Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 3, 2010

Muhammad Muadz @ 7 days

Assalamualaikum..

Banyak nak update sebenarnya tapi rasa macam tak sempat je. Alhamdulillah dah selamat melahirkan Muhammad Muadz bin Zulhisam pada 27 April 2010 bersamaan 13 Jamadil Awal 1431 pada jam 4.20 petang seberat 2.75kg. Uh..kecik je bayiku, sekali lagi, mak dia la yang memang membesar dengan sihat dan kuat. kan dah susah nak turun berat sekarang ni.

Malam ni, Muadz akan dibotakkan. Alhamdulillah, hari ni baby dah tidur lama sket dan kurang meragam. kalau tak boleh kata tak sampai 20 minit tidur dah bangun meraung. Bangun tak reti buka mata dulu plak tu, terus buka mulut seluas-luasnya.

Sakit kepala pula tengok PC lama-lama. Lain kali la update cerita.


Muadz @ 1 day



Muadz @ 6 days

6 comments:

ibudhani said...

dh besalin dh Hazu....tahniah ye Hazu...dpt bb boy...leh kawan dgn dhani ek... ok enjoy your motherhood...1st bb ke? n heppy breastfeeding k....

Azrina said...

Dah bersalin dah yeee. Tadi Along tgk problem hazu pasal baby nyusu 5 minit then tidur. Kena kejutkan setiap 2jam dan pastikan setiap payudara tu dia minum at least 20 min, itu baru betul2 kosongkan payudara. Baby ada jaundis tak? Ada sesetengah baby mmg suka tidur, check kalau ada jaundis. Kalau jaundis baby mmg tak aktif dan kuat tidur. Kena paksa dia nyusu takut nanti berat dia tak naik. Kalau dia n yusu kejap Hazu kena perah/pam takut nanti bengkak, jadi engorge pastu lelama boleh dpt block duct kang demam. Happy breastfeeding! Lupa nak cakap...TAHNIAH ye! Betul ler aritu Along mmg nampak Hazu..memang lalu sebelah je ikikik. APa laaa segan tegur je kalau bukan Along pon.

Hazu~ said...

terima kasih, along. alhamdulillah, setakat ni tak kena jaundis. hari tu macam kuning sket tapi alhamdulillah dah ok. jadual dia menyusu sekarang tak stabil. kang-kadang lama. kadang sekejap. kadang tidur lama, kadang asyik bangun. harapnya bila nak start kerja nanti dah tau pattern menyusu dia.

Azrina said...

honeys, once baby dah diperkenalkan dgn formula slowly dia akan reject susu kita. Cuba sabar dengan baby, sebenarnya ibu-anak kena sesuaikan diri dulu, menangis bukan beerti lapar susu taw tapi dia nak kita peluk dia...dia rasa tak secure dengan dunia baru ni. Kerapkan menyusu 2 jam sekali atau mengikut demand dia. Jgn bagi formula boleh tak nanti baby taknak nyusu dah, kesian dia honeys, perot dia kecil lagi, susu formula tu enzim dia besar nama pon susu lembu, susah nak hadam nanti takut sembelit. honeys kena bersabar, sokongan keluarga tu penting, kalau ada masalah call aLong 012-3202372.

ojasamid said...

salam hanis..lama xjenguk sini, tau2 baby dh lahir ye. goshussan omedetou! alhamdulillah dh selamat semuanya. selamat menjadi ibu, n happy breastfeeding k. moga baby muadz membesar sbg jundi Deen ini, iA.

i agree dgn semua nasihat Along tu..awal2 mmg mcm tu lah, jd zombie sikit. hihi. baby masih nk adapt dgn dunia baru, nk berdakap dgn umi dia saja. ;) apepon, jgn stress2 ye hanis..iA both of u will get better in time.
odaiji ni ne.. :)

(kalau hanis xlarat nk attend baby yg asyik nk melekap wpon dah kenyang, maybe boleh cuba babywearing pula ;) iA baby lebih tenang dan mudah tidur dalam dakapan umi nya ..hehe)

Hazu~ said...

Along, ingat nak call. macam-macam nak tanya. tapi segan pulak. nanti saya sms ye.

kak oja, ada juga tengok babywearing tu tapi harga mak aii. lagipun masa tu diorg kata better bawa baby, boleh try mana yang sesuai.

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License