Thursday, July 8, 2010

Baby muntah banyak

Assalamualaikum...

Semalam baby muntah banyak sangat. Sampai tersembur dan berketul-ketul. habis baju dia, baju saya dan ring sling. Malam tadi dia macam susah nak tidur. Bila letak je terjaga dan merengek. hubby pula takde. kalau tak boleh tolong jaga ataupun jemurkan kain. masa tu tengah nak jemur kain.

Jadi saya masukkan dia dalam ring sling dan sambung menjemur. agaknya kejap tertunduk, kejap berdiri dan berjalan sana sini, dia pun pening dan muntah. baru juga lepas menyusu masa tu. tapi susu yang keluar tu berketul-ketul, macam susu lama. Kesian sangat kat dia.

Sebenarnya ni bukan kali pertama. Dia memang cepat muntah kalau tak burp betul-betul. kadang kalau dah burp pun still muntah. Tapi dia memang susah sangat nak burp. kadang dekat nak sejam baru burp. hubby pun beri cadangan supaya cari kot-kot ada sebab-sebab tertentu.

Hasil pencarian di susuibu.com
baby muntah
anak muntah2
baby selalu muntah
bayi muntah atau muak lepas breastfeeding

Antara sebab-sebab baby muntah :
1) tak sendawa
2) minum terlalu banyak
3) alah kepada protein susu lembu

Kesimpulan dari bacaan-bacaan tersebut, rasanya 2 sebab yang atas tu maybe juga. sebab kadan-kadang baru lepas menyusu setengah jam dia mencari-cari nak susu lagi. risau juga dia overfeed tapi kalau tak bagi merengek dan abis semua benda dia isap. Baby memang biasa muntah sebab perut dia kecil. bila dah dalam 4-6 bulan baru akan ok sikit. Asalkan berat dia naik insyaAllah ok. tapi kalau lepas 6 bulan pun still muntah kena bawa jumpa doktor.

Yang no 3 tu tak kot sebab saya dah tak minum susu. dulu minum susu baby macam tak sedap perut, so terus stopkan sekejap. maybe lepas dia 4 bulan boleh minum susu balik kot.

Antara info menarik:
Menurut investigation saya (investigate lah plak)..Baby muak or muntah after breastfeeding walaupun dah disendawakan because terlalu kenyang. overload. Lepas dia minum...lepas sendawakan (our paed kata kalau bf tak yah sendawakan pun tak pe) jgn angkat baby ...jgn ajak dia main lg..bg dia rest kejap....Lagi satu jgn tekan perut dia..almaklumlah perut tgh penuh....kalau dia sendiri yg meniarap etc tu...tak pe...

Ini apa yg saya tgk berlaku kat baby sayalah...

InsyaAllah tak risau sangat lepas ni. tapi memang kena berjaga-jaga. Baby saya memang kena burpkan walaupun fully BF. perut banyak angin agaknya sebab masa saya mengandung hari tu memang banyak sangat angin dalam badan. Cuma nak kena bersabar untuk burpkan dia. Takpe, bersabar sikit je lagi. Baby cepat besar. nanti kita dah tak dapat nikmati masa ni lagi.

2 comments:

KMieja said...

Mama: melalui investigation mama tuh akak setuju sebab anak-anak akak semua jenis suka muntah2 walaupun dah burpkan....perut mereka kecik, tapi minum terlebih, makanya akan ada limpahan keluar. Hari-hari muntah, cadar baju memang kena tukar tiap kali muntah, tapi bila baby msk 4bulan ke atas, muntah tu dah tak der secara automatiknya.

ruzaida ismail said...

Terima kasih... tenang sket hati ni

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License