Wednesday, May 26, 2010

Pumping...

Assalamualaikum..

Hari ni bangun lewat sikit. Kul 8 baru bangun. biasa kul 5 baby bangun menyusu, lepas tu terus umminya dah takleh nak tido. Ni case malam tadi baby tak boleh nak tido la ni. Kul 2am baby bangun nangis. tengok-tengok baju dia dah basah. Isyk..banyak betul buang air sampai kena baju.

So tukarkan baju dia dan susukan. lepas dah susu pun mata dia terbuka luas lagi. bagi dia burp sekejap, tengok gaya macam tak nak tido je so baringkan je dia. sampai dia dah boring main sorang-sorang start la merengek. dukung pun still merengek, cari-cari B lagi. bagi susu lagi pun tak tido juga. ada sekali tu masa menyusu dah tido, bila letak je terus mata terbuka luas dan merengek. aduuii..

akhirnya sampai kul 4.30 berulang-ulang menyusu bangun menyusu bangun sampai dia dah penat agaknya, terus dia tertido. tu yang lajak sampai kul 8. baby pulak kul 9 baru dia bangun. itu pun lepas kena kacau-kacau sket. before tu ummi settle mandi dan makan dulu.

Bangun tu B rasa sakit sangat sebab dah penuh. masa mandi pun menitik-nitik. lepas mandi dan makan try kejut baby, baby tak nak bangun. so dalam kul 8.30 tu mula proses mengepam. Alhamdulillah, sebelah dapat 4oz sebelah lagi 4 1/2oz. agaknya sebab pam sambil surf internet kot so macam tak tengok sangat hasil tu. ada juga baca kalau asyik tengok memang keluar sikit. lepas baby mandi, macam semalam bagi susu yang baru perah tu pakai botol. mula2 dia macam mamai nak tido dah. lepas burp 2 kali tiba-tiba mata terbuka luas plak dan merengek-rengek cari B. try juga pujuk-pujuk dan tepuk-tepuk tapi tak berkesan. last-last bagi juga B.

Alamak baby, camna time ummi kerja nanti ni. tapi kalau orang lain pegang boleh pula tido tanpa B. hmm...kena bagi orang lain yang tidurkan kot.

p/s - baru tau EBM tu kena letak dalam peti ais biasa dulu baru masuk freezer. sebelum ni terus masuk freezer je sebab nak jadikan stok. lepas ni kena betulkan balik cara handle EBM.

3 comments:

Genki Momma said...

Hi Hanis,

Congrats on your newborn, and congrats dah pandai handle EBM. Insya Allah, by the time naik kerja nnt dah terror lah tue.

Btw, nak bgtau yg my blog H&H tue dah close, atas sbb2 tertentu. Tp, rasanya Hanis dah habis refer kot (kalau ada laa, hehe). Anything nnt Hanis refer kat my genkimomma blog, or tanya direct jerr lg senang.

Kat surau skrg dah makin ramai yg mengepam. Shiranai hito dakedo ne. Yelah, dah retire almost half-year gak nie. Tp, maybe akan jadi kawan baru Hanis, pumping-pal gitu. Hihi. Kalau nak privacy nnt, Hanis leh try minta access kat 4th floor.

Take care, sis! ;)

- Arnie

ummikhayra said...

salam hanis... lama tak menjengah dek kesibukan yang menjelma.. :) congratz on your newborn and cita-cita untuk BF... hehehe insyaallah, lelama nanti mesti terer.. :)

Hazu~ said...

oh, tak tau HnH dah ditutup. dah lama tak melawat. insyaAllah, risau juga nak naik kerja ni. mesti dah banyak update.

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License