih naik babycar ;)
iA beli carrier nih a good investment juga, boleh pakai lama ;) yg pntg, parents n baby happy :D

Sue said...

salam..

comelnye baby2 ni.. geram!

Hazu~ said...

kak oja, kalau kat jepun mesti tak terasa sangat harganya kan. kat sini RM100++ dah terasa, mahalnya...

sue : saya pun geram juga. hehe

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License