Sunday, June 27, 2010

Nak start kerja

Assalamualaikum..

Esok dah mula kembali bekerja. Risau la pula. Sempat ke nak pegi mengepam nanti. mesti mengejar masa. pastu, sure banyak update kat office. ntah berapa ratus la email yang ada kat email office tu. nak kena tau update terkini plak tu. Ada juga yang tak reti buat kerja nanti kang. jadi cam masa mula-mula start kerja pula. huhuhu.

dah plan nak pam pukul berapa tapi tak tau sempat ke tak. nak set pam tu lagi. kena buat siap-siap dari rumah kot. nursery baby, alhamdulillah. hari tu dah try hantar. macam ok je. orang tu pun memang biasa manage susu ibu sebab ada baby lain yang hantar susu ibu juga. so memang senang la. dia kata kalau nak bagi dalam bekas pun takpe, dia akan panaskan sikit-sikit dan masukkan dalam botol. tapi sebab nak mudahkan kerja dia, saya letak siap-siap dalam botol. dia kata setiap kali minum lebih kurang 3oz. so saya siapkan satu botol 3 oz terus.

alamak, baby dah bangun pula. lain kali sambung pula.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License